You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA

MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN (EDUP3073)

Nama: FARHAN HAKIMI BIN NARIZAM

No. Kad Pengenalan: 020828100529

Angka Giliran: 2021192340125

Kumpulan/ Unit G7

Nama Kursus BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Nama Pensyarah: SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID

Tajuk Tugasan: PENULISAN AKADEMIK

Tarikh Penyerahan: 31 MAC 2023

Tarikh Menerima Maklum


Balas Daripada Pensyarah
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 2

3.1 PENGURUSAN FIZIKAL 2

3.2 PENGURUSAN EMOSI 3

3.3 PENGURUSAN SOSIAL 4

3.4 PENGURUSAN SOSIOLINGUISTIK 4

4.0 KESIMPULAN 5

5.0 RUJUKAN 6
1.0 PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya memberi
ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan secara individu ini bagi subjek Budaya Dan
Pembelajaran (EDUP3073) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sharizan Binti
Abdul Hamid yang mengajar saya kursus ini dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa bimbingan beliau saya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selepas itu,
saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang saya sayangi
kerana telah memberi semangat dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin memberikan setinggi penghargaan kepada kawan-kawan saya dan
mereka yang secara langsung ataupun tidak langsung terlibat membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Sekian terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra budaya amat penting kepada murid. Hal ini
bertepatan dengan Che Nidzam et.al, (2014) yang menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran
merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha kita untuk meningkatkan
hasil pembelajaran. Maka salah satu modus operandi yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni dan berkesan dalam bilik darjah adalah
melalui pengurusan bilik darjah. Suasana yang kondusif ini dapat mewujudkan pencapaian objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru bagi setiap mata pelajaran yang diajarkan. Di samping
itu, mampu untuk mencapai falsafah pendidikan negara yang bertujuan untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019). Oleh itu, sangat penting untuk sesebuah bilik darjah itu mempunyai ciri-ciri bilik
darjah yang mesra budaya bagi mencapai hasrat tersebut.

3.0 LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.

Seperti yang diketahui umum, Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan juga kelas sosial. Maka sekolah merupakan salah satu medium untuk memupuk semangat
perpaduan kaum. Menurut Nurul Huda (2019), sekolah perlu menjadi tempat terbaik untuk memupuk
nilai perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, antara aspek pengurusan yang perlu
ditekankan oleh guru untuk membina satu persekitaran bilik darjah mesra budaya ialah pengurusan
fizikal, emosi, sosial dan juga sosiolinguistik.

3.1 PENGURUSAN FIZIKAL

Guru merupakan tunjang utama dalam pengurusan kelas mesra budaya terutamanya dari sudut
fizikal. Hal ini selari dengan pandangan Noriati Rashid et.al, (2011) yang menyatakan bahawa
guru semestinya perlu mempunyai sikap prihatin yang tinggi serta profesional dalam
membuat pengurusan fizikal yang baik bagi bilik darjah. Pengurusan bilik darjah dari aspek
fizikal yang baik bukan sahaja akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di
dalam kalangan murid, malahan murid dapat memberikan tumpuan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar.

Contoh pengurusan kelas dari aspek fizikal ialah Pelan Lantai kelas. Guru perlulah
pandai untuk menilai dan merancang susun atur meja di dalam kelas. Sebagai

2
contoh, guru menyusun meja secara berkelompok ataupun berkumpulan. Hal ini bertujuan
untuk membolehkan murid berkomunikasi antara satu sama lain dan juga memudahkan guru
untuk membuat aktiviti berkumpulan serta mampu memberikan keselesaan kepada murid.
Menurut Mohd Asnorhisham & Abdul Rahim (2017), pengajaran secara berkumpulan ini
dapat meningkatkan kemahiran sosial serta memupuk semangat atau nilai positif seperti
kerjasama, tolak ansur, bertanggungjawab dan kepimpinan. Maka secara tidak langsung dapat
mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

3.2 PENGURUSAN EMOSI

Emosi dan sosial merupakan aspek yang memberi kesan kepada pembelajaran murid dan
persekitaran bilik darjah. Emosi dapat dimaksudkan sebagai perarsaan yang dirasai oleh jiwa
seperti gembira, sedih, teruja dan sebagainya. Menurut Mohamad Albaree et.al, (2019),
pembelajaran yang melibatkan emosi yang baik akan membantu proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Oleh itu, guru perlulah
menjaga emosi setiap murid dengan sebaik yang mungkin. Antara langkah yang boleh
dilakukan oleh guru dalam pengurusan emosi ialah memberikan peneguhan yang positif
kepada setiap murid. Sebagai contoh memberikan pujian dan galakan kepada mereka. Hal ini
bertujuan untuk membina satu suasana yang positif di dalam bilik darjah.

Guru juga perlu memberikan layanan yang adil kepada setiap murid tanpa
mengambil kira perbezaan budaya ataupun kelas sosial. Dengan ini setiap murid akan rasa
dihargai dan emosi mereka akan menjadi baik. Jelaslah disini bahawa dengan memberikan
peneguhan positif dan bersikap adil kepada murid mampu untuk mewujudkan persekitaran
kelas mesra budaya dan juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus melibatkan diri
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Motivasi mempunyai pengaruh yang besar
dalam penentuan dan pembentukan sikap pelajar ianya dapat menentukan tahap pencapaian
akademik mereka sama ada meningkat atau menurun (Masita et.al. 2021).

3
3.3 PENGURUSAN SOSIAL

Sosial adalah satu aspek penting dalam kehidupan murid. Melaui sosial murid dapat
mengembangkan lagi tahap pemikiran mereka dan juga kemahiran-kemahiran seperti
komunikasi dan keyakinan diri. Bertitik tolak dari itu, antara langkah yang boleh guru
lakukan dalam membentuk kelas mesra budaya dari aspek sosial ialah guru
memperbanyakkan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan yang dibina hendaklah terdiri
daripada murid yang berbeza latar belakang. Sebagai contoh, guru meletakkan murid kaum
India, Melayu dan Cina di dalam satu kumpulan. Dengan ini mereka dapat berinteraksi dan
bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan pandangan Smith (2010) yang dipetik
daripada Diyanah & Syaza (2021), yang menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari
kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu apabila mereka
berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, guru dan murid juga boleh membina peraturan kelas bersama-sama.
Sebagai contoh, guru membuat peraturan kelas berkenaan dengan perkara yang boleh
dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan dalam kelas dengan persetujuan murid.
Maka, di sini berlakunya interaksi sosial antara guru dan murid serta murid juga akan sentiasa
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bersama. Dengan ini, kita dapat mewujudkan satu
persekitaran kelas yang mesra budaya dan dapat melahirkan anak murid yang berakhlak
mulia.

3.4 PENGURUSAN SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik adalah satu perkara yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam kalangan
masyarakat. Bahasa adalah satu medium komunikasi yang amat penting terutamanya di dalam
bilik darjah. Disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada beberapa kaum, kita akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Sebagai contoh, jikalau, di dalam
sebuah kelas terdiri daripada murid kaum India, Cina dan Melayu, guru perlu menggunakan
Bahasa Melayu ketika sesi pengajaran dan memilih laras bahasa yang mudah difahami oleh
mereka. Dengan ini, mereka dapat memahami setiap isi pelajaran dengan baik.

Dalam masa yang sama guru juga perlu memerhati penggunaan bahasa setiap
muridnya agar mereka menggunakan bahasa yang sopan dan tidak menggunakan bahasa yang
kurang baik kepada rakan mereka di dalam bilik darjah. Jadi di sini kita

4
dapat lihat bahawa komunikasi atau sosiolinguistik juga merupakan satu faktor penting yang
mampu untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan juga dapat
membentuk kesepaduan sosial. Menurut Rosfazila Rahman (2019), kesepaduan sosial
merupakan sebuah elemen yang penting dalam memastikan sesebuah komuniti berada dalam
keadaan aman dan harmoni

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya amat penting bukan sahaja
untuk melancarkan proses PdP di dalam kelas malahan, bagi mengeratkan lagi hubungan antara murid
daripada pelbagai latar belakang. Dalam menjadikan hasrat tersebut tercapai pengurusan bilik darjah
daripada pelbagai aspek perlu dilaksanakan iaitu aspek fizikal, sosial, emosi, dan sosiobudaya. Oleh
yang demikian, pemahaman guru terhadap betapa pentingnya persefahaman antara murid pelbagai
latar belakang, serta peranan yang perlu dimainkan akan dapat mewujudkan perpaduan antara murid
seterusnya menjadikan suasana bilik darjah sebagai sebuah bilik darjah yang mesra budaya.

5
5.0 RUJUKAN

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy
Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Keselesaan
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diambil dari
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Masita Mt. Zin, Muhammad Nasri Md. Hussain & Abdullah Hj. Abdul Ghani. (2021). Kesan
Pembelajaran dan Motivasi Terhadap Prestasi Akademik Pelajar. Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship, 49-56.
Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Iylia Mohamad, & Zaharah Osman. (2019).
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Kaedah Pengajaran Berasaskan Aktiviti Muzik.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 17-23.
Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan
dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 66-73.
Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd.
Majid. . (2011). Budaya dan Pembelajaran . Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Diyanah Hasan & Syaza Hazwani Zaini . (2021). Penerepan Kemahiran Sosial Terhadap
Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-
kanak Kebangsaan, 25-40.
Nurul Huda Husain. (2019, November 3). Sekolah Tempat Terbaik Pupuk Perpaduan.
Diambil dari SinarHarian: https://www.sinarharian.com.my/article/55336/EDISI/Selangor-
KL/Sekolah-tempat- terbaik-pupuk-perpaduan
Rosfazila Abdul Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya Dalam Kepelbagaian Masyarakat
Majmuk. JAUHAR, 44-50.

You might also like