You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR


FELDA TUN GHAFAR KEMENDORE,
77000 JASIN, MELAKA
No. Tel: 06-529 5110 | No. Fax: 06-529 2421
E-mel: MBA1017@moe.edu.my
______________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SKK.600-3/3/1 (30)


Tarikh : 25 Ogos 2023

Encik Nik Zaiman bin Peei


Pengurus Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah,
Jalan Rejang, Kampung Bukit Senggeh, Selandar,
77500 MELAKA

Tuan,
PERMOHONAN BAGI TEMPAHAN TEMPAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Sekolah ini ingin memohon untuk
menempah tempat perkhemahan bagi melaksanakan Perkhemahan Unit Beruniform Murid Sekolah
Kebangsaan Kemendor mengikut ketetapan berikut:
2.1 Tarikh : 14 & 15 Oktober 2023
2.2 Hari : Sabtu dan Ahad
2.3 Bilangan Murid : 40 orang

3. Tujuan Perkhemahan Unit Beruniform ini diadakan adalah untuk memenuhi sebahagian
daripada pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah, di samping memberikan pengalaman
serta menambahkan pengetahuan dalam kalangan murid-murid sekolah kami.
4. Segala maklum balas dan pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh hubungi Encik Mohd Hamidee
bin Abu Bakar (GPK Kokurikulum) di talian 019-669 8929. Segala kerjasama yang diberikan oleh
pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD NAZRI BIN AHMAD)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kemendor.

s.k. - Fail Sekolah

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘’Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#skkemendorBITARA

You might also like