You are on page 1of 4

Mewujudkan Pengurusan Bilik Darjah

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab
merancang, melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik
darjah adalah efisien. Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan
bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan
persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang
menekankan tugas sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good &
Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).
Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama
daripada pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model,
memastikan rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan
interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam mendapatkan
kerjasama daripada pelajar. Kerjasama daripada amat diharapkan agar segala yang
dirancang dapat terlaksana dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar,
sesuatu perubahan yang dirancang oleh guru tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru
seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar agar pelajar sudi untuk
memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus bijak menarik
perhatian pelajar agar mereka berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.
Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah.
Ini disebabkan persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana
pembelajaran yang optimum. Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Guru juga bertindak sebagai role model kepada pelajar.
Peribadi seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam bilik darjah
kerana menjadi ikutan pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif,
pelajar akan terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.
Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik
darjah berjalan dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah
dipastikan untuk berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin
pelajar dapat dipelihara. Jika rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses
P&P turut terpelihara.

Faktor Fizikal
Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai
untuk pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar
dapat diminimakan. Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar
20 hingga 30 pelajar dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari
(Emmer & et. al, 1994). Ini menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah yang
kondusif memberikan impak kepada pelajar mahupun guru. Ahli psikologi
menyatakan bahawa kebanyakan tingkahlaku dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran sesuatu tempat (Levin & Nolan, 1996). Justeru itu, persekitaran bilik
darjah yang kondusif dapat menghasilkan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi
bising akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur
keadaan bilik darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Ini disebabkan manusia mesti dalam keadaan selesa sebelum perhatian
mereka telah sedia secara sukarela untuk pembelajaran (Levin & Nolan, 1996).
Susun letak yang sesuai membantu melahirkan bilik darjah berkesan. Sebuah bilik
darjah juga seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur
mendorong pelajar untuk berkelakuan buruk.
 Penggunaan ruang
Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru
boleh menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang
fizikal yang cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah
(Evans & Lovell,1979; Levin & Nolan,1996).
Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik
darjah yang baik iaitu:
(a) menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan
aktiviti yang dijalankan. Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti
pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat
duduk, bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh pelajar.
(b) memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah
yang sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja
pelajar dan juga meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak,
mempunyai ruang dan mudah untuk mendapatkan pelajar.
(c) memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan
tempat duduk pelajar seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya
semasa berlangsungan proses pengajaran. Guru boleh memastikan pelajar tidak
hilangfokus dan melakukan kerja lain semasa proses P&P jika susunan tempat
duduk mudah dilihat. Jika guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah
sukar untuk guru mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan
pertolongan semasa proses P&P.
(d) memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran
guru. Kedudukan papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses
P&P. Jika pelajar tidak dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka
perhatian pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga terganggu.
(e) penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur. Susunan
perabot dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan
NILAM mampu mempengaruhi emosi pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas
memberikan perasaan senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran.
(f) mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan
P&P. Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan
tugasan pelajar, bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun
sekolah, jadual waktu, jam dan pelbagai lagi.

Faktor Emosi
Faktor emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Faktor emosi
melibatkan perasaan pelajar terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan pelajar
terhadap guru disebabkan oleh gaya kepimpinan guru.Tingkah laku pelajar dalam
bilik darjah akan mencerminkan gaya kepimpinan guru semasa bilik darjah. Terdapat
tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Selain
daripada gaya kepimpinan guru, motivasi yang diberikan guru juga menyumbangkan
emosi pelajar terhadap guru.
Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru
dan pelajar dalam setiap aktiviti bilik darjah. Ini melibatkan perkongsiaan
tanggungjawab antara guru dan pelajar. Contohnya,guru akan menggalakkan
pembabitan pelajar dalam aktiviti P&P tanpa memerlukan desakan. Pelajar akan
berasa seronok dan tidak tertekan dengan guru. Pencapaian pelajar juga dapat
ditingkatkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, iklim bilik darjah yang kondusif dapat
diwujudkan.
Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas
dan mengawal murid melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000),
guru yang autokratik akan melahirkan pelajar yang pasif dan tidak berkuasa
(disempowered). Interaksi antara guru dan pelajar juga adalah kurang kerana pelajar
takut untuk menyuarakan pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat dicapai namun
iklim pembelajaran yang kondusif tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas
menggunakan sistem hukuman dan ganjaran dan ini memberikan tekanan kepada
pelajar kerana takut salah dan akan didenda oleh guru. Suasana bilik darjah akan
menjadi tegang.
Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan
membiarkan pelajar menjalankan aktviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan
masalah seperti bilik darjah yang tidak terurus, kucar kacir dan hubungan antara
guru dan pelajar tidak mesra. Kawalan kelas adalah lemah dan sekaligus iklim
belajar darjah adalah tidak kondusif.
Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa
memimpin bilik darjah. Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan
seperti penyayang, bertimbang rasa, lucu dan peramah. Pelajar akan lebih
menghormati guru berperwatakan seperti ini dan hubungan mesra dapat dipupuk.
Pelajar tidak akan tertekan dari segi emosi dan iklim bilik darjah yang kondusif akan
diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi melalui peneguhan positif,
memberi galakan, melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P seta mewujudkan
komunikasi dua hala.
Faktor Sosial
Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa
menjalankan aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan
interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan
pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah yang
harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim
bilik darjah yang ideal. Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan
gambaran jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah.
Contohnya, “dilarang berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati orang
lain” dan sebagainya dapat memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial
pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik
darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas
yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara
pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994).
Hubungan antara dua atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu
operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar boleh dipupuk melalui pembinaan
peraturan bilik darjah. Menurut Jones & Jones (1995), langkah pertama dalam
merangka peraturan bilik darjah ialah untuk mengalakkan para pelajar berbincang
untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar.
Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh
meransang interaksi sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah
Jigsaw, menjalankan eksperimen dan kerja berkumpulan boleh membantu
perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas. Semasa menjalankan aktiviti dalam
bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara yang boleh dilakukan oleh
pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, guru menetapkan
bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan memberikan kerjasama,
tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara untuk
mendapatkan bahan pembelajaran.

You might also like