You are on page 1of 12

NAMA NO MATRIK KUMPULAN TAJUK

: NOR HAYATI BINTI OMAR : D20071029822 : B : MEREKA BENTUK KAJIAN KES

AHLI KUMPULAN : 1 ) SITI ROSZANA BINTI RAHAMAT 2 ) NORHARTINI BT CHE DERAMAN 3 ) ROBAIZURA BINTI RAMLI 4 ) NOR HAYATI BT OMAR 1.0 Pendahuluan 1.1 Definisi Menurut Yin (1994), mentakrifkan kajian kes sebagai penyelidikan empirik yang menyelidiki fenomena kontemporari di dalam konteks kehidupan nyata, serta batas-batas antara fenomena dan konteks tidak jelas kelihatan. Yin (1993) pula mengatakan bahawa pendekatan kajian kes boleh digunakan secara kaedah kualitatif dan kuantitatif. Namun, secara ringkas kajian kes menunjukkan mengapa mereka lebih sering menggunakan secara kualitatif. Menurut Stake (2000), kajian kes boleh membuktikan secara tidak terhad dalam menambah untuk memahami, memperluaskan pengalaman dan meningkatkan keyakinan tentang sesuatu subjek. Kajian kes merupakan salah satu daripada cabang utama dalam bidang penyelidikan ilmiah. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan perhatian kajian kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat sumber, pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Kajian kes selalunya akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah, dua buah sekolah atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang penyelidik. Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistic atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994). Kebiasaannya, kajian kes ini boleh menjawab soalan bila, bagaimana dan mengapa. Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik. ( D20072031066 ) ( D20072031139 ) ( D20071029816 ) ( D20071029822 )

Menurut Chua (2006), alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat yang berkenaan. Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk menyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan. Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah triangulasi boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, triangulasi juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000). Antara aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada penyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian, adalah digalakkan penyelidik terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Manakala pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistik (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang

diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan. 2.0 Bilakah kajian kes sesuai digunakan Kajian kes sesuai digunakan apabila ada cerita atau peristiwa yang unik atau menarik untuk diberitahu. Kajian kes sering digunakan untuk menyediakan konteks untuk data lain (seperti data keputusan), menawarkan gambaran yang lebih lengkap tentang apa yang berlaku dalam sesuatu program dan mengapa ia terjadi. Kajian kes adalah pilihan terbaik untuk digunakan bila persoalan bagaimana atau kenapa diajukan mengenai satu set aktiviti yang sementara, yang mana pengkaji tiada kawalan. 3.0 Kelebihan dan Keterbatasan Kajian Kes Kelebihan utama dengan mengunakan kajian kes adalah bahawa ia mempunyai lebih banyak maklumat terperinci dari apa yang terdapat melalui kaedah-kaedah lain. Kajian kes juga membolehkan seseorang untuk mempersembahkan data yang dikumpul daripada beberapa kaedah (contohnya, kajian, wawancara, ulasan dokumen, dan observasi) untuk memberikan cerita yang lengkap. Ada beberapa batasan dan kelemahannya seperti berikut : i) Kepanjangan (Can Be Lengthy) :

Hal ini disebabkan kerana mereka memberikan maklumat terperinci mengenai kes dalam bentuk naratif, mungkin sukar untuk menahan minat pembaca jika ianya terlalu panjang. Dalam penulisan kajian kes, perkara yang perlu dititikberatkan adalah menyediakan maklumat yang banyak dengan cara yang mudah. ii) Kebimbangan bahawa kurangnya kesimpulan dalam kajian kes (Concern that case studies lack rigor) :

Kajian kes telah dilihat kurang ketat dalam penilaian dan bidang penyelidikan daripada kajian atau kaedah-kaedah yang lain. Dalam hal ini, kajian kes merangkumi fakta bahawa kajian kualitatif secara umum masih dianggap tidak saintifik oleh sebahagian orang dan dalam kebanyakan kes, kajian kes penyelidik kurang sistematik dalam pengumpulan data atau membiarkan bias dalam penemuan mereka. Dalam menjalankan dan menulis kajian kes, semua yang terlibat perlu menggunakan kaedah yang sistematik dalam pengumpulan data dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini.

iii) Tidak dapat digeneralisasikan (Not generalizable) : Kajian kes adalah sukar untuk generalisasi dari satu kes kepada kes yang lain. Tetapi kajian kes juga boleh terdedah kepada overgeneralization, iaitu ianya berasal dari pemilihan beberapa contoh dan andaian tanpa bukti bahawa mereka adalah khas atau wakil dari penduduk. Yin, seorang penyelidik dan penganalisis terkemuka, menyarankan kajian kes untuk digeneralisasikan melalui penemuan teori-teori dari hasil eksperimen untuk teori. 4.0 Kepentingan Mereka Bentuk Kajian Kes Secara dasarnya kajian kes dijalankan untuk mengutip maklumat secara sistematik dan sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Kepentingan kajian juga boleh dilihat dari dua sudut iaitu sumbangan dapatan kajian yang akan diperolehi kepada pertambahan ilmu pengetahuan atau teori. Ia juga mempunyai kepentingan kepada pihak-pihak tertentu iaitu lebih kepada aspek mengaplikasikan keputusan yang akan diperolehi kepada individu yang terlibat dalam kajian, institusi dan agensi yang berkaitan serta penyelidik akan datang. Kajian kes juga berperanan untuk meningkatkan kefahaman teori-teori yang sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Selain itu, hasil kajian dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Kajian kes juga dibuat untuk mengelakkan kekeliruan tentang sesuatu permasalahan yang berlaku. Tujuannya juga mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis atau untuk menyelesaikan satu set masalah. Dalam konteks yang sama ia berperanan untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau mengawal peristiwa dalam keadaan tertentu. Sesuatu kajian akan menghasilkan keputusan yang berkualiti sekiranya ia mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, kepentingan kajian sesuatu kes atau masalah juga adalah berkait dengan norma yang memandu seseorang untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan berhubung dengan orang lain. Secara tidak langsung ia dapat mengaitkan dengan etika seseorang individu atau prosedur bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan. Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Contohnya ia boleh digunakan untuk pelbagai isu, termasuk penilaian program latihan, prestasi organisasi, reka bentuk dan pelaksanaan projek, analisis dasar, serta hubungan antara sektor yang berbeza antara organisasi. Ahli-ahli politik menyatakan bahawa mereka menggubal polisi berasaskan kajian manakala bagi ahli-ahli perniagaan pula ia memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan para pengguna tentang produk yang mereka jual. Seterusnya ialah ia merupakan salah satu cara seseorang manusia atau penyelidik mencari kebenaran dan ketepatan untuk menyelesaikan sesuatu kes atau masalah yang banyak dihadapi oleh kelompok masyarakat.

Di samping itu, kajian kes di jalankan disebabkan oleh satu penyiasatan yang luas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh berkaitan dengan masalah sehingga seseorang itu sampai kepada penyelesaian masalah tersebut. Ekoran daripada masalah itu, sesuatu penjelasan dapat diketahui bahawa seseorang yang melakukan kajian semestinya berusaha menemukan kesimpulan atau rumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki. Daripada pengertian mengenai hubungan itu dapat pula menghasilkan ramalan atau kawalan terhadap fenomena yang diselidiki. Ia juga boleh mengolah data bagi meramal kejadian-kejadian yang akan berlaku dan ia memerlukan beberapa perkara asas seperti teori, masalah, rangka kerja, data, alat bantu dan sebagainya. 5.0 Jenis Reka Bentuk Kajian Kes Kajian Historikal Kajian historikal ini dikenali juga sebagai kajian sejarah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina semula masa silam secara sistematik dan objektif dengan cara mengumpul, menilai, menguji kebenaran, menggabung kenyataan dan seterusnya membuat kesimpulan yang boleh dipertahankan. Contoh : Untuk menguji hipotesis sama ada Francis Bacon adalah pengarang sebenar buku hasil hasil kerja William Shakespeare.

Kajian Deskriptif Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Contoh : Satu tinjauan pendapat umum untuk menilai sikap pengundi terhadap pilihanraya. Satu kajian tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sektor korporat. Satu laporan mengenai keputusan peperiksaan PMR di seluruh negara oleh KMP.

Kajian Perkembangan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat corak dan rentetan rentetan pertumbuhan atau perubahan-perubahan sebagai fungsi masa. Contoh : Kajian longitudinal - sampel yang sama, kajian dalam jangkamasa yang panjang. Kajian cross sectional - sampel yang berlainan umur, buat kajian pada masa yang sama.

Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak atau keadaan di masa akan datang.

Kajian Kes Dan Lapangan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari secara intensif mengenai latar belakang status masa kini dan interaksi persekitaran suatu unit. Contoh : Kajian mengenai kejadian kes histeria di sebuah sekolah asrama penuh. Kajian lapangan oleh ahli antropologi mengenai budaya hidup org asli Senoi.

Kajian Kolerasi Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi. Contoh : Kajian mengenai hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Kajian mengenai hubungan antara tahap kebimbangan dengan bilangan degupan jantung.

Kajian Tindakan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membentuk kemahiran baru atau kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dengan aplikasi terus dalam bilik darjah atau setting lain. Contoh : Program latihan kemahiran lanjutan menolong kaunselor terlatih supaya bekerja lebih berkesan dengan kanak-kanak. Untuk membentuk program khusus dalam mencegah kemalangan dalam kursus memandu.

Kajian Komparatif ( Sebab-Akibat ) Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkaitan-perkaitan yang mungkin antara sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab - akibat. Contoh : Mengkaji faktor-faktor yang mencirikan individu-individu sebagai berisiko tinggi untuk mengidap sakit jantung dengan menggunakan data-data dari sebuah syarikat insurans.

Kajian Eksperimental Kuasi

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengagak keadaan dan menentukan kebenaran kajian yang tidak membenarkan kawalan atau manipulasi semua variabel yang sepatutnya. Penyelidik mesti benar-benar faham apakah tolak ansur berkaitan kesahan dalaman atau luaran yang boleh diterima. Contoh : Menyiasat keberkesanan program pemberian susu percuma kepada pelajar sekolah rendah. Mengkaji keberkesanan tiga kaedah pengajaran bahasa ke atas pencapaian dalam mata pelajaran bahasa.

6.0 Cara Merekabentuk Kajian Kes Terdapat beberapa proses-proses untuk melakukan kajian kes. Kajian kes adalah proses umum yang sama dilakukan yang terdiri daripada beberapa langkah seperti merancang, mengumpul data, menganalisis data dan menyebarkan penemuan. Setiap langkah ini akan diterangkan dengan terperinci seperti berikut : 1. Merancang (plan) Dalam langkah yang pertama ini kita mestilah membuat perancangan iaitu mengenalpasti siapa yang terlibat. Seterusnya, mengeluarkan idea yang bagus tentang topik kajian kes yang ingin dikaji, mengingati jenis kes dan berfikir mengapa sesuatu kes yang ingin dikaji itu unik atau penting. Selepas itu, kenalpasti juga maklumat yang diperlukan dan dari siapa maklumat itu perlu didapati. Selain itu, antara aspek yang perlu dilihat adalah potensi maklumat tersebut iaitu dari mana datangnya sumber malumat tersebut serta elemenelemen kajian kes. Sebolehnya, kenalpasti juga mana-mana dokumen yang perlu diperiksa serta senaraikan siapakah yang ingin ditemubual atau dibuat kajian dan juga menentukan sampel jika perlu. Perlu dipastikan kajian akan mengikuti piawaian serta standard antarabangsa dan etika penyelidikan kebangsaaan termasuk juga dilihat oleh jawatankuasa kajian etika. Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah lihat di International Ethical Guidelines for Biomedical Research Involving Human Subjects, iaitu terdapat di laman web http://www.coms.ch/frame_guidlines_nov_2002.htm. 2. Mengembangkan alat ( develop instrument ) Langkah yang kedua adalah mengembangkan alat iaitu mengembangkan kajian dan protokol wawancara iaitu peraturan yang memandu kepada pentadbiran dan pelaksanaan wawancara atau soal selidik tersebut. Lebih mudah, ini adalah penggunaan yang perlu diikuti untuk memastikan keberkesanan dan tahap konsistensi wawancara atau kajian yang dilakukan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kebolehpercayaan penemuan tersebut. Berikut adalah petunjuk yang perlu dimasukkan ke dalam langkah kajian iaitu :

Apa yang harus dikatakan untuk ditemubual semasa membuat wawancara atau soal selidik Apa yang harus dikatakan untuk memulakan wawancara atau soal selidik, termasuk memastikan kebenaran maklumat daripada responden. Apa yang harus dikatakan kepada responden dalam membuat kesimpulan untuk sesuatu wawancara. Apa yang harus dilakukan sewaktu wawancara (contohnya membuat nota rakaman dan sebagainya.) Apa yang harus dilakukan setelah mewawancara. (contoh : isi nota, semak rakaman untuk kejelasan, meringkaskan maklumat masingmasing dan sebagainya)

Langkah seterusnya adalah mengembangkan wawancara atau kajian yang mengandungi senarai soalan atau masalah yang akan dieksplorasi dan juga termasuk kenenaran maklumat daripada responden. Sekiranya tidak difahami, terjemahkan panduan ke dalam bahasa tempatan atau terjemahan uji. 3. Mengenalpasti data (train data collector) Langkah yang ketiga ialah mengenalpasti dan mengumpul data. Berikut disenaraikan beberapa langkah untuk membuat pengumpulan data yang betul. Yang pertama, pastikan staf, peserta program atau pewawancara professional mungkin terlibat dalam pengumpul data. Latihan harus merangkumi perkara-perkara berikut iaitu : Tinjauan teknik pengumpulan data Tinjauan menyeluruh item pengumpulan data dan instrument Amalan dalam penggunaan instrument. Kemahiran buat latihan pada wawancara dan komunikasi interpersonal. Perbincangan isu isu etika. 4. Mengumpul data (collect data) Langkah yang keempat dalam proses merekabentuk kajian adalah mengumpulkan data dan dokumen yang relevan. Selepas itu, mengaturkan temubual atau soal selidik dengan siapa yang terlibat di mana pastikan anda menjelaskan tujuan mengapa responden telah dipilih dan dalam tempoh yang diharapkan. Seterusnya, cari maklumat kelulusan setiap responden masing-masing yang didokumentasikan secara bertulis atau lisan. Tujuan dari wawancara itu adalah untuk menerangkan mengapa responden telah dipilih, apakah dan bagaimana maklumat akan dirahsiakan serta penggunaan nota taker/tape recorder. Semua ini dilakukan dengan kebenaran daripada responden. Jika responden bersetuju, maka lakukan temubual, wawancara atau soal selidik tersebut. 5. Analisis data (analyze data ) Langkah yang kelima adalah menganalisis data iaitu meninjau semua dokumen dokumen yang releven yang iaitu melihat semua apa yang telah ditemubual atau di

wawancara. Kita boleh menganalisis data yang telah diperoleh sepanjang temubual yang telah dijalankan. 6. Sebarkan penemuan (Disseminate Findings ) Langkah yang terakhir dalam proses merekabentuk kajian kes adalah menulis laporan iaitu melihat apa unsur dari kajian kes. Seterusnya meminta maklum balas daripada orang yang terdapat di sekeliling kita dan membuat semakan. Yang terakhir adalah sebarkan maklumat atau kajian yang telah siap dianalisis. Contoh Kajian Kes Kajian kes 1 Kedatangan pengetua baru memberikan peluang yang baik kepada Cikgu Bherita. Sebagai guru DG6 di sekolah menengah , Cikgu Bherita sebenarnya berasa terancam (tekanan dilihat secar positif) berada di Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan guru DG 6 ke sekolah rendah. Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Bherita merasakan dirinya tidak berupaya lagi. Cikgu Bherita memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah utama di sekolah ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar sesuka hati datang lewat malahan minum kopi di kedai di luar kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan jabatan. Kelebihan Cikgu Bherita ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu kesalahan disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan kepada pengetua dengan baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan, menggantung dan membuang pelajar dibuat dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada Ketua Guru Disiplin. Nama Cikgu Bherita sering disebut dalam mesyuarat dan pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya. Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan. Malahan Cikgu Bherita digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah atau permohonan kepada pengetua . Tambahan pula Cikgu Bherita sentiasa ada masa untuk selalu berada di pejabat dan sering kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu Bherita semakin meningkat. Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Bherita dengan pengetua mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Bherita dalam berkomunikasi, mengingat dan menjelaskan sesuatu kes amat mengkagumkan pengetua. Seorang pelajar yang berhadapan dengan kes ponteng kelas misalnya, dapat ditambah dengan kesalahankesalahan lain hingga pelajar itu boleh digantung atau dibuang sekolah.

Penilaian yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan kewangan untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak dijalankan seperti mengadakan lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah. Ini diikuti dengan penilaian prestasi SSB melintang. Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Bherita membuahkan kekecohan. Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh pengetua. Oleh yang demikian, Cikgu Bherita dituduh cepat menyampai . Guru-guru akan lebih berhatihati sekiranya ada pengintip terutama sekali jika ada Cikgu Bherita. Malahan pengawas pengawas menjadi sumber Cikgu Bherita mengorek maklumat. Boleh dikatakan Cikgu Bherita dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh, rungutan dan bantahan guru dan pelajar. Dalam kes Cikgu Bherita ini, timbul beberapa persoalan : Puashati Cikgu Bherita menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain. Guru yang menjadikan Cikgu Bherita sebaga neraca timbangan dan perbandingan, pastinya dia tidak akan puas hati. Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Bherita bertindak suka menyampai keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising semasa Cikgu Amnah, akan disampaikan kepada pengetua. Sungguhpun perkara itu betul dan benar, tetapi akhirnya ia akan meletup . Cikgu Amnah yang dituduh gagal mengawal kelas berang dan enggan mengajar kelas yang hujung-hujung lagi. Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan kumpulan think tank yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru-guru lelaki ke bilik pengetua perempuan, tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki juga mungkin enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam kelas seperti pelajar tidak membuat latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-guru perempuan mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka guru-guru berbincang dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya dan pemberi maklumat terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada Cikgu Bherita. Kajian Kes 2 :

Setahun sebelum ini, syarikat percetakan CopyMatch telah menghadapi kerugian kewangan yang terlampau dan telah mengambil keputusan bahawa mereka perlu untuk menstruktur semula organisasi terbabit. Jualan mereka mewakili hampir keseluruhan pendapatan melalui bonus galakan dan oleh itu, mereka cuba untuk memaksimakan kedua-dua jumlah pelanggan mereka dan jualan bagi seorang pelanggan. Namun selalunya hal ini dimaksudkan bahawa mereka telah mengambil tempahan yang sangat khusus dan dalam skala yang kecil yang memerlukan masa untuk dilakukan, dan oleh itu ianya menjadi tidak produktif dan amat berharga untuk dihapuskan. Semestinya hal ini adalah perkara kecil yang sangat dititikberatkan terhadap wakil jualan sejak mereka memaksimakan saiz pendapatan mereka sendiri. Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula, tenaga kerja telah dibahagikan kepada lima kumpulan, yang mana setiap satunya mengandungi kombinasi yang berbeza terhadap perwakilan jualan, pengurus produksi, penyelia produksi dan pekerja percetakan. Melalui kumpulankumpulan kerjasama ini, ianya telah dicadangkan bahawa wakil jualan akan lebih diperngaruhi

dan diberitahu oleh mereak yang lebih berpengetahuan tentang kitaran penghasilan. Syarikat menginginkan untuk mengawasi kesan pengorganisasian semula dan memulakan satu projek penyelidikan, berdasarkan satu kajian kes ini. Pembolehubah bersandar (hasil) daripada pengorganisasian semula telah diramalkan seperti berikut: Lebih tempahan akan dipenuhkan terhadap masa yang tertentu. Anggaran kepuasan pelanggan akan bertambah dan rungutan daripada pelanggan akan berkurangan. Pengurusan percetakan berskala besar akan ditanggung. Tahap kepuasan hati para pekerja akan meningkat.

Penyelidikan bagi kajian ini telah mengukur kesan bagi setiap jenis kumpulan (pembolehubah tidak bersandar yang tidak sama banyak) untuk mencari sama ada struktur baru adalah lebih efektif daripada yang lama, yang mana gabungan para pekerja mempunyai kesan yang amat bagus ke atas hasilnya. Kajian Kes 3 : Satu skala besar kawasan perniagaan dibina pada satu tapak lapangan hijau pada satu saiz sederhana bandaraya. Kesan daripada tindakan pembangunan sepanjang masa , jadi satu sirimasa analisis adalah sesuai di sini. Seperti biasa, kita bermula dengan satu kedudukan teori atau usul, dalam kes ini, kawasan perniagaan tersebut akan memberi kesan ke atas bandar dan tempat yang berdekatan dalam beberapa cara. Pertama, ia akan meningkatkan kadar kemajuan pertengahan bandar- bandar, tempat yang berdekatan akan penuhi dengan pelbagai kedai dan gudang, diikuti, pada masa itu juga dengan perubahan corak-corak bandar kediaman - keluargakeluarga yang pendapatan lebih tinggi akan berpindah meninggalkan pinggir kota. Yang keduanya, kemerosotan bandar bertambah dengan meningkatnya kadar jenayah di kawasan tersebut. Yang terakhir pula adalah aliran trafik akan berubah dengan kesesakan baru iaitu blackspots' dan muncul jalan-jalan bercabang untuk ke kawasan tersebut. Data yang dipungut pada tiap-tiap tahun, lebih lima tahun melalui pemerhatian, rekod-rekod kerajaan tempatan dan statistik jenayah. 8.0 Kesimpulan Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kajian kes digunakan untuk pelbagai perkara yang dianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilai prestasi organisasi, menilai prestasi pasukan-pasukan atau jabatan-jabatan dan pelaksanaan projek. Kebiasaannya, kajian kes biasa bersifat deduktif, iaitu permulaan daripada satu theoretical premise atau pendirian. Kajian kes digunakan apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi pembolehubah-pembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Tetapi boleh juga dikatakan kajian kes apabila terdapat satu kecenderungan dalam penjelasan-penjelasan dan situasi-situasi

analisis atau peristiwa-peristiwa. Selain itu, sekiranya terdapat prosedur-prosedur yang tidak berapa jelas untuk penyelidikan ujikaji, penyelidikan kajian kes harus melibatkan pembangunan satu hipotesis awal atau set soalan-soalan, dan reka bentuk alat-alat kajian itu, protokol-protokol dan prosedur-prosedur lapangan. Kajian kes juga melibatkan unit-unit tunggal atau analisis berganda iaitu individuindividu, jabatan-jabatan, benda-benda, sistem-sistem dan sebagainya dalam kombinasi dengan corak kes tunggal atau berganda. Dalam kajian kes, penyelidik-penyelidik harus mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian bukti, menghubungkan soalan-soalan penyelidikan, data, analisis dan laporan kajian kes. Selain itu, data untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian. Kesahan dalaman dalam kajian kes dikuatkan lagi dengan corak pemadanan, pembinaan penjelasan dan siri masa analisis. Kebolehpercayaan diperkuatkan oleh berbagai replikasi sama atau kes-kes yang sama. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian kes yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data serta menyebarkan data. Kesemua proses ini perlu dilakukan mengikut langkah yang teratur agar proses penyelidikan dapat berjalan secara teratur dan sistematik. Walaupun terdapat kelebihan dalam melakukan kajian kes seperti sesuatu peristiwa dapat diceritakan dengan lebih terperinci namun terdapat juga beberapa batasan dan kekangan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Maka, setiap penyelidik mestilah tahu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lancar.

You might also like