You are on page 1of 39

Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

PENGENALAN
Misi dan Visi Malaysia adalah menjadi negara maju menjelang tahun 2020 kerana
Malaysia dapat mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih
tinggi pada tahun 2017 berbanding dengan tahun-tahun sebelum itu. Hal ini demikian
kerana Bank Dunia telah membuat pengesahan bahawa Malaysia sedang berada
dalam landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
nanti. Untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah
mengambil beberapa inisiatif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini
demikian kerana negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan,
Singapura dan sebagainya telah mengamalkan dasar yang komprehensif dan progresif
dalam membangunkan modal insan yang mempunyai kepelbagaian kemahiran serta
mampu saing untuk menjana ekonomi negara yang berpendapatan tinggi. (Pelan
Strategik Interim, KPM 2011-2020 2011).

Oleh itu, Kemahiran yang berbentuk radikal perlu dipertingkatkan dan


dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran modal insan dengan memberi fokus
utama dalam mengarus perdana dan meluaskan akses yang menjurus kepada
pendidikan vokasional yang berkualiti. Pengarus perdanaan pendidikan vokasional
mampu menjana bakat pelajar ke arah kreatif dan inovatif serta boleh membantu
mempercepatkan proses melahirkan tenaga kerja mahir yang mempunyai nilai
insaniah, kebolehpasaran dan kemahiran yang mencapai standard dunia. (Pelan
Strategik Interim, KPM 2011-2020, 2011).

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran, kita juga
tidak boleh melupakan golongan kurang upaya atau insan istimewa (OKU). Pelajar
berkeperluan khas yang sedang belajar di Sekolah Menengah atau yang telah tamat
pengajian kerana sudah mencapai tahap umur maksimum iaitu 19 tahun, mungkin
mempunyai kemahiran atau bakat yang tersembunyi dan memerlukan bantuan kita
untuk mencungkil bakat mereka yang terpadam itu. Menurut satu kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat pada tahun 1996 yang
menyatakan bahawa terdapat anggaran 80% pelajar berkeperluan khas memerlukan
bantuan daripada golongan dewasa dalam mendapatkan perkerjaan dan membantu
mereka untuk berdikari dalam kehidupan. (Etscheidt 2006)

Jong Yii Phin GP05447 Page 1


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Di Amerika Syarikat, Program transisi kerjaya yang melibatkan pelajar


berkeperluan khas sangat dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian
Pendidikan Amerika Syarikat telah mengambil langkah untuk membuat penstrukturan
dan mengkaji balik Akta Pendidikan untuk Individu yang berkeperluan khas atau
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) pada tahun 2004 telah
memantapkan lagi perkhidmatan transisi di negara itu. Perkhidmatan transisi telah
didefinisikan sebagai suatu set aktiviti koordinasi yang direka bersama proses yang
berorientasikan hasilan. Keadaan ini berlaku dimana segala tumpuan akan diberikan
dalam membantu pelajar berkeperluan khas ini memperbaiki tahap pencapaian
akademik dan kemahiran motor kasar dan halus mereka. (Shogren dan Plotner 2012).
Proses ini juga penting dalam memberikan panduan kepada pelajar berkeperluan khas
untuk menjalani proses peralihan kerjaya iaitu daripada alam persekolahan sehingga
mereka menamatkan persekolahan. (Etscheidt 2006)

Namun begitu, kebanyakan majikan masih kurang peka akan keprihatinan


terhadap golongan berkeperluan khas dan mereka kurang menawarkan peluang
pekerjaan kepada pelajar berkeperluan khas. Hal ini terbukti apabila kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat juga mendapati bahawa walaupun program transisi
kerjaya telah didedahkan dan dilaksanakan kepada pelajar namun begitu hanya
terdapat sebilangan kecil pelajar yang mampu memainkan peranan kepimpinan
(leadership role) terutamanya dalam kalangan pelajar autisme dan ketidakupayaan
dari segi intelektual (KUI). (Shogren dan Plotner 2012). Keadaan ini juga
menyebabkan kurangnya penyertaan agensi swasta ataupun agensi sokongan
contohnya Pusat Pemulihan Vokasional (Vocational Rehabilitation) dalam mengupah
pelajar berkeperluan khas ini terutamanya pelajar autisme dan pelajar ketidakupayaan
dari segi intelektual (KUI). (Shogren dan Plotner 2012)

Menurut Akta OKU 2008, dibawah seksyen 29 perkara 1 telah menjelaskan


bahawa Orang Kurang Upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada
pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Di samping itu, dalam seksyen
yang sama, perkara 2 juga menyatakan majikan hendaklah melindungi hak orang
kurang upaya, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapat suasana

Jong Yii Phin GP05447 Page 2


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

kerja yang adil dan baik termasuk peluang sama rata dan saraan sama rata bagi kerja
yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada
gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati. Selain itu, perkara 3 turut menyatakan
majikan hendaklah dalam melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk
menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi OKU dengan menilai keupayaannya dengan
sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan
pekerjaan yang sesuai. (Akta Orang Kurang Upaya 2008, Malaysia, Akta 685).

Akta OKU 2008 ini menunjukkan kerajaan Malaysia amat komited dan
prihatin dalam membantu golongan OKU dari segi akses kepada pekerjaan yang
sesuai dengan tahap dan kemampuan mereka. Namun begitu, timbullah tanda tanya
sama ada perkara ini dapat dipatuhi oleh kebanyakan majikan di Malaysia
terutamanya pihak swasta?

Untuk membuktikan sama ada kebanyakan majikan di Malaysia khususnya


pihak swasta dalam mengupah OKU dalam agensi mereka dapat mematuhi Akta OKU
2008, penyelaras program telah mengambil inisiatif untuk melakukan program transisi
kerjaya ke atas seorang pelajar berkeperluan khas kategori Sindrom Down yang
berumur 19 tahun yang baru tamat persekolahannya di SMK Lanang, Sibu. Pelajar
berkenaan juga menyatakan hasrat untuk bekerja di Kedai Kopi di Jalan Bukit Lima,
Sibu kerana kawan-kawannya sudah bekerja dan dia tertarik untuk berkerja juga. Atas
sebab itu, penyelaras program telah menolong pelajar itu mencari pekerjaan dan
bersyukur juga kerana sempat berjumpa dengan seorang majikan swasta yang sangat
prihatin dengan pembangunan modal insan istimewa. Pelajar ini kini boleh bekerja di
kedai berkenaan secara sepenuh masa dari hari Isnin sampai Sabtu. Penyelaras
program dalam masa yang sama mengambil langkah untuk mewujudkan program
transisi kerjaya kepadanya dan melakukan penilaian sebulan sekali sepanjang tiga
bulan pertama ke atas kerja yang dilakukannya. Perincian lanjut mengenai program
ini dan langkah dalam melaksanakan transisi kerjaya ini serta kaedah menilai prestasi
kerja pelajar ini akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

TUJUAN PROGRAM

Jong Yii Phin GP05447 Page 3


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Sebagaimana yang kita sedia maklum, program transisi yang dirancang untuk pelajar
berkeperluan khas adalah bertujuan mengenal pasti minat, bakat dan kemampuan
yang ada pada mereka. Setelah proses pengenalpastian dibuat, proses pembangunan
latihan kerjaya akan dilakukan dalam mengembangkan bakat dan kemampuan mereka
pada tahap yang maksimum agar mereka boleh melakukan kerja dengan tepat dan
cekap mengikut minat dan tahap kemampuan semasa mereka ditempatkan untuk
bekerja kelak. Dalam kes ini, tujuan program yang diadakan untuk pelajar
berkeperluan khas yang dipilih adalah sama dengan apa yang dibincangkan tadi.

MATLAMAT PROGRAM
Dalam mengusahakan program ini, beberapa matlamat telah ditetapkan agar pelajar
berkeperluan khas yang dipilih dapat memperoleh manfaat hasil daripada program
yang dilaksanakan ini. Antara matlamat yang ditetapkan adalah:-

 Pelajar dapat memahami langkah keselamatan yang harus dipatuhi sebelum,


semasa dan selepas beliau bekerja di kedai kopi.
 Pelajar dapat membuat persediaan semasa pembukaan kedai dan penutupan
kedai.
 Pelajar dapat mengambil order minuman dan makanan.
 Pelajar dapat menyediakan peralatan makan pada setiap pesanan yang dibuat
 Pelajar dapat mengambil peralatan makan dan mengelap meja setelah
pelanggan beredar
 Pelajar dapat memberitahu jumlah bayaran terhadap makanan dan minuman
yang dipesan dengan pelanggan.
 Pelajar dapat menghidang makanan dan minuman kepada pelanggan yang
betul dan tidak keliru dengan pesanan masing-masing.
 Pelajar dapat kira jumlah bayaran dan mencari baki yang betul.

BIODATA PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Jong Yii Phin GP05447 Page 4


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Perkara Keterangan
Nama Joseph Chieng Jin Lung
Umur 19 tahun
Tarikh Lahir 16 Februari 1998
Tempat Lahir Hospital Sibu
Alamat Tempat Tinggal 4B, Lorong Jerwit Barat 1B, 96000 Sibu.
Kategori Masalah Pembelajaran (Sindrom Down).
Ketidakupayaan
Julai 1998-2005: Early Intervention Programme (EIP)
di Methodist Care Centre, Pusat Agape Sibu
2003-2004 : Taska
Sejarah Pendidikan 2005 : Supplementary Class
2005-2008 : PPKI SK Perbandaran Sibu No. 4
2009-2012 : PPKI SJK Thai Kwang, Sibu
2013-2016 : PPKI SMK Lanang
Kemahiran dan minat Mahir menggunakan komputer dan gemar melayari
yang dikenal pasti internet dengan menggunakan komputer.

Nama Ibu dan Bapa -Datuk Chieng Buong Yew (Bapa)


-Datin Chong Shu Chyong (Ibu)

KEMAHIRAN, MINAT, KEKUATAN DAN KELEMAHAN


PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kemahiran motor kasar,
kemahiran motor halus, minat, kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga
dengan pelajar berkeperluan khas, walaupun mereka lemah atau kekurangan dalam

Jong Yii Phin GP05447 Page 5


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

pelbagai aspek, namun begitu mereka masih mempunyai kemahiran atau bakat yang
tersendiri dan unik iaitu apa yang mereka lakukan mungkin berada di luar jangkaan
kita dan mereka juga mampu melakukannya. Bagi peserta program yang dipilih iaitu
Joseph Chieng Jin Lung, penyelaras program dapat menjelaskan beberapa aspek yang
penting bagi pelajar berkeperluan khas ini melalui hasil temu bual dengan ibu bapa
pelajar berkenaan.

Kemahiran Motor Kasar


Kemahiran motor kasar adalah melibatkan penggunaan otot badan yang besar dalam
melakukan pelbagai pergerakan fungsian seperti berjalan, menendang, dan
sebagainya. Kemahiran motor kasar bagi seseorang individu juga adalah bergantung
kepada kekuatan dan keupayaan otot yang ada pada badannya. (Ann Logsdon 2011).

Menurut ibu Joseph Chieng, pelajar ini mampu melakukan pelbagai tugasan
yang memerlukan tenaga yang kuat dan melibatkan pergerakan fizikal. Antara tugasan
yang mampu dilakukan di rumah adalah menyimpan dan melipat baju yang disidai,
menyapu dan mengemop lantai rumah, mengangkat baldi yang penuh air pencuci
lantai, menebas rumput dengan sabit dan menolong ayah atau abangnya mencuci
kereta dengan menggunakan spon. Menurut ibunya lagi, pelajar itu juga mampu
menyusun meja dan kerusi setiap kali perjumpaan cell gereja di rumahnya,
mengangkat pasu bunga di taman belakang rumahnya, mengambil tangga besi dan
menukarkan bub lampu yang rosak apabila diminta oleh ibunya. Berdasarkan kepada
contoh yang dikemukakan tadi, jelas menunjukkan bahawa pelajar ini mampu
melakukan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan keadaan ini memberi satu
kelebihan kepadanya apabila beliau ditempatkan di kedai kopi untuk bekerja.

Kemahiran Motor Halus


Kemahiran motor halus adalah sesuatu kemahiran yang melibatkan penggunaan otot
kecil yang terdapat pada badan bagi membantu seseorang melakukan pergerakan
fungsian seperti menulis, memegang objek yang kecil dan membutang baju kemeja.
Kemahiran motor halus bagi seseorang juga adalah bergantung kepada kekuatan,

Jong Yii Phin GP05447 Page 6


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

kawalan motor halus dan ketangkasannya dalam melakukan sesuatu. (Ann Logsdon
2012).

Hasil temu bual dengan ibu Joseph Chieng juga mendapati pelajar ini
mempunyai kemahiran motor halus yang terhad dan hanya mampu melakukan
sesetengah perkara sahaja. Sebagai contohnya beliau dapat membuat jahitan ringkas
namun begitu beliau boleh memasukkan benang ke dalam lubang jarum dengan agak
lama (mengambil masa sampai 20 minit) dan boleh membuat simpul mati benang
pada jarum. Beliau juga berupaya untuk menggunting corak yang ada pada kertas
namun beliau masih belum dapat menggunting dengan cantik. Namun begitu, beliau
masih dapat menguasai cara pegangan pensil dengan cara yang betul dengan
menggunakan qilamy. Dalam keadaan ini, sesetengah perkara harus diberi penekanan
yang lebih dalam membaiki segala kelemahan yang ada pada kemahiran motor
halusnya.

Kekuatan Pelajar
Menurut ibu Joseph Chieng, kekuatan bagi pelajar ini adalah beliau mampu
menghafal dan mengingati serta mencatatkan dengan menggunakan gambar ringkas
yang pelajar itu faham sahaja. Menurut ibunya lagi, beliau juga berkemampuan
membuat kiraan tambah dan tolak dengan menggunakan duit kertas dan duit syiling
dengan betul tanpa penggunaan kalkulator. Benda-benda yang diambil dari sudut di
rumahnya seperti contohnya cangkul yang diambil dapat dikembalikan pada tempat
yang betul. Dengan adanya kekutan sebegini, maka beliau boleh mengingat
kedudukan setiap pelanggan dan makanan serta minuman yang dipesan sekiranya
beliau ditempatkan bekerja di kedai kopi.

Kelemahan Pelajar
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini adalah tidak sempurna secara
keseluruhannya. Mereka turut mempunyai kelemahannya tersendiri di mana mereka
tidak dapat mengesannya secara sendiri. Bagi Joseph Chieng, kelemahan yang paling
utama adalah pengurusan emosi dan masalah dalam pertuturannya. Sebagaimana yang
dibincangkan tadi pelajar ini melakukan tugas mengikut moodnya. Jika moodnya

Jong Yii Phin GP05447 Page 7


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

bagus, pelajar ini akan melakukan tugas dari mula sampai akhir tanpa mengenal lelah,
jika moodnya tak baik, keadaan akan menjadi sebaliknya. Menurut ibunya, beliau
sekarang dilatih untuk berucap menggunakan perkataan yang mudah dan senang
difahami seperti "ok", "thank you" dan sebagainya sebagai suatu langkah baginya
untuk berhadapan dengan pelanggan yang datang ke kedai.

PERSEPSI ATAU PANDANGAN MAJIKAN, PEKERJA DAN


PELANGGAN KEDAI TERHADAP KEHADIRAN PELAJAR
BERKEPERLUAN KHAS DALAM PREMIS PERNIAGAAN.
Kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam sesebuah premis perniagaan akan
menimbulkan pelbagai pandangan mahupun persepsi dalam kalangan majikan dan
juga pekerja dalam premis bekerja. Sememangnya terdapat lebihan pandangan negatif
yang dilontarkan berbanding pandangan positif ke atas pelajar berkeperluan khas
oleh majikan atau rakan sekerjanya.

Dalam program yang dijalankan ke atas Joseph Chieng di kedai kopi, majikan
dan pekedai di situ sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar itu untuk sama-sama
bekerja dengan mereka. Melalui pemerhatian oleh penyelaras program, pemilik kedai
di situ sanggup membimbing serta mengajar pelajar itu untuk mengenal perkakasan
dapur apabila terdapat masa lapang. Selain itu juga, pemilik kedai juga kerap
mengajak beliau untuk bergaul atau bermain daun terup dengan pelanggan-pelanggan
yang datang. Keadaan ini amat membantu dalam membina dan mengembangkan
kemahiran pertuturan beliau.

Encik Lu Ting Hut, merupakan seorang penjual mee kolok di kedai berkenaan
memuji sikap Joseph Chieng yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Hal ini
dapat dilihat apabila kedai buka seawal pukul 6 pagi, pelajar itu sudah menyapu dan
mengemop lantai serta menyusun semua pekakasan dapur yang perlu digunakan nanti.
Pelajar itu turut mengelap meja makan sebelum dan selepas pelanggan datang dan
balik. Kenyataan ini diperolehi apabila penyelaras program menemu ramah
dengannya. Menurut Encik Lu Ting Hut lagi, dia akan turut serta dalam melatih dan
menilai tahap kefahaman dan keupayaan Joseph Chieng melalui modul pdpc yang
disediakan oleh penyelaras program.

Jong Yii Phin GP05447 Page 8


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Penjual minuman kedai iaitu Encik Lim Sai Kong berasa senang hati dengan
kehadiran pelajar itu dalam kedai ini. Menurutnya belajar untuk menghidang makanan
dan minuman kepada pelanggan amat penting kerana ia dapat membantu Joseph
Chieng untuk hidup berdikari pada masa hadapan, mengembangkan kemahirannya
dan tidak hanya tertumpu kepada minatnya semata-mata. Apabila ditanya mengenai
prestasi kerja pelajar itu Encik Lim Sai Kong bangga dengan usaha dan ketekunan
yang ditonjolkan pelajar itu.

Penyelaras program juga berpeluang menemu ramah dengan seorang


pelanggan yang datang minum di kedai ini iaitu Encik Leng Kung Kong. Menurutnya
kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kedai kopi ini adalah suatu langkah yang
memberikan peluang kepada pelajar berkeperluan khas untuk belajar berdikari dan
mempelajari sesuatu yang baru. Menurutnya lagi langkah penerimaan pelajar
berkeperluan khas ke dalam premis perniagaan ini menunjukkan sikap keterbukaan
yang diamalkan oleh seseorang majikan untuk menginklusifkan pelajar berkeperluan
khas dengan golongan yang normal.

Akhir sekali, apabila penyelaras program bertanya sendiri kepada pelajar


berkeperluan khas iaitu Joseph Chieng sendiri apakah perasaan dia sepanjang dia
bekerja di kedai. Pelajar ini jawab "Seronok gu". Apabila ditanya adakah kamu mahu
datang ke kedai untuk bekerja lagi beliau pun menjawab "Yes".

Berdasarkan kepada hasil temu ramah, boleh dirumuskan bahawa kehadiran


pelajar berkeperluan khas dalam premis perniagaan bukan semata-mata untuk bekerja
sahaja, malah sebagai suatu langkah dalam melatih dan mengembangkan kemahiran
yang ada padanya. Selain itu juga, sikap keterbukaan daripada pihak majikan adalah
penting dalam memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas ini untuk
mempelajari sesuatu dan membantu mereka untuk hidup berdikari.

BIODATA TEMPAT BEKERJA PELAJAR (MAJIKAN)

Jong Yii Phin GP05447 Page 9


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Kedai Kopi Cha Xiang, Jalan Bukit Lima Timur

Perkara Keterangan
Nama Kedai Kedai Kopi Cha Xiang

Bilangan Kedai 1

Tahun Penubuhan 2010

- Kedai Kopi
Aktiviti Utama - Eastern Food
-Western Food
Encik Bell Ling Long
Pemilik Kedai
- 5 orang pekedai

Bilangan Pekerja
NO. 8, JALAN BUKIT LIMA TIMUR, 96000 SIBU

Alamat Kedai
019-969 9669
No Telefon Kedai
6.00 pagi hingga 1.00 petang (Isnin-Sabtu)

Masa Operasi Kedai


MAKLUMAT PEKERJAAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Setiap pekerja yang diberikan penempatan bekerja akan mengandungi maklumat
berkenaan jawatan yang beliau pegang, tanggungjawabnya, masa beliau mula bekerja
dan pulang, jumlah jam bekerja dan upah yang diberikan oleh majikan. Dalam kes ini,
maklumat pekerjaan bagi Joseph Chieng telah diberikan oleh majikan dan maklumat
pekerjaannya disenaraikan seperti dalam jadual berikut:-
Perkara Keterangan
Nama Pekerja Joseph Chieng Jin Lung, 19 Tahun
dan Umur
Jawatan Pekedai
Jong Yii Phin GP05447 Page 10
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

- Membantu dalam urusan pembukaan kedai dan penutupan kedai.


- Mengemas dan mengemop lantai
- Mengelap meja sebelum pelanggan datang dan selepas pelanggan
makan
- Mendapat pesanan minuman dan menghidangkan makanan dan
Tanggungjawab minuman berdasarkan pesanan yang dibuat.
- Menyatakan jumlah bayaran makanan atau minuman dan
menyerahkan duit kepada Cashier untuk mencari baki serta
mengembalikan baki kepada pelanggan.
- Membantu pekedai lain apabila diperlukan.
- Menyusun pekakasan dapur dan makan di tempat yang telah
ditetapkan.
- Membersihkan kawasan kedai sebelum penutupan kedai.
- Menjaga kebersihan dan keselamatan diri semasa bekerja.
Isnin - Sabtu
6.00 pagi - 1.00 petang
(7 jam)
Masa bekerja Ahad: Cuti
dan tempoh
masa bekerja
(*)
Kadar Upah Sehari 7 jam. Sejam RM 3. Jumlah gaji sehari ialah RM20
Sebulan dibayar RM 500 termasuk potongan KWSP dan
PERKESO.

Tempat bekerja Kedai Kopi Cha Xiang


NO. 8, JALAN BUKIT LIMA TIMUR, 96000 SIBU

KEBENARAN IBU BAPA PELAJAR


Dalam menjalankan program transisi kerjaya ini satu lagi proses yang penting adalah
mendapatkan kebenaran daripada pihak ibu bapa pelajar. Dalam program ini, ibu bapa
bagi Joseph Chieng telah bersetuju untuknya menjalani latihan transisi kerjaya ini di
kedai kopi. Surat kebenaran untuk menjalani latihan program transisi kerjaya ini akan
dilampirkan pada lampiran 1 sebagai bukti kelulusan daripada pihak ibu bapa.

PENGANGKUTAN PELAJAR

Jong Yii Phin GP05447 Page 11


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Pengangkutan adalah penting dalam memudahkan pelajar berkeperluan khas ini untuk
ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja. Dalam konteks ini, pengangkutan bagi
Joseph Chieng untuk bekerja dan pulang kerja adalah dengan penghantaran daripada
pemandu peribadi keluarganya.

PROSES PENILAIAN PELAJAR


Program atau aktiviti yang dijalankan akan dinilai dari pra dan post bagi melihat
keberkesanan program yang dijalankan itu. Tujuan Penilaian adalah untuk
memperbaiki kelemahan dan membuat penambaikkan sekiranya perlu. Proses
penilaian juga merupakan proses yang penting dalam mengukur kekuatan dan
kelemahan yang mungkin timbul hasil daripada program ini. Dalam program transisi
kerjaya ini, pelajar berkeperluan khas yang terpilih akan menjalani proses penilaian
dengan menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Bagi Joseph Chieng
pula, beliau tetap akan dinilai melalui RPI, dan borang penilaian prestasi kerja dimana
kerja penilaian akan dijalankan oleh pihak majikan kerana pelajar itu bekerja di
premis berkenaan.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan suatu dokumen perjanjian bertulis
di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak dan cara
bagaimana keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah
kontrak tentang perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut
(Hallahan dan Kauffman 1995). RPI juga merupakan suatu program pengajaran
berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka khas untuk memenuhi keperluan
pelajar berkeperluan khas. (William 1995). Justeru, boleh dirumuskan bahawa RPI
berfungsi sebagai satu alat instrumen dalam menentukan kerjasama
dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan
dengan pegawai pendidikan daerah, agensi atau khidmat sokongan
lain sekiranya perlu.

Di Amerika Syarikat, program transisi seharusnya dinyatakan


dalam RPI bagi setiap orang pelajar bekeperluan khas. Akta IDEA
telah mewajibkan pasukan perancang RPI mengambil berat tentang

Jong Yii Phin GP05447 Page 12


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

keperluan perkhidmatan transisi bagi pelajar berkeperluan khas


dengan mengenal pasti kursus yang harus dipelajari oleh seseorang
pelajar berkenaan apabila beliau mencapai umur 14 tahun.
(Etscheidt 2006).

Dalam program transisi kerjaya ini, fokus yang diberi utama


dalam penulisan RPI adalah bakat dan minat yang ada pada
seseorang pelajar berkeperluan khas. Bagi Joseph Chieng, RPI yang
dirancangkan hanya melibatkan satu perkara iaitu mengenal
perkakasan dapur. Contoh RPI yang telah direka khas boleh dirujuk
pada lampiran 3.

Borang Penilaian Prestasi Kerja Pelajar Berkeperluan Khas (Special Needs


Student's Working Performance Assessment Form)

Borang ini merupakan suatu kaedah penilaian yang direka khas oleh penyelaras
program dalam membantu majikan menilai prestasi kerja pelajar berkeperluan khas
secara keseluruhan mengikut hari, minggu atau bulan. Segala komen atau cadangan
yang boleh digunakan dalam meningkatkan prestasi kerja seseorang pelajar
berkeperluan khas adalah direkodkan dalam borang ini dan majikan juga boleh
memotong bahagian yang tidak berkenaan pada bahagian prestasi kerja pelajar
berkeperluan khas seperti Memuaskan atau Tidak Memuaskan.

Dalam program transisi kerjaya yang dijalankan ini, penyelaras program telah
mengedarkan sebanyak 5 borang kepada majikan Joseph Chieng dimana setiap borang
mempunyai tarikh yang berbeza dan jumlah hari yang dinilai. Melalui penggunaan
borang ini juga majikan hanya perlu menilai prestasi kerja Joseph Chieng sebulan
sekali sahaja iaitu pada minggu pertama setiap bulan. Hal ini adalah kerana Joseph
Chieng dapat bekerja secara sepenuh masa dari hari Isnin-Sabtu. Contoh penilaian
yang telah dijalankan ke atas Joseph Chieng melalui penggunaan borang ini dapat
dilihat dengan jelas lagi pada lampiran 8.

KESIMPULAN

Jong Yii Phin GP05447 Page 13


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Dalam usaha membangunkan program transisi kerjaya yang bersepadu dengan bakat
dan minat pelajar berkeperluan khas, guru Pendidikan Khas dan pekerja sosial yang
berpengalaman dalam bidang transisi ini haruslah berusaha dengan lebih gigih dan
menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin berlaku dalam menyediakan pelajar
berkeperluan khas ini ke arah kerjayanya sendiri. (Brooke, Revell, dan Wehman
2009).

Kebanyakan sekolah Pendidikan Khas di Malaysia mempunyai program


transisinya tersendiri namun usaha ini tidak dijadikan sebagai perancangan pusat iaitu
dijadikan sebagai rancangan yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Keadaan ini adalah berbeza dengan Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat,
akta IDEA yang dipegang oleh mereka adalah teguh dan mereka harus melakukan
program transisi kerjaya khasnya kepada pelajar berkeperluan khas yang telah mula
memasuki umur 14 tahun iaitu usia mereka mula melangkah ke arah kerjaya mereka
tersendiri. (Shogren dan Plotner 2012)

Dalam program transisi yang dijalankan ke atas Joseph Chieng, beliau


mempunyai kebolehan bekerja yang unik berbanding dengan pekerja normal yang
lain. Beliau dapat melakukan semua tugasan yang diberi mengikut tatacara yang betul
dengan dipantau oleh pekedai yang lain atau diberi latihan semula oleh majikan.
Dengan adanya latihan yang diberikan kepada beliau, nescaya Joseph Chieng dapat
menjadi seorang pekerja yang serba boleh dalam menjalankan kewajipannya sebagai
seorang pekedai di kedai kopi. Keadaan ini yang diharapkan oleh penyelaras program
sendiri khususnya pihak swasta dalam mengambil pekerja OKU dalam bekerja di
premis mereka.

SENARAI RUJUKAN

Bender, W., Hallahan, D.P., & Kauffman, J.M. 1995. Di Belakang Tabir Pemulihan
dalam Komuniti. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
http://pekerjapdk.blogspot.com/2010/06/rancangan-pendidikan-individu-
rpi.html [7 Oktober 2012].

Brooke, V.A., Revell, G. & Wehman, P. 2009. Quality Indicators for Competitive
Employment Outcomes. What Special Education Teachers Need to Know in
Transition Planning. Teaching Exceptional Children 41 (4): 58-66.

Jong Yii Phin GP05447 Page 14


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Etscheidt, S. 2006. Issues in Transition Planning: Legal Decisions.


Career Development for Exceptional Individual 29 (1) : 28-47.

Hartwig, R. & Sitlington, P.L. 2008. Employer Perspectives on High School


Diploma Options for Adolescents With Disabilities. Journal of
Disability Policy Studies 19 (1) : 5-14.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan strategik Interim Kementerian


Pelajaran Malaysia 2011-2020: 76-79.

Leconte, P.J. 2006. The Evolution of Career, Vocational, and Transition Assessment:
Implications for the Summary of Performance. Career Development for
Exceptional Individual 29 (2) : 114-124.

Logsdon, A. 2012. Learn about Gross Motor Skills Development


http://learningdisabilities.about.com/od/gi/p/grossmotorskill.htm
[11 November 2012].

Logsdon, A. 2012. Learn about Fine Motor Skills and How to Improve Them
http://learningdisabilities.about.com/od/df/p/finemotorskills.htm
[11 November 2012].

Malaysia. 2008. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685).


http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf [ 11 November
2012].

Shogren, K.A., & Plotner, A.J. 2012. Transition Planning for Students With
Intellectual Disability, Autism, or Other Disabilities: Data from the National
Longitudinal Transition Study-2. Intellectual and Developmental Disabilities
50 (1): 16-30.

Jong Yii Phin GP05447 Page 15


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Jong Yii Phin GP05447 Page 16


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

LAMPIRAN 1: SURAT MAKLUMAN DAN SURAT KEBENARAN WARIS.

Joseph Chieng Jin Lung,


4B, Lorong Jerwit Barat 1B,
96000 Sibu
Sarawak.
___________________________________________________________________________

Tuan/Puan, 01hb September 2017

Program Latihan Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas.

Jong Yii Phin GP05447 Page 17


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Izinkan saya merujuk perkara diatas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya yang bernama JONG YII PHIN yang juga
merupakan pelajar Sarjana Eksekutif Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ingin memaklumkan tuan/puan untuk melibatkan anak/jagaan tuan
puan terlibat dalam Program Latihan Transisi Kerjaya dalam usaha memberikan
latihan transisi kerjaya kepadanya dan mengembangkan kemahiran yang ada padanya
agar beliau dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini akan dilaksanakan pada suatu tempoh
yang agak panjang kerana latihan ini adalah melibatkan proses pembinaan kemahiran
dan pemupukan bakat pelajar berkeperluan khas. Jangka masa latihan dan tempat
latihan adalah seperti berikut:-

Jangka Masa: Bermula dari 18 September 2017 hingga 18 November 2017

Tempat: Kedai Kopi Cha Xiang


No. 8, Jalan Bukit Lima Timur
96000 Sibu

4. Bersama-sama ini juga dilampirkan surat kebenaran waris / penjaga untuk tindakan
tuan/puan. Kesudian tuan/puan memberikan peluang kepada anak / jagaan tuan /
puan melibatkan diri dalam program latihan transisi kerjaya ini adalah amat saya
hargai. Dharap tuan /puan dapat mengembalikan surat kebenaran waris / penjaga
dalam masa terdekat agar program latihan dapat dilaksanakan pada jangka masa yang
ditetapkan.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA


Jong Yii Phin GP05447 Page 18
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Yang benar,

________________

(JONG YII PHIN)

Pelajar Sarjana Pendidikan Eksekutif (Pendidikan Khas), Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM) merangkap Penyelaras Program Latihan Transisi Kerjaya Pelajar
Berkeperluan Khas.

SURAT KEBENARAN WARIS / PENJAGA

Saya Chong Shu Chyong waris kepada Joseph Chieng Jin Lung membenarkan
anak / tanggungan saya menyertai Program Latihan Transisi Kerjaya Pelajar
Berkeperluan Khas di Kedai Kopi Cha Xiang, Sibu pada jangka masa yang telah
disebut pada surat makluman yang diterima oleh saya.

Berikut merupakan butiran peribadi saya sebagai waris atau penjaga:-

Nama Waris / Penjaga: Chong Shu Chyong

No Telefon Waris / Penjaga: 014-8868288

No Kad Pengenalan Waris: 650325-13-5217

Jong Yii Phin GP05447 Page 19


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

No Kad Pengenalan Pelajar: 980216-13-6091

Alamat: 4B, Lorong Jerwit Barat 1B, Sibu, Sarawak.

Sekiranya kesihatan anak / jagaan saya terganggu semasa program, maka saya dengan
sepenuh hati membenarkan guru / pihak pengurusan program menguruskan bagi pihak
saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Yang benar,

____________________________

( Chong Shu Chyong ) Tarikh: 07/09/2017

Jong Yii Phin GP05447 Page 20


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Jong Yii Phin GP05447 Page 21


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Kedai Kopi Cha Xiang


No. 8, Jalan Bukit Lima Timur
96000 Sibu
TEL: 019-969 9669

Tarikh: 21 SEPTEMBER 2017

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

Per : PENGESAHAN PENEMPATAN PEKERJA

JOSEPH CHIENG JIN LUNG

Adalah disahkan bahawa pekerja di atas, Joseph Chieng Jin Lung, No kad pengenalan :
980216-13-6091 adalah pekerja di Kedai Kopi kami dan telah bertugas sejak dari 18
September 2017 sebagai pekedai dengan purata pendapatan sebanyak RM 500.00.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

BELL LING LONG

Jong Yii Phin GP05447 Page 22


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Jong Yii Phin GP05447 Page 23


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Nama Murid : Joseph Chieng Jin Lung


Tarikh Lahir : 16/2/1998
Objektif : Mengenal Peralatan Dapur
Tarikh mula : 18 September 2017
Tarikh akhir : 18 November 2017
Tarikh Semakan : 1. 30 September 2017
2. 31 Oktober 2017
3. 18 November 2017

Pengetahuan Sedia ada : Pelajar ini boleh mengetahui tempat


letaknya peralatan dapur dalam kedai kopi.

Matlamat : Pada akhir latihan transisi, pelajar ini boleh


mengenal, menyatakan dan menulis nama
setiap peralatan dapur yang ada dalam modul-
modul ringkasan pdpc.

Strategi pdpc : menonton video, demonstrasi,


padankan gambar

Penilaian : 1. Pelajar ini hanya boleh mengenal 12 /15


peralatan dapur dengan bimbingan.

2. Pelajar ini sudah boleh mengenal 15/15


peralatan dapur tanpa bimbingan.

Jong Yii Phin GP05447 Page 24


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Lampiran 4

Borang Penilaian Prestasi Kerja Pelajar Berkeperluan Khas


(Special Needs Student's Working Performance Assessment Form)

Diisi oleh majikan sahaja (Only be filled by Employer)

Perkara Catatan (Discriptions)

Tarikh dan Jumlah Bilangan hari 18hb September 2017 (Hari Pertama)
dinilai
-

18hb November 2017 (Hari Terakhir)

Jumlah : 60 Hari

Nama & Umur Joseph Chieng Jin Lung (19 Tahun)

Jawatan (Position) Pekedai

Tempat dan Alamat Bekerja Kedai Kopi Cha Xiang

No.8 Jalan Bukit Lima Timur

96000 Sibu Sarawak

Nama Majikan Encik Bell Ling Long

Prestasi Kerja Bulan ini Memuaskan /

Tidak Memuaskan

Komen

Jong Yii Phin GP05447 Page 25


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Upah yang diberikan bulan ini

Tandatangan atau Cop Syarikat Majikan (Employer's Company Chop and


Signature)

________________________________

Jong Yii Phin GP05447 Page 26


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

NOTA RINGKAS MENGENAI PERALATAN DAPUR

Jong Yii Phin GP05447 Page 27


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Chopsticks

sudu

garfu

cawan air panas

kain lap meja

kerusi plastik

Jong Yii Phin GP05447 Page 28

meja
piring
bulat
mangkuk
pinggan
kecil
lipat
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

papan pemotong

Jong Yii Phin GP05447 Page 29

periuk
apron
dapur
ketuhar
nasi
gas
ketuhar
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

PENILAIAN 1: Mengenal Peralatan Dapur


Padankan peralatan dapur berikut dengan namanya yang sesuai

kain lap meja

Jong Yii Phin GP05447 Page 30


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Chopsticks

cawan air panas

garfu

sudu

mangkuk

Jong Yii Phin GP05447 Page 31


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

pinggan

kerusi plastik

meja bulat lipat

piring kecil

apron

Jong Yii Phin GP05447


ketuhar Page 32
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

dapur gas

papan pemotong

periuk nasi

Penilaian 2: Menamakan Peralatan Dapur


Menulis perkataan-perkataan berikut untuk dijadikan nama bagi peralatan-peralatan
dapur berikut:-

Jong Yii Phin GP05447 Page 33


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Jong Yii Phin GP05447 Page 34


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Penilaian Kendiri: Mengenal Peralatan Dapur


Penilaian ini dijalankan oleh majikan, dinyatakan lima belas jenis peralatan dapur
yang kerap digunakan dalam kedai. Majikan perlu menyebut setiap satu jenis
peralatan berikut dan meminta peserta (Pelajar) menunjukkan dengan jari, sekiranya
dia dapat tunjuk dengan betul, tandakan betul pada kolumn ditepi dan pangkah
sekiranya beliau gagal tunjuk peralatan yang disebutkan tadi.

Nama Peralatan Dapur Berjaya (/) Gagal (x)

chopsticks
garfu
sudu
cawan air panas
kain lap meja
kerusi plastik
Jong Yii Phin GP05447 Page 35
Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

meja bulat lipat


pinggan
mangkuk
piring kecil
papan pemotong
apron
ketuhar
periuk nasi
dapur gas

Keputusan dan komen: ________________________________________________

Nama dan tandatangan penilai: _________________________________________

Jong Yii Phin GP05447 Page 36


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Joseph meletakkan chopsticks dan sudu ke dalam cawan yang penuh dengan
air panas untuk basmikan kuman sebelum meletakkan di atas meja pelanggan.

Jong Yii Phin GP05447 Page 37


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Joseph menghidangkan kopi kepada pelanggan. Dia menyatakan berapa


bayaran. Pelanggan bayar dan dia bagi balik baki kepada pelanggan.

Joseph mengemaskan meja selepas pelanggan makan dan mengelapkan meja


dengan kain meja yang basah.

Jong Yii Phin GP05447 Page 38


Program Transisi Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas

Joseph membantu pemilik kedai membancuh air dan meletakkan ais yang
secukupnya ke dalam minuman.

Jong Yii Phin GP05447 Page 39

You might also like