You are on page 1of 18

ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER 6 / SEPTEMBER 2021

ADSE 1303

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 001


NO. KAD PENGENALAN : xxxx
NO. TELEFON : 0182xxx
E-MEL : xxxx
PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.0 Pengenalan……………………………………………………………………..2

Tugasan 1

1 (a) Perbezaan antara Kaedah Pemusatan Guru dan Kaedah Pemusatan Pelajar…4-5

(b) Kaedah pengajaran yang dipilih ……………………………………………...6-7

Tugasan 2

2 (a) Rancangan Pengajaran Harian (RPH).............................................................9-10

(b) Kuiz melalui platform Socrative…………………………………………....11-15

3.0 Kesimpulan……………………………………………………………………16

4.0 Rujukan………………………………………………………………………..17

1
1.0 Pengenalan

Pendekatan dalam konsep pengajaran ialah cara mengajar berteraskan kepada objektif yang
ditentukan, ianya harus berlandaskan kepada teori atau juga model dan prinsip tertentu, dan
pendekatan semestinya bersifat mendokong suatu teori.
Kaedah dalam pengajaran pula ialah tindakan yang sistematik oleh guru, ianya lebih bercorak
jangka pendek, ia juga adalah usaha keseluruhan iaitu terdiri daripada prosedur yang tersusun
berteraskan pendekatan yang telah dipilih. Ianya mendukong pendekatan yang dipilih,
Terdapat dua jenis pendekatan pengajaran pendidikan islam yang pertama ialah kaedah
pemusatan pelajar dan kaedah pemusatan guru.
Kaedah pemusatan pelajar adalah satu kaedah dimana pelajar itu sendiri memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Dalam strategi ini murid sangat digalakkan
untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran disamping tugas guru adalah sebagai
pemimpin yang memimpin murid melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara
individu atau berkumpulan. Kaedah ini boleh dipraktikkan dengan pelbagai cara dalam
pengajaran pendidikan Islam antaranya ialah melakukan aktiviti mencari maklumat di
perpustakaan secara berkumpulan. Kaedah ini menggalakkan pelajar memberi dan menerima
maklumat, memberi pelajar untuk meneroka idea-idea terbaru, menggalakkan pelajar
mengumpul, memproses dan merumus maklumat, juga menggalakkan pelajar berinteraksi
antara satu sama lain. Kaedah ini sangat berkesan untuk pengajaran, Ulum Al-Quran, Akhlak
Islamiyah dan Sirah. Kaedah ini sangat membantu dalam pembelajaran kerana ia melibatkan
komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Kaedah pemusatan guru pula ialah satu kaedah yang banyak bergantung kepada tahap
kebolehan pelajar iaitu tahap penerimaan pembelajaran, guru memainkan peranan sebagai
peranan utama yang menguasai dan mengawal aktiviti pembelajaran. Kaedah pemusatan guru
telah lama diamalkan sejak dahulu lagi, komunikasi yang berlaku dalam kaedah ini hanya
sehala iaitu guru memberi penerangan dan pelajar hanya mendengar. Dalam kaedah ini guru
boleh menggunakan alat bantu mengajar seperti seperti slide ,poster dan papan hitam. Antara
teknik pengajaran yang menggunakan kaedah pemusatan guru ini ialah kuliah atau syarahan.
Guru perlu mengesan aras perhatian pelajar supaya pelajar dapat melihat dan mendengar
percakapan guru. Strategi yang digunakan dalam kaedah ini ialah demonstrasi, penerangan,
latihan dan juga maklum balas. Dalam pemusatan guru ini pelajar mengikut piawaian yang
disusun oleh guru, antara perkara yang paling penting ialah pelajar menguasai pengetahuan,
iaitu pelajar mengetahui isi kandungan ketika disampaikan kerana pelajar merupakan
penerima aliran komunikasi dari gurunya.

2
Tugasan 1

1A. Perbezaan antara kaedah pemusatan guru dan juga kaedah pemusatan pelajar

perbezaan dari segi peranan ketika pembelajaran

3
Perbezaan yang pertama ialah pembelajaran kaedah pemusatan pelajar ialah menjadikan
pelajar sebagai peranan yang penting di mana pelajar disarankan agar melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Guru pula berperanan sebagai
pemimpin dimana guru memimpin pelajar ketika menjalankan aktiviti. Manakala kaedah
pemusatan guru pula, guru merupakan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sedangkan pelajar sebagai penonton dan pendengar sahaja.
Perbezaan diatas dikaitkan menerusi gambar yang diberikan, iaitu dalam gambar kaedah
pengajaran A, iaitu kaedah pengajaran pemusatan pelajar murid dilihat melibatkan dalam
aktiviti pembelajaran dengan cara berdiri dan membuat bulatan serta berpegang tangan
sambil diperhati dan dipimpin oleh guru yang mengajar. Dalam gambar pengajaran B pula
murid dilihat duduk diatas kerusi masing-masing dan hanya mendengar penerangan yang
diberikan oleh guru dihadapan. Peranan murid lebih pasif dan tiada tindak balas.

Perbezaan dari segi interaksi ketika pembelajaran

Perbezaan yang kedua ialah interaksi dan juga komunikasi, iaitu dalam kaedah pemusatan
pelajar guru dan murid berkomunikasi secara dua hala. Ketika menjalankan aktiviti guru akan
memberi arahan untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan dan pelajar akan memberi tindak
balas. Dalam kaedah ini juga pelajar juga akan berinteraksi sesama mereka bagi tujuan
menyelesaikan aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Manakala bagi kaedah
pemusatan guru interaksi yang berlaku hanyalah interaksi sehala iaitu guru dihadapan
memberi penerangan dan pelajar hanya mendengar dan melihat dan juga melakukan latihan
aktiviti mengikut penerangan guru. Interaksi antara pelajar -pelajar juga adalah pasif kerana
masing-masing hanya memfokus untuk mendengar penerangan dari guru ,kebolehan untuk
mempunyai sifat sosial yang positif agak sukar dibentuk.
Perbezaan diatas dapat dikaitkan dengan gambar yang diberikan iaitu dalam gambar A
guru dilihat sedang memberi arahan kepada pelajar maka dengan ini telah terjadi interaksi
dua hala antara guru dan pelajar. Kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan tidak memegang
tangan atas arahan guru kerana berlainan jantina, berlaku interaksi antara mereka berdua
dengan menarik tangan masing-masing. Pada gambar B pula guru memberi penerangan di
hadapan dan kesemua pelajar fokus mendengar tanpa ada sebarang interaksi. Tidak ada
interaksi antara pelajar kerana aktiviti pembelajaran adalah secara individu iaitu melakukan
tugasan yang diberikan secara bersendiri dan bukan secara berkumpulan.

Perbezaan dari segi kaedah pengelolaan

Perbezaan yang ketiga ialah dari segi pengelolaan iaitu bagi kaedah pemusatan pelajar ia
mementingkan kaedah pengelolaan secara berkumpulan ini kerana dalam jumlah yang kecil
dapat diperhatikan dan diberikan perhatian kepada pelajar dari segi kebolehan dan minat
pelajar terhadap pembelajaran.Guru dengan mudah mengenal pasti tahap kebolehan pelajaran
terhadap pembelajaran yang sedang diadakan. Manakala bagi kaedah pemusatan guru pula ia

4
lebih mementingkan pengelolaan untuk keseluruhan kelas, kebolehan dan minat pelajar
terhadap pembelajaran tidak dapat diberikan perhatian, kerana guru tidak dapat memberi
perhatian yang sepenuhnya kepada semua pelajar oleh kerana sesi pembelajaran dilakukan
dalam jumlah yang ramai.
Perbezaan diatas dapat dikaitkan dengan gambar yang diberikan iaitu pada gambar A guru
melihat semua perkara yang dilakukan oleh pelajar kerana semua pelajar dilihat berdiri dan
membuat bulatan, dan jika terdapat pelajar yang tidak bangun dan membuat bulatan ia
dengan jelas dapat dilihat oleh guru. Minat pelajar juga dapat dilihat dengan melihat kepada
kerjasama yang diberikan ketika membuat aktiviti di dalam bulatan.Bagi gambar kaedah
pengajaran B pula guru tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajar yang tidak berminat
kerana tidak mempunyai interaksi dua hala dan semua pelajar hanya diam dan melihat guru
mengajar. Namun pun begitu kaedah ini lebih senang dikelolakan kerana tidak bising dan
lebih tenang.

Perbezaan dari segi kreatif dan juga inisiatif

Perbezaan yang keempat adalah dari segi kreatif dan inisiatif, dalam kaedah pemusatan
pelajar, mereka akan lebih kreatif dan berinisiatif kerana pembelajaran secara dalam
kumpulan mereka berkongsi pendapat,dengan menggunakan kaedah lawatan dan juga
permainan, secara tak langsung memerlukan pelajar lebih kreatif dalam tindakan yang
spontan ketika menyelesaikan masalah oleh itu otak pelajar akan lebih cepat berfikir dan
kreatif dan berinisiatif dalam menggunakan faktor persekitaran dan situasi ketika aktiviti
pembelajaran diadakan. Manakala bagi kaedah pemusatan guru pelajar kurang kreatif dalam
menyelesaikan masalah kerana keadaan yang statik menjadikan pelajar yang kurang
berkebolehan sukar menyelesaikan masalah.
Perbezaan diatas dapat dikaitkan dengan gambar yang diberikan iaitu pada gambar A
semua pelajar bertindak kreatif membuat bulatan dan melakukan aktiviti secara berkumpulan
di dalam perpustakaan. Pada gambar B pula pelajar perlu menjawab soalan menggunakan
inisiatif pemikiran yang ada bagi menyelesaikan masalah dengan sendiri.

B. Kaedah pengajaran yang dipilih ialah kaedah pengajaran pemusatan pelajar, iaitu kaedah
A dalam PdP.

5
Saya memilih kaedah pengajaran pemusatan pelajar kerana bagi saya sebagai seorang guru
yang mengajar di sebuah pusat intervensi swasta sebagai guru intervensi bagi kanak-kanak
Autisme kaedah secara berkumpulan yang kecil atau individu sangat sesuai dan boleh
dipraktikkan.
Yang pertama Kaedah pemusatan pelajar dapat memberikan lebih tumpuan terhadap
pelajar berpendidikan khas, ini kerana pelajar itu sendiri memainkan peranan penting ketika
menjalankan aktiviti pembelajaran, saya sebagai guru akan memantau dan memberi arahan
kepada pelajar, ini adalah kerana kemahiran yang diperlukan iaitu kemahiran motor halus
amat memerlukan pelajar itu sendiri melakukan aktiviti yang dijalankan bagi mencapai
objektif pembelajaran. Umum ketahui pelajar berkeperluan pendidikan khas sangat
memerlukan perhatian oleh itu kaedah pemusatan pelajar amat sesuai. Contohnya semasa
membuat aktiviti untuk kemahiran motor kasar seperti menyepak bola ke dalam raga,aktiviti
ini dilakukan dalam kumpulan yang kecil dari empat hingga ke enam orang sahaja, guru akan
memberi arahan dan pelajar akan mengikut arahan guru, dan pada masa yang guru tetap
membantu dalam melaksanakan aktiviti kerana pelajar berkeperluan khas mempunyai
keupayaan yang terhad.
Yang kedua kaedah pengajaran pemusatan pelajar ini dapat menjana minda pelajar agar
lebih kreatif dan inovatif, kebanyakkan dari pelajar berkeperluan khas ini mempunyai tahap
pencapaian kognitif yang lebih tinggi dari kanak-kanak biasa oleh itu sekiranya diberikan
perhatian oleh guru pastinya kebolehan mereka akan dapat dikesan oleh guru. Bagi saya
sangat rugi jika tidak dapat mengcungkil kehebatan pelajar berkeperluan khas ini. Ketika
melakukan aktiviti mereka dapat bebas mencipta atau menghasilkan sesuatu yang kreatif
inovatif jika dijalankan secara berkumpulan atau juga ketika melakukan lawatan atau juga
secara tunjuk cara. Contohnya seorang kanak-kanak dibawa untuk ke bilik permainan secara
berkumpulan seramai tiga orang untuk menjalani terapi melalui permainan, mereka dapat
membina mainan lego mengikut contoh gambar yang diberikan bahkan mereka dapat
membina tingkat lego yang lebih baik diluar pemikiran guru.
Yang ketiga saya memilih kaedah pengajaran pemusatan pelajar ini kerana dapat membina
kemahiran sosial mereka ini kerana kanak-kanak berkeperluan khas ini sememangnya
mempunyai masalah dalam komunikasi dan bersosial, aktiviti dalam kumpulan dapat
memberi peluang dan rangsangan kepada mereka untuk lebih selesa dan belajar untuk
berinteraksi bersama rakan-rakan. Kemahiran komunikasi dan sosial penting dalam
kehidupan oleh mereka harus menguasai kemahiran ini untuk masa depan mereka. Contohnya
apabila apabila mereka bersama-sama menyelesaikan aktiviti yang diberikan, mereka akan
secara tidak langsung akan cuba untuk berkomunikasi melalui percakapan atau juga
pergerakan bagi menyampaikan kehendak.
Yang keempat saya memilih kaedah pengajaran secara pemusatan pelajar adalah kerana ia
lebih senang dikelola, pengajaran dalam kumpulan yang kecil lebih senang dijalankan
berbanding secara keseluruhan. Kanak- kanak berkeperluan pendidikan khas akan cepat
terganggu perhatian oleh itu pembelajaran secara keseluruhan tidak sesuai pada pendapat
saya. Saya akan mengalami masalah apabila salah seorang pelajar mengalami masalah dan
mula tidak duduk diam di dalam kelas, ini sudah tentu akan mengganggu pelajar yang lain.
Oleh itu kaedah pengajaran pemusatan pelajar bagi saya lebih senang di kelolakan.

6
Contohnya dalam kumpulan yang kecil sekitar tiga hingga lima orang lebih senang bagi guru
berkeperluan untuk mengelolakan kelasnya. Jika ada masalah yang timbul guru akan cepat
bertindak dan selesaikan masalah yang timbul .

7
Tugasan 2

2 (a) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MINGGU PERTAMA)

Tajuk : Pakaian

8
Kelas : Kelas (3M)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 13 Oktober 2021
Masa : 8.00 pagi- 8.40 pagi :
Kemahiran : Tulisan / Motor Halus
EMK : Pengurusan diri (Pendidikan berkeperluan khas)
Set Induksi : Memadankan pakaian
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran pelajar dapat membezakan nama
: pakaian dan juga suaikan mengikut jantina
Aktiviti berpusatkan pelajar : Berkumpulan
Murid yang terlibat : 5 Orang
Unsur Terapi : Motor halus
ABM : Kad bergambar, kemeja-T, Pakaian kertas, Baju Kurung
Penutup : Kepentingan berpakaian dengan sopan

Perkara Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran

Set Induksi Menamakan pakaian 1) Menanyakan jenis pakaian ABM: kain sarung
(10 minit) dan memadankan untuk 2) Menunjukkan beberapa lelaki, baju kurung,
jantina yang betul jenis pakaian seluar ,panjang,kemeja
3) Murid diminta menamakan -T, skirt panjang.
pakaian
4) Murid menamakan pakaian teknik : soal jawab
dan menjelaskan pakaian secara online,
untuk jenis jantina perkataan atau
perbuatan.

Langkah 1 Memadankan pakaian 1) Guru menunjukkan kad ABM: gambar jenis-


( 10 minit) mengikut jantina gambar dan membacanya jenis pakaian, gambar
untuk murid seorang lelaki, gambar
-kemeja 2) Meminta murid seorang perempuan.
-seluar memadankan pakaian
-tali leher dengan jantina yang betul
-kasut 3) Murid memadankan kad
bergambar dengan
menyebut nombor pada kad
4) Murid menamakan jenis
pakaian bagi yang boleh
bercakap.
Memadankan pakaian
mengikut jantina

-skirt panjang
-blaus

9
-kasut

Langkah 2 menulis nama pakaian 1. Guru memberi lembaran ABM : lembaran kerja
(10 minit) dan jantina yang betul kerja kepada murid kuiz dalam ‘Socrative’
berbentuk kuiz dalam talian
2. Murid membuat tugasan kuiz online
secara dalam talian https://
api.socrative.com/rc/
T5fx9V

dibantu oleh ibu bapa


dan guru.

Langkah 3 Penutup 1. Guru menunjukan contoh Terapi : Motor halus


(10 minit) baju untuk dilipat
2. Guru menerangkan tentang
penjagaan pakaian.
3. Guru menerangkan cara
berpakaian yang sopan
mengikut jantina.

2 ( b) Kuiz dihasilkan untuk membantu pelajar agar lebih memahami isi kandungan
pembelajaran, oleh itu satu kuiz telah direka oleh guru melalui platform socrative, langkah-
langkah membangunkan kuiz tersebut ialah seperti dibawah.

Langkah pertama.

10
Langkah pertama ialah dengan membuat carian di internet dengan menaip ‘socrative’, klik
pada pilihan yang pertama keluar di skrin iaitu ‘socrative home’ setelah itu google akan
memaparkan laman utama socrative, seperti dibawah.

Socrative adalah satu produk yang berbayar ,namun pun begitu ia juga boleh diakses secara
percuma sekiranya kita hanya menggunakan plan peringkat asas sahaja .

Langkah kedua

Langkah kedua ialah dengan memilih untuk ‘sign up’ iaitu mendaftar untuk masuk secara
percuma bagi pengguna pertama kali. kita perlu mengisi borang yang telah dipaparkan,
borang yang dipamerkan adalah seperti dibawah dimana guru perlu mengisi ,nama ,email dan
juga bina katakunci sendiri.

11
contoh borang yang perlu diisi oleh guru untuk mengakses platform Socrative.

12
Langkah ketiga

Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, apabila laman utama socrative sudah
terpapar ,guru boleh tekan butang ‘Quizzes’ dan boleh pilih kotak sebelah kanan yang
berwarna oren untuk mula membuat kuiz iaitu butang ‘’add quiz’.

dan selepas klik pada butang oren di atas dan pilih ‘create new’ , kita sudah dapat membina
soalan berdasarkan tajuk pembelajaran yang akan dilaksanakan. Soalan yang dibuat adalah
yang berkaitan pengajaran yang akan dibuat atau yang telah dibincangkan.

Soalan yang dibuat oleh saya adalah untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai
masalah ‘behaviour’ dan juga lembam.
Soalan untuk kuiz ini adalah bertajuk Pakaian. Ia terdiri dari lima soalan, ia mempunyai dua
soalan berbentuk pilih salah dan betul serta berbentuk pilih jawapan yang betul.

Setelah skrin di atas dipaparkan, kita boleh tukarkan ‘Untitle Quiz ‘ dan masukkan tajuk
pembelajaran yang telah dipilih. Terdapat tiga pilihan cara membuat soalan iaitu secara
objektif iaitu pilih jawapan yang betul, pilih salah atau betul dan juga secara huraian jawapan
yang pendek.

13
Langkah keempat

Langkah keempat iaitu membuat soalan , setelah selesai memasukkan tajuk dan membina
soalan , kita harus menekan butang ‘save and exit bagi tujuan menyimpan data .

ketika membina soalan gambar boleh dimasukkan dengan mengambil dari simpanan
komputer, ini kerana ia tidak dapat diambil terus dari internet.

Setelah siap membuat soalan kita harus menekan butang ‘save and exit’, selepas itu kita
dapat lihat pada ruangan ‘quizzes’ soalan yang telah kita hasilkan tadi.

14
Langkah kelima

Langkah kelima ialah selepas telah siap soalan , perlu klik butang ‘Launch’ dan seterusnya
butang ‘quiz’ disitu kita akan pilih latihan yang telah dibuat, ini bertujuan supaya murid dapat
akses kepada latihan yang dibuat oleh guru dengan hanya memasukkan ‘name room’ yang
telah diberikan oleh guru.

Daripada paparan ini guru akan dapat lihat senarai murid yang telah sertai kuiz yang telah
dibuat oleh guru. Pemarkahan juga adalah sangat senang kerana ia adalah secara automatik
setelah disiapkan oleh guru.
keputusan pemarkahan untuk kesemua murid juga boleh disemak oleh guru dengan menekan
butang ‘report’.

contoh keputusan dari salah seorang pelajar berkeperluan khas yang berusia 8 tahun.

Cara untuk pelajar mengakses.

Kuiz yang telah siap dibuat dan boleh diakses oleh adalah melalui pautau dibawah.

https://api.socrative.com/rc/T5fx9V

murid akan menekan link yang diberikan oleh guru dan terus memasukkan ‘room name’ serta
membuat latihan yang diberikan. ‘Room name’ yang diberikan ialah FYAN.

Aplikasi Socrative ini sangat mudah untuk gunakan terutama untuk guru-guru ketika musim
Perintah kawalan akibat daripada pandemik Covid-19 ini. Ia sangat mudah diakses oleh guru
dan juga murid,murid tidak perlu sign in untuk membuat kuiz hanya klik pada link yang

15
dihantar oleh guru. Pilihan ‘design’ kuiz juga sangat menarik dan dapat membuatkan pelajar
berasa teruja untuk melaksanakan kuiz ini. Mungkin juga lebih berkesan terhadap
pembelajaran murid.
Ia juga memberi kelebihan kepada guru keran tidak perlu menyemak kesemua latihan kuiz
yang dibuat oleh murid kerana ianya adalah secara automatik.

3.0 Kesimpulan daripada tugasan yang dapat dirumuskan ialah teknik pengajaran yang
bersesuain dengan pelajar dapat memberikan kesan terhadap pengajaran mereka. Kaedah
pemusatan pelajar lebih banyak memberi kesan yang positif dalam sistem pembelajaran
murid kerana ianya melibatkan interaksi sosial antara pelajar, senang dikelolakan oleh guru
dan diberi perhatian oleh guru. Bagi kaedah pemusatan guru pula kelebihan yang dapat
dilihat akan tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi manakala bagi yang kurang
berkebolehan akan tertinggal dibelakang kerana guru tidak dapat memberi perhatian secara
keseluruhannya.
Dengan adanya platform yang menarik seperti Socrative ,ia dapat membantu pelajar supaya
lebih berminat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Kaedah seperti kuiz di dalam talian
ini lebih memberi kefahaman kepada pelajar dan mudah dipraktikkan pada zaman kini.

2647 patah perkataan tidak termasuk rujukan

16
4.0 Rujukan:

https://pomizipedagogy.wordpress.com/strategi/strategi-pemusatan-murid/

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html

https://slideplayer.com/slide/14921051/

https://khasmawatilahuri.wordpress.com/2012/11/16/rancangan-pengajaran-harian/

https://www.youtube.com/watch?v=DrFFWoqIp30

17

You might also like