You are on page 1of 2

Soalan:

1. Jelaskan apakah yang anda faham tentang persekitaran fizikal yang kondusif dalam bilik darjah

Persekitaran fizikal yang kondusif dalam bilik darjah bermaksud persekitaran dalam bilik darjah yang
sesuai dari segi penggunaan ruang contohnya ruang yang mencukupi antara meja murid serta
kelengkapan yang selesa.hal ini membolehkan murid bergerak dengan mudah dan selamat serta
memberi peluang kontak mata antara guru dan murid.Guru juga boleh bergerak bebas ke tempat
duduk murid.Selain itu,keadaan bilik darjah yang menjamin keselamatan murid.contohnya murid
tidak bimbang dengan kipas angin yang bergoyang jika bergerak pada kelajuan tinggi.Melalui
persekitaran fizikal kondusif juga,murid diransang untuk meneroka,menyiasat,memerhati atau
menguji jika adanya bahan manipulatif atau bahan bacaan yang disediakan oleh guru.Akhirnya,
penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur.susunan perabot dan alatan seperti
meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM mampu mempengaruhi emosi pelajar.
Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan senang dan bersedia bagi pelajar untuk
menerima pengajaran.

2. Bincangkan faktor yang menyumbang kepada persekitaran psikososial yang sihat dalam bilik
darjah

Antara faktor yang menyumbang kepada persekitaran psikososial yang sihat dalam bilik darjah
termasuklah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi
yang diwujudkan di dalam bilik darjah. Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan
murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.  Antara keperluan
pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan diri
secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan antara perkara yang dipelajari di
dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan
berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi
kesan kepada suasana pembelajaran pelajar.Guru yang terlalu tegas seperti kerap memebrikan
hukuman akan membuatkan murid takut dan tertekan lantas mewujudkan suasana pembelajaran
yang tidak kondusif.pelajar mestilah boleh belajar dalam keadaan tenang tanpa tekanan yang
keterlaluan.

3. Jelaskan apakah kepentingan data murid terkini kepada guru

Antara kepentingan data terkini murid kepada guru termasuklah bagi memudahkan bantuan
diberikan kepada murid seperti bantuan rancangan makanan tambahan (RMT),skim baucer tuisyen
(SBT) dan lain lain.ini kerana guru dapat mengenal pasti murid yang memrlukan perhatian khas
seperti bimbingan atau bantuan kewanganselain itu dapat memberi peluang kepada guru kelas
terutamanya bagi berhubung dengan ibu bapa atau penjaga untuk berbincang tentang anak mereka
atau memaklumkan kepada ibu bapa keadaan anak mereka sama ada tidak sihat,ponteng sekolah
atau terlibat dengan salah laku lain. guru juga dapat memastikan kadar pertumbuhan muridnya
normal melalui data ketinggian dan berat murid sekaligus membantu guru membuat keputusan
dalam pelaksanaan pdp serta pengurusan bilik darjahnya..akhir sekali data terkini penting untuk
guru menentukan aktiviti atau pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan,minat
dan pencapaian muridnya.

You might also like