You are on page 1of 7

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN Sebenarnya terdapat banyak model reka bentuk pengajaran.

Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama. Richey (1986) telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran. Enam elemen asas tersebut ialah: Menentukan keperluan pelajar. Menentukan matlamat dan objektif. Membina prosedur penilaian. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian. Mencuba sistem pengajaran. Menilai keseluruhan sistem.

Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah: model Briggs (1977), model Gagne', Briggs dan Wager (1988, 1992), model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996), model Romizowski (1981, 1984, 1988), model Dick dan Carey (1978, 1985, 1990) dan model Dick dan Reiser (1989 ). Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang model?model reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir?sama. Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan (Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991). Gustafson (1991) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasi bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem .Model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum

masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan: 1.Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam langkah: (a) A - Analyse learners (Analisis pelajar), (b) S - State objectives (Nyatakan objektif), (c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan), (d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan), (e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran), (f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).

2.Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:

(a) Tentukan matlamat, ( b ) Analisis ciri pelajar, (c) Tulis objektif, (d) Pilih/semak buku teks, (e) Bina ujian, (f) Bina aktiviti pengajaran, (g) Pilih media pengajaran, (h) Laksana pengajaran.

Model yang berorientasikan produk dan sistem melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).

Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem. 1) a. b. c. d. e. f. g. Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah: Analisis masalah, Analisis domain, Analisis dan susun tugasan, Analisis dan susun isi sokongan pelajaran, Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran, Lakukan reka bentuk mesej interaktif, Nilai pengajaran.

2) a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah: Kenal pasti matlamat pengajaran, Buat analisis pengajaran, Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar, Tulis objektif prestasi, Bina item ujian rujukan kriteria, Bina strategi pengajaran, Bina dan pilih bahan pengajaran, Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif, Semak semula pengajaran.

MODEL RP BILIK DARJAH DAN MODEL RP SISTEM

Secara ringkas model RP ASSURE (bilik darjah) dan model RP Dick dan Carey (Sistem). Model Reka Bentuk ASSURE Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru digalakkan merancang pengajaran secara sistematik supaya alat dan bahan bantuan mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran-pembelajaran. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE yang direka daripada enam huruf bermaksud memastikan sesuatu itu akan berlaku:

A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media). U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan.

1. Analisis ciri pelajar. a) Mengenal pasti ciri?ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi, b) Mengenal pasti ciri?ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. 2. Nyatakan objektif?objektifpembelajaran secara khusus. a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

3. Pilih media dan bahan. Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 4. Gunakan alat/bahan pengajaran. a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. b) Kemudian sediakan media dan bahan?bahan, alat?alat serta kemudahan?kemudahan yang diperlukan. c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain?lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata-kan tujuan dan objektif pembelajaran.

e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

5. Libatkan pelajar. Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem-buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai-nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). 6. Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keber-kesanan slat/bahan media itu secara menyelumh harus dijalan-kan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan: a) Adakah objektif?objektif pembelajaran tercapai?

b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran?pembelajaran? Adakah kesemua pelajar meng-gunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? c) d) Adakah suasana pembelajaran selesa? Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Model RP Dick dan Carey (Tumpuan Sistem) Model sistem Dick dan Carey (1990) ini menggunakan pendekatan sistem dan mempunyai sembilan langkah. Tiap-tiap langkah akan menerima input daripada langkah?langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. Tiap-tiap komponen am model ini akan bekerjasama untuk menghasilkan sistem peng-ajaran yang berkesan. Model ini juga mengandungi komponen peni-laian untuk membantu guru menentukan apa dan cara model ini boleh dibaiki jika terdapat kelemahan. Komponen penilaian sumatif tidak dimasukkan sebagai salah satu langkah dalam model ini. Untuk mereka bentuk pengajaran secara sistematik, pereka pengajaran harus memberi rasional tentang pelajaran yang akan dipelajari. Ini bermakna suatu taksiran keperluan harus dilakukan. Selepas membuat taksiran keperluan maka satu sistem pengajaran perlu direka bentuk langkah demi langkah secara prosedur atau urutan bermula daripada mengenal pasti madamat pengajaran hinggalah ke langkah menjalankan penilaian pengajaran. Langkah-langkah dalam model ini adalah:

1. Kenal pasti matlamat pengajaran. Langkah pertama akan menentukan apakah yang pelajar boleh lakukan selepas tamat pengajaran. Untuk mengenal pasti matlamat pengajaran anda boleh dapat daripada senarai matlamat pengajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran. 2. Buat analisis pengajaran. Setelah mengenal pasti matlamat pengajaran, langkah berikut ialah menentukan jenis pelajaran yang diperlukan oleh pelajar. Matlamat pengajaran akan dianalisis untuk mengenal pasti kemahiran atau pengetahuan subordinat dan prosedur yang perlu diikuti untuk mempelajari sesuatu proses. Proses ini akan menghasilkan satu carta atau gambar rajah pengajaran yang akan menunjukkan kemahiran yang perlu dicapai dan pertaliannya di antara satu dengan lain. 3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar. Langkah ketiga ini akan mengenal pasti kemahiran spesifik yang perlu ada pada pelajar sebelum pengajaran bermula. Pengetahuan atau kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajarinya. Ciri?ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran dan sebagainya perlu juga diketahui untuk merancang reka bentuk aktiviti pengajaran. 4. Tulis objektif prestasi. Merujuk kepada carta analisis pengajaran yang telah disediakan dalam langkah kedua, anda boleh kenal pasti pernyataan objektif spesifik yang akan menghuraikan kemahiran atau pengetahuan yang perlu dipelajari, syarat atau keadaan dan kriteria yang ditetapkan bagi pelajar menguasai kemahiran/pengetahuan.

5.Bina item ujian rujukan kriteria. Langkah kelima akan menentukan item ujian. Item ujian dibina berasaskan kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan dalam langkah keempat. Item ujian akan mengukur sama ada pelajar boleh atau tidak menguasai kemahiran/pengetahuan yang ditetapkan dalam objektif pengajaran. 6. Bina strategi pengajaran. Menggunakan maklumat daripada kelima-lima langkah di atas, langkah berikutnya ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif terminal. Strategi pengajaran mencakupi aktiNriti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan. Anda juga boleh gunakan sembilan peristiwa pengajaran Gagne' sebagai strategi pengajaran. Strategi pengajaran adalah berasaskan kepada penyelidikan pembelajaran semasa, pengetahuan semasa dalam proses pembelajaran, kandungan yang akan diajar dan ciri-ciri pelajar yang akan menggunakan bahan pengajaran. 7. Bina atau pilih bahan pengajaran. Dalam langkah ini, anda boleh gunakan strategi pengajaran untuk menghasilkan bahan pengajaran. Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan pengajaran, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina atau disediakan. Keputusan untuk membina bahan bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran kewangan. 8. Penilaian formatif. Sestelah selesai draf awal pengajaran, langkah berikut ialah men-jalankan beberapa siri penilaian untuk mengumpul data yang boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran. Tiga jenis penilaian formatif iaitu penilaian individu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian luar boleh digunakan. Hasil bagi tiap-tiap jenis penilaian harus digunakan untuk meningkatkan pengajaran. 9. Semak semula pengajaran. Langkah terakhir dalam model ini ialah menyemak semula pengajaran. Data yang diperolehi daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang mungkin terdapat pada mana-mana langkah reka bentuk yang boleh menjejaskan pencapaian objektif pengajaran. Penyemakan semula boleh juga digunakan untuk mengkaji semula kesahan analisis pengajaran dan andaian yang dibuat terhadap; peringkat masuk dan ciri-ciri pelajar.

You might also like