You are on page 1of 30

KERTAS KONSEP

FESTIVAL MONOLOG
SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH
NEGERI KEDAH 2020

ANJURAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
1.0 PENGENALAN

Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah peringkat negeri Kedah


dianjurkan oleh Sektor Pembangunan Murid, Unit Kokurikulum Kesenian,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada murid-murid mementaskan karya terpilih masing-masing.

2.0 OBJEKTIF

1. Menyediakan ruang kepada murid-murid untuk mengasah dan mempamerkan


bakat masing-masing di dalam bidang seni persembahan.

2. Menyediakan ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah


mempersembahkan bakat dan kebolehan masing-masing di peringkat negeri
Kedah.

3. Mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman dan berinteraksi di kalangan


murid dalam bidang teater monolog.

4. Menyemarak, memasyarakat dan membangunkan seni persembahan pentas

3.0 PELAKSANAAN

Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah akan melibatkan penyertaan


murid dari tingkatan 1 hingga 6 Atas. Setiap pasukan boleh memilih mana-
mana naskhah skrip yang sedia ada atau skrip baru karya masing-masing.
Pertandingan ini akan diadakan dengan menggunakan kaedah rakaman
video dan persembahan secara langsung.
Satu rakaman video monolog bersaiz maksima 100 mb, gambar berkumpulan
tenaga produksi dan pelakon, borang penyertaan, skrip penuh dan satu
poster berukuran A4 perlu dihantar melalui Google Form mengikut pautan
berikut : https://forms.gle/qz7MdPFEfh415ozP6

4.0 TEMA
Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kedah 2020 kali ini
telah bersetuju menetapkan mana-mana tema berikut untuk dijadikan asas
naskhah skrip persembahan setiap pasukan :

1. Semangat patriotisme
2. Kasih sayang
3. Alam sekitar
4. Semangat perpaduan
5. Futuristik
6. Sejarah perjuangan
7. Isu sosial (atau/dan) isu kemasyarakatan

4.0 TARIKH
Tarikh penghantaran video : Sebelum atau pada 29 Oktober 2020
Tarikh penilaian peringkat akhir : Akan dimaklumkan (secara bersemuka)

5.0 TEMPAT
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Saiz pentas 10 x 20 (Anggaran).

6.0 PERATURAN
Peraturan ini digunapakai bagi menganjurkan Festival Monolog Sekolah-
sekolah Menengah Negeri Kedah 2020.

FASAL 1 : TAKRIF
FASAL 2 : PENYERTAAN
FASAL 3 : SKRIP DRAMA
FASAL 4 : DISIPLIN PENTAS
FASAL 5 : MASA PERSEMBAHAN
FASAL 6 : PANEL PENILAI
FASAL 7 : DISIPLIN PESERTA
FASAL 8 : TINDAKAN
FASAL 9 : PINDAAN PERATURAN

FASAL 1 : TAKRIF
1.1 Festival Monolog Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Kedah 2020 adalah
program anjuran Unit Ko-Kesenian JPN Kedah. Ianya memberi peluang
kepada peserta untuk mementaskan karya terpilih masing-masing.

FASAL 2 : PENYERTAAN
2.1 Penyertaan (para pelakon dan tenaga produksi) terbuka kepada murid-
murid sekolah menengah bantuan kerajaan Tingkatan 1 hingga Tingkatan
6 di negeri Kedah sahaja.

2.2 Kos operasi menjadi tanggungan sekolah masing-masing

2.3 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 5
orang. Penyertaan yang tidak menepati syarat, tidak dibenarkan untuk
menyertai Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kedah
2020.

2.4 Pengarah, pelakon dan tenaga produksi sahaja hanya dibenarkan terlibat
dalam satu produksi iaitu kumpulannya sahaja. Jika pihak urusetia
mendapati adanya penglibatan pengarah, pelakon dan tenaga
produksi yang sama dalam kumpulan lain maka pihak urusetia akan
membatalkan penyertaan keseluruhan kumpulan yang terlibat.

2.5 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat


pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing

FASAL 3 : NASKHAH
3.1 Naskhah hendaklah dipentaskan dalam Bahasa Melayu, karya tempatan
atau antarabangsa. Kumpulan haruslah bertanggungjawab sekiranya
melibatkan perundangan dalam hal hak cipta serta pembayaran royalti dan
saguhati.
3.2 Pemilihan skrip adalah bebas, samada menggunakan skrip sedia ada atau
skrip skrip baharu. Walau bagaimanpun, skrip-skrip yang hendak dirakam
hendaklah bersesuaian dengan budaya dan nilai murni murid sekolah
menengah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.3 Skrip yang dihasilkan sendiri oleh setiap pasukan akan berpeluang untuk
dinilai dalam kategori Anugerah Skrip Terbaik (Karya Asli)

FASAL 4 : DISIPLIN PENTAS

4.1 Pihak penganjur hanya menyediakan keperluan asas produksi dalam


bentuk pentas prosinium. Sebarang tambahan peralatan teknikal seperti
mesin asap dan effect light serta lain-lain adalah disediakan oleh kumpulan
masing-masing.

4.2 Ruang lakon hanyalah DIBATASKAN kepada pentas prosinium sahaja.


Lakonan di ruang duduk penonton adalah dilarang.

4.3 Penggunaan prop yang berbahaya samada digunakan atau atau sebagai
hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata
dalam bentuk yang asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya
hendaklah menggunakan REPLIKA sahaja.

4.4 Penggunaan bahan letupan, gas ledakan adalah TIDAK DIBENARKAN.


Penggunaan api sebagai prop atau kesan khas mestilah mendapat
kebenaran Urusetia Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah Negeri
Kedah 2020.

4.5 Kumpulan tidak dibenarkan memaparkan unsur-unsur


menghairahkan/berbaur lucah samada melalui perlakuan, dialog atau
kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai
murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan
keperibadian bangsa Malaysia serta berbaur perkauman juga dilarang
dalam pementasan.

4.6 Kumpulan juga dilarang mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap


manusia / binatang serta perkara-perkara yang bertentangan dengan
undang-undang dan Dasar Kerajaan.

4.7 Ruang pentas hanya dibenarkan kepada kumpulan yang terlibat sahaja.
Mana-mana individu yang tidak terlibat dengan produksi yang akan
mementaskan persembahan pada hari tersebut adalah dilarang sama
sekali untuk berada di kawasan pentas.

FASA 5 : MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa yang diperuntukkan untuk persembahan teater ialah 5 minit sahaja.
2 minit diberi untuk persiapan dan 2 minit untuk pengosongan pentas.
Kumpulan yang tidak mengikut syarat masa yang diberikan akan dipotong
tidak lebih dari 3 markah.

FASAL 6 : PANEL PENILAIAN

6.1 Semua persembahan teater akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik
oleh JPN Kedah.

6.2 Keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD.


FASAL 7 : DISIPLIN PESERTA

7.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa pertandingan


berlangsung terutama cara berpakaian dan kelakuan bagi menjaga nama baik
individu, kumpulan dan pihak penganjur dari semua aspek.

7.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek dan t-shirt leher bulat adalah
DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang
festival monolog berlangsung, termasuk majlis perasmian dan majlis
penyampaian hadiah.

7.3 Kumpulan dan peserta mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak
penganjur bagi memastikan kelancaran festival.

FASAL 8 : TINDAKAN

8.1 Pihak penganjur berhak MEMBATALKAN PENYERTAAN kumpulan yang


melanggar mana-mana syarat penyertaan yang telah termaktub dalam kertas
konsep ini.

FASAL 9 : PINDAAN PERATURAN

9.1 Pihak penganjur BERHAK MEMINDA mana-mana peraturan festival Monolog


dari masa ke masa.

7.0 PENJURIAN & PEMARKAHAN

7.1 Tiga panel juri akan dilantik oleh pihak penganjur untuk menilai kumpulan
dan produksi yang akan bertanding.
7.2 Pihak penganjur berhak untuk memilih panel juri dan hakim yang
difikirkan sesuai dan mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang
penghakiman.
SINOGRAFI /
PERMARKAHAN PENGARAHAN LAKONAN JUMLAH
TEKNIK

MARKAH 45 45 10 100

ASPEK PENILAIAN

FORMAT PEMARKAHAN

PENGARAHAN (45 MARKAH)

INTEPRETASI KONSEP / KESEPADUAN KREATIVITI KELICINAN


ASPEK STAIL PERSEMBAHAN
PENILAIAN
( 9 MARKAH ) ( 9 MARKAH ) ( 9 MARKAH ) ( 9 MARKAH ) ( 9 MARKAH )

MARKAH

LAKONAN (45 MARKAH)


PERWATAKAN VOKAL GERAK
ASPEK
PENILAIAN
( 15 MARKAH ) ( 15 MARKAH ) ( 15 MARKAH )

MARKAH

SINOGRAFI / TEKNIK (20 MARKAH)

SET / PROP KOSTUM / MAKE UP TATACAHAYA /


ASPEK SPECIAL EFFECT
PENILAIAN
( 2 MARKAH ) ( 6 MARKAH ) ( 2 MARKAH )

MARKAH

8.0 HADIAH DISEDIAKAN SEPERTI BERIKUT:


i. Anugerah Emas
ii. Anugerah Perak
iii. Anugerah Gangsa
iv. Anugerah Khas

- Johan
- Naib Johan
- Tempat Ketiga
- Tenaga Kreatif Terbaik
- Kostum/tatarias Terbaik
- Skrip Terbaik (karya asli)
- Pengarah Terbaik
9.0 JADUAL PERTANDINGAN

Hantar Video Pertandingan


(Saringan) (Akhir)

29 Oktober 2020 Akan dimaklumkan

10.0 PENUTUP

Diharapkan Festival Monolog Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah dapat


memberi peluang kepada murid-murid sekolah menengah mencungkil bakat serta memberikan
pengalaman yang sangat berharga seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERTANDINGAN TARIAN
SEKOLAH-SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH
TAHUN 2020

Anjuran:
PEMBANGUNAN BAKAT MURID
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kelolaan:
Unit Kesenian
Unit Kokurikulum
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ ETNIK SEKOLAH - SEKOLAH
NEGERI KEDAH TAHUN 2020

1 MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendahdan
menengah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas
seni tari;
2.2 Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari
tarian rakyat/etnik dengan keunikan budaya masyarakat di Malaysia;
2.3 Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni
budaya;
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid
sekolah; dan
2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.

3 PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK


SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI KEDAH TAHUN 2020
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah
mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak
luput ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam seni
tari tarian rakyat.

4 PERYERTAAN

4.1 Pertandingan ini TERBUKA kepada semua murid SEKOLAH RENDAH ( Tahun
1 hingga Tahun 6) dan SEKOLAH MENENGAH ( Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5) di Negeri Kedah.
4.2 TIADA YURAN PENYERTAAN yang dikenakan.
4.3 PENGESAHAN PENYERTAAN BERSERTA VIDEO RAKAMAN hendaklah
dilakukan SEBELUM atau PADA 29 OKTOBER 2020 kepada pihak penganjur
melalui pautan ini https://bit.ly/3h34CkC
4.4 10 PASUKAN terbaik, akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir pada
TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK
4.4 Tarikh bagi penyesuaian pentas dan serahan lagu adalah pada , TARIKH YANG
AKAN DIMAKLUMKAN beserta masa dan tempat. Pertandingan ini boleh
dianggotai minimum 4 orang dan maksimum 10 orang;
4.5 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran;
dan
4.6 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.

5 KONSEP TARIAN

5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 1 kategori :

5.1.1 Kategori : RAKYAT / ETNIK

SETIAP PASUKAN WAJIB MEMILIH SAMADA SATU JENIS TARIAN

RAKYAT NEGERI-NEGERI ATAU SATU TARIAN ETNIK DI


MALAYSIA
5.2 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit;
5.5 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama; dan
5.5 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan (kurang atau lebih 1 minit: markah akan ditolak
sebanyak 5 markah bagi setiap minit).

6 LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada mana-
mana lagu rakyat / etnik versi lama atau baru;
6.2 Lagu atau muzik iringan hendaklah menggunakan PENDRIVE SAHAJA
(Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan); dan
6.2 PENDRIVE hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari
sebelum pertandingan dijalankan.

7 PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8 CARA PEMARKAHAN

Kategori (Rakyat / Etnik )

o Kreativiti koreografi 30
o Koordinasi muzik dan kreativiti pergerakan 30
o Pecahan tari dan pola lantai 20
o Kesantunan dan keseragaman 10
o Busana dan tatarias 10
_______
MARKAH PENUH 100
_______
8 PENGHAKIMAN

8.1 Hakim akan dilantik oleh Sub Unit Kesenian, Unit Kokurikulum, Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah.
8.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

9 HADIAH

9.1 Johan ( SK & SMK) : Sijil dan piala


9.2 Naib Johan ( SK & SMK) : Sijil dan piala
9.3 Ketiga ( SK & SMK) : Sijil dan piala
9.4 Anugerah Koreografi terbaik ( SK & SMK) : Sijil dan piala
9.5 Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik : Sijil dan piala
(SK & SMK)
9.6 Penari Lelaki Terbaik ( SK & SMK) : Sijil dan piala
9.7 Penari Perempuan Terbaik ( SK & SMK) : Sijil dan piala

*Selain daripada itu, peserta juga akan dinilai untuk Anugerah Emas, Perak dan
Gangsa.

10 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN AKHIR


Tarikh : Akan dimaklumkan
Tempat : Akan dimaklumkan

11 PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:

Ainun Najwa bt Aziz : 0196561644


Nor Samihah bt Nordin : 0172505660
Ramlan b Osman : 01120606494
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ETNIK
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2020

KOORDINASI PECAHAN
KOREOGRAFI MUZIK TARI KESANTUNAN BUSANA
DAN DAN DAN DAN DAN JUMLAH
GILIRAN
KEASLIAN TARI KREATIVITI POLA KESERAGAMAN TATARIAS (100%)
(30%) PERGERAKAN LANTAI (10%) (10%)
(30%) (20%)
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT / ETNIK
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2020

KOORDINASI PECAHAN
MUZIK TARI KESANTUNAN BUSANA
KREATIVITI
DAN DAN DAN DAN JUMLAH
GILIRAN KOREOGRAFI
KREATIVITI POLA KESERAGAMAN TATARIAS (100%)
(30%)
PERGERAKAN LANTAI (10%) (10%)
(30%) (20%)
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT/ ETNIK
SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI KEDAH TAHUN 2020
BORANG RUMUSAN MARKAH (KETUA HAKIM)

MARKAH
GILIRAN JUMLAH KEDUDUKAN
HAKIM HAKIM HAKIM
1 2 3
Disahkan oleh, Diperakui oleh,

.......................................... ..........................................
( ) ( )
Ketua Juri Pengelola Pertandingan
PERTANDINGAN TARIAN
PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT / ETNIK
SEKOLAH – SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI
KEDAH
TAHUN 2020

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

ANUGERAH
KOREOGRAFI
TERBAIK
ANUGERAH
BUSANA & TATARIAS
TERBAIK
PENARI LELAKI
TERBAIK
PENARI
PEREMPUAN
TERBAIK

Disahkan oleh, Diperakui oleh,

.......................................... ..........................................
( ) ( )
Ketua Juri Pengelola Pertandingan

PERTANDINGAN TARIAN RAKYAT / ETNIK


SEKOLAH – SEKOLAH NEGERI KEDAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2020

NAMA PASUKAN
SEKOLAH

DAERAH

ALAMAT

NO. TELEFON

NO. FAX/EMAIL

GURU PENGIRING
ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH

NO. TEL. BIMBIT

JURULATIH TARIAN
ALAMAT

NO. TEL. BIMBIT


KAUM/ ETNIK JANTINA
BIL. NAMA PESERTA NO.KP / SB LAIN-
M C I L P
LAIN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
JUMLAH
TANDATANGAN

&

COP GURU BESAR


TARIKH
NO. GILIRAN
SINOPSIS
PERTANDINGAN TARIAN
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2020

NAMA KUMPULAN:
__________________________________________________________

*DISEDIAKAN DALAM ENAM SALINAN


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
PERAGAAN BUSANA TRADISIONAL
MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT
NEGERI KEDAH(ONLINE)
TAHUN 2020

ANJURAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
SYARAT UMUM

1.1 Penyertaan

1.1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah SK, SJKC dan SJKT
tahun 1- 6 di bawah seliaan JPN KEDAH.

1.1.2 Setiap sekolah boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.

1.1.3 Format video : mp4 (minimum 30fps)

1.1.4 Resolusi video : minimum 1920 x 1080px (pixels)

SYARAT KHUSUS (PENYERTAAN)

2.1 Penyertaan

2.1.1 Penyertaan terdiri daripada 2 orang murid sama ada lelaki perempuan, lelaki
lelaki atau perempuan perempuan. bersama 3 orang pembantu produksi.
(Jumlah kesemua 5 orang)

2.1.2 Setiap daerah haruslah mempersembahkan sepasang busana tradisional


daripada SATU KAUM / ETNIK sahaja.

2.1.3 Penggunaan busana tradisional mestilah asli, dan bukan kontemporari inovasi / kreatif.

2.1.4 Setiap busana mestilah sopan dalam konteks pendidikan.

2.1.5 Pemilihan busana tidak semestinya busana asal negeri masing-masing. (Markah
tidak akan dipotong sekiranya menggunakan busana asal negeri masing-masing).

SYARAT KHUSUS (PERSEMBAHAN)

3.1 Persembahan

3.1.1 Konsep persembahan video adalah berbentuk pembentangan atau dokumentari mini
yang berdurasi 8 minit sahaja.

3.1.2 Kriteria dalam persembahan video adalah berdasarkan Lampiran Kriteria Penjurian.

3.1.3 Penghasilan video mestilah mematuhi “Standard Operating Procedure (SOP)” Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
3.1.4 Cara persembahan adalah mengikut kreativiti masing-masing. (Contoh : suara latar,
muzik latar, penceritaan, dramatari, teks, grafik dan sebagainya).

3.1.5 Sekiranya menggunakan suara latar (voice over), hendaklah dalam kalangan murid
sahaja.
3.1.6 Sekiranya menggunakan muzik latar, muzik tersebut mestilah berunsurkan muzik
tradisional Malaysia sahaja.

3.1.7 Maksimum 2 orang dalam 1 video.

SYARAT KHUSUS (PENJURIAN)

4.1 Penjurian

4.1.1 Penjurian dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu:-

A) Isi Kandungan - 40%

B) Peragaan Busana - 40%

C) Teknikal - Sinematografi - 20%

(Sila rujuk Lampiran Kriteria Penjurian)

4.1.2 Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

SIJIL

5.1.1 Pencapaian

A) Johan

B) Naib Johan

C) Tempat Ketiga

5.1.2 Pasukan akan dinilai bedasarkan markah seperti berikut :-

A) 85 hingga 100 : Anugerah Emas


B) 70 hingga 84 : Anugerah Perak

C) 50 hingga 69 : Anugerah Gangsa

D) 1 hingga 49 : Sijil Penyertaan

5.1.3 Anugerah Khas

A) Anugerah Sinematografi Terbaik

B) Anugerah Busana Terbaik

TARIKH TUTUP PENYERTAAN


29 Oktober 2020

KRITERIA PENJURIAN

1.0 ISI KANDUNGAN


1.1 Fakta (Latar belakang dan Fungsi) 40

2.0 PERAGAAN BUSANA


2.1 Potongan dan Material 20
2.2 Aksesori dan Tatarias 20

3.0 TEKNIKAL (SINEMATOGRAFI)


3.1 Videografi 10
3.2 Audio 10

JUMLAH 100

PENGHANTARAAN

Video yang mengikut spesifikasi dan telah lengkap (editing dan mixing) dihantar pada atau
sebelum 29 Oktober 2020 ke email:

jazzrin2903@gmail.com

Borang pendaftaran pasukan :

https://forms.gle//febq2N5RzaVDykTC9
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like