You are on page 1of 18

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH PERINGKAT DAERAH TATAU/SEBAUH
TAHUN 2022
(PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN
RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH MENENGAH)

Anjuran:
Jabatan Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Kelolaan:

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TAU


PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan adalah secara berkumpulan di peringkat Negeri Sarawak.


1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat daerah ke
peringkat Negeri.
1.3 Pertandingan ini adalah secara rakaman video di mana penghantaran daripada
PPD adalah secara dalam talian (video rakaman tidak boleh disunting).
Sebarang gambar pendahuluan (berkumpulan), kesan khas dan
animasi adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam video rakaman.
1.4 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 High
Pixel dan maksima 1080 High Pixel secara rakaman pegun (kamera
statik) dan landskap ( tinggikan sebanyak 30 o - 45o sudut ).
1.5 Satu (1) pasukan terbaik peringkat negeri dari setiap kategori akan ke
peringkat kebangsaan secara penghantaran video rakaman. Walau
bagaimanapun, lima (5) pasukan terbaik kebangsaan (Top 5) dari setiap
kategori akan bertanding bersemuka bagi pertandingan akhir dalam
Festival Gala Kesenian Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala
Lumpur.
1.6 Pasukan yang layak ke peringkat akhir Kebangsaan akan membuat
penambahbaikan tarian yang dibawa oleh pegawai teknikal tarian bersama
dengan jurulatih serta kareografer dan lagu/muzik iringan asal jika perlu.
1.7 Penggunaan BUSANA dan TATARIAS yang sesuai dan terbaik adalah
digalakkan pada peringkat akhir Kebangsaan.
1.8 Penghantaran penyertaan video di peringkat negeri adalah melalui pautan
Google Form pendaftaran yang disediakan oleh pihak pengelola.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1
hingga Tahun 6) dan semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan
hingga Ting.5) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan bagi sekolah aliran
perdana yang bernaung di bawah KPM.
2.2 Penyertaan setiap daerah adalah secara BERKUMPULAN.
2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak
sekolah dan PPD masing-masing.

3. FORMAT PERSEMBAHAN

3.1 KATEGORI A: Sekolah Rendah


● Tarian Rakyat/Etnik di Malaysia

3.1.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8) orang
sahaja;
3.1.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.1.3 Setiap pasukan BEBAS untuk memilih Tarian Rakyat/Etnik dari
manamana negeri;
3.1.4 Setiap PPD perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan satu Tarian Rakyat/Etnik yang ada di Malaysia;
3.1.5 Setiap rakaman video hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan tidak
melebihi 6 minit;
3.1.6 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
(Slogan #SeniUntukSemua adalah DIBENARKAN dibuat suntingan di dalam
video. Slogan ini dipaparkan sebaik sahaja selepas persembahan tarian
tamat. Dengan erti kata lain, letak di hujung video)
3
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

3.1.7 Rakaman video hendaklah dimuat naik melalui pautan yang akan
diberikan oleh pihak pengelola;
3.1.8 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.1.9 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama dan logo sekolah
dalam rakaman video yang dihantar; dan
3.1.10 Pihak Sekolah perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:
Video Rakaman : (Nama Sekolah)
Nama Tarian :
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

3.2 KATEGORI B: Sekolah Menengah


● Tarian Rampaian Tradisional Kreatif
(Zapin/Inang/Joget/Asli)

3.2.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8) orang
sahaja;
3.2.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.2.3 Setiap pasukan WAJIB mempersembahkan DUA (2) daripada empat
tarian yang ditawarkan iaitu zapin/inang/joget/asli;
3.2.4 Konsep KREATIF di sini membawa pengertian tarian yang bebas
diolah dari segi gerak tari, struktur, pola lantai, muzik dan busananya,
akan tetapi masih perlu mengekalkan nilai estetika tarian atau budaya
tersebut;

4
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

3.2.5 Penggunaan unsur atau teknik kontemporari DIBENARKAN selagi


mana ianya tidak menjejaskan konsep asal tarian yang
dipertandingkan iaitu TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF;
3.2.6 Setiap PPD perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan satu Tarian Rampaian Tradisional Kreatif;
3.2.7 Setiap rakaman video itu hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan
tidak melebihi 6 minit;
3.2.8 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
(Slogan #SeniUntukSemua adalah DIBENARKAN dibuat suntingan di
dalam video. Slogan ini dipaparkan sebaik sahaja selepas
persembahan tarian tamat. Dengan erti kata lain, letak di hujung
video)
3.2.9 Rakaman video hendaklah dimuat naik melalui pautan yang akan
diberikan oleh pihak pengelola;
3.2.10 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.2.11 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama sekolah dalam
rakaman video yang dihantar; dan

3.2.12 Pihak PPD perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:
Video Rakaman : (Nama PPD)
Nama Tarian :
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

4. LAGU / MUZIK IRINGAN

5
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

4.1 Lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana lagu
rakyat/etnik (sekolah rendah) yang sedia ada dengan mengekalkan rentak
asal lagu tersebut.
4.2 Lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana
lagu tradisional/komersial yang bersesuaian (sekolah menengah)
4.3 Lagu atau muzik iringan boleh berbentuk instrumental atau muzik yang
mengandungi suara.
4.4 Lagu/muzik iringan boleh “ditampal” dalam video rakaman.
(Audio iaitu lagu/muzik iringan yang digunakan di dalam video adalah
DIBENARKAN dibuat suntingan. Terhad kepada proses insert audio di
dalam suntingan video tersebut)

5. MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa persembahan bagi semua kategori adalah 3 hingga 6 minit sahaja.

6. PAKAIAN / AKSESORI / PROPS

6.1 Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan.


6.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

6
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

7. PEMARKAHAN

7.1 KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)

7.1.1 Penilaian Dalam Talian:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

7.2 KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)

7.2.1 Penilaian Dalam Talian:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Kreativiti dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

7
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

8. PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim peringkat negeri di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, PPD Tatau/Sebauh
8.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
8.3 Sistem Penghakiman di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan PPD pengelola.
8.4 Borang Penghakiman, Syarat Penghakiman dan Sistem Pemarkahan
Berkomputer (program) adalah di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan
Dearah Tatau/Sebauh dan Sekolah Pengelola serta diguna pakai oleh semua
sekolah bertanding di Peringkat Negeri. Peringkat Daerah adalah digalakkan
mengguna pakai sistem pemarkahan yang sama.
8.5 Bilangan Hakim:
a. Peringkat Daerah
Tiga (3) orang Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-
masing, bersama dengan seorang teknikal komputer (disedia oleh sekolah
pengelola). Hakim-hakim yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru
kebudayaan sekolah rendah/menengah yang berkelayakan.
b. Peringkat Negeri
Tiga (3) orang Hakim Peringkat Negeri akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak setiap kali pertandingan bersama dengan seorang teknikal komputer
(disedia oleh PPD pengelola). Hakim-hakim yang dipilih adalah terdiri daripada
guru-guru kebudayaan sekolah rendah/menengah yang berkelayakan.
8.6 Ketua Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing jika
pertandingan di Peringkat Daerah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak jika pertandingan di Peringkat Negeri.
8.7 Hakim-hakim yang dipilih mestilah hakim yang mempunyai integriti yang tinggi,
seorang penari, seorang perekatari, dan seorang yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam tarian.
8.8 Selepas pertandingan, Ketua Hakim mestilah memberi ulasan yang sesuai dan
mestilah ditulis di ruangan Borang Penghakiman.
8.9 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

8
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

9. PROSEDUR PENYERTAAN

9.1 Semua pendaftaran dibuat secara dalam talian.


9.2 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul. Ejaan nama ditulis
seperti pada kad pengenalan/mykid.
9.3 Video rakaman pertandingan dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang
disediakan oleh pengelola;
9.3.1 Fail Video pertandingan dinamakan dengan format
NamaPPD_TariSR_NamaSekolah atau Nama
PPD_TariSM_NamaSekolah
(contoh: PPDSarikei_TariSR_SKSarikei).
(SR=Sekolah Rendah, SM=Sekolah Menengah)

9.4 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google
Forms pendaftaran:
9.4.1 Borang Penyertaan (yang telah disahkan oleh pihak sekolah)
9.4.2 Borang Sinopsis Tarian (format file PDF)
9.4.3 Templat excel maklumat peserta (softcopy)
9.4.4 Surat Iringan PPD (sebagai pengesahan peserta mewakili daerah)

10. PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD


masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google forms
pendaftaran.

9
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

11. TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh pendaftaran pertandingan peringkat negeri: 3-5 Ogos 2022

Perkara Tarikh
Hebahan kertas konsep negeri kepada semua PPD 15 Jun 2022
Tarikh Pendaftaran Peringkat Negeri 3 - 5 Ogos 2022
Penjurian Peringkat Negeri 8 - 10 Ogos 2022
Hebahan Keputusan Peringkat Negeri 30 Ogos 2022
Tarikh JPN hantar penyertaan Peringkat Kebangsaan 1 September 2022
Penjurian Peringkat Kebangsaan (video rakaman) 7 – 9 September 2022
Pengumuman keputusan 5 terbaik yang layak ke 12 September 2022
Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan 5 – 6 Oktober 2022
(Bersemuka)

12. HADIAH / SIJIL SETIAP KATEGORI

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat Keempat Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat Kelima Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Penyertaan Sijil Penyertaan

10
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

13. AM

13.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2022.
13.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
13.3 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan tepat dan betul. Ejaan nama
ditulis seperti pada kad pengenalan/mykid. (Pihak pengelola tidak akan

11
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan sijil yang mempunyai kesalahan


ejaan yang disebabkan pengisian pendaftaran yang salah)
13.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages sekolah
sknt.
13.5 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
TUMING ANAK JIPON
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Tau
0198509295

JOHNNY ANAK ENTALANG


GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
0145773428

KALAI ANAK AMPI


GURU PENYALARAS PERTANDINGAN
0132093719

13.7 Lampiran;
13.7.1 Borang Penyertaan SR
13.7.2 Borang Penyertaan SM
13.7.3 Borang Sinopsis Tarian

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

12
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT
DAERAH TATAU/SEBAUH TAHUN 2022

BORANG PENYERTAAN (SR)

PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH


PPD
NAMA SEKOLAH
NAMA TARIAN
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU 1
NO. TELEFON
NAMA GURU 2
NO. TELEFON

BIL NAMA PESERTA JANTINA KAUM NO. KP


1
2
3
4
5
6
7
8

Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/
kami. Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Nama Guru) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cop rasmi sekolah:


13
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT


NEGERI SARAWAK TAHUN 2022
BORANG PENYERTAAN (SM)

PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH


MENENGAH
PPD
NAMA SEKOLAH
NAMA TARIAN
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU 1
NO. TELEFON
NAMA GURU 2
NO. TELEFON

BIL NAMA PESERTA JANTINA KAUM NO. KP


1
2
3
4
5
6
7
8

Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/
kami. Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Nama Guru) Tarikh :
Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cop rasmi sekolah:

14
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK SEKOLAH RENDAH & TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF SEKOLAH
MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT


NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH

NAMA TARIAN:
DURASI VIDEO:

SINOPSIS TARIAN

(Font ARIAL, saiz 12, Keterangan: 50 hingga 70 patah perkataan)

KOREOGRAFER : _____________________________________
SEKOLAH : _____________________________________

15
JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN

Penasihat : En Perit Anak Entau


Pengawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Pengerusi : En.Zulfadly bin Ahmad


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Naib Pengerusi: En.Tuming anak Jipon


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Setiausaha : En.Kazie bin Matusup


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau./Sebauh
Unit Perkembangan Bakat Murid

Urusetia : En.Johnny anak Entalang


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Bendahari : Cik Olivia Graman


Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Ahli-ahli : Semua Guru Besar Daerah Tatau/Sebauh

JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengerusi : Tuming anak Jipon


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Timbalab Pengerusi : Johnny anak Entalang


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah kebangsaan Nanga Tau

Naib Pengerusi 1: En Daniel Rajashman anak Bernard


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

16
Naib Pengerusi 2: Pearry Rentap anak Francis Atan
Guru Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Penyalaras Program : En Kalai anak Ampi


Guru
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Setiausaha : Pn Emily anak Juan


Guru
Sekolah kebangsaan Nanga Tau

Bendahari : Pn Noami anak Arjey


Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Ahli-ahli : Semau Guru dan Angota Kumpulan Perlaksana Sekolah Kebangsaan Nanga
Tau

Disediakan oleh:

…………………………..
(JOHNNY ANAK ENTALANG)
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

Disemak oleh:

…………………………..
(TUMING ANAK JIPON)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Nanga Tau

17
Disokong oleh:

………………………………
(KAZIE BIN MATUSUP)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Disahkan oleh:

…………………………………
(EN ZULFADLY BIN AHMAD)
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

18

You might also like