You are on page 1of 16

Jelaskan

perbezaan

kaedah

pengajaran

pembelajaran

berpusatkan

guru

dan

pembelajaran berpusatkan pelajar. Penjelasan perlu disertakan dengan contoh.

1.0

Pengenalan
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana

setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus peratus sama meskipun mereka adalah
pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi
atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sesama individu dalam sesuatu
kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia
boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai seorang guru adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan sesiapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
pendekatan bersesuaian untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai proses pengajaran
dan pembelajaran. Perbezaan dari segi bakat, minat, budaya, latar belakang, keluarga dan
tahap sosioekanomi sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran
pelajar-pelajar. Pendekatan yang bersesuaian akan memberi impak kepada para pelajar dalam
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Secara tradisionalnya, guru-guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran tersendiri yang sering diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian
subjek yang diajar. Guru-guru telah terbiasa dengan menggunakan satu kaedah atau teknik
pembelajaran sahaja bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Guru-guru sentiasa berfikir
dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja okjektif pengajaran dan pembelajaran
yang ditetapkan tercapai dan pelajar-pelajar tidak keciciran.
2.0

Definasi
2.0.1

Kaedah pengajaran

a)

Mengikut Kamus Elektronik Besta


-

b)

ialah suatu cara penyampaian dalam susunan kebiasaan yang teratur

Mengikut Highet ( 1950 )

ialah merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran


dan pembelajaran yang teratur untuk tujuan memberi kefahaman kepada
pelajar-pelajar

2.0.2

Teknik pengajaran

a)

Mengikut Kamus Elektronik Besta


-

b)

merupakan kemahiran dan kaedah mencipta hasil seni

Mengikut Page ( 1975 )


-

untuk mempermudahkan kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam


proses memindahkan kefahaman isi pelajaran dan bersifat halus dan seni
yang mampu mengglakan kesan yang optimum

2.0.3

Pengajaran Berpusatkan Guru

Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) berfokus bila guru


menguasai keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi sehala
berlaku sepanjang sesi pengajaran kerana guru menjadi peneraju atau ketua di
dalam kelas. Mengikut Brophy 1978, pendekatan ini merupakan satu pendekatan
yang mudah dirancang dan di urus.

2.0.4

Pengajaran Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid (pupil-centered strategy) pula berfokus bila


murid memainkan peranan penting di dalam proses pembelajaran. Murid secara
aktif terlibat di dalam aktiviti pembelajaran. Guru pula bertindak sebagai
pemimpin yang membimbing aktiviti berkumpulan, kelas ataupun individu. Murid
digalakkan secara aktif menyertai aktiviti pembelajaran beliau. Mengikut
Fischer dan Fischer ( dalam Olivia, 1987 ) pembelajaran berpusatkan murid
memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid disamping
memberi pilihan kepada murid untuk menguasai pembelajaran.

3.0

Perbezaan di antara Pengajaran Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid


Menurut (Felder dan Brent,1996), ciri-ciri pendekatan pembelajaran terbahagi

kepada 6 bahagian iaitu daripada konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks,
keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik ( deduktif ), spesifik kepada umum
( induktif ), diketahui kepada belum diketahui. Ciri-ciri ini yang membantu guru untuk merancang
aktiviti pengajaran samada dilakukan secara berpusatkan guru atau berpusatkan murid.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Shahabuddin bin Hashim, Rohizani bin Yaakub,
Mohd Zahir bin Ahmad, 2007. Strategik dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. USM, Minden
Pulau Pinang. PTS Professional Publishing. hal : 1-2, konsep pengajaran dan pembelajaran ini
dapat digambarkan dengan mudah melalui rajah di bawah :

GURU

PELAJAR
Pemindahan ilmu

pengajaran

pembelajaran

Rajah 1
Daripada rajah ini jelas kelihatan teknik pengajaran yang dilakukan oleh guru
merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian
dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Corak
pengajaran juga banyak berubah dan akan terus berubah mengikut perkembangan semasa.
Matlamat pengajaran negara kita adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,
berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan
sejauh mana hasil objektif pengajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan
dilaksanakan.

3.0.1

Pengajaran Berpusatkan Murid


Strategi tradisional dan paling lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia

masih diguna pakai sehingga sekarang dan masih lagi relevan dengan arus perdana. Dalam
strategi ini guru memainkan peranan utama menyusun dan mengawal segala aktiviti semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar hanya bertindak sebagai penonton
yang hanya mendengar sahaja penerangan guru. Oleh itu hanya komunikasi sehala sahaja
yang berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Gurulah
yang banyak bercakap manakala pelajar hanyalah menjadi pendengar dan penonton.

Guru bertindak secara autrokratik dan memberikan arahan kepada pelajar supaya
melaksanakan apa yang disuruh. Pelajar tidak diberi peluang menyumbang idea. Guru amat
mementingkan objektif pengajaran dan tidak mengambil berat perkembangan emosi dan
sahsiah pelajar. Pelajar berada dalam keadaan tegang dan tiada hubungan positif di antara
guru dan pelajar dapat diujudkan. Rajah di bawah memperjelaskan kaedah pengajaran
berpusatkan guru.
Guru

Pelajar

Pelajar
Rajah 2

Sebagai contoh, Cikgu Kamal mengajar matapelajaran Bahasa Melayu dalam kelas
3 Bestari. Beliau sedang menerangkan mengenai cara menanam bendi pada kelas tersebut
menggunakan kaedah bercerita. Cikgu Kamal bertindak sebagai pencerita dan murid murid
sebagai pendengar dan penonton. Cikgu Kamal tidak memberi peluang kepada murid untuk
menyumbangkan idea. Pada 10 minit pertama, pelajar-pelajar masih memberi tumpuan
terhadap pengajarannya tetapi apabila memasuki minit ke 15, beberapa orang murid mula
hilang tumpuan kerana merasa bosan dengan penyampaian yang tidak menarik dan
komunikasi hanya berlaku satu hala. Akhirnya, hampir 70% murid hilang tumpuan terhadap
pembelajaran dan gagal menguasai topik pasa hari itu.

3.0.2

Pengajaran Berpusatkan Murid


Salah satu ciri ciri utama KSBR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utama

dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukan kepada pelajar
meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak
sebagai fasilitator atau pemudahcara.
GURU

pelajar

pelajar
Rajah 3

Rajah 3 di atas, menunjukkan bagaimana keadaan guru dan murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Guru mengamalkan corak kepimpinan
demokratik dan pelajar bebas bertanya serta memberi pendapat. Guru juga menggalakan
pelajar terlibat secara aktif, mencuba dan melakukan aktiviti pembelajaran sendiri. Apa yang
diberi perhatian ialah pencapaian objektif pembelajaran. Banyak teknik pembelajaran dijalankan
bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai
corak kebolehan dan minat. Selain itu guru juga lebih berpeluang berinteraksi dengan pelajar
dan boleh mengesan kelemahan pelajar mereka di peringkat awal lagi. Langkah-langkah
mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan cepat. Hasil pelajar dapat berkembang
mengikut kesediaan mereka.
Sebagai contoh, Cikgu Amilia sedang mengajar subjek metematik Tahun 3 Baiduri.
Beliau membahagikan murid mengikut kepelbagaian aras di dalam setiap kumpulan yang
dianggotai oleh 6 orang setiap kumpulan. Cikgu Amilia memberi tugasan yang berlainan kepada
setiap kumpulan. Mereka diminta menyelesaikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing.
Mereka kemudiannya membentangkan hasil jawapan di hadapan kelas. Pelajar-pelajar terlibat
secara aktif semasa melakukan tugasan. Mereka membantu sesama sendiri kerana setiap
kumpulan mempunyai pelajar yang berbeza dari segi aras. Sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi sangat menarik dan tidak membosankan kerana komunikasi dua hala berlaku di antara
guru pelajar pelajar pelajar. Kesimpulanya pelajar-pelajar dapat menguasai topik daripada
hasil perbincangan dan Cikgu Amilia hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

3.0.3 Perbezaan

antara

berpusatkan murid.

kaedah

pengajaran

berpusatkan

guru

dan

pengajaran

Berikut ialah jadual yang menunjukkan perbezaan diantara pengajaran berpusatkan


guru dan pengajaran berpusatkan murid. Perbezaan ini dapat dikelaskan mengikut cirri-ciri,
kaedah pengajaran, kelebihan dan kelemahan setiap kaedah, Felder dan Brent, ( 1996 ).

Pengajaran Berpusatkan Guru

Pengajaran Berpusatkan Murid

Ciri ciri

Ciri ciri

- komunikasi sehala

- komunikasi berlaku secara 2 hala

- guru menguasai setiap sesi pembelajaran

- murid menguasai pembelajaran

- guru berkuliah

- murid menjalankan aktiviti

- murid pasif hanya mendengar

- pemindahan pembelajaran

guru

mengarah

dan

mengawal - mementingkan perkembangan JERIS

pembelajaran

- murid lebih kreatif dan berinisiatif

- murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif


- mementingkan pencapaian objektif
- kepimpinan bercorak autokratif

- mementingkan pencapaian objektif


- kepimpinan bercorak demokratif
- pembelajaran bercorak pengarahan kendiri

- menekankan ujian sumatif


Kaedah Pengajaran

Kaedah Pengajaran

- Kaedah syarahan

- Pendekatan individu / berkumpulan

- Kaedah bercerita

- Kaedah projek / lawatan

- Kaedah Demonstrasi

- Kaedah penyelesaian masalah

- Pengajaran secara kelas

- Simulasi / bermain

Kebaikan
- terkawal

Kebaikan
- pengalaman belajar yang menarik

- terancang

- belajar secara individu, berkumpulan, kelas

- mementingkan penilaian secara objektif

- penilaian berterusan secara kolaboratif

Kelemahan

Kelemahan

- komunikasi sehala

- lebihan komunikasi mengakibatkan kelas


bising

- guru berperanan sepunuhnya

- kurang penglibatan guru

- murid menjadi lebih pasif

- murid aktif akan mengawal pengajaran

- pembelajaran menjadi tidak menarik

- pengajaran menjadi kurang terkawal

- murid mudah hilang fokus dan tumpuan

murid

yang

lemah

akan

mengambil

kesempatan
Jadual 1

Kaedah jumpaan ( Sigel dan Brodzinky, 1977 ) memperincikan perbezaan diantara


kedah pengajaran berpusatkan guru dan kaedah pengajaran berpusatkan murid berdasarkan
sumber I.E Sigel & D.M Brodzinky, Individual Difference : A Perspective for Understanding
Intellectual Development, 1977, New York, Academic Press.
Kaedah jumpaan ( Sigel dan Brodzinky, 1977 ) menerangkan dengan jelas bahawa
kedua-dua kaedah pengajaran ini mempunyai cara penyampaian berbeza bagi setiap orang
guru bagi setiap mata pelajaran. Contohnya guru yang mengajar mata pelajaran sains dan
matematik lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid kerana perlu
memberi penerangan kepada pelajar-pelajar supaya dapat memahami konsep dan fakta
dengan jelas, manakala guru sains sosial dan kemanusiaan pula lebih gemar menggunakan
kaedah pengajaran berpusatkan murid di dalam pengajaran mereka. Ini kerana subjek ini lebih
memerlukan perbincangan dua hala guru pelajar - pelajar pelajar.

Kaedah Pengajaran Berpusatkan Guru

Kaedah Pengajaran Berpusatkan Murid

Biasa digunakan oleh guru sains

dan matematik

sosial dan kemanusiaan

Situasi pengajaran intrapersonal dan

berorentasikan kognitif

Syarahan

dan

menyusun

Berterus

jumpaan,

pengajaran

terang

Situasi pengajaran yang menggalkan


interaksi

guru

dan

pembelajaran

Biasa digunakan oleg guru sains

Melibat aktif pelajar walaupun hanya


perbincangan ( Wu, 1968 )

Hubungan intrapersonal yang akrab

Soalan

mempengaruhi

pelajar

kerap

digunakan

bagi

menyemak hasil pembelajaran

Soalan bagi memperkenalkan topik

dan mendapatkan jawapan pelajar

Member

gred

markah

lebih

baik

kepada pelajar ( James, 1973 )

Pengukuhan,

jawapan

diberitahu

sekiranya pelajar silap

Jadual 2

3.0.4

Perbezaan dua paradigm pembelajaran

Permulaan

Pengajaran Berpusatkan

Pengajaran Berpusatkan

Guru

Murid

Pemindahan ilmu

Kekuatan dan kelemahan


pelajar

Tujuan

Berubah

Membina tanggungjawab
pelajar

Peranan guru

Pemberi maklumat

Fasilitator

Peranan pelajar

Penerima yang pasif

Indikator kejayaan

Pembuat keputusan yang aktif

Pengajaran Berpusatkan

Pengajaran Berpusatkan

Guru

Murid

Perubahan atau peningkatan

Keupayaan mengaplikasi idea

markah ujian

secara bebas dan merancang


matlamat sendiri

Pembelajaran

Penjelasan dan preskriptif

Berani mengambil risiko

Persekitaran

Arahan guru

Kumpulan koperatif

Komunikasi antara

Sehala

Dua hala, positif dan spesifik

Strategi menyoal

Soalan tertutp

Soalan terbuka

Maklum balas

Pastikan betul

Menggalakkan dan menghargai

Struktur

Tetapkan masa dan rutin

Fleksibel input daripada

guru dan pelajar

pelajar
Jadual 3

3.0.5

Kaedah pengajaran berpusatkan murid ( SCL ) boleh merubah peranan guru


Rujukan : Newby et al. (2000)

Daripada

Kepada

Sentiasa dilihat sebagai pakar isi

Penglibatan dalam banyak masa sebagai

kandungan matapelajaran dan sumber

seorang yang tidak tahu semua tetapi

untuk semua jawapan bagi persoalan.

sanggup belajar.

Daripada

Kepada

Dilihat sebagai sumber utama maklumat

Dilihat sebagai penyokong, pemberi

yang sentiasa menyampaikan kepada

kerjasama dan jurulatih di mana pelajar

pelajar.

belajar bersama sama dan menilai

sendiri maklumat berkenaan.


Sentiasa bertanyakan soalan dan

Melatih pelajar membina dan

mengawal focus pembelajaran.

mengeluarkan soalan dan memcari


penyelesaian sendiri melalui pelbagai
cara.

Mengarahkan pelajar melakukan latihan

Menggalakkan individu menggunakan

langkah demi langkah supaya semua

pengetahuan dan kemahiran sendiri

mencapai keputusan yang sama.

sehingga mencapai penyelesaian.


Jadual 4

4.0

Analisis artikel yang bertajuk Mapping a Route Toward Differentiated Instruction


oleh Carol Ann Tomlinson
Artikel yang dipilih bertajuk Mapping a Route Toward Differentiated Instruction yand

ditulis oleh Carol Ann Tomlinson dan dihasilakn pada tahun 1999. Beliau merupakan seorang
Profesor dari Universiti Virgina, Charlottsville dan beliau juga merupakan pensyarah dalam
bidang pendidikan di university tersebut.
Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau
menerangkan satu persatu cara pengajaran dan pembelajaran yang diambil oleh tiga orang
guru tersebut dan kemudiannya membuat perbandingan antara satu sama lain.
Daripada artikel tersebut dapat dilihat bahawa guru pertama, Mr Appelton menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran beliau dengan mengarahkan pelajar untuk mengambil
nota penting isi pelajaran dan akhir sekali setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk menjawab
soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang kan disoal semasa
peperiksaan. Daripada scenario pembelajaran ini, kita dapat lihah bahawa guru pertama ini
lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru tersebut

langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau.


Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa konsep kepelbagaian samada cara pengajran atau
kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tudak akan tercapai.
Dalam senario kelas kedua, Mrs Baker, beliau mengajak pelajar untuk terlibat secara
aktif dalam perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar
mengemukakan topik kegemaran tersendiri di dalam pembelajaran. Beliau juga membawa
pelajar merasai sendiri cara dan gaya hidup orang-orang Rom terdahulu dengan membawa
contoh gambar-gambar satera, arkitek dan bidang perundangan dalam bilik darjah untuk
mendapat perhatian pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Di sini dapat dilihat Mrs Baker menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan
murid tetapi konsep penekanan lebih kepada curriculum differentiated dan differentiated
instruction. Oleh itu guru ini juga gagal dalam mencapai objektif pengajaran.
Manakala guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep pengajaran
berpusatkan murid dengan konsep kepelbagaian pelajaran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran
supaya semua pelajar yang mempunyai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak
pelajar untuk respond an pendapat dengan mengutarakan soalan-soalan daripada tahap
rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik. Beliau bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan
membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan nenek moyang pelajar-pelajar
tersebut termasuklah kehidupan seharian pelajar. Kepelbagaian cara yang diambil oleh
Ms Cassel ini menunjukkan beliau member penekanan terhadap kaedah pembelajaran
berpusatkan murid dengan menekankan konsep kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah.
Dengan adanya aplikasi pembelajran sebegini proses pengajaran dan pembelajaran akan
mencapai objektifnya.
Berikut ialah tiga jenis sinario yang telah diwujudkan oleh Carol Ann Tomlinson di dalam
kajian yang telah dijalankannya ke atas tiga orang guru yang mengajar mata pelajaran yang
sama iaitu Mr Appleton, Mrs Baker dan Ms Cassel :
4.0.1

Kelas Sejarah Mr Appleton

Mr Appleton sedang mengajar tentang sejarah Rom. Dalam pemerhatian yang


dijalankan, didapati bahawa Mr Appeleton menggunakan kaedah pengajaran dan pengajaran
berpusatkan guru atau lebih dikenali sebagai teacher-oriented. Ini bermakna Mr Appleton
merupakan guru yang akan menyediakan data-data yang akan disampaikan kepada para
pelajar menggunakan alat bantu mengajar powerpoint presentation. Dalam scenario yang
diberi, didapati Mr Appleton mencadangkan kepada para pelajar untuk mencatat nota
sementara dia member penerangan dan mengarahkan mereka menjawab soalan di akhir bab
yang di ajar. Mr Appleton juga turut meberikan kuiz berdasarkan teks dan nota mereka serta
menyenaraikan senarai tentang apa yang perlu pelajar baca untuk kuiz tersebut.
Daripada corak dan gaya pengajaran dan pembelajaran di atas, ianya jelas bahawa
pembelajaran yang diterima oleh para pelajar kurang berkesan. Analisis yang menunjukkan
bahawa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam bilik darjar Mr
Appleton, para pelajar tidak dilibatkan sama sekali, dalam erti kata lain Mr Appleton tidak meberi
peluang kepada pelajarnya untuk menyuarakan pendapat, mengutarakan soalan dan
sebagainya. Semua fakta-fakta dalam topik tersebut memang disampaikan dalam kelas tetapi
pembelajaran yang bermakna tidak wujud. Para pelajar Cuma duduk diam dan melihat ke
hadapan serta menyalin nota namun sebarang perbincangan atau soalan yang menjana
pemikiran tidak berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Mr
Appleton. Corak dan gaya pengajaran dan pembelajaran Mr Appleton juga tidak menitik
beratkan tentang kepelbagaian pelajar yang mungkin wujud di dalam bilik darjah seakan-akan
semua individu di dalam kelas tersebut adalah sama. Ada kebaikan tentang cara Mr Appleton
memberikan tip atau garis panduan untuk pelajar membuat persiapan menjawab kuiz pada
masa akan dating. Namun begitu, secara keseluruhan, para pelajar tidak mendapat ilmu itu
sepenuhnya dan mereka hanya akan membaca untuk menjawab soalan dan bukan
pemahaman mereka.
4.0.2

Kelas Sejarah Mrs Baker


Mrs Baker ialah seorang guru yang mempunyai corak dan gaya pengajaran dan

pembelajaran yang berbeza. Mrs Baker juga ialah seorang guru sejarah turut mengajar topic
sejarah Rom. Namun begitu kedua-dua mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dalam
menyampaikan ilmu dalam kelas mereka. Mrs Baker menyediakan para pelajarnya dengan
pelan perancangan grafik yang akan membantu dalam proses pembelajaran mereka. Pelan
perancangan grafik ini adalah untuk pada pelajar mengisikan pelan tersebut semasa membaca
teks mereka untuk memastikan mereka dapat merekod semua isi-isi penting dalam topic yang

sedang mereka pelajari. Mrs Baker menyampaikan gambar-gambar tentang sejarah Rom dan
menerangkan kepada para pelajar tentang kepentingan Rom dalam bentuk peradaban bahasa,
seni dan undang-undang mereka. Sebagai susulan daripada pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan, Mrs Baker mencadangkan agar mereka berpakaian Togas dan membawa
makanan Rom, menonton filem yang berunsurkan empayar Rom, bercerita tentang hiburan
orang-orang Rom dan sebagainya. Untuk projek pula, Mrs Baker menyediakan 10 topik seperti
baju atau fesyen orang Rom, symbol, menulis puisi tentang Rom serta topic yang dicadangkan
oleh pelajar.
Mrs

Baker

menggunakan

kaedah

pengjaran

berpusatkan

murid

tetapi

tidak

menggunakan konsep kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah. Mrs Baker ialah seorang
pendidik yang mahukan pembelajaran menjadi susuatu yang seronok dan menghiburkan.
Dalam konteks ini, tidak salah jika seseorang guru itu ingin menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu sesuatu yang bersifat mesra dan berpusatkan pada pelajar, masalah utama
wujud ialah proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan dari segi fakta atau input
utama yang ingin disampaikan. Mrs Baker menyampaikan maklumat yang ada namun bukan ke
tahap yang diharapkan. Proses pengajaran haruslah menekankan fakta dan bukannya kepada
kreativiti para pelajar dalam membuat poster, memakai pakaian toga dan merasa makanan
orabg Rom zaman dahulu. Sebagai pengetahuan sampingan mungkkin ini adalah relevan,
namun isi utama topic itu tidak disampaikan secara baik kepada pelajar. Kemahiran kreativiti
dan cakupan topic sepatutnya seimbang dalam bilik darjah untuk menghasilkan pembelajaran
bermakana.
4.0.3

Kelas Sejarah Ms Cassel


Ms Cassel merupakan seorang guru yang mengajara sejarah dengan topic yang sama

iaitu Rom. Corak dan gaya penyampaiannya begitu berbeza sekali daripada MR Appleton dan
Mrd Baker. Ms Cassel adalah seorang guru yang mementingkan fakta-fakta dalam
pengajarannya. Oleh itu Ms Cassel menyediakan set konsep-konsep utama dalam topic-topik
yang di ajar. Ms Cassel telah menyenaraikan perkara-perkara yang perlu disamaikan kepada
para pelajarnya dan juga kemahiran-kemahiran yang perlu dijana oleh dirinya dan juga para
pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu para dirinya dan juga
para pelajar membuat persiapan. Ms Cassel juga menyediakan set-set soalan yang akan
membantu para pelajarnya dalam berfikiran kritikal untuk proses memahami apa yang
disampaikan dalam kelas. Ms Cassel akan mengubahsuai set-set konsep dan fakta serta apa
yang ingin disampaikan dalam kelas mengikut kepelbagaian para pelajar selaras dengan masa.

Perancangan rangka pengajaran yang dibuat oleh Ms Cassel mempersiapkan para pelajar
untuk memahami konsep-konsep penting dalam sejarah Rom. Ms Cassel mengarahkan para
pelajarnya mencari sendiri konsep-konsep tersebut untuk membantu mereka menghafal dan
memahami dengan lebih berkesan. Para pelajar diarahkan secara berkumpulan mencari tarikh
dan konsep fakta mengikut kronologi kerana ini amat penting dalam mata pelajaran sejarah dan
merupakan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam corak dan gaya pengajaran dan
pembelajaran Ms Cassel.
Bilik darjah Ms Cassel dilihat lebih berkesan dan meninggalkan impak yang mendalam
kepada pelajar. Beliau lebih menekankan kepada pembelajaran bermakna disamping aktiviti
yang boleh memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Secara keseluruhannya
Ms Cassel memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada pelajar dan tidak
hanya kepada guru. Beliau membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam
setiap aktiviti yang telag disediakan. Selain itu juga, beliau turut berusaha memenuhi keperluan
yang mempunyai pelbagai kebolehan yang mampu mempertingkatkan pencapaian mereka.
5.0

Penutup
Perkataan kaedah pembelajaran memang tidak asing lagi dikalangan golongan pendidik

tetapi sejauh manakah seseorang pendidik itu serius dengan pelaksanaan kaedah pengajaran
yang dirancang, itulah yang sentiasa menjadi persoalan. Pendidik faham bahawa kaedah yang
sesuai boleh menarik perhatian pelajar dan seterunya pelajar mudah memahmi apa yang
disampaikan. Dalam masa yang sama, tanpa mereka sedari ada kaedah yang jika dilaksanakan
dengan serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang mampu
menyediakan pelajar dengan nilai tambah ( value-added ) yang boleh memperkembangkan
potensi pelajar secara menyeluru dari segi JERIS selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Jelaslah, kaedah pengajaran berpusatkan murid atau Student Cented
Kearnung ( SCL ) merupakan pilihan yang terbaik bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai dan menghasilkan pembelajaran bermakna.
Bukti ini dapat diperkukuhkan lagi apabila Pedagogi Bestari mula diperkenalkan pada
tahun 1998 seiring dengan pelancaran sekolah dah kelas bestari yang telah membawa
pendekatan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Ia juga mengubah peranan pendidik dari
sage on the stage kepada guide on the side (Rosenberf, 2001) dan para pendidik kini
semakin faham kepentingan kaedah pengajaran berpusatkan murid di dalam menyampaikan

hasil pembelajaran demi memastikan kefahaman lebih mendalam dangan penglibatan setiap
murid di dalam kelas.
Namun apa yang masih menjadi masalah sekarang ialag sistem pendidikan kita yang
masih beorentasikan peperiksaan, jadi guru telah terbudaya dengan sikap perlu habiskan sibus.
tumpuan kepada aktiviti pelajar tidak diambil berat dan akhirnya teknik syarahan masih
mendominasikan keadah pembelajaran guru di kebanyakan sekolah harian dan dibudayakan
dengan konsep spoon feeding.

Bibliografi
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif
Dalam Pendidikan. Batu Caves. PTS Publication & Distrubutors Sdn. Bhd.

Bryan Coombs (1995) Succsessful Teaching. Oxforf: Heinmann Publisher (Oxford) Ltd.
Esah Hj Sulaiman (2000). Pengenalan Pedagogi. UTM Skudai. UTM.
Felder R.M. dan Brent. R. (1996). Navigating The Bumpy Road To Student Centered
Instruction. College Teaching, Vol. 44,2, 43 47.
Hasan Mohd Ali (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distrubutors Sdn. Bhd.
Mel Silberman (1996). Active Learning: 101 Strategies To Teach Any Subject. USA : Pearson
Education Inc.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahamad. Pedagogi : Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan. Cetakan ke 3, 2008. Batu Caves. PTS Publication & Distrubutors
Sdn. Bhd.
Kepelbagaian Pelajar
http://galish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html
Motschung Pitrik, R. Combining Carl Rogers student centered learning with eLearning:
Experiences,

consequences

and

hypothese.

Retrieved

on

July

http://www.saybrook.edu/crr/papers/motschnig-.html
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya Dengan Pembangunan Diri
http://umpir.ump.edu.my/943/1/27 Dr AbdullahSCL.pdf

2004

from:

You might also like