You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH, Telefon :

JALAN SELASIH, TAMAN PASIR PUTIH, Pejabat Am : 07 - 2521561


81700 PASIR GUDANG Fax : 07 – 2521470
e-mail : jba1105@streamyx.com

Ruj. Kami : JBA1105/700-6/2/5


Tarikh : 17 JANUARI 2017

Kepada :

Tuan Pengarah,
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Johor,
Aras 2 Kiri, Wisma Perkeso,
Jalan Susur 5, Off Jalan Tun Razak,
80200 Larkin,
Johor Darul Takzim

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN KHIDMAT PEMANDU PELANCONG

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Pasir Putih bersama SK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan 1 buah bas dari Rajawali Bintang Travel Sdn. Bhd. Pada
ketetapan berikut :

Tujuan : Lawatan Sambil Belajar (Kejohanan Sukan)


Tarikh : 20 Januari 2018 dan 21 Januari 2018
Tempat : Universiti Putra Malaysia (UPM)
Bilangan : 7 orang guru dan 32 orang murid

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon untuk pengecualian terhadap khidmat pemandu
pelancong bagi tujuan yang telah dimaklumkan.

4. Diharapkan dengan pengecualian ini, penglibatan kami di Kejohanan Pembangunan Ragbi


Kebangsaan KPM dan KBS dapat berjalan dengan lancar. Sebarang urusan berikutnya pihak tuan boleh
hubungi Encik Muhammad Nazrin di talian 014-9154697. Segala kerjasama dan keprihatinan yang
diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

………………………………………
(SITI SABARIAH BINTI KASMIRAN)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih,
81700 Pasir Gudang, Johor.

You might also like