You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

MPU 3122
HUBUNGAN ETNIK

NAMA PELAJAR IZZAH NAZIRAH BT MOHD NAJIB


ANGKA GILIRAN 2019122340064
NO. KAD PENGENALAN 990904-01-5076
KUMPULAN 7 PISMP JUN 2019
UNIT PENDIDIKAN JASMANI 3
KOD DAN NAMA KURSUS MPU 3122: HUBUNGAN ETNIK
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 (D): PENULISAN ILMIAH
NAMA PENSYARAH DR. ANITA BINTI ABU HASAN
TARIKH HANTAR 24 APRIL 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar :_____________________________ Tarikh : 24/4/2022

PEMERIKSA MODERATOR

MARKAH MARKAH

TANDATANGAN TANDATANGAN
COP COP

TARIKH TARIKH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :
Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( IZZAH NAZIRAH BT MOHD NAJIB )
Tarikh : 24/4/2022
*Sila potong yang tidak tidak berkenaan
1. Pengenalan

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari segi
aspek etnik, pencapaian dalam bidang akademik semata-mata dan adat budaya
seseorang murid sahaja tetapi kefahaman tentang kepelbagaian ini juga dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid dari pelbagai kaum (Abdul
Razak, Rozita & Didin, 2008). Najeemah (2011), menyatakan proses sosialisasi dapat
dijalankan dengan berkesan melalui ruang yang baik iaitu di sekolah yang mana hal ini
disokong Lee (2009), yang menyatakan sekolah merupakan tempat yang dapat
memupuk perpaduan kaum dengan berkesan dan usaha untuk menyemai nilai murni
yang berkaitan dengan perpaduan harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi.

2. Aspek Pengurusan Persekitaran Fizikal

Kemudahan fizikal yang bersesuaian dan selesa akan merangsang aktiviti intelektual,
meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan pembangunan pelajar
serta menghadkan tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar (Arzi, 2003). Dalam
mewujudkan pengurusan bilik darjah mesra budaya, guru besar sebagai pengurus
sekolah perlulah memantau tahap pengurusan persekitaran fizikal di sekolah agar
berada dalam keadaan yang baik. Perkara seperti kedudukan meja dan kerusi murid di
dalam bilik darjah juga perlulah diberi perhatian yang mana susunan kerusi dan meja
murid akan memberikan peluang kepada mereka untuk lebih mesra dan berinteraksi
antara satu kaum dan kaum yang lain. Bukan itu sahaja, ianya juga merupakan salah
satu aspek yang penting dalam pembelajaran abad ke-21 yang mana pembelajaran
koperatif akan dapat dipupuk. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2013),
pembelajaran secara kooperatif menggalakkan murid untuk menerima perbezaan
sesama mereka.
3. Pendedahan Terhadap Budaya dan Kepelbagaian Etnik

Layanan yang adil perlulah diberikan kepada semua murid yang mana Guru Penolong
Kanan 1 bertanggungjawab dalam membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan
data atau maklumat murid. Guru Penolong Kanan 1 perlulah mengetahui kesemua latar
belakang setiap murid kerana data dan maklumat setiap pelajar perlu sentiasa
dikemaskini. Data dan maklumat murid akan dijadikan sebagai panduan untuk
pengurusan dan pengajaran di sekolah kerana murid terdiri daripada pelbagai jenis
warna kulit, latar belakang budaya yang berbeza dan kepercayaan. Menurut Hamre &
Pianta (2001), keupayaan guru dalam membentuk hubungan yang positif, mesra atas
dasar kepercayaan yang tinggi tanpa konflik mampu memberikan kesan yang positif ke
atas penyesuaian murid terhadap persekitaran pembelajaran di bilik darjah. Melalui
kumpulan data dan maklumat tersebut juga, pihak pengurusan dapat memberikan
pendedahan terhadap budaya dan kepelbagaian etnik melalui aktiviti keceriaan kelas
yang mana menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), sebuah kelas
yang ceria mampu meningkat semangat dan motivasi murid untuk belajar dan
seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid. Aktiviti keceriaan kelas dapat
dilaksanakan dengan cara memberi murid-murid peluang untuk mempamerkan kreativiti
mereka dalam menghias kelas tidak kira apa sahaja bahan berkaitan budaya atau etnik
masing masing. Contohnya, hiasan bilik darjah yang berunsurkan resepi makanan
tradisional, potret tokoh atau pemimpin setiap masyarakat serta lukisan yang
menggambarkan sebuah etnik. Hal ini akan menjadikan murid-murid antara pelbagai
kaum akan saling bekerjasama dan saling memahami unsur budaya rakan sekelas yang
lain.

4. Penerapan Nilai Murni Dalam Bilik Darjah

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berperanan penting untuk menentukan
penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni dalam persekitaran pembelajaran
di sekolah. Menurut Smith & Smith (2006), pendekatan yang berkesan dalam
pengurusan bilik darjah mampu mewujudkan persekitaran yang menyokong tingkah laku
pelajar serta mengurangkan tekanan terhadap guru. Dari segi aspek psikososial, guru
penolong kanan hal ehwal murid perlulah memberi bimbingan dan menentukan
penerapan nilai murni yang bersesuaian kepada guru mata pelajaran agar guru setiap
mata pelajaran dapat menerapkan unsur-unsur seperti nilai penyayang dan humor
dalam komunikasi untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan
murid-murid sepanjang tempoh PdPc dijalankan. Persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan
toleransi yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmoni dan aman (Syed
Ismail dan Ahmad Subki, 2012).

5. Penutup

Pengurus sekolah sebagai agen sosialis perlulah mengambil peranan dalam


memastikan kepelbagaian sosiobudaya tidak menjejaskan pembentukan persekitaran
sekolah yang mesra budaya. Hal ini kerana, kepelbagaian latar belakang murid dalam
sistem pendidikan di Malaysia menghendaki masyarakat Malaysia agar saling
memahami bangsa-bangsa lain, bersatu padu dengan harapan mewujudkan masyarakat
yang harmoni (Shamsul Amri, 2012).
Rujukan

Abdul Razaq Ahmad, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin. (2008). Masyarakat dan
Pendidikan. Bangi: Sutra Publication.

Arzi, H. (2003). Enhancing Science Education Laboratory Environment: More Than Wall,
Benches And Widgets. Dlm. Fraser, B.J., & Tobin, K.G. (Eds). International
Handbook of Science Education, Vol. (1), Netherlands: Kluwer Academic
Publishers.Reading.

Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah Dan
Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hamre, B.K, & Pianta, R.C. (2001). Early Teacher-child Relationships And Trajectory Of
Children’s School Outcomes Through Eighth Grade. Child Development, 72(2);
625-638.

Lee Lam Thye. (2009). Konsep 1 Malaysia Hapus Polarisasi Kaum. Berita Harian,
27 Mei, 2009.

Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah dan Guru dalam


meningkatkan Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid di Sekolah Menengah
Kebangsaan. Pendidikan Sosial DP 11(2): 67- 76.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2013). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Kedua. Bangi: Univesiti
Kebangsaan Malaysia.

Smith, D.L. & Smith, B.J. (2006). Perceptions Of Violence: The Views Of Teachers Who
Left Urban Schools. The High School Journal 89: 34-42.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh: Penerbitan \
Multimedia.

You might also like