You are on page 1of 21

FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

MED7043
CLASSROOM MANAGEMENT

FINAL EXAMINATION PAPER

NAMA : NUR ZULAIKHA ILYANA BINTI MOHD ZAINAL

NO MATRIK : S21100866

NO KAD PENGENALAN : 970203-12-5362

PROGRAM : MASTER OF EDUCATION

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. TENGKU SHAHROM BIN TENGKU


SHAHDAN
1. In order to create an environment conducive to academic and social-emotional learning, it
is necessary to develop an understanding of what effective classroom management
entails. Brophy (2006) describes classroom management as all the actions teachers take
to create and maintain an environment conducive to learning. Describe the five (5) key
areas of classroom management. (20 marks)

I. Physical design of the classroom


Guru seharusnya berkebolehan mengguna dan menguruskan ruang yang terhad untuk
mewujudkan keselesaan dan kecekapan pengurusan bilik darjah akan memberikan kesan
kepada keadaan dan suasana bilik darjah. Kesesakan boleh berlaku disebabkan organisasi
ruang yang tidak cekap dan tidak tersusun dengan betul. Ruang yang membentuk bilik darjah
boleh digunakan dengan berkesan untuk menjadikan bilik darjah lebih menarik, ceria dan
kreatif. Dari semasa ke semasa, ruang dan organisasi bilik darjah perlu diubah-ubah secara
kreatif bagi mencorakkan keadaan dan suasana baru di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang
tidak menarik boleh memberi kesan tekanan keemosian dan mental kepada pelajar-pelajar.
Stail belajar dan orientasi belajar yang mampu mengembangkan potensi, bakat serta
kebolehan yang berbeza di kalangan pelajar.

Faktor keselesaan ruangan bilik darjah boleh mencorakkan stail dan cara belajar,
perkelompokan pelajar, organisasi pelajar, pergerakan pelajar dan aspek-aspek kreativiti bilik
darjah. Bilik darjah yang sesak disebabkan jumlah pelajar yang ramai boleh menjejaskan
kualiti belajar dan keberkesanan pengajaran guru. Oleh sebab itu, guru kelas perlu
mengambil kira bagaimana menggunakam ruang dan mencorakkan organisasi bilik darjah
supaya keadaan dan suasana yang selesa dan berkesan kepada pembelajaran boleh berlaku.
II. Rules and routines

Guru boleh memastikan pelajar-pelajarnya berdisiplin dan bertanggungjawab dalam proses


pembelajaran dengan mewujudkan rutin bilik darjah melalui pembinaan peraturan dan prosedur.
Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal dapat membentuk pelajar
menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi.

Rutin bilik darjah merupakan set jangkaan yang diharapkan dapat menjimatkan masa serta
melancarkan fungsi bilik darjah. Antara perkara yang boleh dijadikan peraturan dan prosedur di
dalam rutin bilik darjah ialah:

 Ucap selamat apabila guru masuk ke kelas seperti Assalammualaikum, Selamat Pagi
atau Salam Sejahtera.
 Prosedur mengumpul dan menghantar latihan atau tugasan.
 Prosedur keluar masuk kelas untuk ke tandas, bilik guru, pejabat dan sebagainya.
 Prosedur bekerjasama dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.
 Mencatat kedatangan pelajar.
 Semakan kerja dan tugasan pelajar.

Guru perlu memastikan bahawa pelajar akan sentiasa merujuk kepada rutin yang telah dibina
apabila bertingkah laku. Guru juga perlu memastikan peraturan dan prosedur itu dipatuhi.
Sekiranya berlaku pelanggaran peraturan dan prosedur, guru boleh mengendalikannya dengan
memberikan aktiviti gentian yang positif seperti meminta pelajar tersebut membantu guru untuk
membersihkan papan tulis.

III. Relationships

Di sekolah, hubungan guru-murid merupakan aspek yang penting kepada pelajar-pelajar


demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Faktor hubungan yang baik dapat
membentuk suasana bilik darjah yang sihat dan dinamis. Faktor hubungan ini dapat memupuk
kemesraan, keyakinan diri, persefahaman, toleransi dan perkembangan sahsiah yang sihat dalam
kalangan pelajar-pelajar. Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang atau
caring ditanamkan di dalam bilik darjah. Hubungan yang baik perlu dipupuk dalam kalangan
pelajar supaya masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung
dengan lebih berkesan.

Guru perlu mewujudkan suasana hubungan dengan berinteraksi dan mempelajari lebih
banyak mengenai pelajar-pelajar akan dapat membantu pelajar melalui proses pembelajaran yang
berkesan. Penyelesaian kepada tingkah laku yang kurang sesuai bukanlah dengan menghapuskan
tingkah laku itu melalui hukuman tetapi dengan mewujudkan hubungan yang positif antara guru-
pelajar.

IV. Engaging and motivating instruction

Suasana dan keadaan bilik darjah yang menarik, aktif dan kreatif pada umumnya bergantung
kepada peranan dan kepimpinan guru. Guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan
pengajarannya yang baik, meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik
dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi ransangan kepada pelajar-
pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi. Pelbagai peranan yang dinamik, kreatif dan
progresif yang ditunjukkan oleh guru menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar. Guru
yang cekap dan pakar dapat mencorakkan suasana dan keadaan belajar serta mengajar yang amat
diminati oleh pelajar-pelajar.

Kemahiran pedagogi, kebolehan intelektual, kepakaran profesionalisme dan sikap positif


yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugas dan tanggungjawabnya mendapat penghargaan yang
tinggi daripada pelajar-pelajar. Kepimpinan guru yang baik dapat menghidupkan suasana dan
keadaan yang mendorong kepada kemajuan pelajar. Contohnya, teladan yang baik yang
ditunjukkan oleh guru, semangat juang yang tinggi dan memberi inspirasi kepada pelajar serta
kebolehan menghidupkan minat dan mengubah sikap pelajar kepada pelajaran adalah satu
kekuatan dan idealism guru sangat pengaruhi suasana dan keadaan bilik darjah.
V. Discipline

Disiplin merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dan seringkali melibatkan
bagaimana guru mengajar pelajar tentang tingkah laku yang baik dan bersopan. Apa jua
kesalahan yang dilakukan, pelajar seharusnya diberi peluang untuk menjelaskan keadaan bagi
pihak dirinya. Guru perlu membuat pertimbangan wajar sebelum bertindak secara adil untuk
memastikan pelajar tidak menjadi mangsa ketidakadilan. Namun sekiranya guru telah
memastikan kesalahan pelajar, guru perlu bertindak dengan tegas, yakin dan bijaksana. Guru
juga seharusnya memastikan bahawa tindakannya bersifat profesionalisme dan bukan bertujuan
untuk memuaskan hati sendiri. Guru tidak mempunyai keistimewaan untuk membalas dendam.
Guru perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mendapatkan semuka ketenangan dan
persekitaran atau suasana pembelajaran yang positif.
2. As a teacher, you will want to consider several factors when deciding on the right arrangement
of student desks for your classroom. What are the factors that have to be considered in
organizing the physical design of your classroom? (20 marks)

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mengatakan sebuah bilik darjah yang kondusif merupakan sebuah bilik darjah
yang selamat, bersih, selesa serta meransang pembelajaran selain dapat membina sebuah
komuniti bilik darjah yang harmoni. Bagi kebanyakan guru, untuk membentuk sebuah
persekitaran fizikal dalam bilik darjah memang menggusarkan terutama apabila menghadapi
keadaan sekolah yang lama dan uzur, bilik darjah yang terlalu sesak atau tiada ruang untuk
menyimpan barang. Terdapat lima ruang dalam bilik darjah yang perlu diurus dengan baik untuk
membolehkan bilik darjah menjadi tempat belajar yang selesa. Ruang- ruang tersebut ialah ruang
lantai, ruang dinding, ruang rak, ruang almari dan kabinet serta ruang suasana.

I. Ruang lantai
Saya berpandangan ia merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan dengan membuat
keputusan bagaiman menyusun aktiviti yang melibatkan pelajar secara individu tau kumpulan
kecil dan besar. Guru boleh memikirkan kedudukan pelajar yang melibatkan susunan kerusi
meja. Gaya susunan dibuat bergantung kepada gaya pengajaran guru.

 Separa bulatan
Susunan ini boleh digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai ramai pelajar dan tidak
melibatkan banyak kerusi meja. Susunan ini dapat menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti
pembelajaran dengan lebih mudah. Semua pelajar hanya akan berada di hadapan atau baris
kedua. Paling banyak akan melibatkan tiga baris sahaja. Ruang lantai yang lain boleh dijadikan
ruang membaca atau membuat aktiviti lain.

 Kumpulan kecil
Dalam konteks pembelajaran berasaskan pelajar yang lazimnya dijalankan dalam bentuk
kumpulan kecil, guru boleh berpandukan susunan pembelajarna koperatif dan kolaboratif iaitu
susunan empat hingga enam murid dalam satu kumpulan. Susunan sebegini akan membolehkan
guru menyusun pelajar mengikut keperluan yang sama atau membolehkan guru menyusun
kumpulan mengikut jantina. Susunan sebegini akan memudahkan guru memberi perhatian secara
individu kepada pelajar.

 Barisan tradisi
Sekiranya terdapat bilangan kerusi dan meja yang banyak, susunan boleh dibuat dalam bentuk
tradisional atau berpasangan. Perkara yang perlu dipastikan ialah terdapat ruang untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.

 Keperluan khas
Guru perlu menyusun tempat duduk yang sesuai untuk pelajar yang memerlukan perhatian dan
keperluan khas. Contohnya, murid Attention Deficit Disoder (ADD) yang dicirikan dengan
masalah memberi perhatian, kawalan impuls dan hiperaktiviti perlu ditempatkan di barisan
paling hadapan dan berdekatan meja guru. Perkara yang paling penting ialah pelajar berkenaan
tidak diletakkan di tempat yang terpisah daripada pelajar-pelajar lain.

II. Ruang dinding


Saya akan mewujudkan papan tulis dan papan kenyataan yang merupakan dua papan yang perlu
ada di dalam kelas. Hal ini kerana, kedua – dua papan ini sering digunakan oleh guru untuk
mencatatkan isi pelajaran, carta, hasil kerja pelajar, peraturan kelas dan pelbagai maklumat
pembelajaran. Papan kenyataan dan papan tulis sebaiknya dihias dengan cantik dan menarik.
Guru boleh mempamerkan bahan-bahan dengan kemas dan teratur serta mendapatkan kerjasama
pelajar untuk menyusun dan menghias papan bulletin.

III. Ruang rak


Saya akan mewujudkan rak papan sekeping yang boleh dilekatkan di bahagian atas papan
bulletin untuk meletakkan beberapa bahan yang tidak berat sekiranya ketiadaan almari di dalam
kelas saya. Apa yang perlu hanyalah menghiaskannya dan menyusun barang yang hendak
disimpan di situ agar tidak menyakitkan mata.
IV. Ruang almari dan kabinet
Almari atau kabinet rendah diperlukan untuk menyimpan pelbagai barang untuk diguna oleh
guru atau pelajar. Almari dan kabinet perlu dikunci dan tanggungjawab menjaganya boleh
diserahkan kepada ketua kelas atau pembantunya. Bahagian atas kabinet boleh diletakkan projek
3D pelajar, glob dan sebagainya.

V. Ruang suasana
Saya akan mewujudkan ruang suasana dalam bentuk material seperti nilai estetik, keselesaan,
keselamatan dan rasa senang.
3. Assuming that you are a primary school science teacher and you are responsible for the
school’s science laboratory. Develop ten (10) rules for the use of the science laboratory by
students. Explain the reasons for listing each of the rules. (20 marks)

I. Personal protective equipment is used in the laboratory to protect ourselves when


working with chemical hazards. Examples: laboratory coats, footwear, gloves, safety
goggles and mask.
 The primary purpose of coats is used in the laboratory to protect against splashes
and spills. The rubber coated aprons can be worn to protect against chemical splashes
and may be worn over a laboratory coat for additional protection.
 Shoes must be worn in the laboratory at all times, regardless of the performance
experimental works and use leather shoes which is completely protects the toes,
heel and top of foot provide the best general protection. The shoes must be water proof
materials used. The shoes must have a nonslip sole firmly attached to the foot and
sandals, sneakers and open-toed shoes. Do not provide adequate protection when
handling heavy objects that might fall onto the feet.
 Disposable gloves should be available for students to wear when handling corrosive
chemicals, chemicals that are toxic when absorbed through the skin, biological stains or
potentially infectious material. Note that some disposable gloves are permeable to some
organic solvents and will provide no protection against skin exposure to these solvents.
 Students must wear eye protection (safety glasses or goggles) when there is any
possibility of injury from splashed chemicals or flying debris. If safety goggles are to be
shared by a number of students, the goggles should be sterilized between uses with
ultraviolet radiation or a disinfectant solution. . Contact lenses must NOT be worn in the
chemical laboratory as fumes and vapours may be trapped behind the lens, irritating and
possibly damaging the cornea.
 The face masks is a partial cover for the face used for protection. It provides protective
covering for nose and mouth. Face masks generally used in biomedical research
laboratories are called dust masks.
II. Always listen to the teacher and obey his or her instructions. Do not run or horse
around in the lab - you may cause a serious accident.
 Do not chew gum or eat or drink anything in the laboratory.
 Read the instructions for each activity CAREFULLY before coming to the lab. NEVER
try anything opther than the written laboratory instructions without first consulting with
the teacher - something unexpected and very dangerous may happen. Do not carry out
any laboratory activities unless a teacher is present.
 Report ALL accidents to the teacher, no matter how small they may seem.

III. Electrical hazards are common caused by faulty operation and improper
maintenance of electrical equipments. Results in the minor burns to severe
injuries that may be lead to death.
 Overload circuits should be avoided, never be used extension cord.
 Electrical equipment should not be touch with wet hands.

IV. Work space must be kept neat at all times and before leaving the laboratory all
equipment and apparatus must be returned to there shelf.
 Cleanliness is essential for biochemical experiment. Work area must be clean. Make
sure that all equipments and labware it must be clean before use. Clean the working area
equipment and lab after use.
 Proper storage of chemicals must be done.
 All the reagents must be neatly labeled. Do not contaminate reagents by using used /
dirty pipettes for taking the reagent.
 Do not contaminate chemicals by using used / dirty spatulas (in case of solids) for taking
out the chemical.
 Do not contaminate stoppers of reagent bottles and put the stoppers of bottle
immediately after using reagents.
V. First aid must be available in the laboratory.
 Skin burns should be washed under running water or ice water and petroleum jelly or
burn ointment should be applied and then covered with sterile gauze. Any blister
formed must not be punctured.
 Chemicals injury to the eyes must be treated by through washing with water.
 In accidental swallowing of chemicals, the mouth must be thoroughly rinsed with
water.
 Contamination with infected material in wounds caused by broken glassware, must
be thoroughly rinsed with water and washed with soap solution before applying
antiseptic solution.

VI. All glassware must be sterilized to prevent infection


 Clean all glassware before using laboratory experimental works.
 Protect hands with latex gloves.
 Tests may lead to erroneous result if dirty glassware is used.
 Use glasswares should be washed with water.
 Special cleaning solutions such as chromic acid solutions are suggested in the case
of more dirty glasswares.

VII. Waste disposal: after completion of laboratory experiment unwanted material


must be discarded in designated container.
 Throw solids in the waste bins if it is necessary to pour strong acid or alkali into the sink,
run water freely to wash it away.
 Never pour chemical waste into the sink drains or wastebaskets.
 Place chemical waste in appropriately labeled waste containers.

VIII. Never work in the laboratory without the supervision of a teacher.


 Always perform the experiments or work precisely as directed by the teacher.
 Immediately report any spills, accidents, or injuries to a teacher.
 Never leave experiments while in progress.

IX. Hygiene Practices


 Keep your hands away from your face, eyes, mouth, and body while using
 chemicals.
 Food and drink, open or closed, should never be brought into the laboratory or chemical
storage area.
 Never use laboratory glassware for eating or drinking purposes.

X. Emergency Procedure
 Know the location of all the exits in the laboratory and building.
 Know the location of the emergency phone.
 Know the location of and know how to operate the fire extinguishers and first-aid kits.
 In case of an emergency or accident, follow the established emergency plan as explained
by the teacher and evacuate the building via the nearest exit.
4. Listed below are five strategies to develop teacher–student relationships. Explain how you
would use the strategies above to incorporate into your practice and why? (20 marks)

I. Maintain a sense of humour

Dalam buku yang berjudul Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah oleh Abd
Rahman Abd Rashid (1999) mengatakan keseronokan (enjoyment) adalah satu elemen dan unsur
emosi yang penting untuk mencorakkan budaya bilik darjah yang sihat dan dinamis. Unsur
keseronokan terbentuk kerana adanya kedimensian perkembangan emosi dan sosial seperti
kebebasan, dorongan, pencapaian, kreativiti, sense of humour, penghargaan dan kepuasan diri.
Kebebasan adalah saru dimensi sosial dan moral yang penting bagi membolehkan pelajar-pelajar
melahirkan perasaan, pendapat, pandangan, kritikan dan bantahan yang dapat melepaskan
mereka daripada sebarang tekanan dan kongkongan. Nilai keseronokan di dalam bilik darjah
akan memberi kesan positif kepada perkembangan emosi dan tingkah laku pelajar-pelajar.
Perasaan seronok, ceria dan gembira di dalam bilik darjah dapat mengurangkan tekanan dan
meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar.

Saya berpendapat bahawa nilai keseronokan yang terbentu di dalam bilik darjah akan
memberi impak yang positif kepada perkembangan harga diri (self-esteem) pelajar-pelajar. Guru
yang cekap dan prihatin terhadap isu ini akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan pelajar-pelajar. Unsur keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran
boleh menjadikan pelajar-pelajar berminat dan suka dengan pelajaran yang dipelajari. Secara
peribadi, jenaka yang betul dan positif yang digunakan oleh guru mempunyai kesan yang baik
dalam mewujudkan dan mengekalkan hubungan guru-murid yang saling mempercayai dan
kerjasama yang baik, pengurusan yang cekap bagi situasi konflik dan situasi masalah pedagogi
secara amnya, mewujudkan disiplin dan suasana kerja yang baik, membantu memahami bahan
yang akan dipelajari, dan mengekalkan motivasi belajar. Walau bagaimanapun, semua ini
memerlukan bukan sahaja rasa jenaka tetapi juga tingkah laku asertif guru dan penggunaan
strategi komunikasi yang berkesan. Apabila menggunakan jenaka guru di bilik darjah, rasa
perkadaran juga harus diambil kira kerana terlalu banyak jenaka serta pelajaran yang bebas
jenaka dan membosankan mengalihkan perhatian daripada bahan yang hendak dipelajari dan
melambatkan proses pengajaran-pembelajaran. Sekiranya terlalu banyak dan kelakar yang tidak
sesuai, tumpuan perhatian harus sentiasa dialihkan kembali kepada pelajaran.

Sebaliknya, mengekalkan minat adalah sukar untuk dicapai semasa pelajaran yang
membosankan, membosankan, tanpa jenaka. Nada jenaka sering menghilangkan situasi
komunikasi, menjadikannya suka bermain. Ia juga boleh memainkan peranan penting dalam
perhubungan antara guru dan pelajar kerana ia meleraikan emosi negatif dan mendekatkan orang
ramai antara satu sama lain. Dengan berjaya membangkitkan minat terhadap mata pelajaran
mereka, guru boleh memulakan proses perkembangan kognitif dalam personaliti remaja yang
boleh asas kepada prestasi sekolah yang cemerlang. Guru boleh mencapai banyak perkara
dengan humor sebagai cara komunikasi yang khusus, tetapi hanya jenaka, kata-kata, contoh atau
maklum balas yang tidak membahayakan diri kanak-kanak atau pelajar boleh digunakan.

II. Encourage students to self-regulate their own learning.

Dalam buku yang berjudul Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah oleh Abd
Rahman Abd Rashid (1999) mengatakan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamis boleh
mewujudkan melalui pembelajaran yang bermatlamat. Ini bermakna masa dan usaha akan
ditumpukan dengan berkesan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh
guru untuk dicapai oleh pelajar-pelajar. Matlamat pengajaran dan pembelajaran adalah jelas dan
dapat ditemtukan dengan berkesan dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh
pelajar. Matlamat untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengembangkan potensi
individu akan berlaku secara dinamis dalam budaya bilik darjah.

Mengawal kendiri ialah kebolehan pelajar membuat perancangan strategi pembelajaran dan
sasaran yang ingin dicapai dalam pembelajaran. Ia menekankan kepentingan tanggungjawab
peribadi dan kawalan ke atas pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Pada pandangan saya,
mengawal kendiri juga akan menyokong proses pembelajaran yang dijalankan oleh pelajar untuk
mencapai hasil pembelajaran yang maksimum. Pelajar yang mempunyai peraturan kendiri yang
baik akan mempunyai hasil pembelajaran yang baik kerana mereka dapat mengatur aktiviti
pembelajaran mereka.

Kawal selia kendiri juga mempengaruhi aspek emosi. Pelajar yang mempunyai pengawalan
kendiri yang baik biasanya dapat mengurus peraturan emosi mereka dengan lebih baik lantas
membolehkan pelajar memantau dan menilai aktiviti pembelajaran mereka. Apabila guru
melibatkan pelajar dalam perancangan pembelajaran, pelajar mungkin berasa lebih puas apabila
mereka dapat menghadapi cabaran kerja sekolah mereka. proses pengajaran dan pembelajaran,
dan tindakan susulan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran
yang optimum. Contohnya, dengan menggunakan strategi metakognitif yang mereka putuskan
untuk digunakan dalam peringkat penetapan matlamat (menyoal diri sendiri), pelajar boleh
menjelaskan sendiri apa yang mereka lakukan dan belum tahu. Cara lain untuk memantau diri
termasuk menjejaki sejauh mana pembelajaran benar-benar dilakukan dengan kumpulan belajar,
atau melihat konteks dan persekitaran yang membolehkan mereka memberi tumpuan kepada
kerja mereka.

III. Be sensitive to students’ personal concerns.

Dalam buku yang berjudul Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah oleh Abd
Rahman Abd Rashid (1999) mengatakan bahawa kualiti bilik darjah yang tertekan boleh
mmeberi kesan negatif kepada perkembangan tekanan masalah emosi yang tinggi seperti takut,
bimbang, tidak yakin dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan kurang rasa selamat, aspek moral
bilik darjah yang rendah, hubungan guru dan pelajar yang tidak baik, tekanan daripada pihak
guru dan kawan-kawan sekelas serta kurangnya sokongan di bilik darjah dan sebagainya.
Saya berpandangan bahawa guru perlu terus memantau pelajar-pelajarnya agar guru dapat
menyedari tentang apa jua kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Dengan memahami masalah
pelajar, ketakutan serta kekeliruan mereka, guru akan berpeluang untuk lebih memahami
masalah pembelajaran dan memahami tentang masalah-masalah pembelajaran dalam bilik
darjah, guru akan menjadi lebih sabar ketika menghadapi masalah tersebut. Perkara ini akan
membuatkan pelajar rasa lebih selamat dan dapat mengurangkan kekeliruan semasa mereka
belajar.

IV. Learn about students’ cultural backgrounds.

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mengatakan bahawa guru perlu memahami, khususnya di sekolah-sekolah
dalam bandar, bahawa pelajar-pelajar datang dari pelbagai budaya dan latar belakang. Oleh itu
guru perlu memahami bahawa nilai-nilai kepunyaan berdasarkan budaya masing-masing
membolehkan pelajar-pelajar yang tergolong ke dalam golongan minority membina harga diri
mereka sendiri.

Pada pandangan saya, jika guru menunjukkan kefahaman tentang latar belakang budaya
pelajar-pelajarnya, hal ini akan dapat membina kefahaman yang lebih baik dalam perhubungan
antara guru dan pelajarnya. Contohnya, menengking dan menjerit merupakan tingkah laku yang
tidak dipersetujui oleh kebanyakan budaya tetapi bagi sesetengah guru mendapatinya sebagai
cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah tingkah laku. Guru sebegini hanya akan
membuatkan pelajar rasa takut , tidak menghormati guru dan menjauhkan diri dari mempelajari
mata pelajaran yang diajar oleh guru berkenaan.

V. Take a personal interest in students.

Dalam jurnal yang bertajuk Pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan
Senai, Johor oleh Zainudin Abu Bakar dan Nor Hisham Muhamad Nor (2011) mengatakan
pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya
adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang
tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya. Guru merupakan salah satu daripada
ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Untuk menghasilkan pengajaran yang baik
keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka
melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru pasti akan memberi
kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar.
Pendekatan pengajaran guru mungkin dapat mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar
semasa proses pembelajaran. Sekiranya berlaku ia mungkin dapat mempengaruhi pencapaian.

Saya berpendapat bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk
minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Secara umumnya seseorang guru boleh menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang diajar.
Minat merupakan suatu unsur naluri yang boleh dipupuk dan begitu juga dengan minat belajar
seorang pelajar. Seseorang guru yang berpengalaman seharusnya boleh menimbulkan minat
belajar pelajar dengan mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya dapat meningkatkan
tahap pencapaian pelajarnya. Guru yang berkualiti adalah yang berkebolehan menyampaikan isi
kandungan pelajaran dengan gaya yang sentiasa menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan
pembelajaran ini membawa kepada pengajaran yang berkualiti yang mana mempunyai hubung
kait dengan pencapaian.
5. In 1970 educational psychologist Jacob Kounin studied what effective and ineffective
classroom managers did as they were teaching in their classrooms. Kounin discovered that
effective classroom managers displayed four key behaviors to prevent misbehavior: withitness,
overlapping, signal continuity and momentum, and variety and challenge within lessons.
Describe what you understand about each behavior and by give examples of how you would use
them in your classrooms. (20 marks)

I. Withitness

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mendefinisikan withitness sebagai satu terminologi yang digunakan oleh Jacob
Kounin untuk menjelaskan tentang keupayaan guru untuk mengetahui segaala yang berlaku,
sepanjang waktu dalam bilik darjahnya. Ini dapat dilakukan dengan guru membuat imbasan
pemerhatian sekali sekala. Menurut Kounin, guru perlu tahu apa yang berlaku tetapi untuk
pelajar merasakan bahawa guru tahu apa yang berlaku.

Pada pandangan peribadi saya, guru bertanggungjawba mencegah salah laku. Guru boleh
mengekalkan strategi menggunakan kontak mata sepanjang masa di dalam kelas. Guru perlu
menggunakan teknik bukan lisan untuk menunjukkan bahawa guru sedar dan mengambil berat
tentang kebajikan pelajar-pelajarnya. Guru juga boleh bercadang untuk memaklumkan kepada
pelajar tentang esuatu tingkah laku yang dianggap tidak baik dan tidak boleh diterima. Guru
perlu menyampaikan kepada pelajar segala ekspektasi tingkah laku dalam bilik darjah dan
ditunjukkan agar semua pelajar boleh memahaminya.

II. Overlapping

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mendefinisikan pertindanan sebagai keupayaan guru untuk menjalankan
pelbagau peranan (multi-tasking). Contohnya, guru mampu untuk menyampaikan pelajaran pada
masa yang sama dapat menghalang sebarang gangguan atau salah laku pelajar. Konsep
pertindanan ini berkait rapat dengan withitness.

Saya berpendapat bahawa guru boleh menyediakan prosedur yang akan membolehkannya
menjadi efektif apabila dua situasi berlaku pada masa yang sama atau serentak. Contohnya,
seorang pelajar telah menyelesaikan tugasnya dan sedang melakukan kerja lain seperti membaca
buku atau membuat latihan tambahan atau penggayaan, guru boleh bergerak dan membantu
pelajar yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja. Contoh lain, ketika guru sedang
mengajar seorang murid masuk sampai dan masuk lewat dengan menggunakan kontak mata dan
bahasa badan guru boleh meminta pelajar tersebut masuk dan duduk di tempatnya serta
meneruskan pengajaran. Semasa semua pelajar membuat latihan, guru boleh mendapatkan
pelajarnya yang lewat tadi dan memaklumkan topik yang telah ketinggalan untuk membolehkan
pelajar menyedarinya.

III. Signal Continuity

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mendefinisikan kelancaran sebagai keupayaan guru untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa menggugat kelancaran atau dialihkan perhatian dengan
menjawab soalan-soalan atau maklumat yang tidak berkaitan adalah penting. Kerapkali guru
terganggu atau beralih perhatian sehingga isu yang dibincangkan pada mulanya menjadi terbiar
hingga beberapa ketika. Hal begini boleh mengelirukan pelajar atau maklumat. Seperkara lagi
yang boleh menganggu kelancaran ialah apabila guru gagal merancang pengajaran dengan baik.
Untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan
perancangan dibuat dengan baik berserta peralatan bantuan pengajaran dan pembelajarannya.

Saya berpendapat bahawa guru boleh meminta pelajar untuk mengangkat tangan untuk
memaklumkan kepada guru bahawa pelajar ingin memberikan pandangan atau mengemukakan
soalan. Teknik ini membolehkan guru mempunyai gambaran pelajar manakah yang ingin belajar
bersungguh-sungguh dan menggunakan masa sebaik-baiknya. Apabila menempatkan pelajar
dalam kumpulan pembelajaran koperatif, guru boleh berjalan untuk memantau atau memudah
cara serta mendengarkan perbincangan yang berlaku. Guru boleh bercampur tandan dalam
perbincangan sekiranya dirasakan perlu.

IV. Momentum

Dalam buku Pengurusan bilik darjah & tingkah laku yang dikarang oleh Akhiar dan
Shamsina (2015) mendefinisikan momentum sebagai perjalanan pelajaran dalam kelas. Guru
seharusnya mengakui kemungkinan berlaku masalah kecil tetapi masih boleh membuatkan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar meskipun terdapat kekacauan dan tingkah
laku menganggu. Contohnya, gangguan pada alat teknologi atau perkara lain yang tidak diduga.

Saya merasakan guru boleh memendekkan penerangan untuk membolehkan pelajar-pelajar


bekerja dakan kelompok atau berkolaborasi dan menambahkan pengetahuan tentang isi
pelajaran. Guru perlu memastikan bahawa aktiviti sebegini tidak mengambil masa yang lama
untuk mengelakkan timbul kebosanan. Guru boleh mengawal masa atau meminta ketua
kelompok memastikan semua ahlinya menjalankan tugas dan menyiapkan dalam tempoh masa
yang diberikan. Sekiranya pelajar menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan, guru boleh
membuat refleksi dalam tindakan bagaimana membuat pelajaran menjadi lebih bermakna dan
mudah difahami.
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd

Akhiar, & Shamsina. (2015). Pengurusan bilik darjah & tingkah laku. Selangor : Pelangi
Professional Sdn.Bhd

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor. (2011). Pendekatan pengajaran guru dan
kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup di Sekolah
Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Education, 2(0), 106-118.

You might also like