You are on page 1of 5

Menurut kajian dan pemerhatian pakar psikologi, tingkah laku bermasalah

timbul disebabkan kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau


akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Hal ini
telah menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu
seterusnya akan mengganggu kestabilan dan keharmonian. Manakala dalam konteks
pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan
negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan cepat
belajar, proaktif, pintar cerdas dan ingin tahu. Tingkah laku bermasalah negatif pula
merupakan perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah
laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Dari petikan akhbar di atas, kita dapat jelas melihat murid berkenaan
mempunyai masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-
norma yang diterima oleh sebuah masyarakat. Selain itu, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada perlakuan yang tidak sesuai dalam situasi-situasi tertentu. Murid
tersebut membuat bising dalam kelasnya dan tidak mendengar arahan daripada
gurunya. Pada pendapat saya, masalah disiplin murid tersebut bersifat disruptif.
Disruptif mengikut Kamus Oxford Fajar merujuk kepada sesuatu tindakan yang
mengganggu, mengacau atau menggendalakan aktiviti atau pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah disiplin yang bersifat disruptif dan
mengganggu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ialah tidak
memberikan perhatian, iaitu mengganggu, bercakap, makan atau tidur dalam kelas,
menunjukkan sikap biadap terhadap guru dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan
murid-murid lain sukar untuk menumpulkan perhatian dalam kelas jika salah seorang
daripaa mereka bersifat disruptif. Secara langsungnya telah mengganggu
pembelajaran dan mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam kalangan murid lain.

Saya berpendapat bahawa guru dalam petikan akhbar ini juga bermasalah
dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan. Guru tersebut tidak menunjukkan ciri-
ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah. Guru tersebut tidak menunujukkan
kualiti peribadi, kompentensi pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan dan
amalan nilai yang baik terhadap murid tersebut. Hal inilah yang menyebabkan guru
tersebut gagal dalam menguruskan bilik darjah. Guru tersebut bukan sahaja tidak
bersikap peramah, mesra dan berusaha mengendali muridnya, malah beliau
menunjukkan sikap cepat marah terhadap muridnya. Sebagai contoh, guru tersebut
telah membaling kerusi kayu untuk menghalang pelajarnya daripada terus berlari. Dari
segi kompentensi pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut tidak mempunyai
kemahiran untuk memilih strategi dan kaedah dalam kelasnya. Oleh itu, murid-murid
dalam kelas tidak akan menumpulkan perhatian dan tidak akan menghormati gurunya.
Tambahan lagi, guru tersebut tidak tertakluk kepada Kod Etika Keguruan. Guru
tersebut tidak memikul tanggungjawabnya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan
negara. Sebagai contoh, guru tidak mengamalkan nilai seperti penyayang, berpekerti
mulia, berdaya tahan dan tidak patuh kepada etika profesion keguruan. Oleh itu, guru
tersebut tidak dihormati oleh muridnya dan ajaran beliau tidap dipandang serius oleh
murid-muridnya dan masyarakt.

Sebenarnya, guru memikul tanggungjawab untuk menangani masalah tingkah


laku murid di dalam bilik darjah dan bertindak sebagai pembimbing kepada murid yang
bermasalah itu. Walau bagaimanapun, guru harus mengetahui langkah-langkah
menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. Peranan guru dalam bilik darjah
adalah berperanan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Menurut Jere
Brophy, pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan guru untuk
membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan
persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif bermaksud murid dapat melibatkan


diri di tempat tersebut dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran
ini berupaya untuk meransang minat dan semangat murid untuk belajar. Persekitaran
pembelajaran yang kondusif merangkumi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial
dan peraturan serta rutin bilik darjah.

Oleh itu, guru dalam petikan tersebut harus mengambil inisiatif untuk
membentuk persekitaran yang kondusif supaya dapat mengatasi masalah tingkah laku
anak muridnya. Dari segi persekitaran fizikal, guru tersebut boleh meyusun atur bilik
fizikal di bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran guru,menimbulkan
rasa kesepunyaan & membolehkan interaksi di dalam kelas. Sebagai contoh, guru
tersebut perlu meyusun bilik darjah tersebut supaya membenarkan guru memantau
dengan mudah dan cepat. Bukan itu sahaja, guru harus menyediakan sudut khas
dalam bilik darjah untuk aktiviti tertentu,contohnya dalam situasi ini boleh
menggunakan sudut tersebut untuk aktiviti pengayaan semula murid yang bermasalah
itu. Dengan ini, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah dapat dikurangkan secara
tidak langsung.

Pada pendapat saya, guru tersebut juga perlu mengambil kira keperluan murid
seperti keperluan murid memahami matlamat dan objektif pengajaran, menikmati
kejayaan, memperoleh maklum balas serta berinteraksi secara positif dengan rakan.
Hal ini dapat memastikan supaya murid yang bermasalah tersebut tidak akan hilang
minat untuk belajar dan mengganggu rakan-rakan sekelasnya.

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari, tetapi masih


memerlukan pemantauan. Dengan ini, murid memerlukan struktur dan prosedur yang
jelas agar mereka boleh berfungsi dgn baik di dlm kelas. Maka, guru perlu membentuk
peraturan dan prosedur dalam kelas bagi mengurangkan gangguan dan meningkatkan
pembelajaran. Guru tersebut sepatutnya tidak boleh hilang kesabaran kepada
muridnya dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan malah harus
mempertimbangkan langkah-langkah yang patut diambil apabila murid-murid tidak
mengikut peraturan contohnya memberi time out.

Seterusnya, hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan guru-guru


mengawal murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan.
Keberkesanan ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan
dipandang mulia. Imej ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan kendiri
guru. Oleh itu, guru tersebut mesti menjalin hubungan baik dengan muridnya dengan
tunjukkan keprihatinannya terhadap murid yang bermasalah itu. Guru perlu
mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Hal ini disebabkan muridnya yang
mempunyai masalah tingkah laku tentunya mempunyai penyebabnya.

Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru
tersebut, guru boleh menggunakan model akibat logikal dreikurs. Secara umumnya,
model ini adalah untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik.
Guru yang ingin mengawal bilik darjah dengan baik tidak perlu menggunakan
hukuman. Sebaliknya, guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid terlebih
dahulu kerana mereka perlu dibimbing untuk memahami peraturan dalam bilik darjah.
Saya berpendapat bahawa murid yang bermasalah dalam petikan akhbar tersebut
mungkin disebabkan oleh motif inginkan perhatian daripada guru. Hal ini disebabkan
murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah. Oleh itu,
untuk menangani masalah ini, guru tersebut tidak boleh hilang sabra terhadap murid
yang tidak mendengar arahan itu malah perlu gunakan reverse psychology.
Contohnya, tidak layan tingkah laku negatif yang bertujuan dapatkan perhatian
sebaliknya segera memuji murid tadi jika dia melakukan sesuatu yang baik walaupun
sedikit. Kesan daripada perbuatan guru tersebut ialah murid tersebut akan berhenti
lakukan perkara negatif untuk dapat perhatian sebaliknya buat perkara positif untuk
dapatkan perhatian.

Bukan itu sahaja, murid yang bermasalah disiplin tersebut mungkin juga
disebabkan oleh motif membalas dendam. Murid bertindak balas dendam apabila
menganggap guru tersebut bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Untuk
mengatasi situasi seperti ini, guru harus peka dan kenalpasti punca dan cuba faham
dan kawal emosi murid tersebut dan galakkan kawan-kawan mereka membantu. Guru
perlu cuba fahamkan murid tersebut dan bimbing dia salurkan emosi negatifnya
kepada tingkah laku yang bermanfaat kerana perbuatannya sama ada secara aktif
atau pasif ini akan bagi kesan negatif kepada diri sendiri.

Saya juga berpendapat bahawa murid yang gagal mendapat pengiktirafan


melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai
seorang yang lemah dantidak upaya. Dalam menangani masalah seperti ini, guru
tersebut boleh menggunakan keadah mengajar, bahan pembelajaran berbentuk
maujud atau berbentuk komputer dan mengajar satu kemahiran sahaja pada satu
masa untuk membantu murid tersebut belajar.

Tambahan lagi, murid tersebut mempunyai kemungkinan untuk mencabar


kuasa guru. Guru memiliki kuasa untuk kekalkan disiplin bilik darjah. Oleh itu, murid
tersebut mungkinya terasa tertekan atau terpinggir. Kemudian dia akan melawan
dengan mencabar kuasa tersebut dengan cara perlakuan disruptif. Justeru, guru harus
menangani masalah ini dengan gunakan cara berjumpa secara individu untuk
terangkan rasional tindakan guru dengan prihatin. Guru perlu elakkan lepaskan emosi
terhadap murid. Hal ini disebabkan jika api vs api akan jadi lagi teruk perlakuan
disruptif murid tersebut.

Antara intervensi menangani tingkah laku murid yang bermasalah di dalam bilik
darjah ini terdapat terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni dan terapi muzik. Dalam
konteks pendidikan, terapi didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu individu
untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu. Oleh itu, murid yang mengalami masalah disiplin itu mungkin memerlukan
terapi untuk menangani masalah-masalah disiplinya dalam bilik darjah. Pada
pendapat saya, guru boleh menggunakan terapi bermain pada muridnya. Kita jelas
nampak dari petikan akhbar bahawa murid yang bermasalah itu bersifat suka main.
Justeru, guru boleh memilih terapi bermain terhadap murid tersebut supaya muridnya
mendengar arahannya dan berminat untuk belajar sambil bermain. Contohnya, guru
boleh menyediakan sudut istimewa kepada murid yang bermasalah itu dan
menyediakan aktiviti bermain yang mengandungi unsur pendidikan kepada muridnya
supaya dia dapat mempelajari sesuatu melalui permainan yang disediakan.

Pada pendapat saya, terapi bercerita juga amat berguna dalam menangani
masalah yang dihadapi oleh guru tersebut. Hal ini disebabkan, nilai-nilai moral yang
terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang
suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan
untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Contohnya,
guru tersebut boleh menyediakan cerita tentang suatu arnab nakal yang tidak
mendengar arahan gurunya sehingga arnab tersebut menyesal pada akhirnya. Melalui
cerita ini, murid yang bermasalah tingkah laku akan menyedari kesalahan diri secara
tidak langsung dan akan berubah menjadi seorang anak yang baik. Tambahan lagi,
terapi bercerita ini juga boleh mengeratkan hubungan antara murid dengan guru.

Berikut merupakan pandangan saya terhadap isu yang berlaku dalam petikan
akhbar yang dinyatakan dan saya berpendapat bahawa seseorang guru mestilah
bersabar dan menunjukkan keprihatinan kepada murid supaya sentiasa mempunyai
hubungan yang baik dengan anak murid dan tidak akan berlaku masalah disiplin dalam
bilik darjah.

You might also like