You are on page 1of 6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

VIDEO DRAMA KOMSAS


TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS

1.0 PENGENALAN

Drama bermaksud karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek
sastera dan aspek teater. Aspek sastera mengandungi cerita dan unsur
karya kreatif seperti pemikiran, plot, watak, bahasa dan latar. Manakala
aspek teater pula drama dilihat sebagai hasil pementasan. Dengan kata lain,
skrip drama yang ditulis akan dipersembahkan di atas pentas. Komponen
Sastera Melayu atau KOMSAS merujuk kepada pengajaran dan
pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.
Pandemik Covid-19 telah mencetuskan idea untuk Drama KOMSAS ini
divideokan bagi memberi peluang kepada murid-murid sekolah menengah di
seluruh tanah air menghasilkan video drama karya terpilih masing-masing
berdasarkan teks KOMSAS semasa.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang lakonan di


peringkat sekolah.
2.2 Mengasah bakat murid-murid untuk menyampaikan skrip dalam
bentuk dialog dan penghayatan mengikut watak.
2.3 Mengasah kemahiran dan ilmu murid-murid dalam dalam bidang
rakaman dan mengedit video.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah menengah iaitu


Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) warganegara Malaysia
sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai
tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak
termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
4.2 Sumber drama dan cerpen wajib digunakan daripada teks KOMSAS
Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5).
2
4.3 Jumlah murid yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi
sepuluh (10) orang peserta.
4.4 Penggunaan Bahasa Melayu standard wajib digunakan manakala
bahasa rojak adalah tidak dibenarkan.
4.5 Pakaian pelakon hendaklah sopan dan sesuai dengan watak yang
dilakonkan.
4.6 Video drama hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI
atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk
pautan kepada negeri penganjur.
4.7 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi yang telah mendapat
pengesahan daripada pengetua hendaklah dihantar kepada penganjur
bersama-sama pautan drama tersebut
4.8 Dua (2) orang guru pembimbing/jurulatih hendaklah dilantik dalam
kalangan guru.

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Peringkat sekolah


- Sekolah dikehendaki mengadakan pertandingan video drama di
peringkat sekolah melalui aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.

5.2 Peringkat zon/daerah


- Pertandingan peringkat daerah dikendalikan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).

5.3 Peringkat negeri


- Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).

5.4 Peringkat kebangsaan


- Pertandingan Video Drama KOMSAS peringkat kebangsaan akan
dikendalikan oleh KPM. Johan peringkat negeri akan bertanding ke
peringkat kebangsaan.

6.0 SKRIP DRAMA

6.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks KOMSAS Tingkatan


Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) iaitu drama atau cerpen semasa.
6.2 Skrip drama boleh diimprovisasi tetapi tidak terpesong daripada
skrip asal.
6.3 Cerpen daripada teks KOMSAS semasa boleh diadaptasikan tetapi
tidak terpesong daripada cerita asal.
3
6.4 Skrip video drama wajib dihantar kepada urus setia sebanyak lima (5)
salinan.

7.0 DISIPLIN RUANG

7.1 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan.
Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau
sebagai hiasan sewaktu video dirakam seperti benda-benda tajam
atau senjata dalam bentuk asal adalah tidak dibenarkan, sebaliknya
hendaklah menggunakan replika yang selamat sahaja.
7.2 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api tidak
dibenarkan.
7.3 Rakaman drama tidak dibenarkan memaparkan unsur-unsur
mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog
atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan
dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah
dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang
dalam rakaman.
7.4 Rakaman drama juga dilarang mempamerkan aksi-aksi
kekejaman terhadap manusia/haiwan serta perkara-perkara yang
bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.
7.5 Guru pembimbing atau jurulatih setiap kumpulan tidak dibenarkan
memberi sebarang arahan atau bantuan (side coaching) semasa
persembahan sedang dirakam.

8.0 DURASI PERSEMBAHAN

8.1 Video drama tidak melebihi lima belas (15) minit. Persembahan yang
melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong lima (5) markah
daripada markah keseluruhan.
8.2 Durasi persembahan video drama dikira bermula daripada intro
persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

9.0 PEMARKAHAN

9.1 Bahasa (30 markah)


9.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur
ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan
watak.
9.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan
watak.

4
9.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan
watak.
9.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,
perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai
dengan watak
9.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sesuai
dengan watak dan budaya setempat
9.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

9.2 Persembahan (30 markah)


9.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
9.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik.
9.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
9.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman
dramatik.
9.2.5 Memperlihatkan persembahan yang berjaya mengangkat tema,
pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

9.3 Lakonan (20 markah)


9.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak
serta perwatakan dengan baik.
9.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan
(gerak, gerak isyarat/gesture dan ekspresi) dengan baik.
9.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara
– artikulasi, intonasi dan projeksi) yang baik .
9.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan
(sebagai satu ensembel) dengan baik.
9.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak
dengan baik.
9.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

9.4 Sinografi (10 markah)


9.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
9.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi
dan dimanfaatkan.
9.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
9.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
9.4.5 Rekaan/pilihan kostum atau busana yang sesuai, menarik
dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.
9.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

5
9.5 Pengarahan (10 markah)
9.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan
menarik terhadap skrip.
9.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta
perwatakan dalam drama
9.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan
lakonan dengan baik.

10.0 PENGHAKIMAN/PENILAIAN
10.1 Peringkat Daerah dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
10.2 Peringkat Negeri dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
10.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh lima (5) orang hakim, termasuk
Ketua Hakim.
10.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
10.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.
10.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep KPM
10.7 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

11.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan KPM berhak membatalkan penyertaan kumpulan yang


melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

12.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

13.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

You might also like