You are on page 1of 9

PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA

PPKI SMK BAGAN TERAP


DENGAN KERJASAMA
BATATECH TRADING
DAN
DHOW BERETEC SDN BHD

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SMK BAGAN TERAP
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR

DOKUMENTASI
TAHUN 2017
KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR

1.0 PENGENALAN

Pendidikan khas merupakan salah satu saluran penting untuk membantu golongan
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) menghadapi
cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan (Nasri, Hamzah
& Udin, 2010). Untuk mencapai matlamat menyediakan Murid Berkeperluan Khas ke
arah kerjaya, mereka yang berada di Program Pendidikan khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran (PPKI) sekolah memerlukan program transisi secara berterusan untuk
menyediakan mereka ke arah berdikari. Program transisi perlu terdiri daripada
gabungan aktiviti seperti aktiviti pengenalan kepada keperluan murid secara
individu, pengenalpastian pilihan dan minat murid, kemahiran menerima dan
melaksanakan arahan, pengalaman komuniti dan perkembangan perkerjaan untuk
membantu mereka mencapai objektif tersebut (Williams-Diehm & Lynch, 2007).
Program transisi sekolah ke kerjaya bagi murid BPKMP dibentuk berasaskan dengan
latihan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional dan dirancang dengan
lebih spesifik kerana mengambil kira keupayaan dan kebolehan individu
berkeperluan khas (Hamdan, 2003). Terdapat lima perkara yang menjadi kunci
kejayaan dan amalan transisi ke arah kerjaya murid berkeperluan khas (MBK) iaitu
sekolah, kesediaan pengalaman kerja, perkembangan kedewasaan dan kepimpinan,
penglibatan ibu bapa dan aktiviti berkaitan (Blackmon, 2007). Kajian Tang(2004)
menunjukkan MBK boleh memperolehi kemahiranpra vokasional melalui program
transisi.1

2.0 RASIONAL

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran


daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap bagi menjalankan
Program Transisi Ke Kerjaya. Program transisi ke kerjaya mempunyai matlamat yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, iaitu
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan

1 Proceedingof the 3 rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN


978-967-0792-01-1), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif

3.0 OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA


a. Menyediakan satu program sebagai usaha yang berterusan untuk
b. Memenuhi syarat sebagai sebahagian daripada subjek Kemahiran Hidup
bagi menyediakan MBK dengan alam pekerjaan.
c. Memperkembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas dalam
bidang kemahiran kerjaya.
d. Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada murid
e. Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi dalam diri
murid berkeperluan khas.
f. Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan ke arah
mendapatkan pekerjaan.
g. Mengurus kewangan secara berkhemah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid PPKI dari Kelas MPV Pertukangan yang berumur 18 tahun ke atas.
a. Mohd Syamil bin Ismail
b. Muhammad Tamami bin Aman
c. Muhammad Fakhrul Azam bin Mohd Yusof

5.0 CADANGAN AKTIVITI PROGRAM TRANSISI KERJAYA


a. Memilih murid yang berminat
b. Penerangan program kepada yang berminat
c. Menandatangani kebenaran penjaga
d. Penempatan pelajar di kilang Batatech
e. Latihan kemahiran di kilang membuat batu-bata interlocking dari pre-
production sehinggalah post-production.
i. Peraturan dan Keselamatan ditempat kerja
ii. Kemahiran menyediakan bahan - Crusher Department
iii. Kemahiran membancuh bahan - Mixer Department
iv. Kemahiran mencetak, menyusun, mengering batu-bata,
f. Program lanjutan bersama Dhow Beretec Sdn Bhd

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN


a. Pembentangan Kertas Kerja
b. Pembentukan Jawatan kuasa kerja
c. Permohonan Kebenaran Pengetua
d. Pengagihan tugas
e. Tindakan
f. Pelaksanaan
g. Penilaian dan penambah baikan program

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Peserta program dibayar elaun oleh pihak syarikat sebanyak RM1,000.00
sebulan oleh pihak syarikat sepanjang program.Peserta akan dilatih mengurus
wang pendapatan tersebut supaya cukup dibelanjakan selama sebulan.
Insuran/SOCSO akan dibayar oleh pihak syarikat.Manakala KWSP tidak dipotong
kerana peserta masih lagi didalam latihan Transisi ke Kerjaya.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung : Tuan Haji Suhaimi bin Sabran (Pengetua)
Penasihat : Puan Azliza binti Awang
( Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Guru Pembimbing : En Fadzli bin Panut @ Sepa’at
: Pn Zarina binti Salim

9.0 PENUTUP

Program Transisi ke Kerjaya Murid Pendidikan Khas ini amat diperlukan untuk
memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid PPKI mencungkil dan
mengasah minat mereka dalam bidang kerjaya. Dengan latihan kemahiran pekerjaan
yang disediakan, kami berharap murid-murid PPKI akan meningkatkan pengetahuan
demi kemajuan kerjaya mereka dan akan memperoleh kerjaya apabila tamat
persekolahan nanti.

Disediakan oleh Disokong oleh :

Diluluskan oleh :
LAPORAN PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA PPKI SMKBT 2017

TOPIK BUTIRAN AKTIVITI

PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA PPKI SMK BAGAN TERAP


DENGAN KERJASAMA BATATECH TRADING DAN DHOW BERETEC
NAMA PROGRAM
SDN BHD

Peluang mengikuti program kemahiran ke kerjaya bagi MBK yang tidak


MATLAMAT berpeluang ke Kolej Vokasional tetapi mempunyai potensi untuk berdikari

a. Menyediakan satu program sebagai usaha yang berterusan


untuk
b. Memenuhi syarat sebagai sebahagian daripada subjek
Kemahiran Hidup bagi menyediakan MBK dengan alam
pekerjaan.
c. Memperkembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan
khas dalam bidang kemahiran kerjaya.
OBJEKTIF d. Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada
murid
e. Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi
dalam diri murid berkeperluan khas.
f. Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan ke
arah mendapatkan pekerjaan.
g. Mengurus kewangan secara berkhemah.

Februari hingga Oktober 2017


TARIKH PELAKSANAAN

TEMPAT Kilang membuat batu-bata - Batatech Trading, Sungai Besar

SASARAN Murid PPKI dari Kelas MPV Pertukangan yang berumur 18 tahun ke
atas.
a. Mohd Syamil bin Ismail
b. Muhammad Tamami bin Aman
c. Muhammad Fakhrul Azam bin Mohd Yusof
i. Fadzli bin Panut – Guru Pembimbing
PERSONALIA ii. Azliza binti Awang - Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

IMPAK Melahirkan murid-murid yang yakin dan percaya dengan kebolehan diri
sendiri.

Mohd Syamil bin Ismail


- Berjaya di serap ke projek lanjutan bersama Dhow Beretec

PENCAPAIAN Muhammad Tamami bin Aman


- Pekerja mahir di Batatech Trading

Muhammad Fakhrul Azam bin Mohd Yusof


- Berjaya menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional

Skop kerjaya akan diluaskan pada kemahiran yang lain bersama-sama


PENAMBAHBAIKAN
syarikat swasta yang lain.

Disediakan oleh : Disahkan oleh

You might also like