You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Penghargaan 2

Tugasan 2 : Penulisan Akademik


3
1.0 Pengurusan Bilik Darjah

2.0 Pengurusan Bilik Darjah yang Mesra Budaya


2.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal
3-7
2.2 Pengurusan Sosial
2.3 Pengurusan Emosi
3.0 Rumusan 8

4.0 Rujukan 9

1
Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Puan Jamilah Binti
Dolah atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan kerja
kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup
kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan
ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah
memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan
ini iaitu “Budaya dan Pembelajaran”.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu,
Puan Mastura Karimudin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan
bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2
Tugasan 2 : Penulisan Akademik

1.0 Pengurusan Bilik Darjah

Seorang guru akan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan berperanan


kerana bilik darjah merupakan medan perjuangan utama baginya. Sekiranya guru mengabaikan
amanah ini, guru itu akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas walaupun guru
tersebut merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar
sekolah. Pada zaman dahulu, pengurusan bilik darjah dianggap sebagai kemahiran yang agak
sukar dikuasai walaupun di Institut-institut perguruan. Proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan sekiranya kemahiran ini dapat
dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih. Tambahan pula, tugas pengajaran guru akan dijadikan
sebagai “one of the most wonderful jobs in the world” jika bilik darjah mempunyai pelajar-pelajar
yang bertingkah laku baik. Hal ini kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang
baru dan berbeza di bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
pengurusan bilik darjah yang baik.

2.0 Pengurusan Bilik Darjah yang Mesra Budaya

Dalam mewujudkan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu membina
persekitaran bilik darjah yang penyayang, menyokong serta inklusif bagi membantu murid-murid
berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima perbezaan dalam persamaan antara mereka.
Persefahaman murid terhadap rakan-rakan kelasnya yang berbeza latar belakang merupakan
perkara yang paling utama yang perlu diwujudkan. Apabila bilik darjah yang mesra budaya
diwujudkan, murid akan berasa selesa untuk belajar dan guru sendiri dapat menjalankan
tugasnya dengan lancar. Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya merangkumi unsur-
unsur yang berikut iaitu unsur-unsur budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, suasana
yang selamat dan mendamaikan bagi semua murid tanpa ada mengira etnik dan latar belakang
budaya. Selain itu, guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan serta amalan nilai-nilai murni sewaktu berada di dalam bilik darjah terutamanya nilai
hormat-menghormati, persefahaman dan tolak ansur tanpa mengira perbezaan etnik. Terdapat
tiga aspek dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya iaitu pengurusan persekitaran
fizikal, pengurusan sosial dan pengurusan emosi.

3
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA
BUDAYA

Fizikal Sosial Emosi

2.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Menurut Woolfolk (2001), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan produktif. Tahap guru memiliki sikap prihatin dan professional
terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah dapat dipaparkan melalui pengurusan
persekitaran fizikal ini. Guru perlu tahu bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai
sistem yang tersendiri serta mempunyai perkaitan serta pertautan antara persekitaran fizikalnya
dengan benda-benda hidup iaitu guru dan murid kerana setiap satu daripadannya saling
mempengaruhi dan saling bertindak. Selain itu, pengurusan persekitaran fizikal juga akan
mempengaruhi murid dan suasana pengajaran dan pembelajaran mereka. Seseorang guru perlu
memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut untuk mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid. Yang pertama adalah susunan kerusi
dan meja murid perlu menitik berat peluang bagi murid bercampur gaul dan belajar bersama-
sama tanpa sebarang halangan dan rasa kurang selesa.

4
Yang kedua adalah hiasan bilik darjah secara cantic dan warna warni. Tanggungjawab dalam
kalangan murid dapat dipupuk melalui keadaan dan suasana bilik darjah mereka. Bagi menghias
bilik darjah, murid harus diberi kebebasan dengan nasihat dan pandangan daripada guru.

Yang ketiga mewujudkan perpustakaan mini ataupun perpustakaan bilik darjah dengan
menamakan perpustakaan dengan nama kelas mereka sendiri seperti Perpustakaan Mini Ceria.

5
2.2 Pengurusan Sosial

Ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat adalah merujuk kepada perkataan
‘sosial’. Hubungan dan interaksi antara manusia adalah sangat diperlukan dalam pembentukan
masyarakat yang sentiasa membina tingkah laku dan sikap agar saling memnerima dan
menghargai. Setiap guru haurs menyedari pengurusan persekitaran sosial yang positif di dalam
bilik darjah serta guru perlu merancang perkara ini dengan teliti dalam usaha menjamin
pembinaan bilik darjah yang mesra untuk murid-muridnya. Guru boleh melaksanakan aktiviti
seperti berkongsi pengalaman semasa bercuti, iaitu guru boleh mengadakan satu sesi
pembelajaran dengan memilih tema percutian dan mendorong setiap murid untuk bercerita
tentang pengalaman mereka bercuti. Tambahan pula, guru juga boleh meraikan hari jadi ahli
kelas bagi memupuk nilai-nilai menghargai kawan dan mewujudkan jalinan persahabatan yang
mesra dalam kalangan murid serta murid dengan guru. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan
aktiviti pembelajaran yang mendedahkan murid untuk bekerjasama dan mengadakan aktiviti
mencipta kad ucapan hari jadi, kad ucapan terima kasih atau apa-apa sahaja bentuk kad sebagai
unsur mengeratkan hubungan murid di dalam kelas.

2.3 Pengurusan Emosi

Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh
seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku
rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Menurut Albert Bandura (1977)
menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau
juga berpendapat bahawa kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku orang yang
berada di sekelilingnya sewaktu berinteraksi. Dalam pengurusan emosi, guru perlu mengambil
berat emosi murid-murid di dalam bilik darjah. Perkara yang perlu diambil berat adalah layanan
yang adil kepada semua murid. Seseoang guru yang terlalu peka dengan warna kulit serta
prestasi pencapaian murid dalam akademik kerap berlaku menyebabkan ketidakadilan di dalam
bilik darjah. Guru harus tahu bahawa bilik darjah merupakan suatu tempat yang mampu
membentuk rakyat yang mengamalkan nilai-nilai sejati masyarakat. Selain itu, guru juga harus
memastikan bilik darjah selamat kerana keselamatan bilik darjah merupakan faktor terpenting
dalam memastikan keselesaan dan kesediaan murid bagi mengikut aktiviti pembelajaran.
Seterusnya, guru dan murid yang bersemangat dan ceria juga dapat mewujudkan susuasan
kemesraan di dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya, guru yang mudah didekati serta
penyayang mengambil berat akan hal kebajikan murid akan menyebabkan murid saying akan
guru dan menjadikan murid gembira berada di dalam kelas. Di samping itu, guru juga harus

6
mengamalkan nilai yang diterima oleh semua murid di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mendorong ke arah amalan nilai
memahami dan menghormati. Murid juga boleh didedahkan dengan unsur kepelbagaian budaya
rakyat Malaysia. Sekiranya guru menyedari tanggungjawab mereka sebagai ejen perpaduan,
maka elemen nilai ini perlu diberikan perhatian.

7
3.0 Rumusan

Kesimpulannya, kanak-kanak adalah asset yang paling penting kepada negara dan
anugerah yang tidak dapat diganti kepada ibu bapanya serta kanak-kanak merupakan pewaris
kegemilangan negara. Tambahan pula, kita boleh melakukan sesuatu yang menarik untuk
memastikan kanak-kanak mendapat jagaan sewajarnya dalam semua bidang. Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak juga melindungi masa depan kanak-kanak dengan memberi
penekanan kepada empat elemen utama, iaitu kehidupan, perlindungan, pembangunan, dan
penyertaan kanak-kanak.

Hal ini telah menjelaskan bahawa masa depan kanak-kanak menjadi sebahagian
daripada komitmen kerajaan. Oleh sebab itulah, Hari Kanak-Kanak Sedunia harus disambut
sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak. Tambahan pula, sambutan ini juga dapat
menjadi tanda pengiktirafan kerajaan serta masyarakat tentang kebajikan, masa hadapan, dan
kesejahteraan kanak-kanak. Oleh iu, sambutan ini dianggap sebagai tanda penghargaan kepada
seluruh kanak-kanak apabila semua orang dewasa menunjukkan komitmen mereka kepada
kanak-kanak yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara.

Akhir sekali, jika kanak-kanak hari ini dibentuk jiwa mereka dengan sempurna, mereka
tidak akan menghampakan kita dan sudah tentu mereka akan menjadi generasi yang terbilang
dan mampu memelihara serta meletakkan negara ini pada tahap yang lebih cemerlang dan
gemilang.

8
4.0 Rujukan

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.

Bahagian Pendidikan Guru (2002). Unit 2: Pengurusan Pengajaran Bilik Darjah.


hhhhhhKementerian Pelajaran Malaysia.
Woolfolk, A. (2001). Educational Psychology. Edisi Ke-8, Boston: Allyn & Bacon.
Chiew, G. S. (2002). Classroom Management. In G. S. Chiew, Chapter 7 : Managing Self (pp.
116-127). Singapore: Prentice Hall.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis
dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Haliza Hamzah, J. N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Faizah Che Embi, 2013. BILIK DARJAH MESRA BUDAYA. Diambil dari laman sesawang :
http://faizahembi.blogspot.my/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Cikgu Hailmi. (12 1, 2015). Contoh Susun Atur Kelas Abad ke 21. Retrieved from CiKGU
HAiLMi.com: http://www.cikguhailmi.com/2015/01/contoh-susun-atur-kelas-abad-ke-21.html

You might also like