You are on page 1of 5

BAB 1 : PENDAHULUAN

PENGENALAN

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab
merancang, melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah. Peranan
guru sebagai pengurus bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah adalah
efisien. Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai
proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan
cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru dispin dan
pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).

1.1 KONSEP DAN DEFINISI

Menurut Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah boleh
didefinisikan sebagai kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran,
peranan dan menguruskan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran
yang sesuai. Pengurusan bilik darjah merupakan tanggungjawab seorang guru sebagai
pentadbir murid dan kelas. Prasyarat utama bagi menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran ialah kemampuan guru untuk mengurus bilik darjah dengan
baik. Setinggi atau sebanyak mana ilmu yang dimiliki guru itu seandainya gagal menjadi
pengurus yang baik bagi sesebuah bilik darjahnya maka pengajaran dan pembelajaran yang
dilalui murid tidak akan dapat mencapai matlamat yang diingini. Kajian turut membuktikan
bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik
dan sahsiah murid yang lebih tinggi.

1.2 PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUS PERSEKITARAN BILIK DARJAH

Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama
daripada pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan
rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik
antara guru dan pelajar.
Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar, sesuatu perubahan yang dirancang oleh
guru tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan
pelajar agar pelajar sudi untuk memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah.
Guru harus bijak menarik perhatian pelajar agar mereka berkeinginan untuk mengikuti
arahan daripada guru.
Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini
disebabkan persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana
pembelajaran yang optimum. Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Guru juga bertindak sebagai role model kepada pelajar. Peribadi
seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam bilik darjah kerana menjadi ikutan
pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif, pelajar akan terdorong untuk
mencontohi perlakuan negatif itu.
Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah
berjalan dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan
untuk berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin pelajar dapat
dipelihara. Jika rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses P&P turut terpelihara.

1.3 STRATERGI PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Bilik darjah menjadi medan untuk merangsang motivasi, minat dan semangat untuk
belajar. Iklim bilik darjah yang baik membantu murid mencapai matlamat pembelajaran
kerana mereka menyedari kepentingan sikap berdikari, memajukan diri dan sikap
kesepunyaan antara satu sama lain. Dalam hal ini, guru haruslah merancang stratergi bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah.

1.4 STRATERGI FIZIKAL

Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai
untuk pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar dapat
diminimakan. Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30
pelajar dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994).
Ini menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada
pelajar mahupun guru. Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pencahayaan
dan bunyi bising akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur
keadaan bilik darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini
disebabkan manusia mesti dalam keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah sedia
secara sukarela untuk pembelajaran (Levin & Nolan, 1996).
1.5 STRATERGI SUSUNAN BILIK DARJAH

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat
duduk pelajar. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah
cukup fleksibel untuk menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah.
Menurut Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh
memandang kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan tanpa memerlukan pelajar
bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh
melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk
boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan
oleh guru (Levin & Nolan, 1994).
Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan
lebih dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru
mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk
pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan
pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu.

1.6 Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan


aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru,
pelajar dan bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan
pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan
peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang ideal. Pembinaan
peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai tingkahlaku yang
diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang berbuat bising semasa di dalam bilik
darjah”, “hormati orang lain” dan sebagainya dapat memberikan mesej yang melatih
tanggungjawab sosial pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka
iklim bilik darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas
yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar
dan persekitaran yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua
atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994).
Interaksi antara pelajar boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut
Jones & Jones (1995), langkah pertama dalam merangka peraturan bilik darjah ialah untuk
mengalakkan para pelajar berbincang untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh
dipatuhi oleh semua pelajar.
Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang interaksi
sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan eksperimen
dan kerja berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas.
Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara
yang boleh dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan,
guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan memberikan
kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara untuk
mendapatkan bahan pembelajaran.

RUMUSAN

Tanggungjawab seorang guru bukan sekadar mendidik bahkan mentadbir bilik darjah
dengan cara yang terbaik. Guru bertanggungjawab menyediakan suasana pembelajaran
yang kondusif dan efektif sama ada dari segi persekitaran fizikal atau persekitaran
perkembangan emosi murid yang baik. Bilik darjah yang dikendalikan dengan sistematik
mampu meningkatkan sifat positif murid dalam pembelajaran. Ia juga akan menggalakkan
pembentukan hubungan baik diantara murid dengan murid dan murid dengan gurunya.
Dalam hal ini, meskipun guru baharu ditempatkan di kawasan pedalaman sekalipun, pasti
akan dapat menjalankan peranan guru dalam menguruskan bilik darjah dengan baik
sekiranya memahami tanggungjawabnya yang sebenar kerana tiada yang akan menjadi
penghalangan untuk menabur bakti walau di mana seorang guru itu berada.
RUJUKAN

Emmer, E. T. (1994). Teacher emotions and classroom management. Annual Meeting of the
American Educational Research Association. New Orleans, LA.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Levin, J.& Nolan, J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-
making model. USA:Allyn & Bacon.

E C Wragg (1994) An Introduction to Classroom Observation Routledge.

Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Jones, V. F. (1982). Training teachers to be effective classroom managers. Alexandria, VA:


The Association for Supervision and Curriculum Development.

You might also like