You are on page 1of 5

Bahagian A

"Technology Intergration in My Classroom"

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan


banyak kesan yang positif kepada dunia pendidikan pada masa kini. Hal ini demikian
kerana ICT telah diintergrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan
menggunakan perkakasan dan perisian teknologi untuk menyampaikan isi kandungan
mata pelajaran.Selaras dengan perkembangan yang pesat dalam dunia ICT, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah dengan menjadikan penggunaan pelbagai
bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, OHP, projektor dan pelbagai
perisian pendidikan dan alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang
berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan
minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Justeru, pihak
pengurusan sekolah sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah dalam mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik dengan usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Melalui penggunaan ICT, murid boleh meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu
topik pembelajaran dan pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif dan menyeronokkan. Saya telah menggunakan pelbagai teknologi dalam
pembelajaran saya di sekolah. Saya telah melaksanakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas yang mampu memberikan rangsangan
pembelajaran dan dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu
memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara
seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran
yang melibatkan penggunaan ICT membolehkan guru menyediakan bahan bantu
mengajar dengan banyak dan kepelbagaian jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.
Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran

1
dan pembelajaran yang telah dibentuk. Melalui penggunaan internet pelajar boleh
menimba ilmu pengetahuan yang lebih mantap dan mendalam serta boleh mempraktikkan
ilmu yang dipelajari itu dengan mudah. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan
fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan
kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.
Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), dan sebagainya, saya dan murid
dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri sama ada di dalam negara atau di luar negara.
Pertukaran maklumat akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi
meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru. Melalui
penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan presentasi dengan menggunakan
alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar
yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan kelak.
Kemajuan pesat yang dicapai dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
perlu dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah khususnya sekolah rendah. Penggunaan
teknologi sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah
telah menjadikan murid saya untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan
dapat berfikir dengan lebih matang dan berinovatif mengikut tahap pemikiran mereka.
Saya telah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam mata pelajaran yang
diajarkan saya. Penggunaan ICT telah ditekankan supaya dapat meningkatkan tahap kefahaman murid
terhadap isi kandungan mata pelajaran. Di Sekolah saya yang lengkap sepenuhnya peralatan dan perisian
teknologi maklumat di setiap kelas telah menyenangkan saya dalam menyediakan bahan bantu mengajar
yang berkualiti. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,saya selalu menggunakan
aktiviti yang merangkumi demonstrasi, penggunaan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam
cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori dalam membimbing pelajar
untuk mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.
Perisian yang digunakan oleh saya dalam kelas selari dengan standard kandungan pengajaran yang
telah ditetapkan. Antara perisian program yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
ialah Microsoft Word, Excel, dan Power Point. Dengan adanya pengetahuan ini, murid dapat menguasai
pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran memproses perkataan dengan menggunakan Ms Word
dan menyediakan bahan presentasi dengan menggunakan Ms Power Point yang mudah dan menarik.

2
Murid-murid saya juga turut diajar untuk menggunakan internet di makmal komputer. Mereka diajar
langkah demi langkah dan dibimbing oleh seorang guru dalam mencari bahan yang berbentuk animasi
seperti memuat turunkan video yang berunsur pendidikan dari laman web Youtube. Di sekolah saya
dibekalkan dengan komputer yang berjenama Apple di setiap kelas. Saya akan terlebih dahulu
mendemonstrasikan penggunaan kemudahan search di perisian Google supaya murid dapat mengikuti
langkah-langkah yang ditunjukkan oleh saya di makmal komputer semasa kelas komputer dua kali
seminggu.
Kadang kala saya menyediakan soalan ujian dalam laman web schoolnet. Semua murid akan
diberi dengan sebuah Ipad Sekolah dan masing-masing menjalankan ujian serentak. Ujian yang ringkas
menilai tahap kefahaman murid terhadap isi kandungan mata pelajaran telah menggalakkan pelajar banyak
melibatkan diri dalam proses pengajaran. Saya juga menilai tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan
dengan soalan-soalan sumatif yang disediakan berdasarkan aras kognitif pelajar yang melibatkan grafik,
audio, video dan animasi yang realistik dan menarik minat murid. Ujian atas talian membolehkan
penyemakan setiap soalan dengan menggunakan perisian dan markah akan disimpan dalam fail-fail secara
sistematik dan boleh diakseskan oleh ibu bapa bila-bila masa.
Dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran pada masa hadapan, saya perlu mengoptimumkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran banyak membantu saya menyampaikan isi kandungan mata pelajaran
walaupun di luar waktu sekolah. Hal ini demikian kerana saya boleh merakamkan bahan-bahan yang ingi
disampaikan esok melalui laman web sekolah dan setiap murid saya akan mengakseskan laman web
tersebut di rumah nanti. Setiba murid saya di sekolah esok, saya hanya perlu berbincang dan bertanyakan
soalan kepada murid kerana mereka sudah tahu isi kandunga mata pelajaran yang disampaikan oleh saya.
Dalam penggunaan teknologi, murid perlu mencuba untuk belajar sendiri melalui internet, dan saya hanya
membimbing dan menilai murid saya sahaja.
Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan
didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD,
CD,pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan
dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Hal ini kerana melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap
subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang
diperolehi.
Saya juga mengajar dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menerusi sistem pembelajaran maya, Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah pengajaran

3
bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih interaktif. Semua bahan pengajaran
juga boleh diakses melalui satu pangkalan data membolehkan guru dan pelajar berkongsi
maklumat yang sama. Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk sentiasa berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan dapat
menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajar oleh saya. Sistem ini
membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak
pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan saya memperoleh hampir semua
maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi
sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal
Namun begitu saya perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk
memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam
pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh saya dan kumpulan
pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-
murid. Strategi saya menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi
kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang
diharapkan berdasarkan tahap murid.
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah saya menggunakan
bantuan dan bimbingan luar seperti Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Teknologi
Pendidikan merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat
nasihat mengenai teknik dan kaedah Pdp menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar
antara sekolah boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru
dan semua warga sekolah.
Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan
sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara saya dan murid.

4
5

You might also like