You are on page 1of 14

Tugasan 3

Kesediaan sekolah dalam hospital, isu dan cabaran serta cadangan untuk
merealisasikan program Sekolah Dalam Hospital yang lebih baik.

Bahagian A

1. Pembolehubah/konsep/Konstruk

Pemboleh ubah (variables) ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh
penyelidik (Gay & Airasian,2000) yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu
penyelidikan; yang berubah-ubah dari segi kuantiti atau kualiti. Penyelidikan
melibatkan hubung kait antara pemboleh ubah- pemboleh ubah yang terlibat dalam
sesuatu kejadian yang mana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Contoh pembolehubah yang sering diselidik dalam penyelidikan pendidikan ialah


pencapaian, sikap, gender, motivasi, gaya pembelajaran, kemahiran berfikir,
kemahiran membaca, dan kaedah pengajaran. Secara umumnya, pemboleh ubah-
pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada pemboleh
ubah tidak bersandar (Independent variable), pemboleh ubah bersandar (dependent
variable), pemboleh ubah luaran (extraneous variable), pemboleh ubah moderator
(moderator variable), dan pemboleh ubah intervensi (intervening variable).

Pembolehubah tidak bersandar merupakan pembolehubah yang dijangka akan


mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain (bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu
perkara kejadian. Manakala dalam kajian eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar
merupakan rawatan ataupun pembolehubah dimanipulasi. Misalnya penyelidik ingin
mengkaji kesan dua kaedah pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar.

Pembolehubah bersandar pula merupakan pembolehubah yang menerima kesan satu


atau lebih pembolehubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi
ataupun yang diperhati oleh penyelidik (Jaeger, 1990). Pemboleh ubah ini juga
dikenali sebagai pemboleh ubah hasil (outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria
(criterion variable).

Prosedur pembinaan Instrumen


Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah
penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam
pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan
digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan
ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang
terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya
maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan
gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu
tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum
(generalization) tentang sesuatu populasi.

Prosedur pembinaan item yang bermula dengan penentuan objektif kajian, membuat
kajian literatur dan mendapatkan pandangan pakar bagi menentukan definisi
konseptual bagi pemboleh ubah Sekolah Dalam Hospital. Selepas memperoleh
definisi konseptual bagi Sekolah Dalam Hospital pengkaji mula membina item.

Pembinaan alat atau instrumen kajian berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah
ditetapkan. Item-item kajian dihasilkan melalui soalan kajian yang ditentukan. Alat
kajian yang bauj boleh memberi ukuranvariable dengan tepat dan sah. Data yang
dikutip akan di analisis dan hasil dapatan akan dianalisis dan ditafsirkan untuk
menjawab soalan kajian.

Proses pembinaan alat kajian dibahagikan kepada dua cara iaitu menentukan objektif
alat kajian dan menentukan kandungan alat kajian, Item alat kajain digunakan untuk
mendapatkan penerangan penjelasan atau bukti kepada sesuatu fenomena. Item alat
kajian yang berkesan adalah item yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
kandungan yang tinggi.

Beberapa jenis alatan penyelidikan yang boleh digunaan seperti ujian, temubual,
pemerhatian dan penelitian dokumen. Ujian digunakan untuk menentukan pencapaian
prestasi sampel kajian. Temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat bermakna
berkaitan fakta, kepercayaan dan perasaan. Pemerhatian digunakan untuk
mendapatkan fakta atau bukti-bukti yang menyokong penyelidikan yang dijalankan.
Ia juga digunakan untuk menyokong alat kajian lain.

Kajian boleh dibuat menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan
atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon.

Soal Selidik

Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu
bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau
bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu
iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga
digunakan.

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara


perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:

- sesuai dengan kesediaan responden,

- format instrumen yang sistematik,

- arahan yang jelas,

- surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian

- ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006).

Panduan membentuk item-item soal selidik

- penggunaan bahasa yang mudah,

- selaras dengan responden,

- elakkan soalan yang sukar,

- soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,

- elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,

- elakkan soalan yang kabur,

- elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,


- elakkan soalan yang berarah dan item yang negative (Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala
perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)

Temubual

- temu bual berstruktur,

- temu bual semi struktur,

- temu bual tidak berstruktur.

Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian
tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000)

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan


maklumat.

Aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual

- menentukan jenis temu bual dalam kajian;

- rancangan temu bual;

- stail, kandungan dan susunan soalan temu bual;

- ciri-ciri soalan temu bual yang baik;

- aras bahasa dalam temu bual;

- penyusunan soalan temu bual dan

- tempoh sesi temu bual (Chua, 2006).

Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara
optimum untuk menjawab persoalan kajian.

Kaedah temu bual

- temu bual bersemuka,

- temu bual tidak bersemuka dan


- temu bual bantuan komputer.

10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik

- tidak mulakan sesi temu bual yang dingin,

- sentiasa sedar tentang tujuan temu bual,

- soalan ditanya secara semula jadi,

- soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat,

- berwatak sebagai pendengar yang baik,

- pakaian dan penampilan yang sesuai,

- tempat yang selesa,

- menghormati responden,

- berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan ,dan

- menghargai responden.

2. Kesahan dan kebolehpercayaan

Adalah perlu untuk menguji instrumen sebelum digunakan dalam kajian sebenar. Ini
bertujuan untuk memastikan instrumen adalah sah dan boleh digunakan. Keesahan
item soal selidik yang disediakan seharusnya boleh mengukur apa yang sepatutnya
diukur (Abdul Majid, 2000). Pakar-pakar berkaitan boleh membantu membuat
kesahan kandungan item soal selidik (Sekaran, 2000). Kesahan kandungan ini
dijalankan bagi memastikan item yang dibina mewakili konstruk yang disenaraikan
(Noraini 2010; Sidek 2002).

Bagi memastikan kesahan dalaman terkawal , beberapa orang pakar yang terdiri
daripada dua orang pensyarah yang mengajar Kaedah Penyelidikan di Universiti
tempatan dirujuk dalam mendapatkan teguran dan pandangan untuk memastikan
keselarian instrumen dengan persoalan kajian. Ini adalah untuk mendapatkan
pandangan dan juga mengesahkan item yang telah digunakan. Setelah perbincangan
dibuat dan beberapa pengubahsuaian yang dilakukan kesemua orang rujukan ini telah
berpuas hati dengan instrumen yang digunakan.
3. Skala Pengukuran dan penskoran

Oleh kerana kajian ini lebih bersifat kualitatif maka temubual dan penelitian kajian
akan digunakan. Beberapa bentuk temubual boleh digunakan iaitu temubual
berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tida berstruktur. Temu bual
tidak berstruktur biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam
berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000).

Beberapa aspek-aspek penting perlu diberi perhatian ketika menyediakan item


temubual iaitu menentukan jenis temubual yang ingin digunakan dalam kajian,
rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temubual, ciri-ciri
temubual dan tempoh temubual (Chua, 2006). Tujuannya adalah untuk menghasilkan
set item yang boleh digunakan secara optimum bagi menjawab persoalan kajian.
Beberapa kaedah temubual boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat iaitu temu
bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer.

Bentuk soalan yang boleh digunakan dalam temubual adalah soalan terbuka dan
soalan tertutup. Soalan terbuka adalah tidak berstruktur dan responden dapat memberi
jawapan secara bebas, manakala soalan tertutup pula adalah berstruktur dan
responden memilih daripada pilihan jawapan yang diberi. Beberapa kebaikan daripada
soalan terbuka: memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab, responden
dapat memberi jawapan yang terperinci, penemuan yang tidak dijangka mungkin
berlaku, responden dapat memberi jawapan yang sesuai untuk isu yang kompleks,
memberi peluang untuk kreativiti dan menerangkan apa yang difikirkan dan
menunjukan logik serta proses pemikiran responden. Soalan tertutup pula jarang
digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

Penelitian dokumen digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada


dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang
sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang
senarai semak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan kekerapan atau peratus.

4. Contoh Instrumen

Bahagian A: Latar Belakang Responden:

1. Jantina:___________________________
2. Umur : ____________________
3. Jawatan:______________________________
4. Kelulusan Akademik:
_________________________________________________
5. Opsyen:
____________________________________________________________
6. Mata Pelajaran yang diajar:
____________________________________________
7. Jumlah waktu mengajar :_____________________
8. Pengalaman mengajar:_______________________
6. Pengalaman mengajar di Sekolah Dalam
Hospital:__________________________

Bahagian B: Persepsi Guru Tentang Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH)

1. Bolehkah encik/tuan terangkan mengenai Sekolah Dalam Hospital?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

2. Apakah perbezaan antara sekolah biasa dengan Sekolah Dalam Hospital?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

3. Sebagai salah seorang pelaksana SDH, bagaimana Encik/Puan melihat


konsep ini membantu mencapai matlamat pendidikan untuk semua?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

4. Setakat ini, berapa ramai pelajar yang diterima di sini? Apakah syarat-
syarat kemasukan pelajat?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
______

5. Adakah sumber manusia dapat menampung bilangan pelajar?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

6. Adakah Sumber kewangan dapat menampung bilangan pelajar?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

7. Adakah kemudahan yang disediakan dapat menampung bilangan pelajar?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

8. Bagaimana penerimaan ibubapa pelajar terhadap konsep SDH?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

9. Apakah masalah dan cabaran yang pernah dihadapi sebagai pelaksana SDH?

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

10. Bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
__________________

Rujukan

Abdul Majid, K. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Gay, L.R & Airasian, P. (2000). Educational research: Competencies for analysis and
application. Ed Ke-6. New Jersey: Merrill

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Education

Sekaran, U. (2000) Research Methods for Business: A skill-building approach, 3rd


edition. New York: John Wiley.

Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia

Bahagian B

Rekabentuk Kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (2003), reka bentuk kajian merupakan perancangan
tentang bagaimana suatu kajian itu dilaksanakan. Dengan nada yang sama, Yin (2003)
menjelaskan reka bentuk kajian sebagai perjalanan kajian dari titik permulaan (kenal
pasti persoalan kajian) sehingga ke titik penamat (membuat rumusan kajian).

Menurut Merriam (2002), kajian kes ialah satu bentuk kajian dalam sistem tertutup
bagi mengenal pasti makna dan pemahaman sesuatu keadaan atau subjek. Dalam
kajian kes, pengkaji dianggap sebagai instrumen utama dalam proses mengumpul dan
menganalisis data. Selain itu, Merriam juga menjelaskan bahawa proses menjalankan
suatu kajian kes bermula dengan memilih “kes” untuk dikaji. Istilah “kes” ditakrif
oleh Merriam sebagai entiti tertentu seperti orang, tempat, program, proses,
masyarakat dalam sistem tertutup yang memiliki keunikan sifat pada pandangan
pengkaji.

Memandangkan soalan kajian dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis
pentaksiran yang digunakan oleh guru prasekolah, cabaran dan penyelesaian dari
perspektif mereka sendiri, maka kajian kes dianggap lebih sesuai dijalankan
berbanding dengan kajian lain.

Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam (Yin,


2003) serta ingin mendapat gambaran jelas (Marohaini, 2004) berkaitan penggunaan
teknik pentaksiran formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Menurut Burn (1995), Merriem (1998) dan Yin (1995) penggunaan rekabentuk
penyelidikan kajian kes menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu
kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia,
keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Sesuatu kajian
kes harus memfokus kepada subjek yang mempunyai sesuatu kriteria atau ciri yang
ingin dikaji. Ini bermakna sesuatu kajian kes kebanyakannya mengkaji tentang
individu atau peristiwa- peristiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka
(Burn, 1995).

Merriem (1998) menyatakan kajian kes digunakan untuk meningkatkan kefahaman


yang mendalam tentang subjek yang dikaji, memfokus kepada aspek proses
berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau
dapatan. Menurut Yin (1995) pula kajian kes adalah berkaitan dengan strategi
penyelidikan yang memfokus kepada persoalan ’siapa’, ’mengapa’ atau ’apakah’.

Ini bermakna kajian kes membolehkan penyelidikan yang menyeluruh atau holistik
bagi mengetahui ciri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Untuk
mendapatkan gambaran yang lengkap, sesuatu kajian kes mesti mengumpulkan data
dari berbagai sumber bagi membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu
penyelidikan (Burn, 1995). Dalam usaha menjadikan fenomena kajian lebih
bermakna, kajian dijalankan di Sekolah Dalam Hospital, di Kuching.

Populasi dan Sampel

i. Populasi

Populasi kajian ini terdiri daripada guru dan pembantu guru yang mengajar di Sekolah
Dalam Hospital.

ii. Sampel kajian

Sampel Kajian ini terdiri daripada guru dan pembantu guru yang mengajar di Sekolah
Dalam Hospital di Kuching.

iii. Persampelan

Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Peserta kajian berkenaan
dipilih dengan menggunakan pendekatan bertujuan atas beberapa sebab:
a. Kajian kes ini dijalankan bukan bertujuan mengeneralisasikan dapatan kajian
kepada populasi guru prasekolah, oleh itu kaedah persampelan kebarangkalian
tidak perlu digunakan (Merriam, 2002).
b. Peserta dan lokasi dipilih mengikut kesesuaian kajian (Cresswell, 2008).
Misalnya, peserta kajian dipilih berdasarkan keupayaan, kesanggupan,
komitmen dan motivasi mereka untuk memberikan maklumat yang
dikehendaki dalam kajian semasa.
c. Menurut Frankeal & Wallen (2006), pendekatan bertujuan sesuai digunakan
untuk memilih peserta kajian yang memerlukan kriteria khusus. Selain itu, ia
juga mempunyai kelebihan kerana dapat memastikan maklumat secukupnya
diperolehi bagi menjawab persoalan kajian.
d. Pendekatan bertujuan yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan
andaian pengkaji dapat menerokai, memahami, dan menumpukan kajian
secara mendalam pada kes yang spesifik (Merriam, 2002). Pandangan ini
adalah selaras dengan pendapat Patton (1990) yang menegaskan bahawa
pendekatan bertujuan adalah sesuai digunakan bagi memilih peserta kajian
supaya maklumat yang kaya dapat diperolehi daripada peserta kajian.

Prosedur kutipan Data

Terlebih dahulu kebenaran untuk menjalankan kajian akan dipohon daripada pada
pihak yang berkaitan. Setelah kebenaran mendapatkan kajian, borang soal selidik
berserta surat iringan akan diedarkan kepada semua responden yang terlibat melalui
Penyelia. Borang soal selidik akan dihantar ke sekolah yang terlibat dan
dikembalikan kepada penyelidik dalam jangka masa yang ditetapkan.

Prosedur analisis data

Dalam Kajian ini, data akan di analisis dengan teknik analisa kandungan. Menurut
Miles dan Huberman (1994), terdapat tiga fasa utama dalam data analisa iaitu reduksi
data, gambaran data kesimpulan dan verifikasi data perlu dilaksanakan (Rusli Ahmad
& Hasbee Usop, 2011). Data yang diperolehi dimasukkan dalam jadual matrik bagi
memudahkan analisa dilakukan.

Dalam fasa reduksi, data yang diperolehi akan diringkaskan, disusun secara sistematik
dan mengikut tema berdasarkan kepada isu yang telah dikenalpasti. Bacaan dilakukan
bagi memahami secara mendalam maksud yang disampaikan dan mengenalpasti
tema-tema atau fokus utama.

Peringkat paparan data pula bertujuan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan


tentang data yang telah diperolehi. Seterusnya ia akan memberikan gambaran
bahagian-bahagian tertentu daripada gambaran keseluruhan data. Pengkelasan
dilakukan setelah penyelidik memahami sepenuhnya dan menyeluruh data yang
diperolehi. Pada peringkat ini, data yang diperolehi di tukar ke bentuk peta konsep.

Peringkat yang terakhir adalah kesimpulan dan verifikasi data. Data yang telah
disusun dan dikumpul di buat kesimpulan bagi mencari hubungan, persamaan atau
perbezaan. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari makna dan akses implikasi
kepada persoalan kajian. Verifikasi data pula bertujuan untuk menilai tentang
kesesuaian data dengan objektif dan persoalan kajian agar lebih sesuai dan tepat.

Analisa data akan dilakukan secara descriptif yang dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu melibatkan Bahagian demografi yang akan dihuraikan dalam bentuk frequensi
dan Bahagian A-E akan dianalisis secara analisa kandungan. Teknik analisis
kandungan dokumen dipilih kerana merupakan satu pendekatan sistematik bagi
menganalisis data dan maklumat bersesuaian dengan kajian kualitatif (White & Marsh
2006).

Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dimasukkan dalam bentuk jadual
matrik bagi memudahkan langkah-langkah menganalisis dilakukan. Analisis data
melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan
kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian. Langkah-langkah berikut
dilakukan dalam analisa data:

i. Menguruskan (Organization)
Langkah pertama dalam menganalisis data kualitatif ialah menguruskan data yang
diperolehi. Menyusunkan data-data ini secara sistematik adalah langkah pertama yang
perlu pengkaji lakukan. Pengkaji perlu membuat keputusan terhadap sistem kategori
data yang digunakan yang membolehkan data-data yang memberikan maklumat yang
sama jenis dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Untuk memudahkan pengkaji
mengkategorikan data-data yang sama dalam kumpulan yang sama, adalah penting
bagi pengkaji dalam melakukan klasifikasi istilah-istilah digunakan ketika proses
pengumpulan data dilakukan. Istilah-istilah ini boleh digunakan seperti suatu label
dalam mengumpulkan/klasifikasikan data-data yang bersesuaian dengan label-label
tersebut.
ii. Penerangan/gambaran (Description)

Data-data yang telah dikategorikan perlu dicirikan dan penerangan ini dapat
menunjukkan sejauh mana tahap sesuatu tingkahlaku itu dicapai atau tidak dicapai.

iii. Interpretasi (Interpretation)

Selepas ciri-ciri data dikenalpasti dan difahami, langkah yang seterusnya ialah
menginterpretasikan data. Perhubungan tingkah laku/situasi dengan maksud yang
diberikan dari data yang diperolehi akan dikaji. Melalui penerangan data-data yang
diperolehi, pengkaji akan dapat maklumat mengenai apakah yang dijangkakan, tidak
dijangkakan, cabaran dalam permasalahan kajian yang dilakukan.

Persoalan kajian dan analisa yang digunakan ditunjukkan dalam Jadual 1.0

Persoalan Kajian Analisa data dan alat yang


digunakan
i. Apakah isu-isu yang sering dialami oleh guru di
Analisa deskriptif,
Sekolah Dalam Hospital?
ii. Apakah cabaran-cabaran yang dialami oleh guru
Analisa Deskriptif
di Sekolah Dalam Hospital?
iii. Apakah penyelesaian kepada cabaran-cabaran
Analisa Deskriptif
yang dialami oleh guru di Sekolah Dalam
Hospital?

Jadual 1.0 Rumusan persoalan kajian dan analisa data yang digunakan.

Rujukan

Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An


Introduction to Theory and Methods. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon

Burn, R. B. (1995). “Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman.


Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Pearson/Merrill
Prentice Hall.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2006). How to design and evaluate research in
education. New York: McGraw-Hill.

Marohaini, Y (2004) Pengkonsepan Pengutipan Data Kualitatif Research Seminar:


Implementation Of Fieldwork

Merriem, S. B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in


Education.” (2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass

Merriam, S. B. A. (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion


and analysis (1st ed.). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Miles, MB. & Huberman, AM. (1994). Qualitative Data Analysis (2nd edition).
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks,
CA: Sage Publications.

Rusli Ahmad, & Hasbee Usop. (2011). Conducting Research In Social Science,
Humanities, Economics and Management Studies: A Practical Guide. Kuching:
RS Group Publishing House.

White, M.D., & Marsh, E.E. (2006). Content analysis: A flexible methodology.
Library Trends 55(1), 22-45 doi: 10.1353/lib.2006.0053

Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage.

You might also like