You are on page 1of 10

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini
memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air
mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks
KOMSAS semasa.

1.2 Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pendidikan


Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen
sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

1.3 Aktiviti ini boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah dan juga sebagai aktiviti sokongan dalam Persatuan
Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

2.0 SUMBER

Drama dan cerpen daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan,


Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah
Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan.

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi
15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.
4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat
pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum
dikemukakan untuk pertandingan.

4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

117
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga (03) orang guru


berdasarkan kapasiti berikut :

4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri ... 1 orang


4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai


pertandingan amat digalakkan kecuali sekolah yang hanya
mempunyai satu kaum sahaja.

5.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT SEKOLAH


5.1.1 Semua sekolah dikehendaki mengadakan pertandingan drama
drama di peringkat sekolah melalui aktiviti Persatuan Bahasa
Melayu.

5.2 PERINGKAT ZON/DAERAH


5.2.1 Pertandingan peringkat daerah dikendalikan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah.

5.3 PERINGKAT NEGERI


5.3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.

5.4 PERINGKAT KEBANGSAAN


5.4.1 Pertandingan Drama KOMSAS peringkat kebangsaan akan
dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.4.2 Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

6.0 SKRIP

6.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera


Melayu (KOMSAS) Tingkatan 1 hingga 5 drama atau cerpen semasa.

6.2 Skrip drama boleh diimprovisasi tetapi tidak terpesong daripada skrip
asal.

6.3 Cerpen daripada teks komsas semasa boleh diadaptasikan tetapi tidak
terpesong daripada cerita asal.

6.4 Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran.

118
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

7.0 DISIPLIN PENTAS.

7.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

7.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan.
Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai
hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam
bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah
menggunakan replika (yang selamat) sahaja.

7.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK


DIBENARKAN.

7.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor


LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

7.5 Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur


mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau
kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai
murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan
keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

7.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman


terhadap manusia/haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan
undang-undang dan dasar kerajaan.

7.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan


atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan
kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang
digunakan.

7.8 Guru pembimbing atau Jurulatih setiap kumpulan TIDAK DIBENARKAN


memberikan sebarang arahan atau bantuan (side coaching) semasa
persembahan sedang berlangsung.

8.0 MASA PERSEMBAHAN

8.1 Persembahan tidak melebihi 20 minit, tidak termasuk masa transisi.


Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah
daripada markah keseluruhan.

8.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa


mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

8.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama


ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

119
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

9.0 PEMARKAHAN

9.1 Bahasa ( 30 markah )

9.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat


yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak

9.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak

9.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan
watak

9.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,


perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai
dengan watak

9.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi


sesuai dengan watak dan budaya setempat

9.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

9.2 Persembahan (30 markah)

9.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.

9.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik.

9.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.

9.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman


dramatik.

9.2.5 Memperlihatkan persembahan yang berjaya mengangkat tema,


pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

9.3 Lakonan ( 20 markah )

9.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta


perwatakan dengan baik.

9.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan

120
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

(gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi) dengan baik.

9.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara


artikulasi, intonasi dan projeksi) yang baik .

9.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai


satu ensembel) dengan baik.

9.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan


baik.

9.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

9.4 Sinografi ( 10 markah )

9.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

9.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan


dimanfaatkan.

9.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

9.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

9.4.5 Rekaan/pilihan kostum atau busana yang sesuai, menarik dan


mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

9.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

9.5 Pengarahan ( 10 markah )

9.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik


terhadap skrip.

9.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta


perwatakan dalam drama.

9.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan


lakonan dengan baik.

121
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

10.0 PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

10.1 Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

10.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

10.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua

Hakim.

10.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

10.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

10.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep

Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.7 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

11.0 DISIPLIN PESERTA

11.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang


pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab
kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

11.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju t tanpa kolar serta


pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu
menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk
Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

11.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak


penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

12.0 TINDAKAN

12. 1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN


penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan
dalam kertas konsep .

13.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

122
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

Giliran No. :
Sekolah/Negeri :
Tajuk Drama :

Perkara Kriteria Markah Catatan


Penskoran
Struktur tatabahasa
yang betul, sebutan Lemah: 1 10
Bahasa jelas dan lancar Baik: 11 20
(30 markah) Pengolahan bahasa Cemerlang: 21 - 30
yang baik, indah &
gramatis

Meyakinkan/ menarik Lemah: 1 - 10


Persembahan Kreativiti/Dramatik Baik: 11 - 20
( 30 markah ) Cemerlang:21 - 30
Pemikiran

Penghayatan watak Lemah: 1 - 6


Lakonan Gesture/gerak isyarat Baik: 7 - 14
( 20 markah ) Kesatuan lakonan Cemerlang: 15 - 20
Pentafsiran watak

Rekaan Set Lemah: 1 - 3


Sinografi Prop, Kesan Bunyi, Baik: 4 - 7
( 10 markah ) Kesan Cahaya, Cemerlang: 8 - 10
Busana & Tatarias

Tafsir skrip Lemah: 1 - 3


Pengarahan Bentuk watak Baik: 4 - 7
( 10 markah ) Kawalan keseluruhan Cemerlang: 8 - 10

JUMLAH 100

123
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

Tandatangan Hakim : ..........................................

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama : ................................................................ Tarikh : ................................

GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM
1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim..

124
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

GILIRAN HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM JUMLAH KEDUDUKAN


PESERTA 1 2 3 4 5

Pengesahan oleh Ketua Hakim,


( )

125
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN RASMI


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRAN


PELAKON LELAKI TERBAIK
PELAKON PEREMPUAN
TERBAIK
PELAKON PEMBANTU
LELAKI TERBAIK
PELAKON PEMBANTU
PEREMPUAN TERBAIK
SINOGRAFI TERBAIK
SKRIP TERBAIK
PENGARAH TERBAIK

ANUGERAH KHAS JURI

PENGESAHAN HAKIM

HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH


1
2
3
4
5

126

You might also like