You are on page 1of 5

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS PENTAKSIRAN AKHIR


FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
SEMESTER 2 SESSION 2021/2022

KOD / CODE : KBL60204 KURSUS : PERKEMBANGAN DALAM PENDIDIKAN


BERMASALAH PENGLIHATAN

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada


pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on
the predetermined final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit the answer scripts/assignments/projects to lecturers within
the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: SARJANA PENDIDIKAN( PENDIDIKAN KHAS)

2021 KUMP B
TAHUN / YEAR: KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP:

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO: M2021 1 0 0 2 0 4 6

NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO:840819-01-5094

PENSYARAH / LECTURER: DR KWAY ENG HOCK

SULIT / CONFIDENTAL
KBL6024 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERMASALAH PENGLIHATAN
2
Soalan:2
Penggunaan analisis tugasan (task analysis) amat penting dalam pengajaran sesuatu kemahiran baharu
kepada murid-murid bermasalah penglihatan.

Bincangkan analisis tugasan bagi mengajar 1 (satu) kemahiran kepada murid bermasalah penglihatan
(buta langsung).
[20 markah]

Jawapan:
Teknik analisis tugasan merupakan satu teknik pengajaran yang terancang dan tersusun untuk mengajar
sesuatu kemahiran baharu kepada murid ketidakupayaan penglihatan.Teknik analisis tugasan ini juga
merupakan teknik pengajaran kemahiran besar yang akan dipecahkan kepada beberapa komponen
kemahiran kecil bagi memudahkan murid ketidakupayaan penglihatan memahami dan menguasai
kemahiran tersebut. Menerusi teknik ini, guru perlu mengenalpasti satu kemahiran yang menjadi
kemahiran fokus dan membentuk beberapa kemahiran kecil secara spesifik untuk membolehkan murid
ketidakupayaan penglihatan menguasai kemahiran fokus yang telah ditetapkan. Teknik analisis tugasan
diaplikasikan kepada murid ketidakupayaan penglihatan disebabkan pengajaran dilaksanakan secara
penerangan yang lebih spesifik dan langkah pengajaran secara berperingkat dan terperinci
(Grundinschi, Norland, Lee, & Lim, 2020). Dalam melaksanakan analisis tugasan, guru perlu
menggunakan ayat yang ringkas semasa memberi penerangan bagi memudahkan murid ketidakupayaan
penglihatan memahami dan menguasai sesuatu kemahiran.
Dengan mengaplikasikan analisis tugasan ini juga, ianya secara tidak langsung dapat membantu
pemahaman dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid ketidakupayaan penglihatan secara
beransur-
ansur. Tujuannya ialah untuk menstruktur sesuatu aktiviti perlakuan itu dari mula hingga akhir, dan
akhirnya murid dapat melakukannya satu persatu hinggalah menguasainya.Menurut Dr Lee Lay Wah
(2009), proses dalam melaksanakan analisis tugasan adalah dengan menyatakan dengan jelas tugasan
pembelajaran atau isi kandungan. Kemudian, pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah – langkah
kecil yang diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran. Seterusnya letakkan langkah – langkah
tersebut mengikut urutan pengajaran secara logikal dan membuat pengujian secara tidak formal untuk
melihat langkah – langkah yang sudah dikuasai oleh murid.
Kemahiran menggosok gigi adalah salah satu analisis tugasan bagi murid ketidakupayaan
penglihatan dan sesuai dilaksanakan terhadap murid ketidakupayaan penglihatan yang berada di Tahun 1
menerusi subjek Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan (Kaimal) iaitu Standard Kandungan
ialah 3.1 menjaga kebersihan diri dengan cara yang betul. Manakala Standard Pembelajaran pula ialah 3.1.2
iaitu menunjuk cara menggosok gigi dengan betul.Analisis tugasan kemahiran menggosok gigi ini
menggunakan dua Teknik iaitu Teknik ‘ Hand Over Hand’ dan ‘Teknik Hand Under Hand’ .Tujuan teknik
ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan daya keyakinan diri murid supaya murid dapat belajar
berdikari dan memudahkan aktiviti harian murid. Di samping itu juga,teknik ini dapat meningkatkan
kemahiran motor kasar, motor halus dan meningkatkan fungsi koordinasi dan kognitif murid ketika
menggosok gigi.Murid juga dapat belajar untuk fokus dan memikir cara untuk melaksanakan kemahiran
tersebut.
Murid ketidakupayaan penglihatan mampu menjalani kehidupan seperti orang normal biasa sekiranya
mereka telah dilatih untuk hidup berdikari sejak peringkat awal lagi. Latihan yang diberikan akan dapat
membina keyakinan diri untu melatih mereka untuk mencuba sesuatu perkara baharu tanpa menjadikan
ketidakupayaan diri mereka sebagai satu halangan atau alasan. Oleh itu, mereka memerlukan adaptasi serta
modifikasi yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Dalam hal ini, guru hendaklah bersikap
kreatif dalam melakukan beberapa adaptasi yang bersesuaian dengan keadaan murid tersebut di samping
membuka peluang kepada murid ketidakupayaan penglihatan untuk menjalani kehidupan seharian secara
berdikari dengan lebih baik. Adaptasi yang dilakukan adalah ringkas dan tidak mengelirukan individu
penglihatan. Dalam melaksanakan analisis tugasan menggosok gigi ini , adaptasi yang dilakukan ialah
mempraktikkan aktiviti menggosok gigi secara praktikal supaya murid ketidakupayaan penglihatan dapat
mempraktikkan kemahiran menggosok gigi sebagai satu kemahiran hidup harian secara sistematik dan
tekal .Dalam Langkah Orientasi terdapat 7 langkah yang perlu dipraktikkan. Guru menggunakan Teknik
‘hand under hand’ untuk merangsang minat murid dalam menerokai kesemua alat dan bahan serta
membantu pergerakan tangan bagi setiap alat terutama apabila membuka pili air. Teknik ‘ hand over hand’
pula digunakan apabila untuk mengeluarkan berus gigi dari cawan yang berada pada jam 9 dan gerakkan
tangan supaya murid letak diatas singki yang bersebelahan dengan cawan.Teknik ‘hand over hand’ juga
diaplikasikan untuk gerakan tangan murid memegang cawan sambal guru memberi arahan dan
bimbingan.Di samping itu juga, Teknik ini turut diaplikasikan apabila guru membimbing murid untuk
mencapai ubat gigi , ketika menggosok gigi, di mana murid murid pegang berus gigi yang basah dan
mulakan proses gosok gigi di bawah bimbingan guru.Guru membimbing murid menggosok gigi bahagian
atas , bawah, kanan dan kiri gigi sebanyak 5 kali sehingga murid mahir memberus sendiri.
Di samping itu juga, guru hendaklah mempastikan murid berada pada posisi di mana murid selesa
untuk memberus gigi. Guru juga hendaklah membimbing dan memberi makluman kepada murid supaya
menggunakan ubat gigi berfluorida mengikut saiz sebesar kacang pea sekiranya murid tersebut boleh
berkumur tetapi bagi murid yang tidak berupaya untuk berkumur, gunakan ubat gigi yang tidak berfluorida
ataupun hanya dengan air sahaja.Berus gigi yang dipilih pula hendaklah menggunakan berusan yang pendek
dan hendaklah diberus dengan lembut. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada murid supaya memberus
juga lidah selepas memberus gigi.Dengan latihan kemahiran secara berterusan, murid ketidakupayaan
penglihatan dapat memahami arahan guru dengan baik dan sekaligus dapat mempraktikkan kemahiran
menggosok gigi sebagai rutin penting dalam pengurusan diri mereka dalam kehidupan seharian. Kualiti
kehidupan murid ketidakupayaan penglihatan dapat ditingkatkan kerana mampu berdikari dan mempunyai
daya keyakinan yang tinggi
Soalan 3: Teknik hands-over-hands adalah salah satu kaedah yang digunakan semasa mengajar
murid-murid bermasalah penglihatan.
Terangkan teknik hands-over-hands serta berikan TIGA (3) contoh aktiviti yang menggunakan teknik ini.

[20 markah]

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, mereka akan menggunakan tangan mereka untuk
mendapatkan maklumat yang biasanya diperoleh secara pandangan mata. Perkara ini mungkin agak sukar
bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan secara total di mana mereka bergantung sepenuhnya
pada deria sentuhan. Salah satu teknik yang boleh guru gunakan untuk mengajar murid ini melakukan apa-
apa aktiviti yang sukar mereka lakukan adalah teknik “hand over hand”.
Teknik “hand over hand” ini adalah melakukan aktiviti melibatkan pergerakan tangan di mana
tangan guru berada diatas tangan murid, dengan itu tangan guru dan murid akan bergerak pada haluan yang
sama dan serentak. Jika murid masih kecil, murid tersebut boleh duduk di atas ribaan guru. Jika murid
dewasa, guru boleh duduk di belakang atau di sisi murid.Sebelum guru menunjukkan langkah-langkah
sesuatu aktiviti, sebaiknya guru mencuba terlebih dahulu setiap langkah dengan mata yang tertutup. Berikan
fokus pada setiap langkah, letakkan diri guru di tempat murid yang mengalami masalah ketidakupayaan
penglihatan. Murid-murid ini biasanya memerlukan masa untuk berjaya mengikuti langkah-langkah dengan
baik. Guru perlu bersabar dan terus menunjukkan langkah yang betul perlahan-lahan.Apabila guru
menggunakan teknik “hand over hand” untuk membantu murid melakukan aktiviti, tangan guru perlu
diletakkan diatas tangan murid. Tangan murid yang akan membuat sentuhan dan tangan guru hanya
membantu atau memandu arah tangan murid melakukan aktiviti tersebut. Jika murid sudah berjaya
mengikuti langkah yang ditunjukkan sedikit demi sedikit guru boleh mengurangkan bantuan dengan
melepaskan tangan atau meletakkan tangan guru di pergelangan tangan atau lengan murid supaya guru
masih lagi membantu murid jika mereka memerlukan bantuan.
Contoh aktiviti yang menggunakan teknik ini ialah aktiviti menggosok gigi, aktiviti makan menggunakan
sudu dan aktiviti membutang pakaian. Bagi aktiviti menggosok gigi contohnya,guru perlu menggunakan
teknik “hand over hand” dengan cara meletakkan tangan guru di atas tangan murid tersebut dan membentuk
tangan murid menjadi satu gengaman untuk memegang berus gigi. Kemudiannya membantu murid
menggerakkan tangan murid ke atas dan kebawah serta ke kanan dan ke kiri.Bagi aktiviti makan
menggunakan sudu dan membutang pakaian pula, guru perlu memulakan langkah memperkenalkan objek
dan kemahiran yang akan dipelajari.Ayat yang digunakan oleh guru hendaklah mampu memberi gambaran
jelas kepada murid tentang objek dan kemahiran yang akan dipelajari. Dengan ini, murid akan lebih tertarik
dan teruja untuk meneroka.Teknik ini juga dapat mewujudkan keyakinan dalam diri murid dan merasakan
bahawa guru akan sentiasa mengawal aktiviti tersebut dari sebarang bahaya.Setelah diperkenalkan terhadap
peralatan tidak merbahaya yang tidak biasa digunakan oleh murid, guru boleh memberikan demonstrasi
tentang penggunaan alat tersebut dengan betul seperti menggunakan sudu penyukat, memasukkan butang ke
dalam lubang butang dan meletakkan gunting untuk menggunting garisan.
Justeru, guru perlulah kreatif dan inovatif mengikut keperluan murid di samping memaksimumkan
potensi murid ketidakupayaan penglihatan kerana teknik ini adalah salah satu teknik penting dalam aktiviti
analisis tugasan yang dapat membina daya keyakinan murid ketidakupayaan penglihatan untuk berdikari
dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan .

You might also like