You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Menurut kata Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2016), pengurusan bilik
darjah boleh ditafsirkan sebagai cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti,
pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi
memastikan penggunaan masa yang efesien dan juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang mesra, iaitu mengurangkan masalah tingkahlaku. Bilik darjah
merupakan medan perjuangan utama seorang guru untuk menjalankan tugas, peranan
dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai guru cemerlang
sekiranya beliau mempunyai pengurusan bilik darjah yang baik. Dalam tugasan ini, saya
akan membuat analisis tentang isu senario yang dihadapi berdasarkan kriteria-kriteria
yang diberikan.

2.0 PERANAN GURU DALAM MEMBINA PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG


KONDUSIF

Guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini disebabkan


persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana pembelajaran yang
optimum.

2.1. PERSEKITARAN FIZIKAL


Suasana fizikal bilik darjah menjadi rangka yang menentukan keadaan
pembelajaran, sama ada menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Kemudahan fizikal yang bersesuaia dan selesa akan merangsang aktiviti
intelektual, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan
pembangunan pelajar serta menghadkan tingkah laku negatif dalam kalangan
pelajar (Arzi, 2003). Oleh sebab itu, ianya harus dapat dikawal dan ditentukan oleh
guru. Bagi mengelakkan isu senario yang telah berlaku ini, guru boleh memilih
susunan kerusi meja yang sesuai dan berkesan bagi kelas beliau. Sebagai contoh,
guru dalam senario ini sering mengadakan sesi kelas yang berpusat dan
perbincangan kumpulan bagi pelajar. Oleh itu, guru boleh menyusunkan kerusi meja
dalam bentuk kumpulan kecil seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.
Rajah 1. Susunan kumpulan kecil
Dengan susunan ini, ahli kumpulan akan diberi peluang melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Persekitaran ini mempunyai keupayaan mewujudkan satu keadaan yang setiap
murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan. Dalam
keadaan ini, pelajar akan menjadi lebih aktif dan fokus dalam pengajaran guru.
Selain itu, kedudukan guru juga perlu berhampiran dengan murid supaya dapat
memudahkan guru untuk memantau pergerakkan pelajar dengan mudah dan cepat
seperti yang berlaku dalam senario ini, guru dapat membuat hubungan mata kepada
pelajar yang tidak menumpu perhatian untuk menyedarkan mereka berhenti
bercakap.

2.2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL


Psikososial berkaitan dengan interaksi yan berlaku antara pelajar dengan
pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan persekitaran. Menurut
Fraser (1994), persekitaran psikososial bilik darjah melibatkan guru dan pelajar
serta hubungan antara satu sama lain. Faktor yang memberikan kesan kepada
persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan
guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik
darjah. Bagi mewujudkan persekitaran psikososial yang dapat memenuhi keperluan
peribadi dan psikososial pelajar, guru dalam senario ini telah menggunakan banyak
pendekatan pengajaran tetapi pelajar masih tidak dapat menumpu perhatian dalam
pengajaran guru manakala membuat bising dalam kelas. Isu senario ini telah
memberikan kesan negatif kepada persekitaran psikososial, Oleh itu, guru boleh
memberikan teguran kepada Preethy dan Muthusamy yang asyik mengganggu
proses pengajaran. Guru perlu memberi perhatian bahawa teguran yang diberi
haruslah fokus kepada tindakan pelajar bukan kepada pelajar. Misalnya, guru boleh
menegur mereka seperti “Perbualan kamu menyukarkan pengajaran saya” untuk
berhentikan isu senario ini serta mewujudkan persekitaran psikososial yang sihat.

2.3. PERATURAN BILIK DARJAH


Peraturan bilik darjah merupakan satu cara pencegahan terhadap masalah
atau kejadian yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, bagi
mengelakkan isu senario yang berlaku ini, guru boleh merancang peraturan
bersama-sama dengan murid dalam kelas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.
Rajah 2. Peraturan bilik darjah
Setelah peraturan ini dipersetujui dan difahami, guru boleh mempamerkan
peraturan ini pada dinding di dalam bilik darjah. Bagi pelajar yang tidak mengikuti
peraturan, guru perlu mengambil tindakan terhadap mereka. Sebagai contoh, guru
yang menghadapi isu senario ini boleh memberikan dendaan time out, iaitu
mengasingkan Preethy dan Muthusamy daripada rakan dan diminta mereka duduk
di sudut yang berasing dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memberikan masa
kepada mereka untuk memikirkan tentang tindakan atau kelakuan mereka.

3.0 STRATEGI UNTUK MEMBINA HUBUNGAN POSITIF ANTARA GURU DAN MURID
DALAM BILIK DARJAH
Untuk mengelakkan berlakunya masalah disiplin tingkah laku dalam senario ini, guru
perlu berusaha menjalin dan membina sebuah hubungan yang harmonis dengan pelajar.
Strategi yang dapat membantu membina hubungan positif antara guru dan murid akan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.
3.1. AGIHKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Guru perlu melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama-sama
memikul tanggungjawab terhadap kelas serta pengajaran dan pembelajaran
merupakan salah satu untuk membina hubungan antara guru dan murid (Halizah
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016). Seperti yang telah dibincang di atas
(2.3), guru merancangkan peraturan bersama-sama dengan murid akan timbul rasa
tanggungjawab untuk mematuhi peraturan tersebut. Sebagai contoh, guru boleh
melantik Preethy dan Muthusamy sebagai jawatankuasa kelas (JK) dan guru
sebagai penasihat. Maklumkan kepada murid JK yang tidak menjalankan tugas
akan dibuburkan dan diganti. Dengan ini, mereka akan memberi kerjasama untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan serta membantu guru menjaga kesejahteraan
kelas kerana mereka berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah
dan mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai JK untuk membantu guru. Hal
ini bukan sahaja boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid, juga
tidak langsung menyelesaikan isu senario ini.

4.0 MODEL TERAPI REALITI OLEH WILLIAM GLASSER


Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada
murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah,
keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka
di sekolah. Pada pandangan saya, isu senario ini berlaku mungkin disebabkan guru
tidak memenuhi keperluan psikologi asas yang disebutkan dalam model ini.
4.1. KEBEBASAN
Kebebasan merupakan salah satu keperluan yang dinyatakan oleh Glasser
yang perlu dimiliki oleh individu. Hal ini berkait dengan kebebasan untuk
menentukan matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap tingkah laku mereka.
Guru boleh memberi kebebasan kepada murid untuk membuat pilihan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru. Contohnya, guru boleh
memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih cara penyampaian hasil kerja
aktiviti kumpulan .Dengan diberi kebebasan ini, murid akan membangkitkan rasa
tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dipilih oleh mereka sendiri. Dengan ini, semua pelajar akan melibatkan diri secara
aktif dalam proses p&p dan isu senario akan dielakkan.

4.2. KESERONOKAN
Isu senario yang disebutkan berlaku mungkin disebabkan oleh kebosanan
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, bagi mengelakkan isu senario ini
berlaku, guru perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah p&p yang melibatkan dan
berpusatkan murid, seperti kaedah bermain (Rajah 3), sumbangsaran, main
peranan (Rajah 4), kolaboratif dan sebagainya. Apabila mereka berasa seronok,
fikiran mereka akan lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukan.

Rajah 3. Media Interaktif Pendidikan Seni


Rajah 4. Main Peranan

5.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU YANG BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH


Pengurusan disiplin dan tingkah laku bermasalah merupakan sebahagian daripada
tugas guru dalam menguruskan bilik darjah. Pengurusan yang efektif dapat membantu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu mengambil
tindakan untuk mengurus isu senario yang berlaku dalam bilik darjah itu.
Guru perlu menunjukkan sikap yang asertif dalam menangani isu senario ini. Guru
haruslah tegas, tidak berdolak-dalik dan dalam masa yang sama tidak autokratik.
Sebagai contoh, guru perlu bertindak dan meengasingkan kedua-dua pelajar yang
membuat bising dalam kelas ke tempat duduk yang berbeza sebagai hukuman ataupun
mengambil tindakan time out yang dibincang di atas (2.3). Guru tidak boleh bersikap
sambal lewa atau dengan erti kata lain ‘buat tak endah’ seolah-olah tidak nampak
perbuatan murid tadi. Mereka tahu menilai guru mana yang akan mengambil tindakan
dan guru yang mana satu yang akan tidak mengendahkan perbuatan mereka. Oleh itu,
jika guru tidak menampilkan sikap agresif, isu senario ini akan kerap berlaku dan banyak
masalah disiplin tingkah laku akan timbul.

6.0 INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH YANG SESUAI


Selain merancang aktiviti p&p dengan cekap, seorang guru juga perlu memikirkan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan tingkah laku murid-murid
dengan berkesan di dalam bilik darjah (Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel,
2016). Terdapat beberapa bentuk intervensi yang boleh digunakan oleh guru untuk
menyelesaikan isu senario ini.
6.1. TERAPI MUZIK
Muzik memberikan rangsangan kepada semua pancaindera dalam peringkat
perkembangan kanak-kanak. Selain memberikan motivasi yang tinggi,muzik dapat
mamberikan kesan yang menenagkan dan merehatkan minda kanak-kanak. Guru
boleh menggunakan terapi muzik untuk menyelesaikan isu senario ini kerana terapi
muzik dapat meningkatkan konsentrasi pelajar. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan lima minit untuk murid sebagai sesi tenang hati semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesi ini, guru boleh mamainkan muzik yang
lembut atau kombinasikan muzik dengan pergerakan untuk menenangkan hati
pelajar sebelum belajar. Dengan ini, pelajar akan lebih memberikan fokus kepada
pengajaran guru dan tidak akan membuat bising.

6.2. TERAPI CERITA


Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan
peristiwa dalam cerita dengan perkataan, imej dan suara. Nilai-nilai murni yang
terkandung dalam cerita boleh membangkitkan motivasi intrinsik kanak-kanak
apabila mereka tertarik kepada cerita tersebut. Guru boleh menggunakan terapi
cerita untuk menyelesaikan isu senario ini. Sebagai contoh guru boleh
menggunakkan cerita tentang nilai murni tidak membuat bising semasa orang
bercakap (rajah 5) sebagai terapi kepada murid, pelajar akan diminta berkumpul
membentuk bulatan untuk mendengar cerita. Cerita yang menggambarkan tingkah
laku bermasalah yang dialami, punca dan akibat daripada tingkah laku tersebut
sekiranya dicerita dengan berkesan akan dapat membantu pelajar yang bermasalah
seperti isu senario ini untuk menyedari masala dalam dirinya dan membantu mereka
untuk mengubah tingkah laku berdasarkan tindakan yang dicadangkan dalam cerita
tersebut.

Rajah 5. Buku cerita

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya pengurusan bilik darjah meliputi satu bidang yang luas yang
merangkumi kemahiran guru merancang, mengelola, menilai dan membuat refleksi agar
proses p&p dapat dilaksanakan dengan lancer dan berjaya memajukan murid-murid.
Sebagai seorang bakal guru, banyak masalah disiplin tingkah laku akan berlaku
sekiranya saya tidak menguasai pengurusan bilik darjah dengan baik. Oleh itu, bagi
mengelakkan isu senario ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya
akan bijak menggunakan kriteria-kriteria yang dibincangkan atas.
RUJUKAN

Choong, L. K. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku: untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan.
Eng, J. A. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Glasser, W. (2001). Every Student Can Succeed. Black Forest Press.
Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (2nd ed.).
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hussain, Y., & Ghani, Z. A. (2013). Asas terapi muzik: panduan dan maklumat menguruskan
sesi terapi.
Suryana, D. (2018). Terapi Musik 2018: Music Therapy 2018. Dayat Suryana Independent.
Honders, C. (2019). Why Should I Listen to My Teachers?

You might also like