You are on page 1of 16

Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019

(ISSN 2636-9885)

PENGGUNAAN PROTOKOL TEMU BUAL DALAM


MENGHASILKAN DAPATAN KAJIAN KUALITATIF YANG
BERKUALITI: SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN

Noor Haslinda Shuib

Jabatan Ilmu Pendidikan


IPG Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
Bandar Enstek, Negeri Sembilan

noorhaslinda@pendidikguru.edu.my

PENGENALAN
Menghasilkan dapatan kajian kualitatif berkualiti menjadi impian
bagi semua pengkaji, demikian juga halnya dengan saya. Saya
berharap agar kajian menggunakan protokol temu bual yang
dibina berupaya mencapai objektif diinginkan. Ini kerana
dapatan diperoleh banyak bergantung kepada kualiti protokol
temu bual yang dibina. Protokol temu bual merupakan senarai
soalan dan panduan perbualan berbentuk kerangka
perancangan atau senarai semak soalan yang ditulis terlebih
dahulu sebelum penemu bual (interviewer) iaitu pengkaji turun
ke lapangan (Seidman 2019; Yin 2017). Kebaikan protokol
temu bual ialah pengkaji dapat mengumpul data secara
langsung sama ada secara bersemuka atau tidak bersemuka
(seperti melalui telefon) dalam suasana aktif (Liamputtong
2014).

Saya berminat menggunakan protokol temu bual kerana ia


dapat bertindak sebagai panduan semasa berinteraksi dengan
subjek kajian (interviewees) yang bertindak sebagai informan

97
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

tentang sesuatu perkara yang ingin dikongsikan. Antara jenis-


jenis protokol temu bual ialah temu bual berstruktur, temu bual
separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Dalam hal
ini, saya menggunakan protokol temu bual mendalam separa
berstruktur (semistructured interviews) untuk mendapatkan
maklumat utama berkaitan kandungan modul, langkah-langkah
pelaksanaan aktiviti dalam modul, teknik penyampaian modul
dan gambaran keseluruhan bagi membina draf modul. Draf
modul berkenaan adalah berkaitan masalah sosioemosi yang
kebiasaannya dihadapi oleh kanak-kanak, teknik modaliti
bermain yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah
tersebut dan elemen terapeutik bermain yang membantu
meningkatkan kepintaran emosi mereka.

PEMBINAAN PROTOKOL TEMU BUAL

Protokol temu bual dibina agar individu yang ditemu bual dapat
menyampaikan perkara-perkara yang ingin dikongsikan
(Liamputtong (2014). Protokol temu bual yang saya gunakan
dibina dengan teliti berdasarkan objektif kajian saya dan kajian
literatur agar soalan-soalan utama yang perlu ditanya tidak
tercicir. Selain itu, saya lebih mengingati kesemua soalan
berkenaan bagi memastikan kelancaran proses temu bual.
Berdasarkan kajian literatur, modaliti bermain ialah
penggunaan alat mainan terpilih sebagai medium intervensi
yang menggunakan teknik khusus untuk tujuan pemulihan,
pencegahan atau rawatan (Ray 2011; Schaefer & Cangelosi
2016). Definisi tersebut selari dengan istilah ‘toolkit’ of play
resources bagi menerangkan peralatan mainan dalam terapi
bermain (Landreth 2012). Terapeutik bermain pula ialah aktiviti
bermain secara berpura-pura (pretend play) menggunakan alat
mainan terpilih yang memberikan ketenangan dan berdasarkan
98
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

peringkat perkembangan kanak-kanak untuk menggalakkan


penyembuhan dan pertumbuhan mereka melalui hubungan
profesional kanak-kanak dengan ahli terapi bermain terlatih
(Schaefer & Cangelosi 2016; Schaefer & Drewes 2014).

Perkara pertama yang saya lakukan dalam membina protokol


temu bual ialah meneliti kajian literatur menggunakan proses
pengkodan deduktif. Tambahan pula proses kajian literatur
tersebut merupakan antara kaedah terpenting untuk meninjau
dapatan kajian lepas bagi dikaitkan dan dibuat perbandingan
dengan topik kajian yang sedang dikaji. Selain itu proses
tinjauan literatur juga didapati banyak membantu saya
merangka soalan utama dalam protokol temu bual seperti yang
diramalkan oleh teori. Berbekalkan azam dan keinginan
menimba ilmu, saya telah merujuk sekurang-kurangnya 10
buah buku dan 10 buah artikel khususnya penulisan oleh
Henderson dan Thompson (2011), Landreth (2012), Ray
(2011), Schaefer dan Cangelosi (2016), Schaefer dan Drewes
(2014) serta Sweeney, Baggerly dan Ray (2014) bagi
mendapatkan maklumat yang bersesuaian dan terperinci. Saya
melakukan pembacaan kritis secara mendalam dengan
membanding beza, menghubung kait, mentafsir dan menilai
kebenaran maklumat yang ingin dikaji. Berdasarkan maklumat
daripada sumber rujukan utama ini, barulah protokol temu bual
dibina untuk meneroka pandangan pakar.

Kaedah protokol temu bual yang saya bina ialah temu bual
mendalam separa berstruktur (semistructured interviews).
Kaedah tersebut membenarkan soalan lanjutan dilontarkan
berdasar jawapan peserta kajian. Skop kajian juga boleh
diperluaskan dan lebih banyak tema baru akan muncul bagi
dibuat kesimpulan yang lebih mantap. Ini bermakna
sebahagian besar temu bual adalah berpandukan kepada
senarai soalan yang ingin diteroka, namun senarai tersebut
99
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

hanya dijadikan sebagai garis panduan kerana saya fleksibel


untuk bertanyakan pelbagai pandangan. Selain itu kaedah ini
membolehkan saya memberi sepenuh perhatian dan
mendengar maklum balas daripada peserta kajian dengan
penuh teliti ketika di lapangan. Saya perlu membuat
penganalisisan data secara serentak untuk menyatakan
interpretasi sambil mengenal pasti tema yang muncul. Tema
merupakan sesuatu istilah yang boleh menerangkan tentang
set-set data dan hubungan antara set-set data tersebut bagi
menjawab persoalan kajian (Braun & Clarke 2006).

Dalam kaedah protokol temu bual mendalam separa


berstruktur, saya hanya menyediakan soalan berbentuk
scaffolding atau kerangka perancangan. Bentuk soalan ini
memudahkan saya untuk membina soalan berdasarkan
jawapan peserta kajian dan tindakan tersebut dilakukan pada
masa itu juga (on the spot). Ringkasnya kaedah pengumpulan
data sebegini besesuaian dengan pendapat Merriam (2015)
yang menyatakan pengkaji merupakan instrumen utama dalam
pengumpulan dan penganalisisan data. Oleh itu saya perlu
kreatif serta kritis semasa membina dan melaksanakan protokol
temu bual bagi memperoleh data yang benar-benar relevan
dengan kajian. Pernyataan ini disokong oleh Seidman (2019)
yang berpendapat, “berbekalkan alat mental yang berbentuk
kerangka perancangan umum, pengkaji perlu bersikap terbuka
dan fleksibel kerana lazimnya protokol temu bual akan
mengalami pengubahsuaian semasa kajian dijalankan untuk
meperoleh dapatan lebih menyeluruh”.

100
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS PROTOKOL TEMU BUAL

Protokol temu bual yang dibina perlu menjalani kajian rintis bagi
memperoleh alat kajian berkualiti iaitu mempunyai kesahan
tinggi dan berupaya menghasilkan dapatan yang boleh
dipercayai. Selain itu kajian rintis bertujuan memperoleh
pengalaman dan latihan melaksanakan proses temu bual
dalam situasi sebenar. Kajian rintis membolehkan saya melihat
kesesuaian, ketepatan, kejituan, kebolehgunaan dan
kekeliruan soalan temu bual sebelum turun ke lapangan
(Merriam 2015). Saya juga ingin menilai tahap pemahaman,
aras bahasa dan urutan soalan yang akan diajukan dalam temu
bual sebenar. Tindakan ini membolehkan saya menguji
kesahan dalaman iaitu mendapatkan maklumat tepat berkaitan
kesesuaian kandungan, langkah pelaksanaan, teknik dan
kesahan muka protokol temu bual yang dibina. Kajian rintis
terhadap sesuatu protokol temu bual membolehkan protokol
tersebut mengukur perkara yang perlu diukur (Rubin & Rubin
2011).

Kajian rintis protokol temu bual sangat penting kepada saya


sebagai pengkaji novis untuk memperoleh pengalaman
berguna bagi meneliti kesesuaian alat kajian. Saya berpeluang
berlatih dan membina keyakinan diri sebelum turun ke lapangan
(Merriam 2015). Selain itu, draf protokol temu bual perlu
disemak oleh rakan (peer examination) dan dibuat
penambahbaikan. Contohnya draf temu bual yang saya bina
telah disemak oleh dua orang peer examination dan dibuat
penambahbaikan sebanyak enam kali. Dua orang peer
examination tersebut merupakan kaunselor yang bertugas di
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
serta kaunselor yang bertugas di Unit Kaunseling sebuah
hospital kerajaan. Pemilihan peer examination ini adalah
berdasarkan pengalaman mereka yang telah mengendalikan
101
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

sesi bimbingan kelompok lebih daripada 10 tahun dengan


mempraktikkan modaliti bermain dalam praktis kaunseling.

Seterusnya saya telah menguji protokol temu bual yang siap


dibina kepada dua orang pengamal yang menggunakan
kemahiran terapeutik terapi bermain dalam praktis kaunseling.
Mereka mempunyai ciri, sifat dan karektor yang sama atau
hampir sama dengan peserta kajian. Rakaman temu bual
yang diperoleh telah ditranskripkan untuk diteliti dan dibincang
bersama penyelia. Panambahbaikan terhadap protokol temu
bual dilakukan dan diuji kembali sehingga benar-benar mantap
untuk memperoleh kesahan kandungan yang tinggi dan sejajar
dengan kehendak objektif kajian. Kajian rintis telah dilakukan
beberapa kali sehingga diyakini untuk mendapatkan prototaip
akhir bagi protokol yang terbaik kerana skop siasatan menjadi
lebih luas daripada perancangan pengumpulan data kajian
sebenar (Yin (2017). Rentetan daripada rintis yang dijalankan,
saya telah melakukan pembetulan terhadap protokol temu bual
ini sebelum disahkan oleh tiga orang pakar kualitatif.

PENGALAMAN MENEMU BUAL

Saya telah menjadikan ‘Model Responsif Temu Bual’


(Responsive Interviewing Model) yang dipelopori oleh Rubin
dan Rubin (2011) sebagai panduan. Model ini menekankan
kepada fleksibiliti yang membenarkan saya bertanya beberapa
soalan formal kepada peserta kajian tetapi mempunyai
kebebasan untuk melakukan penyesuaian bergantung kepada
maklum balas diterima. Dalam kata lain saya berpeluang
mengubah soalan berdasarkan maklumat yang diperoleh bagi
mendapatkan maklumat baru. Saya juga berpeluang meneroka
dengan lebih mendalam melalui soalan tambahan secara
102
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

spontan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan


jawapan peserta kajian. Tindakan melanjutkan perbualan
mengenai topik tertentu juga memberi peluang kepada peserta
kajian untuk menjawab dengan panjang lebar dan terperinci.
Misalnya bagi menyatakan perasaan serta pendapat tambahan
mereka yang tidak disenaraikan dalam protokol temu bual.

Adakalanya soalan susulan berbentuk segera dan spontan


(prompts) akan muncul semasa temu bual berlangsung
(Creswell 2017). Hal ini membolehkan saya tidak terikat kepada
soalan scaffolding kerana soalan susulan hanya bertindak
untuk menyokong penemuan maklumat baru, malah tiada
perkataan khusus digunakan. Model Responsif Temu Bual juga
menggalakkan saya berterus terang dengan peserta kajian
sekiranya berdepan pandangan atau tafsiran yang tidak
dijangka. Menariknya model ini menganggap bahawa
‘pengalaman peserta kajian adalah benar kepada mereka’ dan
melalui perkongsian pengalaman, saya boleh memasuki dunia
peserta kajian. Menurut model ini, peranan pengkaji adalah
mengumpul cerita, mendengar penerangan, membuat
pemerhatian dan melakukan interpretasi daripada kesemua
maklumat peserta kajian secara semulajadi.

Antara kelebihan Model Responsif Temu Bual ialah berupaya


menghasilkan maklumat secara menyeluruh yang dapat
memberikan pelbagai manfaat kepada para pengkaji lain. Saya
telah menggunakan kemahiran menanya soalan susulan
mendalam (probes) dan kemahiran menanya soalan susulan
spontan (prompts). Saya juga membina hubungan mesra dan
berusaha menyesuaikan diri dengan personaliti peserta kajian.
Tindakan ini menyebabkan peserta kajian berasa diri mereka
dihormati; “peserta kajian perlu dilayan sebagai individu yang
mempunyai perasaan, pendapat dan pengalaman tersendiri
kerana mereka membina pemahaman dari peristiwa yang
103
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

berlaku” (Rubin & Rubin 2011). Berdasarkan beberapa


kelebihan Model Responsif Temu Bual oleh Rubin dan Rubin
(2011), saya ingin kongsikan langkah-langkah protokol temu
bual tersebut sebagai panduan kepada pengkaji yang ingin
menjalankan temu bual di lapangan.

LANGKAH 1: Memperkenalkan diri dan topik (Soalan


pembuka)

Minit pertama digunakan untuk memperkenalkan diri, tujuan


kajian, topik perbincangan serta menunjukkan surat
pengesahan sebagai pengkaji, salinan surat pelantikan pakar
dan panggilan telefon yang dilakukan. Seterusnya meminta izin
untuk merakam dan mengambil nota lapangan serta memberi
jaminan bahawa maklumat temu bual hanya digunakan untuk
tujuan penyelidikan ilmiah serta menulis buku dan artikel. Saya
turut menjelaskan perkara yang telah dipelajari daripada
pembacaan dan pemerhatian. Saya juga memastikan
keselesaan suasana dan memberitahu kepada peserta kajian
bahawa tiada jawapan yang betul atau salah kerana saya
hanya berminat terhadap pengalaman mereka, mahu belajar
daripada mereka, menghormati pandangan yang diberi dan
menganggap mereka sebagai rakan perbualan.

LANGKAH 2: Bertanyakan soalan mudah dan


menunjukkan empati (soalan pengenalan dan transisi)

Saya memulakan soalan pengenalan secara spontan,


semulajadi dan meyakinkan. Contohnya, “Boleh ceritakan
mengenai latar belakang peribadi Dr.?”, “Boleh kongsikan
pengalaman bertugas Dr. sekarang?” dan “Boleh ceritakan
mengenai latihan atau kursus modaliti bermain yang pernah Dr.

104
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

hadiri?” Sepanjang temu bual, saya telah membina hubungan


mesra, ramah, menunjukkan hormat, menggunakan nada
menyokong atau galakan minimum, tidak mendesak atau
membahayakan peserta kajian, menggunakan laras bahasa
yang sesuai dan membina kepercayaan mereka.

Dalam soalan transisi, peserta kajian berpeluang mengimbas


kembali pengalaman dan mengaitkannya dengan tajuk
perbincangan. Isu yang ditanya merupakan isu yang sedang
berlaku (fresh) dan isu sebenar (real). Contohnya, “Pada
pandangan Dr., apakah masalah sosioemosi yang
kebiasaannya dihadapi oleh kanak-kanak pada masa kini?”
Saya telah mendengar, memahami, berkongsi maklumat serta
memfokus pengalaman dan pengetahuan peserta kajian.
Semasa isu tegang dibincangankan, saya menyuarakan
simpati dan menunjukkan kebimbangan melalui postur badan,
ekspresi wajah dan intonasi suara. Ini kerana menyampaikan
pemahaman emosi lebih mudah apabila pengkaji mampu
berempati dan menjiwai temu bual. Ketika berhadapan dengan
isu yang tidak dipersetujui, saya bertindak jujur dan
mempamerkan sifat kongruen.

LANGKAH 3: Bertanya soalan sukar dan soalan susulan

Saya beralih kepada soalan utama yang lebih sensitif dan sukar
di jawab, namun tidak mengancam peserta kajian. Contohnya,
“Berdasarkan masalah tersebut, boleh Dr. kongsikan
pandangan Dr. terhadap masalah sosioemosi kanak-kanak
yang boleh dibantu menggunakan modaliti bermain?” Soalan
susulan digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut,
mendalam dan kaya, menjelaskan topik serta menyemak
jawapan peserta kajian. Contohnya, “Berdasarkan teknik yang
membentuk aktiviti tadi, boleh Dr. kongsikan pandangan
105
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

berkaitan kriteria utama yang mempengaruhi pemilihan atau


penentuan alat mainan yang sesuai untuk melaksanakan
bimbingan kelompok di sekolah rendah?”

Saya telah menyusun semula bentuk soalan menjadi lebih


mudah iaitu daripada abstrak kepada konkrit, berdasarkan
pengalaman atau membuat analogi perbandingan. Contohnya,
“Barangkali pengalaman Dr. mengendalikan sesi bimbingan
kelompok menggunakan modaliti bermain telah memberi idea
tentang aktiviti yang sesuai dimasukkan dalam modul ini. Boleh
Dr. kongsikan pandangan Dr.?” Teknik ini memberi pilihan
kepada peserta kajian sama ada ingin meneruskan
perbincangan atau tidak. Saya menggalakkan peserta kajian
menjawab dengan caranya tersendiri, menyatakan pendapat
secara bebas, terbuka dan tanpa dipengaruhi.

Sekiranya berpeluang menemu bual peserta kajian beberapa


kali, model ini mencadangkan agar pengkaji menyambung temu
bual bagi soalan sukar pada masa lain. Sekiranya pengkaji
tersilap kerana bertanyakan soalan sensitif terlalu awal atau
tidak sengaja, digalakkan agar pengkaji segera berundur.
Bagaimanapun sekiranya isu berkenaan perlu diteroka, maka
pengkaji boleh membincangkannya secara tidak langsung atau
masuk secara perlahan-lahan dan beretika.

LANGKAH 4: Mengurus emosi dari soalan provokasi


melalui soalan kunci

Setelah peserta kajian percaya dan yakin kepada saya, maka


soalan berbentuk provokasi atau pandangan peribadi sesuai
ditanya. Adakalanya peserta kajian boleh berubah fikiran dan
ingin berkongsi rahsianya jika disediakan dengan suasana yang
kurang terancam. Contohnya, “Adakah teknik tersebut benar-
106
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

benar sesuai?”. Bagaimanapun disarankan agar soalan sukar


ditanya hanya satu atau dua kali sahaja dalam satu temu bual
tunggal dan saya telah mengaju soalan kunci jika temu bual
peserta kajian tersasar. Temu bual diakhiri menggunakan
bentuk soalan yang tidak memberi tekanan kepada peserta
kajian. Contohnya, “Boleh Dr. kongsikan pandangan berkenaan
sumbangan modul modaliti bermain ini kepada kanak-kanak?”

LANGKAH 5: Menutup temu bual dan mengekalkan


hubungan (soalan penutup)

Saya membuat rumusan perbincangan, mengucapkan terima


kasih, meyakinkan peserta kajian untuk menggunakan
maklumat dengan cara yang betul, mendapatkan maklumat
terkini tentang perkara yang sedang dijalankan dan meminta
kebenaran untuk bertanyakan soalan penting yang tertinggal.
Saya turut meminta jasa baik peserta kajian untuk menyemak
transkrip temu bual dan membuat penambahan, pengguguran
atau pembetulan maklumat jika perlu agar peserta kajian
berasa maklumat yang diberikan sangat membantu serta
dirinya dilindungi dan selamat.

Kebiasaannya temu bual diakhiri dengan perbualan ringan.


Bagi temu bual susulan, saya memulakan temu bual ringan,
diikuti ringkasan temu bual pertama dan terus bergerak kepada
soalan utama. Tujuan temu bual susulan adalah untuk
mendapatkan maklumat penting yang masih tertinggal,
mandalami maklumat dan mendapatkan kepastian daripada
pakar. Oleh itu temu bual dalam kajian ini telah dilakukan
sebanyak empat belas kali kepada tujuh orang pakar serta
disusuli dengan panggilan telefon dan aplikasi whatsup sebagai
susulan kepada maklumat yang masih samar. Masa yang
diambil untuk menjalankan sesi temu bual kepada golongan
107
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

dewasa adalah antara satu hingga dua jam (Seidman 2019),


manakala tiga puluh minit kepada golongan kanak-kanak.

LANGKAH 1 :
Memperkenalkan diri dan topik
(Soalan pembuka)

LANGKAH 2 :
Bertanyakan soalan mudah dan
menunjukkan empati
(Soalan pengenalan dan transisi)

LANGKAH 3 :
Bertanya soalan sukar dan soalan
susulan

LANGKAH 4 :
Mengurus emosi dari soalan
provokasi melalui soalan kunci

LANGKAH 5 :
Menutup temu bual dan
mengekalkan hubungan
(Soalan penutup)

Rajah 1 Langkah-langkah Dalam Model Responsif Temu Bual Rubin dan Rubin
(2011)

CABARAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Penggunaan protokol temu bual dalam kajian kualitatif


mempunyai pelbagai cabaran sama ada berbentuk pro ataupun
kontra yang memberikan implikasi teoretikal dan praktikal.
Antara cabaran yang saya hadapi adalah menerima maklum
balas yang terkeluar daripada persoalan utama protokol temu
bual. Ini kerana peserta kajian yang terdiri daripada pakar
mempunyai pelbagai idea dan pendapat. Oleh itu mereka
108
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

bersemangat ingin berkongsi pengalaman dan memberikan


maklumat dalam aspek penggunaan modaliti bermain sesi
kaunseling. Keadaan tersebut menjadi satu cabaran kepada
saya terutamanya untuk membawa peserta kajian ke arah
penghuraian dan penjelasan yang lebih berfokus.
Bagaimanapun jika dilihat dalam perspektif yang berbeza,
situasi tersebut memberi beberapa kelebihan kepada saya.
Contohnya lontaran pelbagai idea daripada peserta kajian
memberikan nilai tambah kepada pembentukan tema baru yang
boleh dipertimbangkan sebagai dapatan penting dalam kajian
saya.

Selanjutnya penggunaan protokol temu bual dalam kajian


kualitatif juga mempunyai implikasi teoretikal dan praktikal.
Daripada sudut teoretikal perlaksanaan temu bual yang saya
jalankan dapat menyokong sepenuhnya Model Responsif Temu
Bual oleh Rubin dan Rubin (2011). Contohnya konsep ‘probes’
dan ‘prompts’ yang dikemukakan oleh model itu berjalan seperti
dihuraikan iaitu penggunaan kedua-dua konsep tersebut dalam
teknik bertanya soalan telah berjaya mengembangkan pelbagai
idea menarik yang boleh disintesiskan sebagai dapatan utama
kajian. Seterusnya daripada sudut praktikal pula, pengalaman
menjalankan temu bual telah memberikan pelbagai kemahiran
baru kepada saya, misalnya kaedah menangani karakter
peserta kajian yang pelbagai. Melalui pengalaman setiap temu
bual yang dijalankan, saya menyedari bahawa kemahiran
komunikasi sama ada secara lisan ataupun tanpa lisan sangat
penting untuk dikuasai agar berupaya menjadi pengkaji
kualitatif dan penemu bual berkesan.

Rentetan daripada pengalaman menggunakan protokol temu


bual, beberapa cadangan dikemukakan. Antaranya, pengkaji
boleh merangka soalan-soalan tambahan lebih awal
berdasarkan jangkaan yang berkemungkinan muncul daripada
109
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

maklum balas peserta kajian. Pengkaji juga perlu memahami


sepenuhnya soalan yang terdapat dalam protokol temu bual
seperti tujuan utama sesuatu soalan itu ditanya dan intipati isu
itu ditanya. Justeru antara prosedur penting bagi memahami
isu ditanya adalah pengkaji mesti menjalankan tinjaun literatur
mencukupi dan setiap kajian berkaitan perlu disintesis bagi
dikaitkan dengan kajian yang ingin dilaksanakan. Selain itu
saya juga menyarankan agar pengkaji akan datang
memberikan tumpuan kepada memantapkan kajian rintis
kerana kaedah itu sangat penting dalam melancarkan
pelaksanaan temu bual semasa kajian sebenar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya berdasarkan pengalaman saya, protokol temu


bual yang dibina dalam sesuatu kajian kualitatif perlulah
merujuk kepada kajian literatur, model temu bual khusus dan
kajian rintis. Sekiranya protokol temu bual dibina berdasarkan
prosedur tertentu dengan merujuk model yang telah mantap,
maka kualitinya boleh ditingkatkan dan terpelihara. Protokol
temu bual berkualiti dapat memudahkan peserta kajian
memberikan maklum balas tepat dan bersesuaian untuk
menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Selain itu,
pengkaji juga perlu mematuhi prosedur yang disarankan oleh
model yang diikuti. Model itu pula sewajarnya telah dibuktikan
berkesan berdasarkan dapatan kajian sebelumnya.
Sebenarnya langkah-langkah yang dikongsikan ini secara
langsung dapat meningkatkan kesahan data sesuatu kajian.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca,
khususnya sebagai panduan kepada para pengkaji yang ingin
menjalankan temu bual.

110
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

RUJUKAN

Braun, V. & Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in


psychology. Qualitative Research in Psychology, Vol. 3 :
77-101. Available from: http://eprints.uwe.ac.uk/11735).
Retrieved from
http://dx.doi.org/10.1191/1478088706qp063oa

Creswell, J.W. 2017. Research design: Qualitative,


quantitative and mixed method approaches. Fifth
Edition. California: SAGE Publications.

Henderson, D.A & Thompson, C.L. 2011. Counseling children.


Eighth Edition. USA: Brooks/Cole. Cengage Learning.

Landreth, G.L. 2012. Play therapy: The art of the relationship.


Third Edition. New York, London: Routledge. Taylor &
Francis Group.

Liamputtong, P. 2014. Kaedah penyelidikan kualitatif. Edisi


ketiga. Diterjemahkan oleh Haliza Mohd Riji &
Shamsuddin Ahmad. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Press.

Merriam, S.B. & T i s d e l l , E . J . 2015. Qualitative research:


A guide to design and implementation. Fourth Edition.
New York: John Wiley & Sons.

Ray, D.C. 2011. Advanced play therapy: Essential conditions,


knowledge and skills for child practice. New York,
London: Routledge. Taylor & Francis Group.

Rubin, H.J. & Rubin, I.S. 2011. Qualitative interviewing: The art
of hearing data. Third Edition. London: SAGE
Publications.

Schaefer, C.E. & Drewes, A.A. 2014. The therapeutic powers


of play and play therapy: Twenty core agents of change.
Second Edition. USA: John Wiley & Sons, Inc.

111
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 2019
(ISSN 2636-9885)

Schaefer, C.E. & Cangelosi, D. 2016. Essential Play Therapy


Techniques: Time-tested Approaches. London: The
Guilford Press.

Seidman, I. 2019. Interviewing as qualitative research: A guide


for researchers in education and the social sciences. Fifth
Edition. London: Teachers College Press.

Sweeney, D.D., Baggerly, J.N. & Ray, D.C. 2014. Group play
therapy: A dynamic approach. First Edition. London:
Routledge. Taylor & Francis Group.

Yin, R.K. 2017. Case study research and applications: Design


and methods. Sixth Edition. London: SAGE Publication.

112

You might also like