You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT


77300, Merlimau
Melaka. Telefon/faks : 06 - 2633672
Kod sekolah : MBA1027 emaI: mba1027@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT
UNIT KOKURIKULUM BILANGAN 2 2023/2024
TARIKH : 3 Mei 2023.
HARI : Rabu.
MASA : 4.15 petang.
TEMPAT : Bilik Al-Khawarizmi, SK Seri Mendapat.

KEHADIRAN :

1) En. Zulkifly Bin Mansor (Guru Besar)


2) Pn. Maziah Binti Mazlan (GPK Pentadbiran)
3) En. Zainor Din Bin Abu Hasan (GPK Hal Ehwal Murid)
4) En. Mohd Fazli Bin Hasin (GPK Kokurikulum)
5) Pn. Marlia Binti Mohd Lazan (Setiausaha HEM)
6) Pn. Sahaliza Binti Md Shah
7) Pn. Haslina Bin Hj.Hassim.
8) Pn. Siti Sawiyah Binti Abd. Gani
9) En Mohd Ridzuan Bin Mahat.
10) Pn. Norhaniza Binti Ahmad
11) Pn. Norhazlina Binti Jus.
12) En. Mohd Suhaimi Bin Ta’at
13) Pn. Sahila Binti Mohimin
14) Pn. Norlaily Binti Md. Dahan
15) Pn. Nur Jazilah Binti Hj. Mohd Sharif
16) En. Mohd Ishkandar Bin Halilan
17) Pn. Mariah Binti Akelah
18) Pn. Nor Mastura Binti Md. Sa’at
19) Pn. Nik Noraini Binti Abdullah

TIDAK HADIR :
1) Pn. Norhanani Binti Rahman – Cuti Sakit
2) Pn. Bibi Aishah Binti Ali Shah – Geogle Meet

_____________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
”#sksmjenamakerajaannombor1
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi – Guru Besar ( Encik Zulkifly Bin Mansor )


1.1 Dimulakan dengan bacaan Ummul – Kitab AL-FATIHAH dan doa
oleh Tuan Guru Besar.
1.2 Ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat pada hari ini.
1.3 Guru perlu fikir dan risaukan tentang anak murid sama ada kita
mengajar mengikut DSKP yang betul atau tidak.
1.4 Guru juga perlu fikirkan tentang kemenjadian murid untuk
menjadikan murid tersebut insan yang berguna di dunia dan
akhirat.
1.5 Program-program yang dibuat semua berkaitan dengan murid.
Guru perlu mengilap bakat murid-murid untuk memasuki
pertandingan-pertandingan yang diadakan.
1.6 Banyak program-program yang dilaksanakan di peringkat PPD dan
Jabatan. Guru perlu sentiasa mengambil tahu pertandingan-
pertandingan dan program yang dilaksanakan.
1.7 Murid-murid yang memasuki pertandingan-pertandingan
terutamanya yang melibatkan pengucapan awam perlu
berkomunikasi dengan penonton. Jangan bercakap umpama
dengan pokok.
1.8 Set induksi guru mulakanlah dengan gambar dan video sebelum
mula pdpc. Guru perlu ada perubahan semasa mengajar.
1.9 KIT PLC adalah sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif
secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam
merealisasikan kemenjadian murid.
1.10 Idea utama adalah memastikan pembelajaran murid, kolaboratif
dan fokus kepada pencapaian.
1.11 Konsep adalah seperti berikut :-
a) Focus – Kenal pasti masalah dan punca masalah (Rujuk isu, bentuk
kumpulan dan faham)
b) Improve – Strategi (Tetapkan matlamat dan alat kolaboratif)
c) Share – Kongsi Amalan Terbaik.
Tindakan : Semua Guru.

2. Ucapan GPK KOKURIKULUM- En. Mohd Fazli Bin Hasin

2.1 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada


guru-guru yang hadir pada hari ini dalam mesyuarat KOKU Kali 2
sesi 2023/2024. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama
yang diberikan oleh semua guru dalam menjalankan semua
program unit KOKU.
2.2 En Mohd Fazli membentangkan perancangan Unit
kokurikulum yang akan berlansung sepanjang tahun 2023/2024

_____________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
”#sksmjenamakerajaannombor1
2.3 Taklimat Unit kokurikulum

2.3.1 Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan pada hari
khamis 11 mei 2023.
2.3.2 Latihan merentas desa akan diadakan pada hari Selasa 9 Mei 2023.
2.3.3 Guru – guru diedarkan Pelan yang akan digunapakai pada hari
merentas desa.
2.3.4 Perhimpunan Mingguan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri
Mendapat 2023/2024 pada minggu ke3 yang akan dimulai oleh Unit Tunas
Kadet Remaja Sekolah.

2.4 Takwim Kejohanan MSSNM Sesi 2023/2024


2.4.1 Kejohanan Olahraga MSSNM (Peringkat Daerah Jasin) akan adakan
pada 08 Ogos 2023 hingga 10 Ogos 2023.
2.4.2 Kejohanan Catur MSSNM (Peringkat Daerah Jasin) akan diadakan pada
25 hingga 26 Julai 2023.
2.4.3 Kejohanan merentas Desa MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) akan
diadakan pada 8 Jun 2023.
2.4.4 Kejohanan Bola Baling MSSNM(Peringkat Negeri Melaka) akan
diadakan pada 3 hingga 6 Julai 2023.
2.4.5 Kejohanan Bola sepak MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) akan
diadakan pada 19 hingga 22 Jun 2023.
2.4.6 Kejohanan Catur MSSNM(Peringkat Negeri Melaka) akan diadakan
pada 8 hingga 9 Ogos 2023.
2.4.7 Kejohanan Bola Jaring MSSNM(Peringkat Negeri Melaka) akan
diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2023.
2.4.8 Kejohanan Olahraga MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) akan diadakan
pada 5 hingga 7 September 2023.

2.5 Kadar Bayaran Yuran Penyertaan Kejohanan MSS Negeri Melaka


Sesi 2022/2023.

2.5.1 Kejohanan Bola Jaring MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) kadar


bayaran yang dikenakan ialah RM100 (individu).
2.5.2 Kejohanan Catur MSSNM (Peringkat Daerah Jasin) kadar bayaran yang
dikenakan ialah RM15(individu).
2.5.3 Kejohanan Olahraga MSSNM (Peringkat Daerah Jasin) kadar bayaran
yang dikenakan ialah RM70 Rendah(Sekolah).
2.5.4 Kejohanan Merentas Desa MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) kadar
bayaran yang dikenakan ialah RM7 (individu).
2.5.5 Kejohanan Bola Baling MSSNM (Peringkat Negeri Melaka )kadar
bayaran yang dikenakan ialah RM90(berkumpulan).

_____________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
”#sksmjenamakerajaannombor1
2.5.6 Kejohanan Bola Sepak MSSNM (Peringkat Negeri Melaka) kadar
bayaran yang dikenakan ialah RM90(berkumpulan).

3. Hal – Hal Lain

3.1 Untuk kejohanan Merentas desa peringkat sekolah ditangguhkan dahulu


sehingga diberi kebenaran dari pihak kementerian berikutan keadaan cuaca
panas yang melanda Malaysia.

4. Ucapan Penangguhan

4.1 Guru Penolong Kanan KoKurikulum mengharapkan Pencapaian Kokurikulum


SKSM (Semenda) pada sesi 2023/2024 ini akan lebih cemerlang dan terbilang.
4.2 Akhir kata saya mohon maaf jika ada terkasar Bahasa. Dan sama – sama kita
menjalankan tugas pada sesi 2023-2024.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Dicatat oleh , Disemak oleh ,

laily ………………………………
(NORLAILY BINTI MD DAHAN) (EN. MOHD FAZLI BIN HASIN)
Setiausaha Unit Kokurikulum GPK Kokurikulum
Sk Seri Mendapat

_____________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
”#sksmjenamakerajaannombor1

You might also like