You are on page 1of 9

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGA6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

TUGASAN KUMPULAN

NAMA PENSYARAH:
DR NURFARADILLA MOHD NASRI

NAMA PELAJAR:

MAYIZAYATUL HEZREN BINTI KAMARUDDIN (P99651)


MUHAMMAD AZRIN BIN ABU BAKAR (P99658)
MUHAMMAD HAIY BIN ROSMAN (P99660)
MUSYRIFAH BT ISMAIL (P99661)
NIK ZATUL-IFFAH BT N MOHD NABIL (P99663)
UMMI SALEHAH BT HAMZAH (P99676)

TAJUK TUGASAN:

PEMBANGUNAN MODEL BULI SIFAR UNTUK


MENGURANGKAN ISU BULI DI SEKOLAH
1.0 Pengenalan
Menurut Olweus (2001), buli ialah perbuatan tingkah laku langsung yang diperlakukan kepada
orang lain dengan sengaja. Kebanyakan perbuatan buli bertujuan untuk menunjukkan kuasa
dan keupayaan menundukkan orang lain (Olweus, 2005) serta perbuatan tersebut dilakukan
secara berulang kali (Rigby, 2002). Perlakuan buli bertujuan mendatangkan kecederaan,
ketidakselesaan dan menjatuhkan air muka atau memalukan pelajar yang selalunya lebih lemah
daripada pelajar yang lebih ‘berkuasa’ (Vlachaou, Anreou, Botsoglou & Didaskalou, 2011 &
Baldry, 2004). Terdapat tiga jenis buli iaitu buli secara fizikal, buli secara verbal dan buli secara
relational (Vlachou et al., 2011; Paluck & Shepherd, 2012 & Duffy & Nesdale, 2008).
Perbuatan buli mempunyai tiga aktor iaitu pembuli, mangsa buli dan pemerhati (Rigby, 2002
& Olweus, 2001 & 2005).

Perlakuan buli seringkali berlaku dalam kawasan sekolah (Schwartz, Shalhevert &
Kassabri, 2008). Kajian mengenai perlakuan buli telah dijalankan seawal tahun 1970 (James,
2010) dan semakin agresif dijalankan kerana perlakuan buli pada masa ini telah menjadi
semakin serius dan kompleks terutama kesan terhadap mangsa buli, pembuli serta memerlukan
program-program yang bersesuaian (Olweus, 2001).

Di Malaysia, kes buli semakin membimbangkan (rujuk Rajah 1.0) sumber Kad Laporan
Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018, 36% murid di Malaysia dibuli beberapa kali dalam
sebulan (13% lebih tinggi dari purata OECD).

Rajah 1.0 Sumber: Kad Laporan Pencapaian Malaysia Dalam PISA 2018
Rajah 1.1

Jadual di atas menunjukkan kekerapan murid yang dibuli adalah dalam kalangan murid yang
kerap ponteng di Malaysia. 36% murid kerap di buli dan ini jauh lebih tinggi berbanding
daripada purata yang telah ditetapkan oleh OECD iaitu 23%. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana murid akan kecinciran dalam pembelajaran di sekolah.

2.0 Latar Belakang Masalah

2.1 Masyarakat kurang kesedaran.

Masyarakat kurang prihatin dengan masalah ini. Mereka menganggap masalah ini bukan
masalah mereka dan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Walaupun ianya
merupakan kes kecil, tetapi akibat dari perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam
kepada mangsa. Ia perlu diketahui oleh semua pihak tidak kira peringkat umur agar perkara ini
tidak berulang lagi.

2.2 Kurangnya pendidikan tentang latar belakang, sikap, kepercayaan, gaya hidup terhadap
kumpulan sasaran.

Kempen yang membosankan adalah kempen yang kurangnya kajian terhadap kumpulan
sasaran. Pengiklan kurang mendalami latar belakang kumpulan sasaran. Pengiklan kurang
mengkaji dari segi umur, jantina, pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan lain-lain untuk
membuat satu kempen. Sebagaimana yang kita tahu tidak semua orang mempunyai citarasa
yang sama.

Selain itu juga, pengiklan kurang mengkaji sikap kumpulan sasaran itu. Apakah yang
dikehendaki dalam menyampaikan satu kempen. Apakah konsep dan bentuk penyampaian
yang disukai. Ada yang berfikiran terbuka, tidak ambil kisah, sensitif, kurang percaya pada
sesuatu yang baru dan sebagainya. Masing-masing mempunyai cara berfikiran yang berlainan.
Gaya hidup juga adalah salah satu faktor yang perlu pengiklan kaji. Ada yang kurang
berpendidikan tinggi, sederhana dan terpelajar. Sikap akan terbentuk melalui cara pendidikan
dan latar belakang individu itu sendiri. Bermacam-macam gaya hidup yang perlu pengiklan
tahu. Ada yang suka mengambil berat terhadap isu sosial dan ada yang lebih gemar hidup
bersendirian.

Di samping itu juga, pengiklan kurang mengambil kira kepercayaan kumpulan sasaran.
Semua orang mempunyai cara penerimaan yang berbeza. Ada yang boleh menerima sesuatu
keadaan yang baru dengan cepat, sederhana dan ada juga yang mengambil masa yang lama
untuk menerima perubahan baru. Pengiklan mesti kreatif agar objektif yang ingin disampaikan,
sampai ke pihak kumpulan sasaran.

2.3 Ciri-ciri Mangsa Buli

Ron (2003) dalam kajiannya menyatakan mangsa buli seringkali mempunyai watak keresahan
yang tinggi dan lemah dari segi fizikal. Mangsa buli juga dikatakan mempunyai masalah dari
segi harga diri, kurang bersosial, tidak dapat mempertahankan diri semasa dikasari atau
diganggu, resah, merasa diri selamat, terlalu berhati-hati dan rapat dengan ibu bapa atau
kemungkin ibu bapa terlampau mengawal diri mangsa buli. Manakala Aziz Yahya dan rakan-
rakan (2007) menyatakan yang sering menjadi mangsa tindakan agresif dari pembuli secara
umumnya mempunyai ciri-ciri seperti, harga diri yang rendah, lemah, mudah tertekan, dan
sentiasa bimbang. Pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara turut juga mengenalpasti ciri-ciri
mangsa buli seperti berikut:

1. Kelainan Diri

Seseorang individu yang mempunyai kelainan atau perbezaan antara satu sama yang lain.
Kelainan ini menjadi penyebab mereka dibuli. Noran Fauziah, Rajendran dan Ahmad Jazimin
(2005) dalam kajian mereka telah membuat kesimpulan bahawa pelajar yang menjadi mangsa
buli ialah pelajar yang tidak disukai dan mereka juga agak berlainan daripada pelajar majoriti.
Amin Al Haadi (2013) dalam kajiannya mendapati, mangsa buli merasakan dirinya dibuli
disebabkan penampilan diri mereka yang tidak menarik, perhubungan dengan pelajar lain yang
tidak baik, dan latar belakang keluarga yang miskin atau mempunyai nama yang ganjil.

2. Diri Fizikal

Ciri-ciri fizikal yang ada pada mangsa buli seperti fizikal yang lemah, sentiasa kelihatan
bimbang atau cemas, kelihatan tidak dapat membuat hubungan dengan rakan sebaya dan
kemahiran bersosial yang rendah merupakan antara penyebab sasaran untuk dibuli oleh pelajar-
pelajar yang lain. Olweus (1995) dalam kertas kerjanya yang bertajuk ―Bullying or Peer
Abuse at School: Facts and Intervention‖ menyatakan bahawa mangsa buli selalunya lebih
resah dan merasa tidak selamat dan dalam masa yang sama menghadapi masalah harga diri
yang rendah. Selalunya mereka bersikap pasif dan mempunyai tahap fizikal yang lemah
berbanding dengan pembuli. Gambaran ini sama seperti dapatan kajian oleh Mahadi Khalid
(2007) yang berjudul ―Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak yang menyatakan ciri-ciri mangsa buli ialah mereka yang
mempunyai kekuatan fizikal yang lemah, bertubuh kecil, mungkin mempunyai kecacatan,
memiliki wajah yang hodoh, tahap umur yang lebih muda, pendiam, disayangi guru, pasif dan
mempunyai harga kendiri yang rendah. Oleh kerana ciri-ciri tersebut, maka mangsa buli mudah
terdedah kepada keganasan para pembuli. Batsche & Knoff (1994) dan Olweus (1993) juga
telah menyatakan mangsa buli secara fizikal, mereka mungkin agak lemah dan kesan dibuli ini
selalunya memberi impak jangka masa yang panjang kepada mereka. Amin Al Haadi (2013)
dalam kajiannya juga mendapati mangsa buli sering diejek oleh pembuli dengan Mangsa Buli
dan Kesan Buli 113 mensasarkan wajah fizikal mereka seperti mukanya macam betik, pendek,
sombong atau gagap. Keadaan fizikal yang ada pada diri mangsa buli telah menjadi sasaran
oleh pembuli untuk membuli. Azizi Yahya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad dan Zurhana
Muhamad (2007), turut mendapati mangsa buli yang kelihatan berbeza fizikal dan mempunyai
berapa kelainan daripada pelajar lain lantas mereka mudah menjadi sasaran pembuli.

3. Provokatif

Sesetengah mangsa buli mempunyai sikap provokatif secara semulajadi tanpa disedari oleh
dirinya sendiri. Ini mencetus kontroversi dan kemarahan kepada rakan yang ada di sekeliling
mereka sehinggakan rakan yang di sekeliling memberi reaksi yang negatif terhadap mangsa
buli ini (Aziz 2007; Olweus, 1993). Amin Al Haadi (2013) dalam kajiannya juga menyatakan
bahawa ada mangsa buli yang mengakui tingkah laku dirinya sendiri yang menyakiti hati rakan
yang lain menyebabkan dirinya dibuli, bukan kerana diri fizikalnya. Perkara ini ditemui juga
oleh Sullivan, Sullivan dan Cleary (2004), yang menyatakan mangsa yang provokatif pula
merupakan mangsa yang mana tingkah laku semulajadinya mempelawa pembuli-pembuli
membulinya. Tingkah laku mangsa buli dikatakan tidak menentu dan tidak bertempat. Ini juga
mengundang pembuli untuk membuli kerana mangsa tidak tahu bertingkah laku dengan betul
pada sesuatu situasi.

4. Personaliti

Personaliti mangsa buli yang kelihatan lemah, tidak bermaya, kurang popular dalam kalangan
pelajar-pelajar lain dan memiliki keyakinan diri yang rendah membawa ke arah mereka dibuli.
Ciri-ciri personaliti ini memberi isyarat kepada pembuli bahawa mereka selamat membuli
mangsa buli ini dan mangsa buli ini juga tidak mampu untuk bertindak balas jika dibuli. Olweus
(1995) menyatakan bahawa tingkah laku dan sikap mangsa buli yang pasif seolah-olah
merupakan tanda yang mereka merasa tidak selamat dan merasa diri sebagai individu yang
tidak berguna dan tidak boleh melawan balik jika diserang atau dihina. Sullivan, Sullivan dan
Cleary (2004), menyatakan mangsa buli juga mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri
dengan rakan-rakan yang lain. Mangsa yang pasif merupakan mangsa yang mudah dibuli dan
tiada pertahanan diri. Mangsa buli seperti ini akan cuba berbaik-baik dengan mereka yang
membuli demi mengelakkan daripada dibuli lagi. Manakala Noran Fauziah dan Goh (2007)
menyatakan bahawa mangsa buli selalunya sangsi terhadap diri sendiri dan mempunyai harga
kendiri yang rendah. Noran Fauziah & Goh (2007) juga menjelaskan terdapat perkaitan di
antara kes-kes membunuh diri dengan gejala buli, di mana mangsa-mangsa buli membuat
keputusan menghentikan pembulian terhadap diri mereka dengan membunuh diri. Terdapat
juga mangsa buli yang menghadapi masalah ponteng sekolah. Mereka memilih untuk ponteng
bagi mengelakkan diri mereka dibuli disebabkan ketakutan yang teramat sangat. Batsche &
Knoff (1994) dan Olweus (1993) juga telah melihat selalunya mangsa buli merupakan seorang
yang sentiasa merasa cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai harga diri yang
rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari. Sesetengah mangsa buli tidak
mempunyai rakan baik untuk berkongsi masalah dan meminta perlindungan. Mereka terdedah
kepada tingkah laku buli daripada pelajar lain. Mangsa-mangsa buli ini suka bersendirian dan
mereka juga sering disisihkan oleh pelajar-pelajar lain.

Soalan Kajian / Hipotesis


1. Adakah buli memberikan kesan buruk terhadap kehadiran mangsa buli ke sekolah?
2. Adakah buli menyekat pencapaian akademik mangsa buli di sekolah?
3. Apakah sokongan emosi dari persekitaran dan keluarga memberi kesan positif terhadap
masalah ponteng sekolah?
4. Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani gejala buli di sekolah?

3.0 Tinjauan Literatur


Kebanyakan kajian buli dilakukan di sekolah-sekolah bandar dan luar bandar yang berdekatan
dengan kemudahan (Yahaya, Boon, Hashim, Mustaffa & Muhamad, 2008; Yahaya & Ahmad,
2005; Saibon & Khairani 2006 & Khalid, 2007) moden seperti kompleks-kompleks membeli
belah, capaian teknologi maklumat, kemudahan jalan raya dan kemudahan kenderaan awam
yang memudahkan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
kawasan setempat yang lain. Ini secara tidak langsung memberikan kebebasan berkomunikasi
dan bersosialisasi dengan masyarakat setempat yang lain. Justeru itu, membuatkan serapan
pemikiran, adab dan perlakuan (budaya) dan bentuk sosialisasi yang boleh menukar keadaan
perlakuan, persepsi dan budaya masyarakat setempat tersebut (Wan Yusoff, Wan Abdul Kadir,
2005).

Di Malaysia, buli telah pun menjadi isu dan diberikan perhatian serius oleh pihak
kerajaan. Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (2009) menyatakan
bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam apa jua keadaan sekalipun berhubung dengan
kes buli yang melibatkan pelajar sekolah di negara ini. Malah sejak 2002 lagi beliau telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu buli di peringkat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2004, beliau juga telah meluahkan rasa bimbangnya terhadap
fenomena ini semasa merasmikan Majlis Pelancaran Poster Anti Buli di Sekolah Kebangsaan
Victoria, Kuala Lumpur. Beliau menyatakan bahawa beliau memerlukan bantuan dan
kerjasama serta kepakaran semua pihak untuk membantu memerangi gejala buli ini (Laman
Mikro Bernama, 29 Julai 2009). Pada 2016, Datuk Seri Mahdzir Kahlid menyatakan
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah yang tegas supaya kes-kes buli dan
gangsterrisma tidak berulang, kini masalah buli di Malaysia menunjukkan penurunan 0.06%
berbanding 0.08%
Objektif
1- Mengkaji kesan buruk buli terhadap kehadiran mangsa buli ke sekolah.
2- Mengkaji kesan pencapaian akademik mangsa buli di sekolah.
3. Mengenal pasti kesan sokongan emosi dari persekitaran dan keluarga terhadap masalah
ponteng sekolah.
4. Mengenal pasti langkah yang perlu diambil untuk menangani gejala buli di sekolah

4.0 Metadologi
1. Penerangan Metadologi

Dalam membangunkan Program Buli Sifar di sekolah, Olweus Bullying Prevention Program
(OBPP) diadaptasi. Di samping itu Pusat Panggilan Setempat Buli diwujudkan.

Olweus Bullying Prevention Program (OBPP).


Tercetus pada tahun 1893 dimana terdapat 3 pelajar lelaki northen Norway telah membunuh
diri disebabkan buli oleh rakan sebaya di sekolah. Laporan program ini menyatakan setelah
dilaksanakan selama 2 tahun setengah, terdapat penurunan sebanyak 50% pelajar dibuli dan
membuli hasil daripada pelaksanaan program ini. Keberkesanan program ini turut telah
diadaptasi oleh beberapa negara seperti United States telah dapat membendung kes buli di
negara mereka.

Untuk mencapai matlamat ini, warga sekolah akan dicadangkan untuk memberi
penumpuan kepada penstrukturan semula persekitaran sekolah untuk mengurangkan peluang
untuk membuli dan membina rasa bermasyarakat di dalam diri pelajar. OBPP dibina atas empat
prinsip utama, yang diperolehi daripada teori dan penyelidikan mengenai salahlaku di kalangan
belia (Olweus 1993). Orang dewasa dalam persekitaran sekolah hendaklah :
(a) menunjukkan perhatian dan minat positif terhadap pelajar
(b) menetapkan had terhadap tingkah laku yang tidak boleh diterima
(c) menggunakan pendekatan positif yang konsisten untuk mengukuhkan tingkah laku
positif dan akibat konsisten dan tidak bermusuhan apabila melanggar peraturan
(d) bertindak sebagai model yang positif untuk tingkah laku yang sesuai

(Olweus 1993; Olweus et al., 2007).

1. Strategi pelaksanaan

Pelaksanaan program terbahagi kepada 4 komponen.

a) Komponen 1(Pentadbiran soal selidik)

Pentadbiran soal selidik tanpa nama untuk menilai sifat dan kelaziman buli di setiap sekolah,
hari persidangan sekolah untuk membincangkan pembuli di sekolah dan merancang campur
tangan, pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Bullying untuk menyelaraskan
semua aspek program sekolah dan meningkatkan penyeliaan pelajar di "tempat yang panas"
untuk membuli.

b) Komponen kedua (komponen bilik darjah)


Penubuhan dan penguatkuasaan peraturan kelas terhadap buli, dan mengadakan pertemuan
kelas biasa dengan pelajar.

c) Komponen ketiga (Komponen individu)


Campur tangan dengan kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai pembuli dan mangsa, dan
perbincangan dengan ibu bapa pelajar yang terlibat. Guru boleh dibantu dalam usaha ini oleh
kaunselor dan profesional kesihatan mental berasaskan sekolah.

d) Komponen keempat (penglibatan komuniti setempat)


Penglibatan komuniti setempat dalam menyokong program OPBB di sekolah.

5.0 Keputusan Yang Dijangka

1. Orang dewasa dan persekitaran sekolah akan menunjukkan minat dan memberi
perhatian positif terhadap pelajar
2. Pengurangan kes buli berlaku di “tempat yang panas” untuk membuli
3. Pelajar berkesedaran dan membudayakan persekitaran tanpa buli di kawasan sekolah
dengan adanya penguatkuasaan peraturan buli sifar
4. Ibu bapa berkesedaran untuk menjadi model positif untuk tingkah laku yang sesuai
ditunjukkan dihadapan pelajar
5. Komuniti mengamalkan budaya ambil kisah dan peduli terhadap persekitaran buli sifar

6.0 Rujukan

Baldry, Anna C. (2004). ‘What about bullying?’. An Experimental field study to understand
student’s attitudes towards bullying and victimization in Italian middle school. British
Journal of Educational Psychology, 74, 583-598.
Olweus, D. (2001). Peer harassment: A critical analysis and some important issues. In J.
Juvonen & S. Graham (Eds.). Peer harassment in school: The plight of the vulnerable and
victimized, 3-20. NY: Guilford Press
Olweus, Dan. (2005). A useful evaluation design and effects of the Olweus Bullying Prevention
Program. Psychology, Crime & Law, 11(4), 389- 402. Routledge.
Olweus, Dan. (2007). Olweus Bullying Questionnaire: Standard School Report. USA:
Minnesota. Hazelden Pub.
Paluck, Elizabeth Levy & Shepherd, Hana. (2012). The Salience of Social Reference: A Field
Experiment on Collective Norms and Harrassment Behaviour in a School Social Network.
Journal of Personality and Social Psychology, 103(6), 899-915
Rigby, K. (2002). New perspectives on bullying. London & Philadelphia: Jessica Kingsley
Schwartz, Shalhevert, Attar & Kassabri, Mona Khoury. (2008). Indirect versus Verbal Forms
of Victimization at School: The Contribution of Student, Family, and School Variables.
National Association of Workers, 32(3), 159-170
Vlachou, Maria; Andreou, Eleni; Botsoglou, Kafenia & Didaskalou, Eleni. (2011).
Bully/Victim Problems Among Preschool Children: A Review of Current Research
Evidence. Educational Psychology Review, 23, 329-358.

You might also like