You are on page 1of 5

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


BIL 1 (2019)

Tarikh : 2.1.2019

Masa : 1.40 petang

Tempat : Makmal Komputer SKTB

Pentadbir : En Wardalimata bin Abdullah

Kehadiran(Bilangan) : 11/15 (Rujuk Lampiran)

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat
4.0 Perancangan Aktiviti 2019
5.0 Penyelarasan RPT, RPH dan dokumen berkaitan
6.0 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1
7.0 Kewangan
8.0 Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi :

1.1 Pengerusi En. Mohd Helmie selaku Ketua Panitia mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran di dalam mesyuarat panitia kali pertama ini.
1.2 En Wardalimata bin Abdullah selaku wakil pentadbir meminta guru supaya
memberi penekanan kepada Komuniti Pembelajaran Professional (PLC)
dan pengisian SEGAK pada waktu yang telah ditetapkan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Puan Zalina bt A.Hamid mencadangkan agar minit yang lalu diterima
dan turut disokong oleh Puan Normah bt Mohamad.

3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat

3.1 Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru supaya selesaikan segala


tindakan yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang lalu.

1
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat

4.0 Perancangan Aktiviti 2019 :

4.1 Guru-guru dikehendaki mengikut perancangan aktiviti pada hari dan tarikh
yang telah ditetapkan. Jika terdapat sebarang kesulitan guru perlu
maklumkan dan berbincang dengan ketua panitia.
Tindakan : Semua guru

5.0 Penyelarasan RPT, RPH dan dokumen berkaitan

5.1 RPT mesti disediakan dan disahkan oleh Guru Besar.


5.2 RPH diselaraskan untuk semua guru yang mengajar PJ dan PK.
5.3 RPH boleh disediakan dengan merujuk RPT yang telah disediakan. Untuk
memudahkan guru menyediakan RPH, digalakkan guru-guru untuk
memuat turun Modul Panduan Pengajaran PJ dan PK. Modul itu adalah
lengkap dan sangat membantu guru dalam PdPc dan membuat
perancangan aktiviti.
5.4 Penyelaras untuk setiap tahun (Rujuk Lampiran) telah ditetapkan untuk
penyediaan RPT. Penyelaras perlu hantar pada Ketua Panitia untuk tujuan
semakan sebelum disahkan oleh Guru Besar

Tindakan: Semua guru PJPK

6.0 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1

6.1 Pentaksiran Bilik Darjah untuk Subjek Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan Kesihatan juga perlu diisi dan dilengkapkan semasa membuat
pentaksiran ataupun selepas aktiviti dijalankan.
6.2 PBD boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk dan aktiviti berpandukan
kepada DSKP dan kemampuan murid.

Tindakan: Makluman

7.0 Kewangan

7.1 Baki wang pada akhir tahun 2018 iaitu sebanyak RM 4444.99
(19.11.2018) telah dibelanjakan untuk membeli bola takraw, bola sepak
dan peralatan gimnastik.
7.2 Baki yang tinggal adalah RM 400.00.

2
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat

8.0 Hal-Hal Lain

8.1 Puan Zalina memaklumkan bermula pada tahun 2019 waktu Pendidikan
Jasmani telah dimasukkan pada jadual hari Isnin. Oleh yang demikian
guru dan murid dibenarkan memakai pakaian sukan pada hari Isnin.
8.2 En Wardalimata memaklumkan murid juga dibenarkan memakai kasut
sukan.
8.3 En Wardalimata menjawab soalan Puan Maria berkenaan dengan
penggunaan buku PAJSK yang dibeli murid. Buku tersebut boleh dibawa
sewaktu aktiviti KoKurikulum pada hari Selasa.
8.4 Terdapat beberapa guru yang masih belum dimasukkan ke dalam
Telegram Panitia PJPK iaitu Puan Aryza, Puan Azian, Puan Masliana,
Encik Wardalimata, Puan Aishah Abu dan Puan Selyna.Setiausaha Panitia
akan memasukkan guru-guru terbabit ke dalam Telegram Panitia PJPK.

Tindakan: Semua guru PJ

9.0 Ucapan penangguhan

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua kerjasama yang


diberikan dan berharap guru-guru Panitia PJPK dapat melaksanakan
tugas dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………………………….
(En Muhammad Syafiq bin Azzmi ) (En Mohd Helmie bin Ismail)
Setiausaha, Ketua Panitia,
PJPK. PJPK.

LAMPIRAN

SENARAI NAMA GURU YANG HADIR

1. EN. MOHD HELMIE BIN ISMAIL

3
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat
2. EN MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZZMI
3. PUAN HAIDI FADILAH BT A. HALIM
4. EN WARDALMATA B ABDULLAH
5. PUAN FARZLINDA BT KASSIM ALI
6. PUAN NURUL ASHIKIN BT AHMAD NOOR
7. PUAN SITI AISHAH BT PUASA
8. EN KAMARULZAMAN MD SARIL
9. PUAN NORMAH BT MOHAMAD
10. PUAN ZALINA BT A.HAMID
11. PUAN NOOR MARIA BT MAHAT

SENARAI NAMA GURU YANG TIDAK HADIR

1. PUAN HAZLIZA BT AZALI


2. EN AHMAD KAMIL B. BABA
3. PUAN SITI SELYNA BT MD NASIR

LAMPIRAN

SENARAI PENYELARAS BAGI PENYEDIAAN RPT

GURU/PENYELARAS TAHUN
HELMIE PJPK TAHUN 1

4
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat
AISHAH PUASA PJPK TAHUN 2
MUHAMMAD SYAFIQ PJPK TAHUN 3
MASLIANA PJ TAHUN 4
FARZLINDA PK TAHUN 4
ARYZA PJ TAHUN 5
HAIDI PK TAHUN 5
AISHAH ABU PJ TAHUN 6
NORMAH PK TAHUN 6

You might also like