You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN
Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa pelbagai masalah sosial telah berlaku dalam

kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih penting ialah masalah sosial yang berlaku pada
dahulu hanya berlaku bermula pada peringkat sekolah menengah namun pada hari ini ianya
turut terjadi di sekolah rendah. Untuk memenuhi tugasan PBKK 3013 Teori Kaunseling,
masalah membunuh diri yang berlaku di sekolah rendah akan dikaji dalam kajian ini. Kes
membunuh diri yang dikaji ialah kes yang berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Ipoh,
Perak iaitu SJKC Chong Hwa Kanthan yang berlaku pada bulan Jun tahun 2015. Terdapat
beberapa sebab mengapa masalah membunuh diri dikaji dalam kajian ini. Antara sebabnya
ialah, masalah membunuh diri dalam kalangan murid ialah suatu masalah yang sangat serius
kerana ianya mampu membawa kepada kematian kepada murid jika dibandingkan dengan
masalah sosial yang lain seperti mencuri, merokok dan sebagainya. Masalah membunuh diri
dalam kalangan murid selalunya berpunca daripada masalah-masalah yang kecil yang berlaku
di sekolah. Oleh itu, sebagai kaunselor sekolah haruslah peka kepada perubahan dalam diri
murid untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kepada berlakunya masalah membunuh
diri dalam kalangan murid sekolah rendah. Antara puncanya ialah latar belakang keluarga.
Kadang-kadang apabila kita mendengar suatu siri kes membunuh diri, murid-murid yang terlibat
dalam kes membunuh diri biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa. Apabila mereka
sentiasa menerima tekanan daripada ibu bapa yang sentiasa bergaduh dan tidak pernah
mengambil berat terhadap mereka maka mereka akan cuba untuk membunuh diri sebagai cara
untuk melepaskan tekanan. Selain itu, terdapat juga murid yang cuba untuk membunuh diri
akibat daripada tekanan dalam pelajaran. Semua murid mengharapkan diri mereka
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Namun, sekiranya mereka mendapat
keputusan yang teruk maka mereka akan rasa diri mereka tidak setanding dengan pelajar lain
dan takut dimarahi oleh ibu bapa di rumah. Oleh itu, mereka memilih jalan terakhir iaitu dengan
membunuh diri daripada menanggung beban tersebut.

2.0

LATAR BELAKANG KLIEN DALAM KES YANG DIKAJI


Klien yang dikaji dalam kajian ini ialah merupakan seorang murid perempuan yang

belajar di SJKC Chong Hwa Kanthan yang terletak di Ipoh, Perak. Murid perempuan tersebut
merupakan seorang murid sekolah rendah yang berusia 12 tahun. Menurut ibu bapa murid
tersebut, klien merupakan seorang anak yang pendiam dan jarang bercakap ketika di rumah.
Semasa di sekolah, klien juga jarang bergaul dengan rakan-rakan kelas yang lain. Klien lebih
suka menyendiri daripada rakan-rakan yang lain dan jarang menceritakan hal-hal yang berlaku
dalam diri dia kepada guru-guru di sekolah mahupun rakan-rakan yang lain. Selain itu, dari segi
prestasi pelajaran pula, klien merupakan pelajar yang sederhana dalam pelajaran.

3.0

MASALAH YANG DIKENAL PASTI


Masalah yang dikaji dalam kajian ini merupakan kes membunuh diri pelajar sekolah

rendah SJKC Chong Hwa Kanthan Ipoh, Perak iaitu murid perempuan sekolah rendah yang
berusia 12 tahun. Kejadian tersebut berlaku pada pagi 19 Jun 2015. Murid tersebut seperti
biasa pergi ke sekolah pada awal pagi tersebut dengan menaiki basikal. Setelah sampai di
sekolah, murid tersebut terus menuju ke tingkat tiga bangunan sekolah seperti mana yang
dilaporkan oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut iaitu encik Ahmad Suhaimi. Menurut
laporan pihak polis, murid perempuan tersebut dipercayai meletakkan sebuah kerusi dengan
menyandarkan kerusi tersebut ke dinding dan terjun ke bawah bangunan melalui kerusi
tersebut.
Semasa ditemu ramah oleh pihak media, Ibu bapa murid menyatakan bahawa murid
perempuan tersebut mengalami tekanan dalam pelajarannya dan sering kali dimarahi oleh guru
ketika di sekolah kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru di sekolah. Murid
perempuan tersebut membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah dan
hanya mengalami patah kanan tangan dan cedera pada tulang belakang. Setelah kejadian
tersebut disedari oleh guru di sekolah, guru sekolah segera menelefon pihak ambulans untuk
menghantar murid tersebut ke hospital. Murid tersebut telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh.

Gambar 1: Tempat kejadian murid sekolah membunuh diri

4.0

TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH


4.1

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)

Berdasarkan masalah yang dikaji iaitu kes murid sekolah rendah yang membunuh diri di
kawasan sekolah yang melibatkan pemikiran seseorang manusia yang tidak rasional. Maka,
teori kaunseling yang paling sesuai yang perlu dipilih adalah teori rasional emotif tingkah laku
(REBT). Teori REBT merupakan teori yang dipelopor oleh Albert Ellis. Albert Ellis pada awalnya
merupakan seorang pengamal teori Psikoanalisis namun beliau mula memperkenalkan teori
REBT pada tahun 1955 selepas tidak berpuas hati dengan keberkesanan dan tempoh yang
terlalu panjang untuk pendekatan teori Psikoanalisis. (Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir,
2013). Teori REBT menerangkan bahawa segala tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh
pemikiran manusia yang tidak rasional dan menolak anggapan bahawa sesuatu kejadian yang
berlaku pada masa lampau yang menyebabkan kepada gangguan atau masalah yang dihadapi
klien. Tetapi, pemikiran seseorang individu yang negatif yang menjadi punca kepada rasa
murung, benci dan sebagainya.

Menurut Khoo Bee Lee dalam bukunya Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, teori
REBT menekankan bahawa manusia adalah unik dan mempunyai potensi untuk berfikir secara
rasional untuk mencapai kesempurnaan diri sendiri. Namun, apabila sistem kepercayaan
seseorang individu diganggu maka ianya akan menyebabkan gangguan secara berterusan
terhadap individu itu sendiri. Ellis mempercayai bahawa pemikiran manusia yang tidak logik dan
silap akan menyebabkan gangguan emosi kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, Ellis dalam
teorinya telah menyenaraikan 11 kepercayaan tidak rasional manusia yang telah menyebabkan
manusia sering kali mengalami gangguan emosi dan seterusnya akan mendorong manusia
untuk melakukan perkara yang boleh membinasakan diri.
11 kepercayaan tidak rasional yang diperkenalkan oleh Ellis merupakan konsep asas
dalam teori REBT. Ellis menyatakan bahawa emosi manusia terbahagi kepada 2 iaitu emosi
rasional dan emosi tidak rasional. Emosi rasional ialah seperti gembira, teruja, kecewa dan
sebagainya. Manakala emosi tidak rasional adalah seperti marah, putus asa, rasa tidak berguna
dan sebagainya. Sekiranya seseorang individu mempunyai emosi sebegitu, maka ianya akan
menyebabkan manusia mudah berasa kecewa terhadap dirinya sendiri. Dari saat itulah
manusia akan mula memikirkan perkara yang tidak rasional seperti ingin membunuh diri,
membunuh orang lain untuk melepaskan geram dan sebagainya. Rasionalnya, pemikiran yang
negatif akan menyebabkan manusia tidak mampu untuk bertingkah laku secara baik dan
produktif. (Khoo Bee Lee, 2014)
Selain itu, Albert Ellis telah memperkenalkan konsep ABCDE dalam teorinya untuk
menjelaskan bagaimana pemikiran seseorang manusia akan mempengaruhi tingkah laku
dirinya sendiri.

Gambar 2: Model ABCDE oleh Albert Ellis dalam teori REBT


4

Setiap teori mempunyai matlamatnya tersendiri, begitu juga dengan teori REBT. Antara
matlamat teori REBT ialah meminimumkan rasa menyalahkan diri sendiri dan membantu klien
mengenal pasti pemikiran tidak rasional yang mengundang kepada gangguan emosi. Selain itu,
teori ini juga bermatlamat untuk menggalakkan seseorang individu supaya lebih bertoleransi
dengan diri sendiri dan orang lain untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Seperti kes
membunuh diri yang dikaji, murid sekolah rendah berani untuk membunuh diri adalah
disebabkan oleh pemikiran tidak rasional yang menguasai pemikirannya. Oleh itu, guru
bimbingan dan kaunseling haruslah melaksanakan sesi kaunseling dalam keadaan yang
kondusif supaya klien boleh merasionalkan dirinya melalui teknik-teknik yang sedia ada dalam
teori ini.

5.0

TEKNIK-TEKNIK

DALAM

TEORI

REBT

YANG

DIGUNAKAN

UNTUK

MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KES YANG DIKAJI


Teori REBT yang dipelopor oleh Albert Ellis mempunyai pelbagai teknik yang boleh
diaplikasikan kepada klien dalam kes iaitu murid perempuan sekolah rendah yang terlibat dalam
kes membunuh diri ketika menerima sesi kaunseling individu. Disebabkan tingkah laku klien
untuk membunuh diri merupakan tingkah laku negatif yang dihasilkan oleh pemikiran yang tidak
rasional, maka, dengan harapan dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam teori
REBT boleh membantu mengubah pemikiran klien terhadap masalah yang dialaminya iaitu
masalah tekanan dalam pelajaran. Sekiranya pemikiran dan tingkah laku klien dipandang
remeh tanpa mengambil sebarang tindakan, maka, kejadian membunuh diri tersebut
semestinya akan berlaku lagi dan kemungkinan murid-murid yang lain juga akan mengambil
langkah yang sama untuk menghilangkan tekanan yang mereka alami ketika di sekolah.
Antara teknik teori REBT yang boleh diaplikasikan kepada klien ialah teknik mencabar
pemikiran. Menurut Khoo Bee Lee (2014), teknik mencabar pemikiran merupakan salah satu
teknik yang biasa digunakan bagi menghapuskan pemikiran tidak rasional dalam diri klien
supaya klien boleh merasionalkan diri sendiri dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang
positif. Teknik mencabar pemikiran merupakan teknik mencabar pemikiran dan kepercayaan
kognitif sama ada secara kognitif, tingkah laku atau imaginasi. Untuk melaksanakan teknik
tersebut, kaunselor akan menanyakan soalan kepada klien dalam kes ini untuk mencabar
pemikiran klien yang tidak rasional yang menyebabkan klien membunuh diri. Kaunselor akan
5

menggunakan soalan seperti kenapa mesti begitu?, adakah wajar bertindak demikian? dan
sebagainya supaya klien boleh menanyakan soalan kepada dirinya sendiri dan secara tidak
langsung boleh merasionalkan pemikiran tidak rasional yang diamalkan sebelum ini.
Selain daripada teknik mencabar pemikiran, teknik imaginary disputation juga boleh
diaplikasikan ke atas diri klien dalam kes ini. Teknik tersebut merupakan suatu teknik yang
mempunyai variasi terapi yang boleh diaplikasikan kepada klien seperti imageri-rasional,
Emotional Control Card (ECC) dan shame-attacking. Imageri-rasional merupakan suatu bentuk
latihan mental untuk membentuk pemikiran klien yang baru. Kaunselor akan memberi peluang
kepada klien dalam kes ini untuk berimaginasi tentang tindakan klien membunuh diri dan
seterusnya menyuruh klien untuk merasa keadaan setelah membunuh diri supaya klien takut
untuk berbuat demikian. (Khoo Bee Lee, 2014)
Selain itu, terapi ECC adalah bertujuan untuk membantu klien mengawal segala
pemikiran tidak rasional yang menyebabkan klien bertindak untuk membunuh diri. Klien akan
disuruh untuk memilih kad emosi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi iaitu tekanan
dalam pelajaran dan klien boleh mengetahui cara-cara untuk mengawal emosinya melalui
pembacaan maklumat-maklumat dalam kad tersebut. Di samping itu, terapi shame-attacking
juga boleh membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seperti mana yang
dilaporkan dalam akhbar, klien merupakan seorang murid yang pendiam dan jarang bergaul
dengan rakan. Sekiranya masalah ini berlarutan, ianya akan menyebabkan klien mengalami
kemurungan dan seterusnya cuba untuk membunuh diri. Oleh itu melalui terapi ini, klien akan
dibantu untuk tidak berasa malu ketika bergaul dengan rakan lebih-lebih lagi apabila kes klien
membunuh diri ini diketahui oleh banyak pihak.

Gambar 3: Contoh Emotional Control Card (ECC)


6

Selain itu, kaedah Behavioral disputation juga juga boleh dijalankan keatas klien.
Behavioral disputation merupakan suatu teknik mengajar klien untuk bertingkah laku secara
bertentangan terhadap tingkah laku yang biasa diamalkan olehnya. Klien merupakan seorang
murid yang pendiam dan tidak mudah bergaul dengan orang lain termasuk ibu bapa di rumah.
Oleh itu segala perasaan dan masalah akan dipendam dalam dirinya sendiri dan lamakelamaan situasi tersebut akan menyebabkan klien mengalami penyakit kemurungan dan asyik
menyalahkan diri sendiri. Akhirnya klien akan menggunakan cara membunuh diri supaya
masalahnya akan selesai kerana tidak mampu menahan beban menanggung segala masalah
yang dihadapinya. Oleh itu, melalui teknik ini, klien akan diajar untuk bersosial secara sihat
dengan rakan-rakan yang lain dengan cara bermain, berbual dan sebagai kerana ini secara
tidak langsung mampu membantu klien untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan yang
lain.
Bukan sekadar itu sahaja, teknik pita rakaman juga sangat sesuai untuk diaplikasikan
kepada klien dalam kes ini. Kita mengetahui bahawa klien merupakan murid 12 tahun yang
membunuh diri sebab mengalami tekanan dalam pelajaran. Oleh itu, semasa dalam sesi
kaunseling individu, kaunselor akan meletakkan satu pita rakaman untuk merakam segala
perbualan dalam sesi dan kaunselor akan memainkan semula pita tersebut kepada klien.
Rasionalnya ialah supaya klien boleh mengesan tindak balas tidak rasionalnya ketika dalam
sesi. Setelah klien mengetahui bahawa pemikirannya yang tidak rasional yang mendorongnya
untuk membunuh diri, maka klien akan mengubah persepsi dan pemikiran pada masa akan
datang sekiranya mengalami masalah yang sama supaya tindakan membunuh diri boleh
dielakkan.
Teknik terakhir yang boleh dilaksanakan kepada klien dalam kes ini ialah teknik
biblioterapi. Klien akan diminta oleh kaunselor untuk membaca buku bantu diri (self help) ketika
di rumah sebagai kerja rumah untuk klien. Buku bantu diri ini akan memberi klien lebih banyak
ilmu atau maklumat tentang perkara yang ingin diketahui iaitu berkaitan dengan cara-cara
menghadapi tekanan dalam pelajaran supaya klien boleh merasionalkan dirinya sendiri
daripada melakukan tindakan yang boleh menghancurkan masa depannya.

Gambar 4: Contoh buku bantu diri untuk klien


6.0

KESIMPULAN
Tuntasnya, kes membunuh diri di sekolah sememangnya perlu diberi perhatian dari

semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, kes membunuh diri dalam kalangan murid sekolah
adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang serius yang perlu diberi perhatian oleh guruguru di sekolah dan kaunselor. Guru bimbingan dan kaunseling di sekolah haruslah bersikap
proaktif untuk membuat aktiviti dalam peringkat sekolah seperti program pencegahan dan
memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang terlibat dalam masalah sosial dan murid
yang mengalami tekanan terutamanya dalam pelajaran untuk mengelakkan perkara yang tidak
dingini berlaku. Bak kata orang tua, mencegah lebih baik daripada merawat adalah benar
sekali sebelum masalah yang timbul menjadi lebih serius. Sekiranya selepas sesi kaunseling,
klien dalam kes yang dikaji boleh mengubah pemikirannya terhadap masalah-masalah yang
dihadapi, maka klien boleh bertingkah laku dengan lebih positif pada masa akan datang. Oleh
itu, setiap warga sekolah haruslah berkolaborasi dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan
murid-murid di sekolah supaya murid-murid yang dilahirkan mampu menyumbang tenaga
kepada negara untuk mencapai wawasan 2020 kelak.

(1984 Patah
Perkataan)

RUJUKAN

BUKU RUJUKAN
Ee, A. M. (1999). Bimbingan dan Kaunseling 1. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Khoo, B. L. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Lee, K. C. et.al. (2014). Bimbingan
Bhd.

dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: UG Press Sdn.

Mok, S. S. (2003). Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan.
Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd.
Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

TESIS
Norhayati Yaacob. (2013). Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar Darjah Empat,
Darjah Lima dan Darjah Enam di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru, Johor
Darul Tazim, Malaysia. Johor: Open Univeristy Malaysia.
Zarina Samin. (2012). Hubungan Penghargaan Kendiri dan Kemurungan Dalam Kalangan
Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor. Johor: Kolej Komuniti Bandar Penawar
Johor.

JURNAL
Asmah Suboh et.al, (2011). Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah
dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Jurnal Pendidikan Psikologi dan
Kaunseling, Jilid 1. Mac 2011, 77-93.
9

SUMBER INTERNET
Oriental Daily News. (2015). Cubaan Murid Tahun 6 Untuk Membunuh Diri, Ibu Bapa Menafikan
Anak Mereka Membunuh Diri. Dimuat turun pada 26 Ogos 2015 daripada
http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373.

CUBAAN MURID TAHUN 6 UNTUK MEMBUNUH DIRI, IBU BAPA


MENAFIKAN ANAK MEREKA MEMBUNUH DIRI
Diterjemah dari - http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373

IPOH Seorang murid perempuan tahun 6 SJKC Chong Hwa Kanthan Baru, Chemor
Perak, yang dipercayai menaiki basikal ke sekolah pada awal pagi telah mencuba untuk
membunuh diri melalui terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah pada pukul 6.15 pagi
semalam. Namun, murid tersebut dilaporkan patah tangan kanan dan keadaan
dilaporkan tidak kritikal. Murid tersebut kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ipoh.
Berkenaan dengan kes tersebut, pihak polis telah menemui sebuah kerusi yang
bersandar pada dinding 4 kaki tinggi di tingkat 3 sekolah tersebut dan pihak polis
membuat andaian bahawa murid tersebut cuba untuk membunuh diri. Namun, ibu bapa
kepada murid tersebut menafikan kenyataan pihak polis ketika ditemu ramah di
hospital.
Selain daripada mengalami kepatahan pada tangan kiri, tulang belakang murid tersebut
juga mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan rapi di hospital. Ibu bapa murid
tersebut menunggu di luar bilik ICU ketika anak mereka dirawat.
Tambahan lagi, rumah kediaman murid tersebut tidak jauh daripada kawasan sekolah
dan murid tersebut biasanya hanya menaiki basikal ke sekolah. Selepas menyedari
kejadian tersebut, guru sekolah segera memanggil ambulans untuk menghantar murid
tersebut ke hospital untuk dirawat.
Menurut ibu bapa murid, murid tersebut adalah seorang murid yang pendiam dan
jarang bergaul dengan murid lain ketika di sekolah. Selain itu, keputusan murid tersebut
juga pada tahap memuaskan. Terdapat beberapa sumber yang mengatakan punca
murid tersebut membuat cubaan untuk membunuh diri ialah kerana mengalami tekanan
dalam pelajaran dan sering dimarahi oleh guru ketika dalam kelas berkenaan dengan
kerja rumah.
10

Menurut pengawal sekolah terbabit, iaitu encik Ahmad Suhaimi menyatakan dia
ternampak murid tersebut sampai ke sekolah pada pukul 6.15 pagi dan terus ke tingkat
3 bangunan sekolah. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi hentakan di lantai
bawah sekolah dan menyedari murid tersebut sedang meminta tolong dalam keadaan
cedera.

11

You might also like