You are on page 1of 4

SK MUADZAM JAYA

26700 MUADZAM SHAH


PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT UNIT BIASISWA DAN KWAPM


KALI KEDUA SESI 2020

Tarikh : 4 Mac 2020


Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sayyidatina Aisyah SKMJ
Kehadiran : Pn. Jamaliah binti Mat Sarib (GPK HEM)
Pn. Nurul Umairah binti Othman
Pn. Nor Aishah binti Ab Razak
En. Zulkifli bin Mohamed Suhaimi
Pn. Normazatul Akma binti Muda
Pn. Patimah binti Mahmood
Pn. Siti binti Manap
Pn. Siti Nur Izzah binti Abdullah
Pn. Laura Antonette Kojuna
Pn. Shafiqa Nathasa binti Kamarudin
1.0 KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa Unit


Biasiswa/KWAPM dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Unit Biasiswa/KWAPM
kali kedua bagi tahun 2020.
1.2 Pengerusi mengedarkan Minit Mesyuarat Unit Biasiswa/KWAPM Bil. 1/2020
kepada semua guru yang hadir.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan pengesahan : En. Zulkifli bin Mohamed Suhaimi


2.2 Sokongan pengesahan : Pn. Normazatul Akma binti Muda

3.0 UCAPAN GPK HEM

3.1 Puan Jamaliah binti Mat Sarib mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas
yang telah mengemas kini data murid dalam sistem APDM. Tindakan segera daripada
guru kelas dapat melancarkan proses pemilihan murid yang layak menerima Biasiswa
Yayasan Pahang dan KWAPM.
3.2 Bermula 17 Februari hingga 6 Mac 2020, Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan
(APB) dibuka untuk permohonan KWAPM di peringkat sekolah. Mohon kerjasama
semua guru kelas membuat semakan akhir berkenaan data murid sebelum sistem APB
ditutup.

Tindakan : Semua AJK


4.0 BIASISWA SEKOLAH RENDAH YAYASAN PAHANG (BSR YP)

4.1 Bagi tahun 2020, seramai 33 orang murid telah menerima Biasiswa Sekolah Rendah
Yayasan Pahang (BSR YP) iaitu;
 Tahun 4 – 13 orang
 Tahun 5 – 10 orang
 Tahun 6 – 10 orang
4.2 Setiap murid telah menerima RM 300 dan telah diagihkan pada 15 Disember 2019 di
Dewan Orang Ramai Muadzam Shah.
4.3 Seramai 18 orang murid yang tidak hadir di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah
kerana tidak menerima surat makluman daripada pihak Yayasan Pahang telah
menerima bayaran biasiswa pada 20 Februari 2020 di Pejabat SKMJ.

Tindakan : Semua AJK

5.0 KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

5.1 Bagi tahun 2020, seramai 70 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6
tersenarai dalam permohonan KWAPM. 13 orang daripadanya ditolak kerana telah
menerima Biasiswa Sekolah Rendah Yayasan Pahang (BSR YP).
5.2 GPK HEM dan Penyelaras Unit KWAPM akan membuat pengesahan menerima atau
menolak permohonan dan Guru Besar mengesahkan permohonan sebelum 6 Mac
2020.

Tindakan : Semua AJK

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 GPK HEM memohon agar semua guru kelas mengemaskini data dalam sistem
APDM
dari semasa ke semasa jika ada perpindahan masuk murid baharu.
6.2 Mohon kerjasama semua untuk mengenal pasti jika terdapat murid yang tidak terima
KWAPM atau BSR YP tetapi layak untuk memohon. GPK HEM dan Penyelaras Unit
akan membuat permohonan baharu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua AJK


7.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Beliau
berharap agar semua AJK dapat memberikan komitmen yang baik dalam menjalankan
tugas sebagai AJK Unit KWAPM/Biasiswa 2020.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh;

............................................................
(NOR AISHAH BINTI AB RAZAK)
Setiausaha,
Unit Biasiswa/KWAPM,
SK Muadzam Jaya.

Disahkan oleh;

......................................................
(JAMALIAH BT MAT SARIB)
Guru Penolong Kanan HEM,
SK Muadzam Jaya.

You might also like