You are on page 1of 7

UNIT HAL EHWAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN MERAGA BERIS


24100 KEMAMAN, TERENGGANU.

Ruj. kami : SKMB 500-2/1/3(01)


Tarikh: 5 Mac 2022
Kepada:
Ketua Unit Hal Ehwal Murid

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID BIL 1 / 2023

Dengan segala hormatnya dijemput tuan / puan hadir bagi mesyuarat tersebut di atas ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 15 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat al-Jazari SK Meraga Beris

2. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh En. Yuzaimi bin Yassin, Pengerusi
Jawatankuasa Induk HEM, SK Meraga Beris

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


i. Ucapan Pengerusi
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat bil 3 / 2022
iii. Perkara Berbangkit
iv. Pengurusan Unit HEM 2023 / 2024
v. Takwim HEM 2023 / 2024
vi. Hal – hal lain
vii. Ucapan Penangguhan

3. Kerjasama dari pihak tuan / puan amat dihargai dan didahulukan dengan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
( YUZAIMI BIN YASSIN )
Guru Besar,
SK Meraga Beris.

s.k : GPK HEM / Fail


UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN MERAGA BERIS
24100 KEMAMAN, TERENGGANU.

Rujukan kami : SKMB 500-2/1/4(01)


Tarikh: 22 Mac 2023

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID


BIL 1 / 2023

Tarikh : 15 Mac 2022


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat al-Jazari SK Meraga Beris

Kehadiran :

1. Yuzaimi bin Yassin ( Guru Besar )


2. Rosilawati binti Ngah ( PK Pentadbiran )
3. Rusnani binti Johari ( PK HEM )
4. Mohd Hasneeza bin Hasan ( PK KO )
5. Nor Shazlina binti Mohd Husin ( PK Petang )
6. Salina binti Embong ( PK Pendidikan Khas )
7. Fazlina binti Md Yusoff ( Setiausaha )
8. Siti Aishah binti Ramli
9. Wan Haizan binti Wan Hassan
10. Zamidah binti Adam
11. Noor Fadhilah binti Yusoff
12. Razmisyam bin Mohd Razlan
13. Noriati binti Md Nor
14. Che Wan Izudin bin Che Wan Khalid
15. Mazura binti Mamat @ Mustaffa
16. Wan Rahimah binti Wan Jusoh @ Wan Nor
17. Haidah binti Hitam
18. Salwani binti Mustapha
19. Siti Rashidah binti Rashid
20. Amal binti Ab Halim
21. Zubaidah binti Mamat
22. Fatin Nur Hafizah binti Mohd Harun
23. Syazliana binti Baharudin
24. Nor Suhada binti Ghazali
25. Nazrea bin Awang @ Abdullah
26. Hayatul Ikhma binti Yahya
27. Mohd Farhan bin Khir
28. Nor Aini binti Mohd Nor
29. Norhaniza binti Adam
30. Norhasliza binti Abdul Rahman
31. Norizan binti Abu Sepian
32. Nur Hanum binti Yahya
33. Wan Dalilah binti W. Mohd
34. Wan Mohd Asri bin Wan Hamzah
35. Salina binti Yunus
36. Siti Rosiah binti Mohamad
37. Siti Rohani binti Ibrahim
38. Siti Hadijah binti Osman
39. Fatimah binti Moh Norhan
40. Nor Hikmah binti Mohamed Zaki
41. Nor Mazwina binti Mazlan
42. Che Wan Siti Mariam binti Che Wan Othman
43. Che Ku Norani binti Che Ku Lateh
44. Nur Awanis binti Nordin
45. Nor Khadijah binti Mohd Ali
46. Abdul Karim bin Endut @ Azlan
47. Rosmanna binti Rashid
48. Siti Hajar binti Aminuddin
49. Musa bin Mangsor

Tidak Hadir :

1. Nor Majidah binti Zakaria


2. Roszakiah binti Ismail ( Cuti Bersalin )

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. Yuzaimi selaku Pengerusi Unit Hal Ehwal Murid SK Meraga Beris
memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah. Beliau turut
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

Tindakan : Makluman

1.2 En. Yuzaimi memaklumkan bahawa enrolmen murid bagi bulan Mac 2023 adalah
seramai 644 orang ( Lelaki 340 / Perempuan 304 ). Jumlah murid tahun 1 adalah
seramai 103 orang sahaja yang menjadikan sekolah ini tidak layak untuk
membuka 4 kelas tahun 1. Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh selama 2
minggu lagi untuk melihat sama ada jumlah tersebut meningkat ataupun
sebaliknya. Sekiranya tiada perubahan ataupun semakin berkurang, kelas 1 Ibnu
Majah terpaksa ditutup.

Tindakan : Makluman

1.3 En. Yuzaimi meluahkan rasa terkilan kerana peratus kehadiran murid bagi tahun
2022 tidak mencapai KPI iaitu hanya 88.35% sahaja. SK Meraga Beris berada di
kedudukan yang ke 46 daripada 72 buah sekolah daerah Kemaman. Beliau
berharap pada tahun 2023 ini, peratus kehadiran murid ke sekolah dapat
dipertingkatkan.

Tindakan : Makluman
1.4 Beliau turut meluahkan rasa terkilan mengenai peratus pencapaian kategori
Sahsiah Terpuji murid dalam SSDM amat rendah iaitu sebanyak 0.66% sahaja ( 4
orang ) sedangkan ramai murid sekolah ini yang layak mendapat gelaran tersebut.
Beliau berharap pada tahun 2023 ini, lebih ramai murid dikategorikan dengan
Sahsiah Terpuji tersebut. Guru berperanan mencungkil potensi murid dan
merekodkannya dalam SSDM sebanyak yang mungkin.

Tindakan : Semua Guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat bil 3 / 2022 disahkan oleh Pn. Siti Rohani binti Ibrahim dan
disokong oleh Pn. Zubaidah binti Mamat

Tindakan : Makluman.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pn. Rusnani memaklumkan tentang pengisian SSDM di kalangan guru masih
tidak memberangsangkan. Setakat bulan Mac ini, hanya 13 orang guru sahaja
yang telah membuat pengisian. Beliau sekali lagi memohon agar semua guru
memperkasakan SSDM bagi tahun 2023. Beliau memaklumkan bahawa Pelan
Strategik Organisasi (PSO) unit HEM adalah pengisian amalan baik dalam
SSDM. Oleh yang demikian, setiap guru dikehendaki mengisi amalan baik dalam
SSDM minima 1 murid 1 amalan baik. Guru kelas bersama guru damping
hendaklah memastikan setiap murid dalam kelas masing-masing mempunyai
sekurang-kuranya satu amalan baik dalam SSDM.

Tindakan : Semua Guru

3.2 Bermula sesi baru akademik 2023/2024, pengisian kehadiran murid dalam APDM
boleh dibuat sehingga jam 12 tengah hari bagi sesi pagi. Manakala sesi petang
pula adalah sehingga jam 3 petang. Pn. Rusnani berharap semua guru kelas
mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tindakan : Guru Kelas

3.3 Pn. Rusnani memaklumkan bahawa pengusaha kantin bagi tahun 2023 masih lagi
sama dengan tahun sebelumnya. Beliau telah berbincang dengan pihak kantin
mengenai penambahbaikan bagi RMT, menu murid dan juga menu guru. Namun
sehingga berakhir sesi akedamik yang lepas, masih tiada perubahan. Dengan
kerjasama guru dan juga pihak kantin, beliau berharap agar pada tahun ini perkara
tersebut dapat diatasi.

Tindakan : Makluman
4.0 Pengurusan Unit HEM 2023 / 2024

4.1 Pn. Rusnani memperkenalkan barisan AJK Unit Hal Ehwal Murid 2023 / 2024.
Beliau meminta guru merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah 2023 / 2024
mengenai panduan tugas setiap AJK unit masing-masing. Berikut merupakan
penyelaras bagi setiap unit :
J/K APDM – Siti Hadijah binti Osman
J/K Lawatan & Pelancongan – Abdul Karim bin Endut @ Azlan
J/K Pendaftaran & Kemasukan Sekolah Menengah - Haidah binti Hitam
J/K Sarana Ibubapa/Sekolah – Nazrea bin Awang @ Abdullah
J/K Lembaga Pengawas – Zubaidah binti Mamat
J/K Lembaga Disiplin – Zubaidah binti Mamat
J/K SSDM – Nor Aini binti Mohd Nor
J/K Sekolah Selamat – Wan Mohd Asri bin Wan Hamzah
J/K 3K – Che Wan Izudin bin Che Wan Khalid
J/K Rawatan Kesihatan & Covid 19 - Pn. Siti Rashidah binti Rashid
J/K Kantin & Keracunan Makanan - Salwani binti Mustapha
J/K PPDa – Wan Rahimah binti Wan Jusoh
J/K SPBT – Noriati binti Md Nor
J/K KWAPM & BAP – Zamidah binti Adam
JK Kebajikan & Bantuan – Fazlina binti Md Yusoff
J/K RMT – Wan Haizan binti Wan Hassan
J/K Program Susu Sekolah –Nor Hikmah binti Mohamed Zaki
J/K Murid Cicir – Noor Fadhilah binti Yusoff
J/K Peranti – Fatin Nur Hafizah binti Mohd Harun
J/K UBK, PRS, Guru Penyayang – Che Ku Norani binti Che Ku Lateh

4.2 Kebanyakan jawatan penyelaras masih dikekalkan seperti tahun sebelum ini,
namun terdapat sedikit perubahan bagi unit-unit tertentu. Guru dimohon agar
merujuk Buku Pengurusan Sekolah untuk mengetahui tugas dan unit masing-
masing.
4.3 J/Kuasa KWAPM & BAP telah diasingkan daripada JK Kebajikan & Bantuan
atas sebab-sebab tertentu.

Tindakan : Semua Guru

5.0 Takwim HEM 2023 / 2024

5.1 Setiap gutu diharap agar lebih cakna mengenai unit masing-masing. Guru boleh
merujuk Buku Pengurusan Sekolah 2023 / 2024 mengenai aktiviti ataupun
program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.
5.2 Guru yang berperanan sebagai penyelaras sesuatu program hendaklah
mengadakan perbincangan awal dengan PKHEM sebagai persiapan untuk
pelaksanaan program itu nanti.
5.3 Pn. Rusnani memohon agar setiap penyelaras unit HEM dapat bekerjasama
dengan ahli jawatankuasa unit masing-masing dalam memastikan setiap program
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Tindakan : Makluman
6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pn. Rusnani memaklumkan bahawa pada esok hari (16.3.2023) semua guru
terlibat dengan aktiviti gotong-royong. Beliau memohon semua guru kelas
mengemas kelas masing-masing dan memastikan bilangan kerusi dan meja murid
mencukupi, kelas bersih dan kemas serta kondusif. Pihak sekolah bersetuju untuk
memberikan satu set keceriaan yang mengandungi jadual waktu, jadual bertugas,
carta organisasi kepada setiap kelas. Sebahagian guru yang lain terlibat dengan
mengemas bilik-bilik khas seperti makmal komputer, surau, PSS, makmal sains,
bilik RBT dan sebagainya. Jadual gotong-royong akan dimaklumkan nanti.

Tindakan : Semua Guru

6.2 Pn. Rusnani berharap agar unit HEM akan lebih cemerlang pada tahun ini dalam
melahirkan murid yang hebat dari segi akademik dan juga sahsiah. Terdapat
beberaapa anugerah yang berjaya dirangkul pada tahun lepas antaranya ialah
Johan pertandingan Doodle Anti Dadah peringkat negeri Terengganu, Anugerah
Emas Penarafan Laman Minda Sihat peringkat negeri Terengganu, penyertaan
peringkat kebangsaan pertandingan Doodle Anti Dadah dan penyertaan
pertandingan Penarafan Pengiktirafan Pembangunan Sahsiah Murid (Tokoh
Pengawas).

Tindakan : Makluman

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pn. Rusnani mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Beliau mengakhiri mesyuarat dengan bacaan surah al-‘Asr dan Tasbih Kaffarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ……………………………….
( FAZLINA BINTI MD YUSOFF ) ( RUSNANI BINTI JOHARI )
Setiausaha, Guru Penolong Kanan,
Unit Hal Ehwal Murid, Hal Ehwal Murid,
SK Meraga Beris. SK Meraga Beris.
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Tarikh : 15 Mac 2023


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat al-Jazari SK Meraga Beris

BIL PAR AGENDA TINDAKAN MAKLUM


A BALAS

1 3.1 Pn. Rusnani memaklumkan tentang pengisian SSDM di SEMUA Telah diambil
kalangan guru masih tidak memberangsangkan. Setakat bulan GURU tindakan oleh
Mac ini, hanya 13 orang guru sahaja yang telah membuat semua guru
pengisian. Beliau sekali lagi memohon agar semua guru pada 21 Mac
memperkasakan SSDM bagi tahun 2023. Beliau 2023
memaklumkan bahawa Pelan Strategik Organisasi (PSO) unit
HEM adalah pengisian amalan baik dalam SSDM. Oleh yang
demikian, setiap guru dikehendaki mengisi amalan baik
dalam SSDM minima 1 murid 1 amalan baik. Guru kelas
bersama guru damping hendaklah memastikan setiap murid
dalam kelas masing-masing mempunyai sekurang-kuranya
satu amalan baik dalam SSDM.

2 3.2 Bermula sesi baru akademik 2023/2024, pengisian kehadiran SEMUA Telah diambil
murid dalam APDM boleh dibuat sehingga jam 12 tengah GURU tindakan oleh
hari bagi sesi pagi. Manakala sesi petang pula adalah KELAS guru kelas
sehingga jam 3 petang. Pn. Rusnani berharap semua guru pada 19 Mac
kelas mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. 2023

3 6.1 Pn. Rusnani memaklumkan bahawa pada esok hari SEMUA Telah diambil
(16.3.2023) semua guru terlibat dengan aktiviti gotong- GURU tindakan oleh
royong. Beliau memohon semua guru kelas mengemas kelas semua guru
masing-masing dan memastikan bilangan kerusi dan meja kelas pada 16
murid mencukupi, kelas bersih dan kemas serta kondusif. Mac 2023
Pihak sekolah bersetuju untuk memberikan satu set keceriaan
yang mengandungi jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi kepada setiap kelas. Sebahagian guru yang lain
terlibat dengan mengemas bilik-bilik khas seperti makmal
komputer, surau, PSS, makmal sains, bilik RBT dan
sebagainya. Jadual gotong-royong akan dimaklumkan nanti.

Tarikh : 30 Mac 2023

You might also like