You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. 
Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru berperanan sebagai pengurus di dalam
bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran,
mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
Dengan perkataan lain, pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai sejenis
kerjasama antara guru dengan pelajarnya bagi menjaga dan mengurus segala aktiviti, alatan
dan kemudahan yang berada di dalam bilik darjah.
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif
dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan
kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada
semua insan yang bergelar pendidik.

2.0 DEFINISI PENGURUSAN.

Istilah pengurusan mempunyai berbagai-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan


pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi
membolehkan ia diterima secara umum.
Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan
sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. Takrif pengurusan yang
diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula
mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang
lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Takrif pengurusan seperti ini
memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara
memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan
bagi mencapai objektif tersebut.
Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja
bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu
proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli
organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk
mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.

1
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan
kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui
dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan
menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik
dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di
dunia dan di akhirat.
Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau
kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.

3.0 DEFINISI BILIK DARJAH

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik
disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu
mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak
semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi
mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu
sama lain didalamnya.

4.0 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik
darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas
mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan
komunikasi dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru. 
Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang
kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan
bilik darjah dapat membawa kepada pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Menurut Lemlech (1988) ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosuder dan sumber pengajaran. Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik
darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin
timbul.

2
Manakala, Lee Shok Mee(1995) Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang
tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya
Psychology for Teaching; Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang
komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang  dengan tujuan memudahcarakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplim, rutin harian,
penyusunan tempat duduk, dan memperuntukkan masa pelajaran.
Hall (2000) Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang
berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Pengurusan bilik darjah
melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat
yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah
haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. Levin dan Nolan (2004) Menurut
mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam
pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri.

5.0 STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU-MURID 

5.1 Bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) 


Murid akan mencari sebab untuk menghormati dan mematuhi guru. Oleh itu guru perlu
menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal
bilik darjah dan tingkahlaku murid serta layak dihormati. Walau bagaimana pun mesej ini
tidak seharusnya disampaikan kepada murid dalam nada menyombong atau bongkak,
autoritatif atau menggunakan pendekatan yang tidak telus. Untuk mendapatkan
keseimbangan antara boleh didekati tanpa menjadi kawan merupakan satu cabaran dan ia
merupakan satu seni dalam bidang pengajaran.Guru perlu memaklumkan kepada murid
tentang hak mutlak dirinya sebagai guru. Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan
untuk melanggarnya. Guru perlu menggunakan peluang untuk membentuk peraturan
perhubungan sejak awal sesi persekolahan setiap tahun. 

5.2 Menerima keindividualan murid 


Sekiranya guru bersikap jujur terhadap diri sendiri pasti guru akan mengakui bahawa
dengan menerima murid sebagai dirinya dan sebagai individu merupakan satu lagi cabaran
yang sukar. Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan guru tidak
seharusnya membuat generalisasi untuk mengatakan bahawa semua murid adalah sama.
Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid melalui pengumpulan maklumat
menggunakan borang profil pada awal tahun. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hobi,

3
keluarga, impian, bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak disukai. Gunakan masa untuk
membaca profil murid dan gunakan maklumat yang diperolehi untuk mewujudkan hubungan
dan berbicara secara casual dengan murid. Dengan cara menunjukkan minat untuk
mengenali kehidupan murid, kebiasaan mereka serta membenarkan mereka “menari
mengikut paluan gendang sendiri” merupakan strategi paling berkesan yang boleh
digunakan untuk sampai dan membuka pintu hubungan dengan murid. 

5.3 Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah. 


Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru sendiri. Semakin cepat guru
dapat memberi kesedaran tentang banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di
antara ahli kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta suasana bilik darjah dan
kelas mereka. 

5.4 Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru. 


Sesetengah guru tidak bersetuju dengan konsep ini kerana khuatir persamaan mungkin
menyebabkan murid dan suasana jadi lebih tidak berdisiplin di dalam bilik darjah. Faktanya
ialah semakin murid merasa selesa dengan gurunya, mereka akan merasa lebih selesa dan
bersifat lebih terbuka dan boleh menerima. Beri peluang kepada murid untuk
mengemukakan soalan yang mereka ingin tanyakan tentang guru. Pilih soalan-soalan yang
boleh dikongsikan jawapannya. Gunakan sedikit waktu sebelum waktu pembelajaran tamat
untuk menjawab soalan-soalan secara rawak. Guru boleh berseronok dengan aktiviti ini dan
murid akan melihat guru sebagai seorang manusia sebenar dan bukan berpura-pura. Tidak
menjadi kesalahan sekiranya guru dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama dalam
aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, bermain bola di padang, menghias sekolah
dengan bunga-bungaan dan pokok hiasan sambil berhibur, berbual atau berbincang atau
memasukkan isi kandungan pelajaran secara santai. Bagi sesetengah murid, aktiviti
bersama di sekolah menjadi pendorong untuknya hadir dan terus belajar di sekolah. 

5.5 Ingat nama kesemua murid dalam kelas dalam tempoh 48 jam. 
Kebanyakan murid merasakan diri mereka seumpama tidak wujud semasa berjalan di
koridor sekolah tanpa berkomunikasi dengan seseorang. Lazimnya apabila berselisih
dengan guru, muridlah yang memulakan komunikasi. Bagi murid yang pemalu, komunikasi
permulaan ini tidak mungkin berlaku. Apabila guru boleh menegur murid, khususnya mereka
yang pemalu dan pendiam dengan menggunakan nama mereka dan menunjukkan
hubungan yang baik, murid akan merasa diri mereka wujud dan dihormati. Murid pula tidak
akan merasakan guru sebagai seorang superior yang sombong atau autoriti yang
menakutkan mereka. Setelah mengenali dan menghafal nama-nama murid, guru boleh

4
gunakannya di mana-mana dan tidak lagi menggunakan gantinama ketika memulakan
komunikasi seperti “Hei awak! boleh tolong cikgu angkatkan buku ini tak?”Sebaliknya
penghormatan akan wujud apabila guru mengatakan “Qatratun Nada, boleh tolong saya
bawakan buku ini ke kelas?”. Sesetengah murid akan merasa sungguh seronok apabila guru
berupaya memanggil mereka menggunakan nama-nama mereka setelah dua hari berjumpa.
Kesannya adalah amat besar terhadap perhubungan yang positif dan harga diri murid-
murid. 

5.6 Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan. 


Kita semua tahu bahawa betapa lemah dan mengecewakan apabila seorang penceramah
atau pembentang gagal menggunakan komunikasi bukan lisan dan bercakap umpama
sebatang tiang yang tidak menarik minat serta terasing dan tidak ada hubungan dengan
pendengar. Seorang guru yang mengajar dan memberikan penerangan umpama sebatang
tiang yang tidak menimbulkan rasa ingin tahu, motivasi dan minat untuk memberikan
perhatian kepada murid adalah seorang guru yang gagal dalam profesionnya. Bahasa
badan, nada dan intonasi suara, kekuatan volume suara, mimik wajah dapat menyampaikan
mesej tentang kesungguhan, keseronokan dan kepuasan murid. Sesetengah gerak bahasa
badan dapat memudahkan kefahaman tentang perkara yang dibincangkan. 
Senyuman adalah sedekah dan tenaga yang digunakan untuk senyum adalah lebih
kecil berbanding tenaga yang digunakan untuk menunjukkan raut wajah marah, bermuka
masam dan merunsingkan. Senyuman merupakan satu petanda kesediaan untuk menerima
dan bertenaga. Murid, khususnya mereka yang datang dari latar belakang sosioekonomi
yang rendah, bergantung tinggi kepada komunikasi bukan lisan dan akan mendapatkan
isyarat bukan lisan di sekeliling mereka. 

5.7 Layan semua murid dengan hormat sepanjang waktu. 


Apakah yang akan dirasakan oleh guru sekiranya bilik darjah menjadi sebuah tempat yang
bebas daripada bising, jeritan dan laungan. Sebagai seorang dewasa yang matang guru
boleh berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya. Walau bagaimana kecewa
sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau merendah-
rendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila seorang guru
menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara
konsisten, guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan membantu murid untuk
memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat. 

5
6.0 KESIMPULAN

Beberapa panduan telah dibincangkan bagi mewujudkan hubungan baik antara guru
dengan pelajar di mana ianya sangat penting untuk mewujudkan Pengajaran dan
Pembelajaran berkesan. Etika dalam hubungan dengan pelajar merupakan aspek penting
yang perlu diberi tumpuan agar guru dapat memainkan peranan yang sepatutnya. Peranan
ini diperjelaskan lagi dengan kenyataan Ahmad Mohd Salleh (2008:142) mengenai
pengorbanan guru demi kejayaan pelajarnya: Guru dan Pendidik yang benar-benar berjaya
ialah yang menjadikan kasih sayang yang ikhlas sebagai pelengkap kerjayanya, mereka
berusaha mencapai kecemerlangan ilmu dan pendidikan tanpa mempersoalkan
ganjaran atau upah. (Ahmad Mohd Salleh, 2008:142)
Demi menjaga hubungan baik antara guru dengan pelajar, hak masing-masing perlu
dipelihara. Ini bermakna, untuk menjaga hubungan baik bersama pelajar, dalam masa
yang sama guru juga harus menjaga nama baik profesion keguruan. Dengan kata lain,
seorang guru seharusnya menjaga tatasusila dan nilai sebagai seorang yang memiliki
kehormatan yang tinggi dan mulia bukan sahaja dari pandangan pelajarnya malah juga
masyarakat sekelilingnya (Esah Sulaiman, 2004). Bagi mencapai prestasi yang cemerlang
dalam tugas mengajar, guru harus peka dan prihatin dengan segala perkembangan dalam
menjalankan amanah sebagai pendidik. Selain menyampaikan ilmu pengetahuan, guru
juga perlu melihat hal-hal lain yang boleh membantu kejayaan dalam pengajarannya,
contohnya keadaan bilik darjah, keperluan strategi yang dipilih, penilaian yang dibuat,
aktiviti yang dirancang, bantuan akademik yang disediakan dan sebagainya. Guru
merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan
pemangkin untuk memastikan hasrat pendidikan sesebuah negara dan bangsa menjadi
kenyataan (Syed Ismail Syed Mustafa, 2011:55). Semua penjelasan tentang tugas guru
ini akan mengarah kepada pencapaian kecekapan peranan pengajaran guru yang terbaik.
Beberapa panduan telah dibincangkan bagi mewujudkan hubungan baik antara guru
dengan pelajar di mana ianya sangat penting untuk mewujudkan PdPc berkesan.
Etika dalam hubungan dengan pelajar merupakan aspek penting yang perlu diberi
tumpuan agar guru dapat memainkan peranan yang sepatutnya. Etika ini diperjelaskan
lagi dengan kenyataan Ahmad Mohd Salleh (2008:142) mengenai pengorbanan guru
demi kejayaan pelajarnya: Guru dan Pendidik yang benar-benar berjaya ialah yang
menjadikan kasih sayang yang ikhlas sebagai pelengkap kerjayanya, mereka berusaha

6
mencapai kecemerlangan ilmu dan pendidikan tanpa mempersoalkan ganjaran atau
upah. (Ahmad Mohd Salleh, 2008:142) Demi menjaga hubungan baik antara guru dengan
pelajar, hak masing-masing perlu dipelihara. Ini bermakna, untuk menjaga hubungan baik
bersama pelajar, dalam masa yang sama guru juga harus menjaga nama baik profesion
keguruan.
Dengan kata lain, seorang guru seharusnya menjaga tatasusila dan nilai sebagai
seorang yang memiliki kehormatan yang tinggi dan mulia bukan sahaja dari pandangan
pelajarnya malah juga masyarakat sekelilingnya (Esah Sulaiman, 2004). Bagi mencapai
prestasi yang cemerlang dalam tugas mengajar, guru harus peka dan prihatin dengan
segala perkembangan dalam menjalankan amanah sebagai pendidik. Selain menyampaikan
ilmu pengetahuan, guru juga perlu melihat hal-hal lain yang boleh membantu
kejayaan dalam pengajarannya, contohnya keadaan bilik darjah, keperluan strategi
yang dipilih, penilaian yang dibuat, aktiviti yang dirancang, bantuan akademik yang
disediakan dan sebagainya. Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling
hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat pendidikan sesebuah
negara dan bangsa menjadi kenyataan (Syed Ismail Syed Mustafa, 2011:55). Semua
penjelasan tentang tugas guru ini akan mengarah kepada pencapaian kecekapan etika
pengajaran yang terbaik.

7
RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh, (2008).


Pengajian Agama Islam & j-QAF
Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan.
Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng, (1999). Pedadogi
ILPelaksanaan Pengajaran.
Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh, (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng, (1999). Pedadogi ILPelaksanaan Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman, (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, (2007). Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM.
Lucas, Sandra Goss & Douglas A. Bernstein, (2005). Teaching Psychology A Step By Step
Guide. London: Lawrence Erlbaum Associates.

8
Mok Soon Sang, (2009). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor
Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari, (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, (2009). Siri Pendidikan Guru
Amalan Pengajaran Berkesan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.
Bhd.
Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, (2011). Pengantar Pendidikan
Edisi Sentakan Terkini. Selangor Darul Ehsan: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.
Bhd.
Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad, (2003). Pedagog Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang Darul Makmur: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.

You might also like