You are on page 1of 6

Konsep pengurusan bilik darjah

Menurut Richards (1990), pengurusan bilik darjah merupakan organiasasi dan kawalan
guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan
tanggungjawab seorang guru sebagai pentadbir murid dan kelas. Prasyarat utama bagi
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ialah kemampuan guru untuk
mengurus bilik darjah dengan baik.

Turut menjadi penegasan oleh Muhammad Suhaimi Taat (Minda Pendidik, 2012)
menyatakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan datangnya daripada
pengurusan bilik darjah cemerlang yang dipimpin oleh guru yang mempunyai kemahiran
pengurusan yang baik. Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu perkara yang sangat luas
dan tidak hanya terhad kepada kawalan kelas sahaja, tetapi merangkumi semua perkara yang
dilaksanakan oleh guru bagi memastikan murid-muridnya mampu mencapai tahap
kecemerlangan yang maksimum. Hal ini kerana bilik darjah yang dilengkapi dengan infrastruktur
yang baik ditambah lagi dengan adanya guru yang benar-benar kompeten menjadi pemangkin
utama kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dapatlah dirumuskan bahawa pengurusan bilik darjah bermaksud keupayaan guru


mengorganisasi kebolehannya dalam mentadbir seluruh warga bilik darjah dengan mengikuti
apa yang digariskan dan mampu memodifikasi tingkah laku murid-murid dengan acuan yang
positif. Justeru, untuk memastikan matlamat yang dirancang dapat direalisasikan guru perlu
memahami prinsip pengurusan bilik darjah yang sebenar dan dapat mengaplikasikannya
semasa mengelola bilik darjah tersebut.

Peranan Guru Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Dalam Bilik Darjah

Persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan tempat murid menimba ilmu


pengetahuan, melibatkan diri secara aktif dan membina pelbagai kemahiran yang dapat
membentuk dirinya sebagai seorang murid yang cemerlang.. Dalam hal ini, guru haruslah
berkeupayaan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah.

7
Menurut Arzi (2003), kemudahan fizikal yang bersesuaian dan selesa merangsang aktiviti
intelektual, meningkatkan hubungan sosial serta menggalakkan pembelajaran dan
pembangunan murid di samping mengehadkan tingkah laku negatif murid.
Bagi mewujudkan persekitaran fizikal yang baik, guru perlu memastikan susun atur kelas dalam
keadaan yang menyelesakan murid. Susunan tersebut tidak menghalang pandangan murid
kepada guru dan papan tulis. Selain itu, penyusunannya juga tidak menyekat pergerakan guru
sampai ke tempat duduk murid-muridnya.

Persekitaran fizikal yang baik juga merangkumi ruang-ruang pembelajaran yang khusus
dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan dalam bilik darjah tersebut mempunyai ruang khusus
agar murid dapat melakukan aktiviti pembelajaran dengan selesa dan bebas seperti aktiviti
lakonan, bercerita, main peranan atau melukis. Ruang tersebut juga boleh digunakan untuk
aktiviti pengayaan dan pemulihan murid. Selain daripada itu, ruang akses dan ruang bacaan
perlu diwujudkan bagi memudahkan murid memperoleh bahan pembelajaran dan
menyimpannya semula.

Guru juga seharusnya menyediakan satu ruang pada dinding untuk sudut pembelajaran
seperti sudut Matematik dan sudut Bahasa Melayu serta mengkhaskan satu sudut pameran
untuk menampal hasil kerja murid, gambar-gambar murid atau sebagainya. Perkara ini boleh
menimbulkan perasaan keyakinan dan kesepunyaan mereka antara satu sama lain.

Guru perlu mahir menyusun atur organisasi murid supaya setiap hari akan ada jadual
pembersihan kelas. Sebagai contoh, sebelum guru masuk papan putih dan lantai kelas terlah
disapu bersih. Jadual bertugas yang dibuat guru secara tidak langsung membantu memupuk
nilai integriti dalam diri murid agar bertanggungjawab menjalankan tugasan yang diberikan.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya
(Evertson, Emmet & Worsham, 2006).

Isu: Kesan Menangani Masalah Murid Yang Membuat Bising Dalam Kelas

Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan
menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan murid untuk
belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.

8
Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi
tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan penyumbangan kepada
akademik murid. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik
mungkin maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif.

Dalam situasi yang diberi, guru tersebut telah mendapati beberapa orang murid suka
membuat bising semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tindakan sebahagian murid
yang membuat bising di dalam kelas menyebabkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran
menjadi tidak lancar. Mereka akan mengganggu murid-murid lain dengan suara mereka yang
kuat sehinggakan murid-murid lain tidak dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran.
Kesan kepada guru pula ialah guru tidak dapat menyampaikan isi pelajaran dengan baik
disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh murid-murid tersebut. Kehebatan pengajaran guru
bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak
membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki
kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan.
(Haji Samsudin bin Md Noor). Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam menguruskan kelas
supaya isu murid-murid membuat bising di dalam kelas dapat dibendung.

Sebagai guru kelas , guru boleh menyediakan peraturan-peraturan bilik darjah dan
memuberi arahan yang tegas, jelas dan ringkas. Ini akan menyebabkan murid-murid dapat
belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri. Murid-murid yang bermasalah dikehendaki
mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jika murid-murid tersebut dapat mematuhi
peraturan, guru boleh memberi peneguhan positif seperti ganjaran, pujian, penghargaan dan
lain-lain. Sebaliknya, peneguhan negatif seperti teguran juga perlu diberi jika murid-murid
tersebut masih tidak dapat mengikuti peraturan tersebut. Tetapi, peneguhan ini perlu diberi
mengikut kesesuaiannya.

Selain itu, guru boleh mengasingkan beberapa orang murid itu supaya mereka tidak
berkelompok. guru boleh menyusun semula tempat duduk mereka dengan mengatur mereka
berduduk bersebelah dengan murid yang berminat untuk belajar. Kesan daripada pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku ini akan dapat mengurangkan gangguan semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung serta meningkatkan minat dan fokus murid-murid
tersebut terhadap pelajaran yang diajar oleh guru.

Seterusnya, guru juga perlu memahami punca-punca murid tidak berminat untuk
belajar. Guru mungkin perlu menukar cara pengajaran seperti cara pengajaran yang

9
memusatkan murid. Ini dapat meningkatkan penglibatan murid semasa proses pengajaran-
pembelajaran dijalankan.

Pada masa yang aktiviti seperti kerja kumpulan quiz menggalakkan penglibatan aktif murid-
murid dalam proses pembelajaran secara langsung. Oleh itu seorang guru hendaklah
mempelbagaikan pelbagai teknik dalam proses pengajaran dan tidak hanya berfokus
kepada kaedah tradisional. Mereka hendaklah merancang
pengajaran dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran adalah bermakna serta
sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada murid. Guru boleh mengadakan
pengurusan pergerakan dan pertukaran aktiviti yang cekap dan sedia memberikan bantuan
kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Guru perlu memberi aktiviti
yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Dengan ini murid akan lebih aktif semasa
guru mengajar dan tidak membuat bising dengan rakan sekelas dan mengurangkan
masalah disiplin.

Model Pengurusan Disiplin Bagi Membantu Guru Menangani Masalah Tingkah Laku

Saya mencadangkan guru menggunakan Model Disiplin Asertif bagi menangani masalah
disiplin yang disebabkan oleh bilangan murid yang ramai. Model Disiplin Asertif membantu guru
mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus memastikan setiap murid
dihormati di dalam kelas tersebut. Menurut Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk
menentukan dan mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya.

Guru mengamalkan ciri disiplin asertif ini apabila menetapkan peraturan dalam kelasnya
sendiri. Menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai
impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan
kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat. Guru boleh mengeluarkan
kenyataan seperti Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengikut cara saya.
Apabila guru tegas dalam hal disiplin tetapi dengan berpandukan peraturan yang adil lambat
laun murid-murid akan menurut apa yang guru hasratkan. Ini kerana jika guru itu jujur dengan
murid-muridnya, maka mereka juga akan jujur dengan guru mereka.

Seperkara lagi, model Canter member panduan kepada guru untuk mengekalkan
persekitaran pembelajaran yang positif. Guru asertif akan menjadikan bilik darjah di bawah
kawalan guru yang tegas adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Dengan adanya

10
disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah positif dan secara berhormat
apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah..

Salah satu elemen penting dalam memupuk disiplin yang baik adalah pengiktirafan.
Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Ia perlu digunakan dengan kadar yang kerap untuk
meningkatkan keyakinan diri murid dan memastikan konsep kendiri murid berada di tahap yang
sewajarnya. Pengiktirafan juga bertindak sebagai mangkin yang menggalakkan tingkah laku
yang diingini disamping menjadi rencah dalam membina persekitaran pembelajaran yang
positif.

Intervensi Bagi Membantu Guru Menangani Masalah Tingkah Laku

Intervensi yang sesuai bagi membantu guru menangani masalah disiplin seperti membuat
bising dan mengganggu rakan ialah menggunakan intervensi teknik modifikasi tingkah laku.
Teknik modifikasi tingkah laku ini menggunakan teknik peneguhan untuk menangani masalah
disiplin. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan
peneguhan yang tidak sama dan berlainan.

Dalam intervensi ini, terdapat banyak peneguhan yang boleh digunakan oleh guru untuk
menangani masalah disiplin. Sistem token ekonomi boleh digunakan oleh guru untuk mengawal
murid-murid. Menurut Emmer (1989), pemantauan ke atas penglibatan setiap murid di dalam
aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran serta kepatuhanmereka ke atas peraturan yang
ditetapkan haruslah berterusan agar ia menjadi satu tabiat yang positif. Sistem ini merupakan
satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada
pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Guru boleh
menggunakan sistem token untuk mengawal tingkah laku murid-muridnya supaya mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa gangguan. Setiap kali murid
menunjukkan tingkah laku positif, dia akan diberikan satu token oleh guru.

Melalui teknik modifikasi tingkah laku ini juga, guru boleh menggunakan kaedah shaping
atau pembentukan. Kaedah shaping ialah kaedah yang digunakan bagi tujuan membentuk
tingkah laku yang belum dilakukan oleh individu tertentu. Shaping /pembentukan boleh
didefinisikan sebagai pembentukan satu tingkah laku baru terhasil daripada peneguhan apabila

11
melakukan satu tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam
pengaplikasian teknik ini, guru juga mesti sangat spesifik dalam menetapkan matlamat tingkah
laku yang perlu dicapai oleh murid. Kaedah ini boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah
murid-murid yang selalu membuat bising di dalam kelas. Guru boleh menetapkan matlamat
tingkah laku mereka sebagai berhenti bercakap di dalam bilik darjah. Jika murid berjaya
mencapai matlamat ini, guru haruslah menawarkan ganjaran yang lebih besar secara progresif(
sedikit demi sedikit) kepada mereka sehinggalah tingkah laku bermasalah itu hapus.

Guru juga boleh menggunakan teknik reverse psychology untuk mendapatkan tingkah laku
yang dikehendaki daripada murid-murid di dalam bilik darjah. Ia sangat berkesan dengan murid-
murid yang berkeyakinan diri, murid-murid yang degil dan mempunyai konsep kendiri yang
tinggi. Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih
kepada tingkah laku positif. Reverse psychology berlandaskan prinsip di mana guru-guru akan
membuat satu tindakan yang berlainan daripada tindakan-tindakan biasanya. Sebagai contoh,
jika guru ingin muridnya diam, beliau mungkin mengatakan sesuatu seperti berikut, Teruskan
dan buat bising sekuat yang anda semua boleh dalam suara yang kuat dan tegas. Murid-murid
akan memahami maksud sebenar yang ingin diperkatakan oleh guru mereka ialah untuk
mereka diam dengan serta merta kerana mereka mengetahui guru tidak bermaksud apa yang
beliau lafazkan.

Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa tugas mengatasi masalah disiplin amat
bergantung kepada kemahiran guru sebagai pengurus. Guru harus menguasai kemahiran
pengurusan disiplin bilik darjah bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang teratur dan
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaranyang optimum. Melalui langkah-
langkah yang dicadangkan di atas akan dapatmeningkatkan kawalan diri masing-masing di
kalangan murid-murid yang seterusnya membawa kepada tahap disiplin yang tinggi di peringkat
sekolah

12

You might also like