You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
MURID DAN PEMBELAJARAN
EDUP3033
Nama :MUHAMMAD ZHARFAN BIN SURANI
Angka Giliran :2020202340062
No Kad Pengenalan :010618050237
Program :PISMP
Ambilan : AMBILAN JUN 2020
Kumpulan/Unit :P2.07
Nama Pensyarah Kursus :PN NOORUL HIDAYAH BT AZMAN
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran
PENULISAN 1.3.2021 12.3.2021
LAPORAN PBS
PENULISAN 9.2.2021 1.3.2021
AKADEMIK
KUIZ 16.3.2021 23.3.2021
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Kit Pembelajaran Berasaskan Model Sosial

2.1 Rekaan Aktiviti

3.0 Model Sosial

3.1 Pembelajaran Koperatif

3.2 Implikasi Model Terhadap PdP

4.0 Penutup
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran terhadap Ilahi dengan limpah dan
kurnian-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya
menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Noorul Hidayah binti Azman pensyarah mata
Murid dan Pembelajaran (EDUP3033) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya.
Beliau juga banyak membantu saya dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Selain itu,saya juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
Puan Maizon Binti Said@Othman dan Surani Bin Legimen kerana sentiasa menjadi tulang
belakang saya semasa melakukan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung
sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat diambil sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khsususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, golongan mahasiswa
haruslah tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mengikut arus pemodenan yang
semakin hebat.
1.0 Pengenalan

Model pengajaran adalah penerangan tentang persekitaran pembelajaran, yang dapat dijadikan
panduan bagi guru ketika merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran di samping
menyediakan bahan-bahan pengajaran.Contohnya ialah program multi-media, pengajaran
menggunakan computer riba, lembaran kerja dan lain-lain. Model pengajaran mengandungi
unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Sebelum ini,
pengajaran dilabel sebagai suatu proses yang senang di mana pengajaran merupakan satu
penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid.

2.0 Kit Pembelajaran Berasaskan Model Sosial

Kit pembelajaran berasaskan model pembelajaran sosial yang dilakukan bertujuan untuk
membantu memperkembangkan pandangan dan pendapat individu dan kumpulan dalam
memperjelas dan mengembangkan ideia-idea. Mereka akan bekerjasama dalam menyusun
maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Di samping itu,
unsur komunikasi antara murid dapat dititikberatkan sambil mereka bekerjesama untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, kit pembelajaran ini turut mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan kerana murid-murid lebih gemar
menggunakan alatan atau benda yang dicipta bertujuan untuk pembelajaran dan pengajaran.
Ciri-ciri bahan dalam kit adalah berpusatkan kepada murid, menarik, mencabar dan sesuai
dengan kebolehan murid, minat dan bakat guru-guru.

2.1 Rekaan Aktiviti Berdasarkan Model Sosial (Rujuk Lampiran)

3.0 Model Sosial

Model sosial merupakan salah satu model dalam model pengajaran. Model sosial ini melatih
pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk
menyelesaikan masalah. Seterusnya, model ini turut membantu untuk mempertingkatkan
perspektif inidividu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan sebarang idea.
Kemudian, model sosial juga mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid
bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh
murid mengikut model sosial ialah mengumpul, mengkaji dan menganalisis maklumat, menilai
dan mentafsir dan membuat kesimpulan. Antara model yang terkandung dalam kumpulan model
sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.
3.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada


pelbagai bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
(Slavin,1982). Kemudian, sasaran dalam pembelajaran koperatif ialah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan yang lain. Hal ini bermakna
pembelajaran tersebut bukan untuk murid-murid tertentu tetapi melibatkan semua pelajar.
Pembelajaran koperatif juga merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah
suatu keadaan pembelajaran yang pasif kepada dinamik dan berpusatkan murid. Hal ini
bermakna pelajar diberikan tanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar
bagaimana untuk belajar. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat dikembangkan
dalam diri para murid. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat belajar dalam satu pasukan yang
heterogen, bergantung antara satu sama lain, tidak bersaing sesama mereka namun bersama-
sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan.

Menurut (Kagan 1994), terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu pasukan, struktur
pembelajaran koperatif, keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif, kemahiran
kerjasama dan prinsip asas pembelajaran koperatif. Dari sudut pandangan pasukan, guru perlu
membentuk sekumpulan 3 atau 4 ahli heterogeny yang teridri daripada pelajar pintar, sederhana
dan lemah. Pemilihan kumpulan boleh dilakukan secara rawak, tetapi lebih baik bagi guru yang
menentukan pemilihan kumpulan berdasarkan kemampuan jantina dan etnik untuk mencapai
heterogeniti dalam pasukan.

Selain itu, pengurusan pembelajaran koperatif juga turut dititikberatkan. Pengurusan


pembelajaran koperatif ini bermaksud penyediaan situasi yang kondusif kepada pelajar. Keadaan
yang kondusif ini dapat dibentuk dengan adanya peraturan kelas, kedudukan pelajar yang
sesuai, kemahiran memberikan arahan, memperoleh perhatian pelajar, kemahiran menyoal serta
peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan.

Kemudian, wujudnya keinginan untuk bekerjasama dalam kalangan murid berdasarkan


konsep pembelajaan koperatif. Terdapat tiga cara yang efisien untuk mewujudkan serta
mengekalkan keadaan ini. Antaranya ialah pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif
dan sistem ganjaran. Guru perlu mengambil inisiatif dengan cara mencipta bentuk tugasan yang
mana semua ahli perlu terlibat dengan tugasan berkumpulan.
Di samping itu, kemahiran koperatif yang seterusnya ialah kemahiran untuk bekerjasama.
Hal yang perlu dititikberatkan ialah kemahiran mendengar, menyelesaikan masalah, menentu
dan menukarkan sesuatu serta mahir memberi pengaruh yang baik kepada ahli pasukan lain
untuk mencapai sasaran pembelajaran dan menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini
dapat dibentuk dengan cara belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan,
penerangan, peneguhan dan latihan atau kemahiran sosial.

Akhir sekali, pembelajaran koperatif mempunyai prinsip-prinsip yang berasaskan akronim


iaitu PIES. PIES merupakan singkatan daripada perkataan Positive Interdependence
(pergantungan positif), Individual Accountability (akauntabiliti individu), Equal Participation
(penglibatan seimbang) dan Simultaneous Interaction (interaksi serentak)

3.2 Implikasi Model Sosial Terhadap PdP

Antara implikasi model sosial terhadap PdP ialah pola interaksi yang positif akan membawa
kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap dan konsep kendiri. Hal ini
kerana para murid diajar dan diberi galakan untuk bersama-sama menyalurkan idea yang kritis
dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, guru dapat dijadikan sebagai
contoh yang mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat
menirunya. Kemudian, sifat malu dan segan dalam diri murid-murid dapat dibuang kerana mereka
didorong untuk memberanikan diri untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain untuk
bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan.

4.0 Penutup

Konklusinya, model sosial yang merupakan salah satu daripada model pengajaran merupakan
model yang efisien untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kerjasama antara
murid dalam kumpulan dalam mencari maklumat, menyusun maklumat, mensisntesis maklumat
untuk menyelesaikan sesuatu masalah akan dapat mendidik mereka untuk sentiasa bekerjasama
untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ini, kita
dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang baik dalam membincangkan
sesuatu maklumat dan menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ada.
Rujukan

Kagan, S. (1994). Cooperative Learning. San Clemente, California: Kagan Publishing.

Slavin, R.E.(1982). Cooperative Learning: Student Teams. What research says to the teacher.
Washington, D.C.: National Educational Association

Opie Mohamad. (2015, November 16). model-model pengajaran. Diambil daripada:


https://www.slideshare.net/jojomimi/modelmodel-pengajaran-55164016

王 世策. (2014, October). Model sosial. Diambil daripada:


https://www.slideshare.net/Ong_SC/model-sosial

Institut Pendidikan Guru. (2019, March 31). Diambil daripada:


https://www.slideshare.net/Najihahsabri/kit-pembelajaran-sdp
Lampiran

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Masalah: Murid kurang menguasai pengetahuan terhadap peribahasa

Matlamat: Meningkatkan pengetahuan murid dalam pengetahuan peribahasa dan


menggunakannya

Objektif Aktiviti: 1) Mengasah kemahiran murid dalam menggunakan peribahasa

2) Guru sebagai fasilitator

3) Mengasah kemahiran sosial murid

Bahan Bantu Mengajar: 1) Sampul

2) Kertas mahjong

3) Marker

Langkah-langkah:

1) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri


daripada 4 orang murid.
2) Guru akan menyediakan sampul dan pergi ke setiap kumpulan dan meminta ketua setiap
kumpulan memilih salah satu sampul tersebut
3) Selepas setiap kumpulan mendapatkan sampul, mereka dibenarkan untuk membuka
sampul tersebut dan akan mendapati terdapat dua helai kertas yang setiapnya
mempunyai satu peribahasa yang berlainan.
4) Guru akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan untuk membincangkan makna
peribahasa tersebut dan cuba membuat ayat berdasarkan peribahasa di atas kertas
mahjong yang disediakan menggunakan marker selama 15 minit.
5) Selepas 15 minit, guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan makna
peribahasa yang mereka dapat dan ayat yang telah mereka bersama-sama bina di
hadapan kelas.
6) Segala kebaikan dan kelemahan akan dinilai oleh guru.
Kesimpulan: Jelas sekali bahawa aktiviti ini mampu membuatkan para pelajar mampu
mencari maklumat dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah secara dalam
kumpulan di samping mampu mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan sosial para
murid.

You might also like