You are on page 1of 4

GGGD 5022 – SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TUGASAN INDIVIDU - PENULISAN ILMIAH


(BUKU - Tajuk: Bullying Prevention and
Intervention at School)

PENSYARAH: DR HAFIZ ZAINI

NUR I’ZZATI HUDA BINTI ABDUL GHANI

P123067
1.0 PENGENALAN

Buku ini menceritakan tentang gejala buli di sekolah beserta langkah-langkah bagi menghalang
dan membendung yang perlu dilakukan. Buku ini ditulis oleh Jacob U’Mofe Gordon pada tahun 2018.
Penulis bermula dengan memberikan definisi buli iaitu penganiayaan yang melibatkan tingkah laku
agresif yang tidak diingini, perbuatan yang berulang, dan melibatkan hubungan inter-personal yang
mempunyai ketidakseimbangan kuasa di mana satu pihak menguasai pihak yang lainnya. Tambahan pula,
buli juga dikenal pasti sebagai satu corak tigkah laku dan bukannya peristiwa terpencil yang mampu
memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada mangsa, pembuli malah orang-orang di sekeliling
juga.

Penulis turut menyenaraikan dua cara buli: secara langsung iaitu tingkah laku agresif yang terjadi
dengan kehadiran pelajar yang disasarkan dan juga secara tidak langsung di mana tingkah laku agresif
tidak disampaikan secara terus kepada pelajar yang disasarkan. Bentuk buli juga boleh dibahagikan
kepada empat iatu buli secara fizikal (melakukan kekerasan atau kecederaan tubuh badan), lisan atau
bertulis (mengejek, nota ugutan, isyarat tangan), perhubungan (dilakukan bagi merosakkan atau
menjatuhkan reputasi mangsa seperti pengasingan atau penyebaran maklumat palsu yang mengaibkan)
dan pemusnahan harta benda (mencuri atau merosakkan harta untuk mendatangkan kemudaratan).

2.0 PERBINCANGAN

Justeru itu, beberapa kaedah pencegahan buli telah dibangunkan oleh penulis. Kaedah-kaedah ini
perlulah unik, pelbagai dan komprehensif khusus mengikut keperluan persekitaran sosial sekolah bagi
mengatasi sifat atau bentuk buli yang pelbagai. Antara kaedah mencegah buli yang menarik perhatian
saya adalah melatih guru dalam mengesan dan campur tngan (intervention) dalam gejala buli yang
berlaku di sekolah mereka. Penulis telah membangunkan satu model program pencegahan berdasrkan
bilik darjah iaitu Semakan Kelas Buli atau Bullying Classroom Check-Up (BCCU) yang berfungsi untuk
membantu guru dalam mencegah, mengesan dan mencampur tangan tingkah laku buli yang berlaku dalam
bilik darjah mereka.

BCCU berhasrat untuk mencegah buli melalui pengurusan bilik darjah yang khusus dengan
mengintegrasikan jangkaan tingkah laku sosial, mengenal pasti tingkah laku berbohong di dalam bilik
darjah dan pemilihan dan pelaksanaan strategi yang dilakukan oleh guru untuk menangani dan campur
tangan dengan tingkah laku ini dalam masa nyata. Fokus utama BCCU adalah untuk mengurangkan
masalah buli dengan meningkatkan persekitaran bilik darjah di mana guru mememinkan peranan dengan
mencegah, mengesan secukupnya dan memberikan respon dengan efektif seterusnya mengurangkan
pendedahan dan kesan kepada pelajar yang terlibat secara langsung (mangsa, pembuli) mahupun tidak
langsung (pemerhati, saksi). Ini akan meningkatkan lagi persekitaran sosial di sekolah.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tulisan penulis yang menekankan
penglibatan guru dalam kaedah pencegahan buli kerana guru memainkan peranan yang sangat besar di
sekolah. Pelajar kebanyakannya cenderung untuk menemui dan meminta nasihat guru terutamanya guru
kelas sekiranya mereka mempunyai masalah. Oleh itu, guru perlulah meberikan sepenuh perhatian dan
tenaga dalam usaha menangani masalah buli. Cara penulisan dan susunan buku ini juga amatlah tersusun
dan mudah difahami. Bahasa penulisan yang digunakan juga mudah difahami walaupun terdapat
terma-terma teknikal yang digunakan. Namun, penulis telah menjelaskan maksud terma-terma tersebut
dengan terperinci beserta contoh yang mudah difahami.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, buku ini sangat membantu guru dalam memahami dan mengenal pasti kaedah,
teknik atau strategi yang efektif dalam usaha mencegah dan membendung masalah buli di sekolah.
Masalah buli ini bukanlah masalah baru tetapi ianya sudah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Antara
cadangan lain yang boleh dilakukan selain daripada peranan guru adalah peranan kerajaan sendiri iaitu
memastikan pembuli mendapat hukuman yang setimpal dan berkesan dari segi undang-undang. Selain itu,
ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberikan anak-anak ilmu keagamaan dan moral yang
secukupnya. Dengan adanya ilmu agama dan moral yang kuat, mereka dapat menjauhkan diri mereka
daripada perbuatan yang tidak bermoral seperti membuli rakan lain. Bukan itu sahaja, pihak sekolah
perlulah memastikan setiap kawasan sekolah mempunyai pengawasan yang bagus dan tiada tempat
tersorok yang boleh dijadukan ruang bagi pelajar melakukan masalah. Banyak kejadian buli berlaku di
kawasan-kawasan yang terpencil dan tidak diawasi.
4.0 RUJUKAN

Gordon, J. U. (2018). Bullying prevention and intervention at school: Integrating theory and research into best
practices. Bullying prevention and intervention at school: Integrating theory and research into best practices (pp.
1-155) doi:10.1007/978-3-319-95414-1 Retrieved from www.scopus.com

Link alternatif : https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1VWL6az3y5Lo5xb2U10YbcVH8PXjI8EAs

You might also like