You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi persekitaran fizikal,


psikososial dan rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah yang baik
membolehkan interaksi di dalam bilik darjah berlaku dengan berkesan. Tugas ini
merupakan satu cabaran bagi seseorang guru. Persekitaran yang kondusif
merupakan faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek
utama. Kebijaksanaan guru sangat diperlukan dalam memastikan dan
mengenalpasti keperluan subjeknya.

Menurut Richards (1990), pengurusan bilik darjah boleh dikatakan sebagai


suatu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi
murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Di samping itu, menurut Alberto & Troutman (1986) juga
menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran
guru dalam menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah
laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Selain itu, Sanford J., Emmer E. dan Clemments B. pernah menyatakan


bahawa seseorang guru perlu melakukan semua perkara untuk menggalakkan
penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran
yang produktif. Hal ini kerana konsep tersebut dilihat dalam satu bidang yang lebih
luas bukan sekadar kawalan dalam bilik darjah dan peraturan semata-mata. Oleh itu,
pengurusan bilik darjah ini boleh dikatakan suatu proses yang berpenting bagi
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara berkesan.

Tokoh lain Evertson, Emmet & Worsham, 2006,berkata, pengurusan bilik


darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya. Kajian
yang dijalankan menunjukkan bahawa pembelajaran sekarang tidak lagi tertumpu
kepada kawalan ketat terhadap tingkah laku murid namun ianya lebih tertumpu
kepada keupayaan guru dalam mewujudkan, melaksana dan mengekalkan suatu
persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah.

1
Manakala menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal
bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran
guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah
yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-
perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot
dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu
diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran.
Kesimpulannya, bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya sebagai seorang guru. Oleh itu, guru
mestilah memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus
dan kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan seseorang guru
banyak memberi sumbangan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang.

2
2.0 FAKTOR-FAKTOR PENYUSUNAN BILIK DARJAH

3
Pengurusan membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan,
kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
organisasi termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin dan
sebagainya. Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting di sekolah
dimana bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah juga terkenal sebagai medan perjuangan utama bagi
kerjaya seorang guru. Menurut tokoh, Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan
bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek yang memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Bagi tokoh Dr Ragbir
Kaur (2008), beliau telah mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai
prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Menurut kajian Mok Soon Sang (2008)
pula, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak
bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan
murid dengan bahan pengajaran.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beberapa faktor perlu diambil


kira bagi mewujudkan suasana yang kondusif dalam pengurusan bilik darjah.
Dalam erti kata lain, kondusif sama erti dengan mewujudkan satu proses
penyusunan bilik darjah yang boleh memberi impak yang positif kepada murid-
murid untuk mereka menerima proses pengajaran dan pembelajaran dengan
sempurna. Perkara ini perlu diambil serius untuk menampakkan autoriti dan stail
pengajaran bagi seseorang guru itu. Bilik darjah yang kondusif hendaklah
meliputi berberapa aspek seperti penyusunan kerusi meja dan sebagainya bagi
menimbulkan rasa kesepunyaan antara murid-murid dan guru itu sendiri. Apabila
ini dilakukan, secara tidak langsung guru tersebut telah menunjukkan
kemampuannya dalam menguruskan kelasnya dengan berkesan.

4
Pelbagai faktor perlu dititik beratkan oleh seorang guru yang
bertanggungjawab. Antara faktor yang perlu diberi penekanan utama dalam
membuat penyusunan bilik darjah yang kondusif adalah dari segi pencahayaan,
perabot dan pengudaraan. Aspek ini menjadi keutamaan kerana ini merupakan
aspek terpenting bagi murid-murid mengikuti proses p&p yang sempurna. Seperti
mana yang telah kita ketahui, kebanyakkan bilik darjah di setiap sekolah telah
dibekalkan alat elektrik yang lengkap seperti lampu dan kipas. Sebagai seorang
guru yang baik, mereka perlu peka terhadap alat elektrik ini sama ada ia
berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Jika berlaku sebarang kerosakan,
perkara ini perlu dilaporkan dengan segera kepada pihak yang
bertanggungjawab di sekolah supaya tindakan yang selanjutnya dapat dilakukan.
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan murid belajar dalam keadaan
yang kurang selesa apabila alat elektrik ini mengalami kerosakan. Bagi
mengurangkan masalah silau yang melampau, seseorang guru perlu mengambil
inisiatif yang bijak dengan menyediakan kain langsir di setiap tingkap di dalam
bilik darjah berkenaan. Kain langsir yang dipilih hendaklah tidak terlalu tebal dan
juga tidak terlalu nipis, di mana ia mampu untuk menghalang silauan cahaya
yang berlebihan. Jika kain langsir itu terlalu nipis, ia tidak mampu menghalang
silauan cahaya matahari yang terik. Jika terlalu tebal pula, sistem pengudaraan
pula akan terganggu. Perkara ini dilakukan bagi mengurangkan masalah silauan
iaitu pengcahayaan di samping mampu menambahkan keceriaan di dalam
sesebuah bilik darjah. Pencahayaan yang mencukupi juga perlu diambil kira.
Pintu dan tingkap mestilah sentiasa terbuka sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Ini membolehkan proses pengudaraan udara berlaku
secukupnya dengan sempurna. Murid-murid juga akan berasa lebih selesa untuk
belajar secara aktif. Bagi perabot pula, meja dan kerusi mestilah mencukupi dan
berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Bagi tujuan
keselesaan, saiz perabot mestilah bersesuaian dengan peringkat tahap umur
murid-murid.

5
Selain itu juga, terdapat faktor lain yang harus diambil kira oleh seorang guru
iaitu faktor susunan kerusi dan meja di dalam bilik darjah. Faktor ini sangat
penting kerana tanpa kerusi dan meja, pembelajaran tidak akan berlaku dengan
lancar. Murid juga akan berasa kurang selesa jika susunannya tidak teratur dan
menghalang mereka bergerak dengan bebas. Oleh itu guru perlu memastikan
agar susunan kerusi dan meja bersifat fleksibel iaitu susunan yang teratur. Susun
atur kerusi dan meja ini juga dipengaruhi oleh cara pendekatan yang digunakan
guru semasa mengajar serta sebarang aktiviti yang bakal dilaksanakan.
Contohnya, jika guru menggunakan kaedah kuliah, susun atur kerusi dan meja
yang sesuai digunakan adalah secara tradisional. Susunan ini lebih berpusatkan
guru dan komunikasi serta interaksi dalam kalangan murid adalah terhad.
Berdasarkan susunan ini juga, murid yang mempunyai fizikal yang tinggi dan
besar akan ditempatkan di belakang ataupun kiri dan kanan bilik darjah. Ini
kerana, fizikal mereka akan menghalang penglihatan murid-murid lain. Begitu
juga dengan murid yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka ini akan
ditempatkan di baris hadapan. Selain itu, jika guru menggunakan strategi
pengajaran secara berkumpulan, maka susunan berkumpulan adalah amat
digalakkan. Susunan ini memudahkan pengajaran yang berpusatkan murid dan
bersifat dua hala. Hal ini dilakukan supaya murid lebih mudah berinteraksi dan
berkongsi sesama ahli kumpulan. Dalam susunan ini, guru perlu sentiasa
memantau aktiviti murid di dalam kumpulan dan menempatkan murid mengikut
pencapaian. Hal ini akan memberi kesenangan kepada guru dalam
melaksanakan tugasan dan sebagainya. Sekiranya terdapat aktiviti seperti
perbincangan, guru boleh melakukan susun atur dengan cara seminar agar
murid dapat bersemuka dengan guru dan kemudiannya memberi peluang
kepada semua murid untuk mendapat tempat duduk di barisan hadapan.

Faktor yang seterusnya ialah faktor kebersihan. Sebagai idola, guru haruslah
menekankan kebersihan kepada murid. Ini kerana kebersihan tidak hanya di
dalam bilik darjah tetapi harus di jaga sepanjang melakukan kehidupan seharian.
Namun, kebersihan bilik darjah harus diutamakan. Ini supaya, proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa. Segala
kelengkapan seperti tong sampah, penyapu, pemadam papan hitam, bulu ayam
dan bekas pengumpul debu yang disapu perlulah disediakan terlebih dahulu oleh
6
pihak pengurusan sekolah. Penerapan nilai-nilai murni seperti menjaga
kebersihan diri dan bilik darjah harus di ditekankan oleh guru di setiap permulaan
pengajaran supaya perkara tersebut menjadi ikutan murid-murid. Jika
mempunyai masa senggang,masa yang ada itu bolehlah digunakan sebagai
masa untuk bergotong-royong membersihkan bilik darjah demi keselesaan
bersama. Selain itu, guru haruslah menyediakan jadual bertugas serta memantau
kebersihan bilik darjah sebelum dan selepas mengajar. Kepentingan menjaga
kebersihan perlu sentiasa ditekankan oleh guru agar menjadi sebahagian
daripada gaya hidup murid.

Secara amnya, terdapat beberapa ruang pada dinding yang boleh


digunakan oleh guru seperti ruang di sebelah kiri atau kanan papan hitam.
Ruang-ruang ini boleh digunakan oleh guru untuk menampal sebarang perkara
yang berkaitan dengan kelas seperti jadual waktu kelas, jadual bertugas, carta
organisasi serta senarai nama murid. Oleh itu, ruang ini juga berperanan dalam
keceriaan kelas dan penyusunan bilik darjah yang ceria. Di samping itu juga,
guru boleh menyediakan papan-papan kenyataan di belakang kelas mengikut
mata pelajaran yang ada. Ini juga bertujuan untuk menampal sebarang
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran dan segala hasil
kerja murid-murid di kelas tersebut. Selain itu, guru juga boleh menampal segala
maklumat yang berkaitan aktiviti kelas atau pun aktiviti sekolah pada papan
kenyataan yang lain. Contohnya, guru mempamerkan maklumat murid seperti
tarikh lahir beserta dengan sekeping gambar. Secara tidak langsungnya,
perasaan kesepunyaan akan timbul kepada murid kelas tersebut. Guru perlu
berhati-hati supaya menampal maklumat yang betul dan bersesuaian
kedudukannya dengan murid. Maklumat pada papan kenyataan harus relevan
kepada murid dan tidak ditampal terlalu tinggi memandangkan kanak-kanak ialah
murid sekolah rendah.

Faktor lain yang harus diberi keutamaan ialah susunan dan reka bentuk
fizikal di dalam bilik darjah. Susunan yang dibuat perlulah mempunyai ruang
untuk konteks mata antara guru dengan murid. Guru mesti mengelakkan
susunan yang menghalang pergerakannya ke tempat duduk murid-murid. Oleh
yang demikian, segala susunan di dalam bilik darjah itu hendaklah sempurna dan

7
mempunyai laluan guru untuk memantau dengan mudah ke semua murid. Di
samping itu, kedudukan guru juga hendaklah berhampiran dengan murid bagi
memastikan guru dapat berinteraksi secara dekat dengan murid-muridnya.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pemandangan murid
hendaklah jelas dan tidak terhalang. Contohnya, ketika guru sedang mengajar,
murid dapat melihat dengan jelas persembahan guru berkenaan tanpa perlu
mengubah kedudukan sama ada mengalih kerusi mahu pun meja. Selain
daripada pergerakan keluar masuk di dalam bilik darjah, murid-murid juga akan
bergerak untuk mendapatkan bahan pembelajaran mereka. Oleh itu, susun atur
perlulah mempunyai ruang-ruang berjalan untuk murid-murid mengambil bahan
tersebut. Guru perlu memastikan semua bahan pembelajaran tersebut disimpan
di tempat yang sesuai bagi memudahkan lagi pergerakan murid mengambil dan
menggunakannya. Selain itu bahan pembelajaran juga mestilah disimpan diruang
yang sama bagi mengelakkan kekeliruan jika bahan tersebut diubah-ubah
kedudukannya. Keadaan ini juga memberikan peluang kepada guru untuk
mengajar murid menyimpan bahan dengan tersusun yakni mereka boleh
bertangggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas.

Kesimpulannya, guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya


kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan
berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir
kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara
utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan
padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik
malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya
adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.
Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang
berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan
objektif pendidikan dapat dicapai.

8
9
10
Item dan Fungsi:

Bilik Guru =
Item ini merupakan bilik guru yang khusus kepada tenaga pengajar di bilik
PKiBP ini. Bilik guru sangat penting bagi guru menjalankan tugasannya selain
daripada mengajar murid. Di dalam bilik guru terdapat kelengkapan yang
lengkap seperti meja, kerusi, computer dan sebagainya. Murid-murid tidak
dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan merupakan kawasan larangan bagi
semua murid.
Kabinet =

Kabinet ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kiri adalah kabinet
untuk murid meletakkan kasut dan selipar di dalam bilik darjah. Kasut dan
selipar digunakan di dalam bilik darjah. Manakala kabinet di bahagian kanan
pula di sediakan bagi meletakkan rekod-rekod serta fail peribadi pelajar.
Susunan fail pelajar lebih teratur dan bersistematik serta memudahkan kerja
guru untuk mendapatkan maklumat pelajar.

Pintu Masuk =

Merupakan laluan keluar masuk guru dan murid. Pintu utama telah dilengkapi
dengan ‘grill’ kerana bimbang akan pergerakan keluar masuk murid. Ini juga
bagi membolehkan cahaya masuk dan pengudaraan yang lancar.

Papan Putih/ Skrin Layar =


Item ini adalah untuk kegunaan guru semasa mengadakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pemilihan papan putih adalah kerana mengelakkan habuk
kapur yang membahayakan kesihatan murid dan guru jika menggunakan
papan hitam. Selain itu juga, papan putih ini juga berfungsi sebagai skrin layar
apabila guru menggunakan projektor ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.

11
Meja Murid =
Item ini merupakan meja yang dikhususkan untuk kegunaan murid. Item ini
sangat penting di dalam bilik darjah supaya murid dapat melakukan kerja
menulis dan sebagainya. Namun jika diperhatikan, susunan meja berbeza
mengikut kelas. Ini kerana, kelas yang pertama ditempatkan murid-murid
yang tahap kebolehannya sangat rendah. Oleh itu, mereka diletakkan secara
berkumpulan. Manakala kedudukan meja yang diasingkan itu adalah untuk
murid yang berkebolehan tinggi dalam pemerolehan ilmu.
Tingkap =
Item ini pula penting bagi mendapatkan iklim bilik darjah yang kondusif.
Melalui tingkap, pengcahayaan dan pengudaraan bergerak selari tanpa
halangan. Tingkap juga dilengkapi dengan gerigi besi supaya pelajar lebih
terkawal.
Sudut Bahan Pembelajaran =
Sudut ini digunakan guru dan pelajar untuk meletakkan bahang pembelajaran
dan pengajaran. Segala hasil kerja murid disimpan di sudut ini supaya tidak
berlaku kehilangan bahan-bahan pembelajaran. Alat tulis juga turut disimpan
disini. Bahan-bahan tersebut tidak dibenarkan dibawa keluar dan hanya
dibenarkan guna ketika berada di dalam kelas tersebut.
Rak Buku =
Rak ini digunakan untuk manyimpan segala bahan bacaan yang ada di dalam
bilik PKiBP. Dengan adanya rak buku ini, ianya dapat mewujudkan sikap rajin
membaca dikalangan murid apabila ada waktu lapang. Nilai menjaga
kekemasan susunan buku juga boleh diterapkan dalam diri murid-murid.
Televisyen =
Item ini adalah untuk kegunaan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Televisyen mampu menarik minat murid dalam mempelajari
sesuatu. Di hadirkan dengan pemain DVD, guru boleh mempraktikkan terapi
pertuturan melalui lagu-lagu yang dimainkan di televisyen.

12
Permaidani =
Digunakan sebagai tempat duduk murid apabila menonton televisyen. Selain
daripada itu,ianya digunakan apabila berlakunya aktiviti secara berkumpulan
dan dijadikan tempat guru menyampaikan tazkirah sebelum memulakan sesi
pembelajaran. Permaidani juga mampu untuk menceriakan ruang yang ada.
Kelas 1 =

Kelas pertama ini telah dikhaskan untuk murid-murid yang lemah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, susunan kerusi dan meja
berpusatkan murid dilaksanakan. Murid diletakkan di dalam kumpulan kecil.
Susunan meja disusun tanpa menghalang pergerakan guru untuk berinteraksi
dengan murid.

Kelas 2 =

Rasionalnya kelas yang kedua ini adalah untuk menetapkan murid-murid


berdasarkan kebolehan mereka. Murid yang cemerlang ketika berada di kelas
pertama boleh berpindah ke kelas ini jika menepati ciri-ciri yang ditetapkan.
Kelas kedua ini biasanya dihuni murid yang bermasalah sepertit ADHD,
Autistik dan Hyperaktif.

Kelas 3 =

Kelas ini mempunyai susunan meja yang berasingan antara satu sama lain.
Sesuai untuk murid yang bermasalah ‘slow learner’. Murid yang bermasalah
seperti ini mempunyai fizikal sama seperti murid biasa Cuma lambat dari segi
memahami tiap-tiap apa yang diajar.

Dapur =

Di dalam kelas PKiBP, terdapat satu dapur yang disediakan bagi tujuan untuk
pembantu menyediakan makanan kepada murid. Murid-murid ini juga diberi
pendedahan mengenai kemahiran memasak tahap rendah dan termaktub di
dalam silibus pelajaran mereka. Kawasan ini adalah kawasan larangan bagi
murid jika tidak diawasi guru pembimbing.

13
Bilik Pengurusan Diri =

Item ini disediakan bagi murid untuk menguruskan diri mereka. Pengurusan
diri juga termaktub di dalam silibus pembelajaran mereka. Pelbagai
kelengkapan disediakan di dalam bilik ini seperti cermin, katil, tilam dan
sebagainya.

Kesimpulannya, pelan ini telah direka khas untuk murid-murid yang berada di
kelas Pendidikan Khas integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKiBP). Rekaan bilik ini
telah merangkumi seperti sebuah rumah kerana ianya mampu untuk mendidik murid
supaya lebih berdikari. Murid-murid ini tidak seperti murid-murid yang berada di
aliran perdana. Kekurangan yang dialami tidak dirasai kerana di didik dengan cara
yang istimewa. Setiap kelas hanya mengandungi 6 hingga 8 orang pelajar sahaja.
Cara pengajaran dan pembelajaran juga berbeza dengan murid aliran perdana.

14

You might also like