You are on page 1of 12

Pengurusan bilik darjah merupakan satu terminology atau istilah yang digunakan oleh

guru untuk menjelaskan tentang proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah
dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan
daripada tingkah laku murid. Konsep ini membawa makna tersirat mengenai
pwencengahan tingkah laku murid yang tidak diingini. Pengurusan bilik darjah
merupakan aspek paling sukar yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan
pengalaman pahit dalam pengurusan bilik darjah menyebabkan sebanyak 36% guru di
Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya
mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah (laporan
Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981). Faktor utama ialah
masalah sikap negatif dan disiplin murid. Walaubagaimanapun, masalah gangguan
dalam bilik darjah di Malaysia tidaklah begitu serius dan tidak seteruk apa yang berlaku
di Amerika Syarikat. Murid-murid di Malaysia masih mendapat pendidikan akhlak dan
moral sepanjang masa mereka berada di bangku sekolah di samping budaya dan
kehidupan yang masih berpegang teguh kepada ajaran agama.
Menurut Moskowitz dan Hayman (1976), sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik
darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Kajian yang dibuat oleh
Berliner (1988) dan Brophy & Good (1986) menunjukkan bahawa tempoh masa yang
diambil oleh guru untuk memperbetulkan salah laku murid disebabkan pengurusan bilik
darjah yang lemah telah menyebabkan penurunan kadar penglibatan murid dalam
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan isu-isu motivasi, disiplin dan saling
hormat-menghormati. Sebahagian besar pengurusan kelas tradisional melibatkan
pengubahsuaian tingkah laku (modifikasi tingkah laku), meskipun kebanyakan guru
melihat penggunaan pendekatan tingkah laku masih bersifat sederhana. Oleh itu guru
akan membentuk peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun persekolahan.
Menurut Gootman (2008), peraturan menyediakan panduan arah tuju yang konkrit yang
membolehkan jangkaan akan menjadi kenyataan (Gootman, Marilyn E., 2008). Guru
juga cuba untuk berlaku konsisten semasa menguatkuasa peraturan dan prosedur.
Terdapat juga perspektif baharu yang mencuba menguruskan kelas secara holistic
seperti pengajaran secara tegas (affirmation teaching). Melalui pendekatan ini guru
akan cuba untuk membimbing murid kea rah kejayaan dengan membantu mereka
melihat bagaimana usaha mereka dapat membuahkan kejayaan itu. Ia bergantung
kepada pembentukan persekitaran bilik darjah yang dapat membuatkan murid Berjaya
atas usaha mereka sendiri (pintrich dan De Groot, 1990).
Seterusnya, bilik darjah merupakan dunia kecil bagi seorang guru. Di dalamnya
terdapat sebuah komuniti beserta prasarana yang memerlukan dipimpin dan ditadbir
dengan baik. Tanggungjawab ini terpikul di atas pundak seseorang guru dengan
kerjasama yang erat daripada murid-murid. Komuniti kecil ini memerlukan persekitaran
dan kehidupan yang dapat membangunkan diri ahlinya khususnya dalam aspek ilmu
pengetahuan dan kemahiran hidup bersosial. Sebagai seorang pengurus bilik darjah
yang berkesan, guru memainkan beberapa peranan selain daripada mengajar. Guru
perlu merancang dan mengatur pengajaran dan pembelajaran dengan memahami
keperluan murid dan melibatkan mereka dengan penngalaman pembelajaran.
Menurut kenyataan diatas, saya telah mengakaji dua orang guru di sekolah tamil
Permatang Tinggi, Pulau pinang semasa saya menjalankan kursus Pengalaman
berasaskan Sekolah (PBS). Melalui Kursus ini, saya telah memerhati amalan
pengurusan bilik darjah sesorang guru yang telah diaplikasikan dalam sebuah bilik
darjah. Menurut pemerhatian ini, saya telah mengetahui dua orang guru ini mempunyai
amalan pengurusan bilik darjah yang berbeza. Teknik-teknik yang dimalkan oleh guru-
guru tersebut membawa kekuatan dan juga kelemahan kepada para murid dalam
pembelajaran.
Pn. Sharimala adalah seorang guru kelas bagi tahun 1Thiruvaluvar. Beliau juga
mengajar Matapelajaran Bahasa tamil bagi tahun 1 Thiruvaluar. Saya telah memerhati
gaya pembelajaran guru tersebut semasa beliau mengajar matapelajaran Bahasa tamil.
Dari segi aspek fizikal, Guru ini telah menyedikan kelasnya dengan penuh kondusif. Ini
adalah salah satu kekuatan bagi guru tersebut dari aspek pengurusan bilik darjah.
Beliau mewudjudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang baik, bilik darjah
tersebut dikemas dan disusun atur semua fasiliti dan sumber bahan pembelajaran yang
terdapat di dalamnya. Kelas ini terdapat 22 murid, jadi guru tersebut telah disusun meja
secara berpasangan deagan penuh kemas dan rapi. Bukan sahaja ini, guru juga
menyediakan papan kenyataan yang menunjukkan jadual rutin bilik darjah,peraturan
bilik darjah, jadual waktu kelas, prestasi murid-murid dalam semua matapelajaran dan
juga hasil kerja murid. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada
peringkat awal juga dapat membentuk murid mejadi lebih bertanggungjawab dan
mempunyai disiplin kendiri yang tinggi. Keceriaan kelas tersebut juga amat baik dan
kelihatanya sungguh bersih dan cantik. Beliau menghiaskan kelasnya dengan alat-alat
bantu mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar untuk mengingat balik apa yang
mereka pelajari sebelum ini. Bukan sahaja ini, kelas ini dilengkapi dengan Penghawa
dinding bagi mengelakkan kepanasan untuk murid-murid. Ini menyebabkan murid-murid
dapat belajar dengan penuh berminat dan berfokus tanpa gangguan akibat kepanasan.
Bukan sahaja ini, beliau menyedikan sebuah sudut bacaan bagi murid-murid. Ini boleh
membantu murid-murid untuk melahirkan amalan pembacaan dalam diri seseorang
murid.


Kelas Tahun 1 Thiruvaluar
Gambar rajah, diatas adalah kelas tahun 1 Thiruvaluar yang dilengkapi dengan penuh
kemudahan. Fizikal kelas ini telah memberi pasti memberi kesan yang baik kepada
para murid. Dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti ini, kanak-kanak
akan berasa seronok, terangsang untuk terlibat secara aktif, menumpukan perhatian
terhadap pelajaran serta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Keupayaan untuk
mengurus persekitaran pembelajaran akan membolehkan guru berfungsi sebagai
pendidik yang bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid-
murid tetapi dapat juga membentuk daya berfikir serta membina akhlak dan moral yang
tinggi.
Seterusnya, teknik pengajaran yang diambil oleh guru ini juga menjadi kekuatan untuk
melahirkan murid-murid yang cemerlang. Pengajaran guru ini lebih mengamalkan
pembelajaran bepusatkan murid. Di sini guru berperanan sebagai fasililator
pembelajaran. Teknik ini dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana
semua murid terlibat di dalam kelas. Guru tersebut juga memberi peluang kepada para
murid untuk meluahkan isi-isi mereka yang diingini. Cara ini pasti menimbulkan rasa
yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas. Murid juga
terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka tanpa bosan. Guru dan murid
membuat penilaian bersama melalui penghasilan portofolio,projek, serta persembahan
dengan bertujuan untuk menggalakkan serta mendiagnosis pengajaran dan
pembelajaran.
Bukan sahaja ini,saya juga memerhati bahawa guru tersebut telah mengunakan Alat
bantu mengajar secara kreatif mengikut keupayaan murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah ini memudah para pelajar untuk memahami lebih teliti apa
yang diajar oleh guru. Di sini guru ini dapat mengetahui tahap kemampuan murid.
Selain itu, hubungan Antara murid dengan guru dalam kelas ini amat baik. Mereka
berkomunikasi secara bebas Antara satu sama lain. Bukan sahaja ini, murid-murid ini
tidak berasa takut ketika berkomunikasi dengan gurunya. Guru tersebut juga
memahami dan mengetahui latar belakang dan masalah setiap murid yang di dalam
kelasnya. Jadi, menurut ini kita dapat tahu Komunikasi Antara murid dan guru
berperanan sebagai penghubung antara kedua-dua pihak yang dapat menyediakan
suasana persekitaran yang baik dalam bilik darjah. Sudah pasti seorang guru tidak
akan mampu memahami kesemua masalah setiap muridnya tetapi akan mendapatkan
sebanyak mungkin maklumat mengenai murid-muridnya yang bertungkus lumus
megahadapi masalah pembelajaran. Kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa
pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan Guru-
guru-murid (Jones, 1981). Semakin kerap guru berhubung dan berkomunikasi dengan
murid-muridnya, semakin besar kemungkinan guru dapat membantu murid untuk
belajar pada aras yang lebih tinggi dan lebih cepat hasil pembelajaran akan dicapai.
Seterusnya, menurut pemerhatian saya, saya dapat juga Pn.Sharmila mempunyai
sedikit kelemahan dalam amalan pengurusan bilik darjah. Salah satu kelemahan adalah,
guru ini bersikap cepat garang terhadap murid-murid. Ini adalah satu sikap yang negatif
yang diamalkan oleh guru ini. Ini berlaku apabila, murid-murid tidak mendengar arahan
guru tersebut. Pada pandangan saya, sikap garang bukanlah satu alat untuk mengawal
disiplin murid. Sikap sayang kepada murid juga dapat mengawal sikap murid. Guru
perlulah bersikap efektif untuk mengawal disiplin murid bukanlah menunjukkan sikap
garang. Guru yang efektif merupakan seorang guru yang menghayati dan
mengamalkan nilai penyayang. Disebabkan murid banyak menghabiskan waktunya di
sekolah dan bilik darjah, adalah penting untuk mempunyai seorang guru yang benar-
benar menyayangi mereka. Dengan memiliki seorang guru yang benar-benar
menyayang mereka akan membantu murid membentuk konsep kendiri yang positif
selain membentuk motifasi dalaman untuk berbuat yang terbaik di dalam bilik darjah.
Tambahan pula, Pn. Sharmila telah menghilangkan kesabaran diri apabila murid-murid
di dalam kelas membuat terlalu bising, tidak membuat kerja rumah. Jadi guru tersebut,
menunjukkan kemarahan kepada para murid dan kemarahan yang tinggi
mengakibatkan guru tersebut memberi dendaan rotan. Walaubagaimanapun,seorang
guru tidak boleh memainkan peranan seperti ini. Sebagai seorang dewasa yang matang,
guru boleh berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya. Walau bagaimana
kecewa sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau
merendah-rendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila
seseorang guru menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan
mengekalkan sikap secara konsisten, guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan
membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat.
Isi-Isi yang disarankan tadi adalah kekuatan dan kelemahan amalan pengurusan bilik
darjah yang diamlkan oleh guru kelas tahun 1 Thiruvaluar iaitu Pn.Sharmila. Di sini
saya mendapati banyak pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah. Saya juga
membuat lagi satu pemerhatian dalam kelas tahun 2 kambar. Tahun 2 kambar adalah
kelas yang kedua bagi seluruh Tahun 2. Nama guru kelas Tahun 2 ialah Pn.Manimalar.
Beliau juga mengajar matapelajaran sejarah. Bilangan murid di dalam kelas adalah 21.
Saya telah membuat perbandingan Antara kelas ini dan kelas yang sebelum saya
memerhati mengikut beberapa aspek. Saya berasa dan melihat amalan pengurusan
bilik darjah yang diamalkan oleh kedua-dua guru ini amatlah berbeza.
Pertama sekali, Pn.Manimalar telah menyediakan kelasnya denngan penuh
kemudahan asas. Contohnya meja,kerusi, fan, alamari dan sebagainya. Ini adalah satu
amalan yang baik dan menjadi kekuatan seseorang guru. Guru tersebut juga menyusun
meja secara kumpulan kecil bagi memudahkan pelajar berkerjasama antara satu sama
murid yang lain. Kedudukan seperti ini mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran
dapat berlaku secara koperatif dan kolaboratif. Selain itu, meja guru dalam kelas ini
terletak di bahagian belakang untuk mengawasi perlakuan murid-murid. Seterunsya,
beliau mengenali semua murid di dalam kelas dengan baik. Sikap ini perlulah ada pada
setiap orang guru. Hal ini kerana, murid-murid ialah individu yang berbeza dari pelbagai
aspek. Mereka mempunyai minat terhadap mata pelajaran yang berlainan, guru yang
berlainan, latar belakang mereka yang tidak sama., tahap keupyaan yang berbeza-beza,
gaya pembelajaran yang pelbagai , pengalaman, budaya dan pengetahuan sedia ada
yang tidak sama serta gaya pembelajaran yang berlainan. Kesemua perbezaan ini akan
mempengaruhi perancangan pengajaran guru dalam mencari strategi yang terbaik
untuk digunakan. Maklumat diperolehi akan membolehkan guru memenuhi keperluan
setiap muridnya.








1.2 Kelas Tahun 2 kambar
Gambar rajah 1.2 di atas adalah kelas tahun 2 kambar. Kita boleh lihat, kelas ini
dipenuhi dengan segala kemudahan asas. Selain daripada aspek fizikal, teknik
pengajaran dan pembelajaran juga amat berbeza berbanding dengan kelas yang
sebelum ini. Guru ini, telah menyediakan beberapa bahan aktiviti melaksanakan
aktivitinya mengikut kategori murid iaitu pandai, sederhana, dan lemah semasa proses
PnP. Kaedah seperti ini, dapat memudahkan pelajar memahami lebih teliti dan faham.
Suara guru tersebut semasa mengajar lebih tinggi dan penjelasan yang diberinya lebih
faham. Bukan sahaja ini, beliau memberi banyak contoh-contoh mengaitkan dengan
kehidupan sebelum bermula sesuatu topik. Kaedah ini membantu murid-murid lebih
jelas dan mereka dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Kita juga boleh
dkatakan, sebelum seseorang guru boleh mengajar, ia seharusnya mempunyai dan
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan mata pelajaran yang diajar.
Seorang guru yang efektif bukan sahaja mengetahui konten mata pelajaran pada tahap
yang hendak diajar tetapi juga mengetahui dengan lebih jauh untuk membolehkanya
menghurai dan mengaitkan dengan masalah kehidupan dunia sebenar serta mampu
untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berkaitan isi kandungan pelajaran.
Murid akan berminat untuk belajar kepada guru yang menguasai isi kandungan
pelajaran dan boleh diharapkan untuk membimbing mereka kea rah peningkatan ilmu
dan kemahiran.


1.3 Contoh Alat bantu mengajar
Bukan sahaja ini, guru ini juga memberi banyak latihan kepada para murid untuk
memudahkan pelajar cepat belajar. Pn. Manimalar adalah guru sejarah, jadi beliau telah
menggunakan kaedah pengurusan grafik untuk menjelaskan cerita yang telah berlaku
pada masa lampau. Terdapat banyak bentuk pengurusan grafik yang boleh digunakan
seperti peta, gambar, rajah dan jadual yang boleh menjelaskan maklumat dalam format
grafik. Pengurusan grafikboleh dijadikan alat untuk menjana idea , sumbang saran,
menganalisis cerita, menganalisis watak, membanding beza maklumat, merancang
sesuatu projek, mencerkinkan konsep serta melihat hubung kait sesuatu maklumat.
Penyusunan maklumat menggunakan pengurusan grafik boleh memudahkan proses
pembelajaran murid.
Seterusnya, saya mendapat tahu guru ini mempunyai banyak kelemahan dalam
pengurusan bilik darjah berbanding dengan guru yang sebelum ini. Pertamanya,
walaupun pn.Manimalar telah menyediakan pelbagai fasiliti tetapi beliau tidak
melengkapi papan kenyataan dengan penuh maklumat. Papan kenyataan dalam
sesebuah bilik darjah amatlah penting. Ia kerana, organisasi ini yang membentuk murid
untuk melakukan tanggungjawab masing-masing. Perancangan dan menyusun atur
pengajaran melibatkan mewudjudkan persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang
kondusif untuk pembelajaran.
Bukan sahaja ini, guru ini juga tidak membina prosedur dan peraturan bilik darjah. Ini
adalah salah satu kelemahan yang penting ada pada guru Pn.Manimalar. Setiap guru
kelas mestilah membina suatu prosedur dan peraturan bagi memastikan murid-
muridnya berdisiplin dan bertanggungjawab. Banyak kajian menunjukkan peraturan dan
prosedur yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai rutin bilik darjah pada hari
pertama persekolahan, telah banyak membantu perjalanan proses pembelajaran yang
lancar. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal juga
dapat membentuk murid menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin
kendiri yang tinggi.
Selain itu, Guru kelas ini mengamalkan pengajaran berpusatkan guru. Di sini, guru
yang mempunyai kuasa yang mutlak. Pada pandangan saya, amalan ini tidak berapa
begitu baik. Hal ini kerana, murid-murid tidak boleh membust secara aktif di dalam kelas.
Semasa pn.Manimalar mengajar, mereka berdiam dan menulis apa yang diajar oleh
gurunya. Pengajaran seperti ini dapat memberi persaan kebosanan kepada para murid.
Mereka tidaka dapat peluang untuk berfikir sendiri secara inovatif dan kreatif. Di sini
guru yang menjadi pembimbing utama. Bagi menigkatkan Dinamika bilik darjah, saya
mencadangkan bahawa guru perlulah melaksanakan pengajaran berpusatkan murid.
Pendekatan pengajaran berpusatkan murid merupakan satu pendekatan yang berfokus
kepada keperluan,kebolehan, minat serta gaya pembelajaran murid sedangkan guru
berperanan sebagai fasililator pembelajaran.
Kelemahan yang seterusnya adalah, menurut pemerhatian saya hubungan antara
murid dengan guru juga kurang berkomunikasi. Di sini guru memainkan peranan yang
berkuasa menyebabkan para murid berasa takut untuk berkomunikasi denngan
gurunya secara bebas. Kanak-kanak akan belajar apabila mereka rasa seronok. Kanak-
kanak ini berkeinginan untuk menceritakan masalah, ketakutan malah tentang
pengetahuan mereka. Pada masa yang sama mereka juga ingin agar ada orang
dewasa yang sudi mendengarnya. Di sekolah , orang dewasa yang terhampir ialah guru
mereka. Kanak-kanak sekolah ini akan berasa dihargai dan dihormati apabila mereka
didengari.Murid akan berasa diterima apabila mereka diberi peluang untuk
menyumbang pandangan dan idea dan lazimnya guru jarang memberikan sebegini.
Sebagai guru-guru yang mengendalikan bilik darjah dan membentuk minda murid-
murid dan sebagai guru-guru yang berkomunikasi secara berkesan dengan murid-
muridnya seharusnya memberikan maklum balas yang sesuai dan boleh membantu
mereka ke arah pembelajaran yang bermakna. Interaksi Antara guru dan murid menjadi
sangat penting untuk mewudjudkan perhubungan yang rapat tetapi mempunyai batasan
guru-murid, adalah lebih bersifat membantu kepada murid-murid yang rendah diri serta
yang pemalu dan menghadapi masalah untuk bercakap di hadapan kelas.
Selain itu, semasa saya telah memerhati kelas ini, saya melihat seorang murid tidak
membuat kerja rumah,jadi guru tersebut mengarahkan pelajar itu bahawa berdiri di luar
kelas. Pada pendapat saya peneguhan, yang diberi oleh guru ini tidak betul. Menurut
pandangan skinner mengemukakan empat elemen utama berkaitan peneguhan iaitu
peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan dan penghapusan. Pada kes ini, guru
tersebut menggunakan hukuman dendaan. Tetapi guru ini memberi dendaan secara
terus kepada muridnya tanpa memberi apa-apa amaran.
Menurut pandangan Skinner, dendaan merupakan hukuman yang diberikan kepada
murid sekiranya bertingkah laku dengan perlakuan yang tidak diingini sehingga
menjejaskan perjalanan kelas seperti menggangu rakan,membuat bising,tidak membuat
kerja yang diberi, bising dan sebagainya. Dendaan yang diberi sebenarnya bukan
sesuatu yang menyakitkan tetapi yang dapat menyedarkan murid dan telah
diperbincangkan bersama ketika membina peraturan dan prosedur bilik darjah pada
awal tahun dan hanya dilaksanakan setelah memberi amaran sekurang-kurangnya dua
kali. Guru perlu menjelaskan mengapa dendaan itu dilaksanakan. Dendaan tidak
seharusnya menyebabkan murid kehilangan peluang untuk belajar. Contoh dendaan
ialah meminta murid berdiri atau duduk di luar kelas atau duduk terasing bersendiri.
Isi-Isi yang diluahkan diatas adalah kekuatan dan kelemahan Pn.Manimalar dalam
pengurusan bilik darjah. Kedua-dua guru telah mengamalkan amalan yang berbeza
ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengetahuan ini
saya mendapat dan menjelas tugas dan taggungjawab seseorang guru. Setelah
membuat Perbandingan Antara kedua-dua kelas ini saya mendapat banyak pengajaran
tentang amalan pengurusan bilik darjah. Saya juga dapat tahu tanggungjawan dan
peranan seseorang guru dalam bilik darjah. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri yang
tertentu untuk membentuk pengurusan bilik darjah yang sihat dan kondusif.
Sebuah bilik darjah yang kondusif serta membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan,memerlukan seorang guru yang
mampu berperanan sebagai seorang guru dan pengurus yang efektif. Disebabkan
profesion guru meliputi semua yang mengajar daripada tahap paling rendah di
peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga prauniversiti, maka
guru merupakan individu yang unik dan tidak ada dua orang guru yang mempunyai
gabungan ciri guru efektif yang serupa dalam pengajaran dan pengurusan bilik darjah.
Namun begitu terdapat beberapa dimensi yang boleh dihimpunkan dalam menentukan
ciri guru yang efektif ini.
Guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah tidak sekadar menyampaikan
maklumat kepada murid tetapi mampu mempengaruhi muridnya untuk belajar dengan
berkesan menggunakan apa juga premis pengajaran dan pembelajaran yang
dimilikinya, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta mampu
mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Maka guru perlulah menjadi seorang
guru yang efektif untuk membentuk persekitaran bilik darjah yang sihat dan kondusif.
Secara kesimpulanya, Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa
perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik
darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang
tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas
penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang
optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu
mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih
dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.
Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah)
guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan jaya, ceria dan cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu
yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam
menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.Hanya guru yang boleh
melahirkan murid-murid sebagai pemimpin yang inovatif bagi pada masa hadapan. Hal
ini kerana generasi inilah tulang belakang kepada negara Malaysia.

You might also like