You are on page 1of 10

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini
memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air
mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks
KOMSAS semasa.

1.2 Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran


Daerah.

1.3 Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan


Pelajaran Negeri.

1.4 Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat


Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.5 Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran


Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen
sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

2.0 SUMBER

Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan,


Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah
Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan.

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi
15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat


pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum
dikemukakan untuk pertandingan.

4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang guru


berdasarkan kapasiti berikut :

4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri ... 1 orang


4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai


pertandingan amat digalakkan.

5.0 SKRIP

5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera


Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 – drama semasa.

5.2 Skrip boleh diimprovisasi dan diadaptasi tetapi tidak terpesong daripada
skrip asal.

5.3 Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran.

6.0 DISIPLIN PENTAS.

6.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan.
Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai
hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata
dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah
menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

6.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK


DIBENARKAN.

6.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD


serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

6.5 Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur


mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau
kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai
murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan
keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.
137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman


terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan
dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

6.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau


pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan
kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis
yang digunakan.

7.0 MASA PERSEMBAHAN

7.1 Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa transisi.


Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5
markah daripada markah keseluruhan.

7.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa


mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama


ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

8.0 PEMARKAHAN

8.1 Bahasa ( 40 markah )

8.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat


yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak

8.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak

8.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan
watak

8.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,


perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai
dengan watak

8.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi


sesuai dengan watak dan budaya setempat

8.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

8.2 Persembahan (20 markah)

8.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.

8.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik.

8.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.

8.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman


dramatik.

8.2.5 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya


mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

8.3 Lakonan ( 20 markah )

8.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta


perwatakan dengan baik.

8.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan


( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.

8.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara –


artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

8.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai


satu ensembel) dengan baik.

8.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan


baik.

8.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

8.4 Sinematografi ( 10 markah )

8.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan


dimanfaatkan.

8.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

8.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.


137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

8.4.5 Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu


memperkuatkan watak dan perwatakan.

8.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

8.5 Pengarahan ( 10 markah )

8.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik


terhadap skrip.

8.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta


perwatakan dalam drama.

8.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan


lakonan dengan baik.

9.0 PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

9.1 Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua

Hakim.

9.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

9.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

9.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep

Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.7 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

10.0 DISIPLIN PESERTA

10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang


pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab
kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

10.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa kolar serta
pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali
sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan
berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

10.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak


penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

11.0 TINDAKAN

11.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN


penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kertas konsep .

12.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PEMARKAHAN
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Giliran No. : ……………………………………………………………………


Sekolah : ……………………………………………………………………
Tajuk Drama : ……………………………………………………………………

Perkara Kriteria Markah Catatan


Penskoran
Struktur tatabahasa
yang betul, sebutan Lemah: 1 – 10
Bahasa jelas dan lancar Baik: 11 – 29
(40 markah) Pengolahan bahasa Cemerlang: 30 - 40
yang baik, indah &
gramatis

Meyakinkan/ menarik Lemah: 1 - 6


Persembahan Kreativiti/Dramatik Baik: 7 - 14
( 20 markah ) Cemerlang:15 - 20
Pemikiran

Penghayatan watak Lemah: 1 - 6


Lakonan Gesture/gerak isyarat Baik: 7 - 14
( 20 markah ) Kesatuan lakonan Cemerlang: 15 - 20
Pentafsiran watak

Rekaan Set Lemah: 1 - 3


Sinematografi Prop, kesan bunyi, Baik: 4 - 7
( 10 markah ) cahaya Cemerlang: 8 - 10
Tatarias

Tafsir skrip Lemah: 1 - 3


Pengarahan Bentuk watak Baik: 4 - 7
( 10 markah ) Kawalan keseluruhan Cemerlang: 8 - 10

JUMLAH 100

Tandatangan Hakim : ..........................................

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama : ................................................................ Tarikh : ................................

GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM
1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim………………………………..

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

GILIRAN HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM JUMLAH KEDUDUKAN


PESERTA 1 2 3 4 5

Pengesahan oleh Ketua Hakim,

………………………………………
( )

BORANG KEPUTUSAN RASMI


PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS
137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

PERINGKAT KEBANGSAAN

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRAN


PELAKON LELAKI
TERBAIK
PELAKON
PEREMPUAN
TERBAIK
PELAKON PEMBANTU
LELAKI TERBAIK
PELAKON PEMBANTU
PEREMPUAN
TERBAIK
SINEMATOGRAFI
TERBAIK
PENGARAH TERBAIK

PENGESAHAN HAKIM
HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH
1
2
3
4
5

137
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

You might also like