You are on page 1of 8

AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

AKTIVITI 2

TAJUK Pelihara Jiwa, Hargai Nyawa

HP PKJR 1.1.3

LATIHAN A

ASAL ARAHAN

Baca petikan berita di bawah dan senaraikan faktor kemalangan jalan raya.

BAHAN

1
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

PERUBAHAN ARAHAN

Baca sambil berisyarat petikan berita di bawah dengan kod isyarat yang betul.

BAHAN

2
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

1. Gambar di mana penunggang motor lelaki muda dan


pembonceng juga lelaki muda di jalan raya maut sedang
berlumuran darah berlanggar dengan kereta.

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Remaja antara golongan paling berisiko terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana
kurang kemahiran dari segi teori dan praktikal dalam mengendalikan motosikal.Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) Dato’ Dr. Tam Weng Wah berkata,menurut kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS), 60 peratus kes kematian yang dicatatkan setiap tahun melibatkan golongan muda atau yang gemar
bermotosikal. “Kebanyakan penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan remaja didapati kurang mahir dalam
mengendalikan motosikal kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Mereka juga
tidak pernah menjalani latihan pemanduan atau penunggangan dengan
betul bawah penyeliaan pengajar di institut latihan memandu,” katanya dalam ucapan Kempen Advokasi Keselamatan
Jalan Raya di Kolej Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini hari ini.
Beliau juga berkata selain faktor manusia dan sikap, punca utama kematian adalah disebabkan kecederaan serius di
bahagian kepala. “Topi keledar yang dipakai mesti mempunyai piawaian Malaysia dan mesti dikancing dengan
sempurna” tambahnya lagi.
Beliau meminta ibu bapa lebih bertanggungjawab dan sentiasa menasihati anak-anak serta golongan muda agar tidak
mengabaikan pemakaian topi keledar walaupun untuk jarak perjalanan yang dekat. Sementara itu, Pengetua Kolej Tunku
Abdul Rahman, Datuk Dr. Tan Chik Heok berkata menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, setiap hari lebih daripada
1,000 orang muda bawah umur 25 tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya

3
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2
adalah antara punca utama kematian di seluruh dunia yang melibatkan mereka yang berusia 15 hingga 19 tahun.
Pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya amat penting disebarkan kepada golongan muda supaya mereka
berhati-hati di jalan raya.
(Sumber diubah suai daripada BERNAMA)

LATIHAN B

ASAL ARAHAN

Berdasarkan petikan berita, hasilkan peta minda tentang faktor yang menyebabkan remaja
terlibat dalam risiko kemalangan jalan raya.
BAHAN

4
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

PERUBAHAN ARAHAN

Berdasarkan petikan berita, lukiskan peta minda, tentang faktor yang menyebabkan
remaja terlibat dalam risiko kemalangan jalan raya .
BAHAN

5
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

Kekalkan.

6
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

7
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

You might also like