You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam
pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif
untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang
ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Pengurusan bilik darjah
bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran
berlaku agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat diwujudkan (Bosch, 2006). Oleh itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru yang efektif dapat
menguruskan bilik darjah yang berkesan dengan merangsang minat murid
untuk belajar dan menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dengan optimum.

2.0 Isu yang berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah

Menurut Woofolk (2001) tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai


aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau menganggu. Tingkah
laku bermasalah ini merujuk kepada perlakuan yang boleh mengganggu
keberkesanan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
khususnya dalam bilik darjah (Mohd Fadli, Mohd Hanafi, & Mohd Mokhtar,
2016).

Merujuk senario yang diberi, terdapat dua orang murid iaitu Preethy dan
Muthusamy mengganggu kelancaran PdP dalam kelas. Mereka masih
bercakap dengan lantang yang kuat walaupun guru membuat kontak mata
dengan mereka. Selepas itu, mereka terus bercakap dan ketawa walaupun
guru secara lisan meminta mereka berhenti.

Oleh itu, tingkah laku bermasalah yang yang dihadapi ialah tingkah laku
disruptif. Menurut Reinke, Herman, dan Sprick (2011), tingkah laku disruptif
dalam bilik darjah merujuk kepada tingkah laku yang bersifat mengganggu,
mengacau serta menggendalakan aktiviti atau pelaksanaan PdP di dalam bilik
darjah. Kelakuan agresif secara lisan dan pergerakan juga termasuk dalam
tingkah laku disruptif. Contohnya, kebisingan dalam kelas, pergerakan pelajar
yang tidak perlu, menganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat.
Tingkah laku disruptif menyebabkan sesebuah kelas susah untuk berjalan
dengan lancar. Murid-murid lain pun akan mendapati sukar menumpukan
perhatian jika salah seorang daripada mereka bersifat disruptif.

3.0 Strategi untuk membina hubungan positif antara guru dan murid
dalam bilik darjah
Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra
demi membina bilik darjah yang kondusif. Antara strategi yang boleh digunakan
ialah mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing.
Sebagai seorang guru, perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati
nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Kebanyakan murd
akan berasa bangga dan dihargai apabila guru mengingati nama mereka. Hal
ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya.
Berdasarkan scenario yang diberi, guru boleh memanggil nama “Preethy” dan
“Muthusamy untuk mengingatkan meraka menumpukan perhatian. Menurut
Charles (2010), guru perlu sering memanggil nama murid yang bertingkah laku
salah untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan dan membuat
demonstrasi di hadapan.

4.0 Model Disiplin Asertif Canter dalam pengurusan bilik darjah


Menurut Albert dan Angeline (2005), pelbagai kaedah boleh digunakan
dalam mengurus tingkah laku yang bermasalah dengan berkesan. Oleh itu,
antara model pengurusan disiplin dalam bilik darjah yang digunakan dalam
mencegah dan menangani masalah tingkah laku disruptif dalam senario
tersebut ialah Model Disiplin Asertif Canter.

Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah


laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap tingkah laku yang diingini
dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Oleh itu, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
bagi membantu mencegah dan menangani masalah tingkah laku disruptif
dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk membantu murid melakukan sesuatu
tingkah laku yang bermanfaat dengan cara mematuhi rutin dan peraturan bilik
darjah yang ditetapkan.

4.1 Peranan guru dalam membina persekitaran bilik darjah yang


kondusif
Menurut Haliza dan Joy (2016), persekitaran bilik darjah yang kondusif
ini meliputi persekitaran fizikal, psikososial serta rutin dan peraturan dalam bilik
darjah. Bagi menyelesaikan senario yang diberi, guru memainkan peranan
utama dalam membina bilik darjah yang kondusif agar murid dapat belajar
dengan selesa dan serta mampu merangsang minat dan semangat murid untuk
terus belajar.

Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilik darjah


yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran (Syed
Ismail & Ahmad Subki, 2010). Berdasarkan senario yang diberi, saya akan
mengwujudkan susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau kelas
dengan cepat dan mudah. Dengan itu, saya dapat bergerak di dalam kelas
dengan mudah dan tanpa halangan. Ini dapat membantu memaksimumkan
pemantauan saya terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila Preethy dan
Muthusamy mengetahui gerak-gerinya diperhatikan, mereka akan
menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan.

Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan


peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, penyediakan peraturan dan
amalan bilik darjah bagi mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif
serta mencegah kelakuan yang tidak diingini dalam bilik darjah (Syed Ismail &
Ahmad Subki, 2010). Semasa merancang peraturan kelas, saya akan
memastikan ayat peraturan adalah ringkas dan jelas, peraturan yang dibentuk
adalah dipersetujui oleh murid dan guru serta bilangan peraturan yang sesuai
seperti contoh peraturan kelas yang ditunjukkan di rajah 1.

Peraturan Kelas 2 Murni


1. Hormati guru dan rakan
2. Beri kerjasama kepada guru yang mengajar
3. Jaga kebersihan kelas
4. Mematuhi peraturan sekolah

Rajah 1. Contoh Peraturan Kelas

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin dan
melatih murid mematuhi setiap arahan diberi (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010). Setiap kali memasuki bilik darjah, guru perlu membuat teguran yang
sama agar pelajar bertindak sewajarnya dalam memastikan suasana bilik
darjah kondusif untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepanjang
tahun.

4.2 Pengurusan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah


Konsep utama Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar tanpa gangguan, manakala murid berhak untuk belajar dalam
suasana yang tenang dan teratur (Charles, 2008). Dengan itu, Model Asertif
Disiplin telah menggariskan tiga jenis guru seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 2.

Rajah 2. Model Asertif Disiplin


Guru yang asertif jelas dengan matlamat pengurusan,yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. Berdasarkan senario yang diberi, saya akan
menetapkan contoh rutin dan peraturan bilik darjah dan menerangkan kepada
pelajar tentang kepentingannya tersebut. Apabila murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, saya akan memberikan
peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Canter juga mencadangkan
untuk memberi pengiktirafan kepada murid seperti peneguhan positif,
memberikan galakan, menghargai murid dan memberi maklum balas positif
kepada ibu bapa murid (Charles, 2010). Walau bagaimanapun, sekiranya
murid menunjukkan tingkah laku yang melanggar peraturan bilik darjah
seperti mengganggu murid lain untuk belajar, maka tindakan pembetulan
perlu dilakukan bagi memastikan suasana pembelajaran dalam keadaan yang
kondusif serta dapat menangani masalah tingkah laku yang telah berlaku.
Pada masa yang sama,guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada
semua murid. Maka, pelajar dapat memahami bentuk tingkah laku yang dapat
membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusah ke arah kegagalan.

1.0 Intervensi menangani tingkah laku bermasalah yang sesuai

2.0 Penutup

You might also like