You are on page 1of 5

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) MOD CUTI SEKOLAH

SEMESTER 1 SESI 2023/2024

KPP 4023: APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU (PENULISAN KRITIS)

KUMPULAN KULIAH: E

PELAJAR: SUHAILA BINTI JAMALUDDIN

NO. MATRIKS: L20222013599

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NOR JUNAINAH BINTI MOHD ISA


1.0 Pengenalan

Berdasarkan artikel yang bertajuk ‘Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin
Berleluasa di Sekolah’ yang ditulis oleh Ngo yew Yung, Nasharuddin Imraan bin Rosli,
Muhammad Afiq Aizaq bin Mat Salleh @ Sukri, Fatin Nur Syahirah binti Abdul Hamid, Nor
Nasihah binti Mohd Robi, Nurul Nasuha binti Rosly dan Mohd Razimi bin Husin pada tahun
2019 dari Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat perkara
yang boleh dipanjangkan dari segi isi utama artikel, konsep dan teori yang bersesuaian dan
cadangan penambaikan terhadap kajian artikel.

Artikel ini membincangkan mengenai respon guru berkenaan isu buli di sekolah sama
ada positif atau sebaliknya, mengenalpasti isu-isu permasalahan buli yang kerap berlaku
dalam kalangan pelajar asrama dan menilai serta mengkaji proses pengawalan, pemantauan,
pelan tindakan serta strategi yang digunakan oleh guru bertujuan unutk mencegah isu gejala
buli di sekolah.

Metodologi kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah temu bual
berbentuk temu bual semi struktur. Berdasarkan artikel, didapati bahawa pengkaji menyoal
soalan formal yang dibina tetapi penemubual juga diberi kebebasan untuk menyoal lebih
mendalam tentang jawapan responden yang telah ditanya secara formal.

2.0 Isi Utama Artikel

Artikel ini merupakan satu penulisan ilmiah yang mengkaji mengenai perspektif guru
terhadap penglibatan pelajar dalam kes buli di sekolah. Guru telah disoal siasat atau di temu
bual dengan beberapa soalan yang berkait dengan buli dalam kalangan pelajar. Antara soalan
yang dikemukan ialah siapakah selalu membuli dan dibuli, tindakan pelajar yang dibuli dan
sebagainya. Respon untuk setiap soalan yang dituju mendapati ia mempunyai jawapan yang
berlainan kerana bergantung kepada perspektif guru dari segi tahap pengalaman mengendali
kes pelajar buli di sekolah. Sebagai contoh, didapati bahawa pelajar peremuan juga terlibat
sama dalam masalah buli namun demikian situasi berlainan dibandingkan dengan pelajar
lelaki kerana kes buli dalam kalangan lelaki adalah lebih untuk menunjukkan diri hebat dan
membuli dari segi fizikal manakala pelajar perempuan kebiasaannya kerana berebut dengan
teman lelaki dan pelajar perempuan kerap bergaduh diluar sekolah.
Penulis artikel ini juga menyatakan beberapa isu-isu permasalahan buli kerap berlaku
di sekolah atau asrama. Pertama sekali ialah kerana jumlah pelajar yang ramai menyukar
pihak sekolah untuk mengawal kegiatan buli. Sesungguhnya, saya bersetuju dengan pendapat
penulis kerana pelajar yang terlibat dengan buli ini kebanyakannya yang menginap di asrama.
Dengan kawalan yang tidak berapa ketat disebabkan oleh di pantau oleh guru yang sedikit,
menyukarkan untuk memastikan kegiatan buli ini menjadi sifar. Isu yang kedua ialah sikap
ibu bapa yang tidak mempercayai anak mereka yang mempunyai masalah di sekolah atau di
asrama. Tidak di nafikan ibu bapa pasti akan membela anak beliau dan menyokong anaknya
kerana kasih dan sayang mereka. Warden dan guru meluangkan banyak masa dengan pelajar
ini dibandingkan dengan masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak mereka kerana
ibu bapa hanya dibenar berjumpa anak mereka pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Akhir sekali ialah penulis menyatakan kesukaran pihak sekolah untuk mengekang dan
mengatasi masalah buli ini apabila mangsa buli bertindak untuk tidak memberi kerjasama
kepada pihak sekolah. mangsa buli yang dikatakan oleh penulis ini ialah seorang yang
pendiam dan introvert dan mangsa berasa lagi takut kepada tindakakan pembuli sekiranya dia
melaporkan kepada guru. Mereka bimbang akan dibuli dengan lebih teruk.

Kemudian, penulis membincang mengenai analisi SWOT untuk lebih menumpukan


kepada hasil pengkajian. Penulis mendapati bahawa demi mencapai kekuatan harus
melakukan beberapa tindakan seperti memperkukuhkan kesedaran pelajar melalui subjek
seperti Pendidikan Moral atau Pendidikan Islam. Pada pendapat saya, apabila dititipkan
sekali ilmu mengenai keagamaan sekurang-kurangnya memberi mereka satu gambaran dan
kesedaran kepada pembuli. Juga bantuan dari pihak luar contoh pihak polis untuk memberi
ceramah kesedaran buli kepada pelajar juga harap berkesan kepada pelajar untuk membuka
minda mereka bahana buli dari segi jangka pendek dan jangka panjang.

Dari segi kelemahan, penulis menegaskan terhadap isu pelajar mangsa buli yang tidak
memberi kerjasama terhadap pihak sekolah demikian gerun mangsa akan dibuli lebih teruk.
Penulis menyatakan mangsa buli akan berasa trauma sehingga hilang daya tumpuan dalam
kelas. Dari segi halangan, pihak penulis menyebut bahawa pihak sekolah mengalami kurang
peruntukan untuk pemasangan CCTV kerana kos yang tinggi. Juga untuk penambaikan ialah
program kaunseling perlu di lakukan secara berkala dan guru perlu mengambil berat atas
segala aduan pelajar berkaitan masalah disiplin. Guru perlu bijak menyiasat dan sedia
menjadi tempat pelajar bercerita dan mendenar masalah dari mangsa buli.
3.0 Kesesuaian Konsep dan Teori

Kesesuaian Konsep dan Teori yang didapati boleh dikaitkan dengan artikel ini ialah
Teori Psikoanalitik dari Sigmund Freud. Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan
superego yang dikaitkan dengan Teori Sigmund Freud dimana ia sering mempengaruhi antara
satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia. Id merupakan personaliti primitif yang
sentiasa bertindak berdasarkan prinsip keseronokan, bertindak di luar kawalan dengan
melakukan perlara yang tidak logik dan tidak bermoral. Manakala komponen ego pula
bersifatkan fikiran waras, logic, rasional, prinsip realiti di mana semua tindakan
dipertimbangkan dan mengawal tindakan yang hendak dilakukan oleh seseorang, memilih
persekitaran yang sesuai serta menentukan sama ada naluri mana atau cara yang dipuaskan.
Komponen terakhir ialah superego iaitu sebagai penentu tingkahlaku baik atau buruk.
Superego bersifat idealistik dan kesempurnaan.

Misalannya, seorang pelajar lelaki telah melakukan kesalahan membuli secara fizikal
terhadap kawannya kerana sifat id yang mengawal dan tidak berpuas hati, berdendam untuk
membalas dengan kejahatan dan memuaskan kepuasannya. Misalan untuk sifat ego pula
adalah pelajar menahan marah dan dengam terhadap pembuli kerana ego menahan dan
mengawal sifat idnya. Komponen superego peranan apabila berlaku situasi seperti seorang
peajar dibuli oleh rakannya dan dia ingin merancang membalas pukulan untuk melepaskan
sifat id yang tinggi namun begitu, terfikir bahawa tindakannya memberi kebaikan atau
keburukan balik kepada dirinya.

Tegasnya, dalam perhubungan antara id, ego dan superego ialah id sebagai pendesak,
ego sebagai pengatur dan superego adalah sebagai pemerhati serta mengurus id dan ego.

Teori yang boleh dikaitkan ialah teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Menurut
Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Pemikiran yang
kerap berubah selepas lahir sehingga dewasa. Oleh itu, setiap individu akan mencuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

4.0 Cadangan Penambaikan Terhadap Dapatan dan Kaitan dengan Teori yang
Dipelajari

Pada pandangan saya, selain dari kaedah menemu bual guru, penulis boleh membuat
penambah baikan dengan cara mengambil responden dalam kalangan pelajar itu sendiri.
Penulis digalakkan untuk menemuramah pelajar yang disyaki pembuli atau mangsa buli dan
cuba untuk salami hati dan keadaan murid itu sendiri. Soalan selidik dilakukan dan diedar
untuk mengetahu pendapat murid dan perspektif mereka sendiri cara menghindari masalah
disiplin.

Berdasarkan dapatan data kajian dan disokong dengan teori perkembangan


psikoanalitik, boleh dikatakan dapatan kajian ini boleh dipercayai dan dijadikan sebagai
panduan kepada pelbagai pihak untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab masing-
masing bagi mencegah masalah disiplin ini. Jika masalah ini berlarutan semesti memberi
kesan yang amat ketara kepada pelajar itu sendiri samada dalam pelajaran atau kehidupan
harian mereka. Selepas mengetahui punca dan faktor pelajar sering melakukan aktiviti
membuli, penulis boleh mengutarakan cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam
bahagian perbincangan selain daripda mengunakan langkah yang telah diambil oleh sekolah
tersebut. Cadangan-cadangan kreatif yang diberikan dapat menjadikan artikel penulis lebih
menarik lagi.

5.0 Rujukan

1. Ngo yew Yung, Nasharuddin Imraan bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq bin Mat Salleh @
Sukri, Fatin Nur Syahirah binti Abdul Hamid, Nor Nasihah binti Mohd Robi, Nurul Nasuha
binti Rosly dan Mohd Razimi bin Husin (2019) Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin
Berleluasa di Sekolah, International Journal of Humanities, Management and Social Sciences

You might also like