You are on page 1of 14

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

1.0 PENGENALAN
Bimbingan merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru-guru kelas
memainkan peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka
secara efektif. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar
sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan
dan perkembangan dirinya (Othman Mohamed, 2000).
Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah dalam proses pembelajaran. Peranan guru bimbingan ialah untuk
merekomendasikan kelas pemulihan untuk murid-murid lemah yang membolehkan mereka untuk
meningkatkan pencapaian kendiri untuk tugasan-tugasan pembelajaran.
Shertzer dan Stone ( 1974 ) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu
oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.
Dengan itu mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan
minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehan ke satu tahap yang
maksimum tanpa menjejaskan kesejaheraan hidup yang mungkin mendatangkan stress yang
melampau.
Perkhidmatan bimbingan dalam pendidikan juga boleh membantu murid-murid
cemerlang, yang pandai dan berbakat dan juga yang lembap dan yang cacat. Terdapat tujuh
aktiviti asas dalam proses bimbingan pendidikan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling,
menilai, membolehkan, mengesyorkan dan juga maklum balas. Guru bukan sahaja memainkan
peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah
untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya
membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya.
Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal
ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran
dalam bilik darjah.

~1~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar,
bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan
masalah harian yang dihadapinya. Murid-murid yang memerlukan bimbingan dalam pendidikan
biasanya menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kurikulum yang timbul kerana
ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif atau kerana teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang kurang berkesan.
Bimbingan mesti diberikan pada semua peringkat hidup murid-murid dan juga dalam
perkembangan kerjaya mereka. Kejutan budaya, krisis keluarga, konflik persahabatan dan
masalah yang berkaitan dengan pendidikan merupakan beberapa masalah memerlukan
bimbingan dalam sekolah. Murid-murid menghadapi masalah kendiri dan kerjaya juga mungkin
memerlukan bimbingan dan kauseling. Kaunseling ini mungkin diberikan oleh guru-guru bilik
darjah atau seseorang kaunselor melalui sesi kaunseling berstruktur individu atau kaunseling
berkumpulan yang berfokus kepada satu masalah spesifik atau dalam bentuk kumpulan di mana
isu-isu generik perkembangan sosial perlu ditangani.

~2~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


2.0 ANALISIS SWOT KAJIAN MURID BERMASALAH TINGKAH LAKU
2.1 Profil Murid

Nama Murid

: MOHD AZRAIE BIN KAMARUZAMAN

Tarikh Lahir

: 21 JUN 2004

Tempat Lahir

: HOSPITAL SEBERANG PERAI

Nama Bapa

: SHAHRI BIN MOHAMED

Nama Ibu

: ZALENA BINTI MOHD SUBI

Pekerjaan Bapa

: KERANI PEJABAT

Pekerjaan Ibu

: SURI RUMAH

Pendapatan Sebulan

: RM 1200

No. Sijil Lahir

: BH 98564

Masalah tingkah laku

: KERAP MEMBUAT BISING DAN


MENGGANGU RAKAN

~3~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

Saya mempunyai kemahiran


interpersonal dan
intrapersonal yang baik.
Saya berupaya mengurus
kesenyapan atau mengawal
tingkah laku murid dengan
hanya merenung tajam ke
matanya.
Saya mampu membantu
murid membuat penyesuaian
peribadi, sosial dan emosi
dengan persekitaran sekolah.
Saya boleh menjalankan
terapi ke atas murid ini.
Saya akan berkolaborasi
dengan ibu bapa dan guru
lain untuk menangani
masalah ini.

Murid akan berubah ke arah


positif dengan kaedah yang
dilaksanakan.
Saya akan lebih
berkemahiran dalam
menangani masalah tingkah
laku murid.
Saya akan berpeluang untuk
merapatkan silaturrahim
dengan ibu bapa, guru dan
murid itu sendiri.
Saya dapat menerapkan nilai
murni dalam diri murid.
Saya berpeluang
menjalankan tanggungjawab
sebagai guru biasa dalam
membimbing murid yang

~4~

Saya tidak mempunyai


kemahiran dalam pengurusan
tekanan.
Saya tidak begitu rapat dan
mesra dengan murid ini
kerana kurang memberikan
perhatian kepadanya.
Saya kekurangan bahan dan
alatan untuk menjalankan
intervensi terapi ke atas
murid ini.
Saya berasa rendah diri
untuk berkolaborasi dengan
guru lain disebabkan
pengetahuan yang nipis.
Saya tidak mampu
menjalankan kajian dalam

Berkemungkinan tidak
mendapat sokongan atau
kerjasama daripada pihak ibu
bapa.
Kekurangan bahan atau
alatan akan mencacatkan
intervensi saya ke atas murid
ini.
Ibu bapa tidak membuat
pemantauan atau tindakan
selanjutnya di rumah dalam
menangani tingkah laku
anak.
Sikap ibu bapa yang lebih
mempercayai dan
memanjakan anak mereka.
Guru tidak membuat rujukan

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


3.0 PENDEKATAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DALAM MENANGANI
MASALAH TINGKAH LAKU MURID DALAM BILIK DARJAH
Dalam dunia pendidikan, adalah menjadi lumrah bagi seseorang guru untuk berhadapan
dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Ia merupakan realiti
yang perlu ditangani sepanjang menjalani karier sebagai pendidik. Tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah
murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu,
positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin
tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif
pula ialah perlakuan distruktif seperti tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku
mengganggu, dan sebagainya. Keduanya membawa kesan negatif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seringkali murid yang mempunyai masalah tingkah laku berputus asa terhadap diri
sendiri dan menganggap bahawa mereka

memang dilahirkan dan ditakdirkan sedemikian.

Mereka beranggapan bahawa mereka tidak dapat berubah dengan cara apa sekalipun kerana
itulah diri mereka. Mentaliti sedemikian menyukarkan pihak lain khususnya guru untuk
membantu mereka tambahan lagi dengan penerimaan serta pandangan negatif daripada
masayarakat sekeliling termasuklah ahli keluarga terdekat. Begitulah mentaliti tipikal masyarakat
terhadap individu yang bermasalah tingkah laku.
Murid-murid yang memerlukan bimbingan dalam pendidikan biasanya
menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kurikulum yang timbul
kerana ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif atau kerana teknikteknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Selain itu,murid
yang mempunyai motivasi rendah ,konsep kendiri rendah dan perhubungan
sosial

yang

rendah

serta

masalah-masalah

yang

berkaitan

dengan

kemiskinan yang memerlukan bimbingan dan sokongan dalam pendidikan


daripada seorang guru ialah krisis yang berkaitan dengan perkembangan

~5~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


mental seperti sikap mudah lupa atau menghadapi masalah dalam
memahami konsep-konsep yang diajar dalam bilik darjah.

Namun berbeza dengan Carls Rogers, beliau menegaskan bahawa manusia boleh diberi
kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan
yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu, (Corey,
2000). Beliau percaya bahawa setiap individu boleh berubah dengan sokongan serta bimbingan
yang betul daripada pihak tertentu dan dalam konteks ini, oleh guru murid berkenaan. Justeru,
murid bermasalah tingkahlaku sedemikian khususnya di dalam bilik darjah boleh dibantu dengan
mengaplikasikan Teori Pemusatan Perorangan yang diperkenalkan oleh beliau.
Teori Pemusatan Perorangan ini telah diperkenalkan Rogers dalam bukunya yang
pertama iaitu Counseling and Psychotherapy yang telah diterbitkan pada 1942. Teori yang
dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia sebagai aktif, mempunyai tujuan,
matlamat, sedia membaiki diri, yang mana kesemuanya menggambarkan bahawa manusia
mampu bertindak sendiri mengikut pembawaan semulajadinya.
Rogers tidak menggemari dengan sistem yang mengatakan bahawa
manusia tidak boleh dipercayai tetapi sebaliknya individu perlu diarah,
dimotivasi, disuruh, dihukum, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan oleh
orang

lain

yang

lebih

berkuasa

dan

mahir

dalam

sesuatu

bidang

(Corey,1982). Sehubungan dengan itu, guru ataupun kaunselor di sekolah berperanan


memberi harapan dan membimbing murid dalam mencapai perubahan diri dan merungkai
persoalan diri dalam usaha menangani masalah tingkahlaku murid di dalam bilik darjah.
Melalui pengalaman saya menjalani praktikum selama 5 minggu di
sebuah sekolah di daerah Tasek Gelugor, Pulau Pinang saya menghadapi
masalah yang mana murid saya selalu menganggu rakannya dan membuat
bising ketika saya sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila saya
menjalankan soal selidik menganai sikap negatif yang ditunjukkan oleh
murid tersebut,saya mendapati bahawa murid ini mempunyai satu persepsi

~6~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


yang berbeza mengenai dirinya sendiri. Murid berpendapat bahawa saya
memang tak boleh berubah.Dah macam tu dah. Apa nak buat?.
Untuk mengatasi masalah tingkah laku yang ditimbulkan oleh murid
ini, teori pemusatan perorangan amat sesuai diaplikasikan kepada murid
tersebut. Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam
konsep yang tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan
kewujudan (existentialism). Ia dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers
dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan kaunseling bukanarahan (1940an), kaunseling pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan
kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an di mana klien dapat
mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien
yang menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya dengan
panduan daripada kaunselor (Corey, 2001).
Peranan utama guru dalam usaha mengatasi masalah tingkah laku
murid

ini

ialah

guru

perlu

mewujudkan

satu

suasana

yang

membolehkan murid tersebut mengikut peraturan yang diwujudkan


oleh guru. Sebagai contoh,guru perlu tegas dalam melaksanakan hukuman
yang ditetapkan. Sekiranya guru menetapkan pertaturan bahawa murid akan
dikenakan hukuman rotan sekiranya tidak menyiapkan kerja sekolah,maka
guru perlu terus melaksanakan hukuman tersebut agar murid tersebut dapat
membina perspektif dalam diri bahawa guru tersebut merupakan seorang
guru yang sangat tegas.
Di samping itu juga, amalan penerimaan tanpa syarat menekankan
supaya guru mempunyai sikap menerima murid tanpa syarat iaitu tanpa
menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan muridsama ada baik atau
jahat.Ini bererti guru haruslah bersedia menerima setiap muridnya tanpa
mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Guru perlu bersedia menerima
muridnya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Guru juga haruslah
berwaspada agar

tidak memberi gambaran kepada murid yang dia sedia

~7~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


menerima muridnya, agar muridnya rasa senang terhadapnya lantas
memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima murid. Sikap
ikatan dua hala ini hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada
udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, muridakan dapat
merasa ketulenan guru tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya
persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan
personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.
Sifat empati pula adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti
perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada
sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam
teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat.
Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu
berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien,
baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor
haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat
merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi
dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.
Ketulenan dan kongruen pula melibatkan sifat jujur, ikhlas dan tulen
yang harus ada pada kaunselor dalam menggunakanteori ini. Ketulenan
adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain.
Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan
motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan
mengelak.Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan kliennya. Ia tidak
tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang
dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia
dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk juga
bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan
pengalamannya. Kongruen pula ialah sikap jujur yang perlu ada pada diri
kaunselor tersebut terhadap kliennya. Sebagai contohnya, kaunselor perlu
memberikan perhatian sepenuhnya kepada klien dan cuba sejujur-jujur dan

~8~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


sebaik-baiknya menyelesaikan masalah dengan cara membimbing klien
membuat keputusan dengan lebih baik.
Selain itu, murid yang dibantu mestilah ada masalah atau
ketidaksempurnaan dalam dirinya (incongruence). Sekiranya murid
tersebut tidak mempunyai sebarang masalah, maka sesi kaunseling tersebut
tidak akan berjaya kerana tujuan utama sesi kaunseling dijalankan adalah
untuk menyelesaikan masalah. Murid yang ingin dibantu mestilah murid
yang mempunyai masalah dalam dirinya dan perlu dibimbing ke arah yang
lebih baik. Kaunselor perlu mengenal pasti sama ada murid tersebut benarbenar bermasalah atau sengaja membuat masalah.
Dalam keseluruhan proses ini guru perlu menjadi pendengar yang aktif
dan empati. Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari
bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga
membantunya. Di samping itu konfrontasi juga merupakan suatu langkah
yang

sangat

penting.

Iamerupakan

keupayaan

untuk

memberitahu

seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya


terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi,
tidak kritikal atau tidak defensif. Ia bertujuan untuk menyedarkan murid
tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang
perhubungan interpersonalnya dimana ia boleh memberi kesan terhadap
pencapaian akademik atau apa-apa pencapaian lain yang dicapainya.
Di samping itu, Teori Pemusatan Perorangan ini

juga menekankan

nilai-nilai dan sikap-sikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain


dengan menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa
syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan
dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan
dan ketulenan di dalam segala

tindak tanduk kita, kerana melalui

penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau
model yang berguna bagi orang lain. Sesungguhnya prinsip-prinsipserta

~9~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


pendekatan dalam teori ini perlu guru amalkan dan aplikasikan dalam usaha
menangani masalah tingkahlaku murid.

Guru berperanan penting dalam

memberi sinar harapan untuk berubah kepada murid yang mempunyai


mentaliti saya memang tak boleh berubah. Dah macam tu dah. Apa nak
buat?.Sememangnya ia bukan suatu yang mudah namun hasilnya pasti
akan memberi suatu pembaharuan kepada murid berkenaan khususnya dari
segi tingkahlaku murid seterusnya secara tidak langsung memberi impak
yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Justeru, penguasaan terhadap Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan
amat penting untuk dijadikan panduan bagi guru dalam meneliti,memahami
dan mendalami tingkah laku dan permasalahan murid. Secara tidak
langsung,guru

akan

mudah

untuk

menyelesaikan

serta

memberikan

bimbingan terhadap murid yang mempunyai masalah.


Secara keseluruhannya, sumbangan terbesar yang diberikan oleh
Rogers melalui teori ini ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan
dan kecenderungan seseorang manusia itu untuk berkembang ke arah
nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan maruah
dan

darjat

kepada

manusia,

yang

akan

berusaha

mencerminkan

kepercayaan sedemikian. Dalam konteks menangani masalah tingkahlaku,


guru berperanan penting dalam memberi harapan dan dorongan kepada
murid agar tidak berputus asa untuk mengubah tingkah laku bermasalah
yang dihadapi. Setiap manusia boleh berubah.
(1506 patah perkataan)

~ 10 ~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

4.0

KESIMPULAN

Teori

Pemusatan

Klien

atau

Teori

Pemusatan

Perorangan

yang

diasaskan oleh Carl Rogers adalah satu teori yang sangat berkesan dan
efektif dalam proses kaunseling. Teori ini mewujudkan suasana penerimaan
terhadap klien tanpa syarat, proses yang aman damai dan kefahaman yang
mendalam terhadap klien.
Perhubungan yang mesra dan erat di antara kaunselor dan klien cukup
dititikberatkan oleh Rogers. Teori dan prinsip yang diamalkan oleh Rogers ini
sedikit sebanyak mirip kepada ajaran agama Islam dan sangat sesuai untuk
diaplikasikan di negara tercinta kita Malaysia.
Dalam penerimaan tanpa syarat, Allah SWT sudah menjelaskan
bahawa setiap manusia itu berbeza antara satu sama lain melainkan amal
soleh dan tahap ketakwaan kepada Allah SWT.

~ 11 ~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

RUJUKAN
Akhiar, Shamsina. (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.
Freemind Horizons.

Combs, A.W. (1989). A Theory of Therapy: Guidelines for Counseling Practise.


Newbury Park. CA: Sage.

Corey, G. (2000). Theory and Practise of Group Counseling (5th ed). Cole Wadsworth..
Pacific Grove.

DrRagbirKaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI
(SekolahRendahdanMenengah). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

Dr. RagbirKaur Joginder Singh. ( 2012 ). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman.

Egan, G. (1990). The Skilled Helper: Model, Skills and Method for Effective Helping. Cole.
Pacific Grove.

Fong, Norman, Kenneth. (2004). Counselingtheoris and techniques for rehabilitation health

~ 12 ~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


profesionals. New York. Springer Publishing Company.

Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1.:Psikologi perkembangan.Kuala Lumpur.


Kumpulan Budiman.

Mustaffa, Mohammed Shariff and Ramli, Jamaludin and Hassan, Zainudin (2004).Aplikasi
Pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah:
Satu kajian kes. In: Seminar AntarabangsaNilaidalamKomunitiPasca Modenisme (SIVIC 2004),
4-6 September 2004, Hotel City BayviewLangkawi.

Othman Mohamed (1996). Teori-teori Kaunseling dan Psikoterapi. IDEAL UPM. Serdang.

Rogers, C.R. (1965). Client Centered Therapy. Boston. Houghton Mifflin Company.

Rogers, Carl. (1951). Client-centered Therapy: Its Current Practice, Implications and Theory.
London. Constable.

Richard Bryant, Jefferies. (2005). Person-centred Counselling Supervision: Personal and


Professional.Radcliffe Publishing. United Kingdom.

Shilling L E. (1984). Perspectives on counseling theories. New Jersey. Prentice Hall Inc.

SWOT analysis. Retrieved Februari 2015 from http://en.wikipedia.org/wiki/SWOT_analysis.

SWOT Analysis: Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats. Retrieved Februari 2015

~ 13 ~

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


From http://ctb.ku.edu/en/table-of-contents/assessment/assessing-community-needs and
resources/swot-analysis/main

Tim Berry. What Is A SWOT Analysis. Retrieved Februari 2015 from


http://articles.bplans.com/how-to-perform-swot-analysis/

~ 14 ~

You might also like