You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan merupakan hak asasi semua manusia di bumi atau semua insan di dunia ini
mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Murid berkeperluan khas (MBK) juga
mempunyai minat, hasrat serta cita-cita yang sama dengan individu normal. Oleh itu, mereka
diberikan peluang yang sama dengan individu normal agar mereka tidak berasa dipinggirkan
daripada arus pembelajaran nasional. Sesetengah MBK mempunyai kecerdasan kognitif yang
sama dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang
normal. (Lokman, 2009).

Pendidikan Khas juga sama dengan istilah Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada
perkataan inggeris “Incusive” yang memberikan maksud “meragumi”. Maksud Inklusif adalah
menginterasikan MBK ke dalam bilik darjah supaya mereka berpeluang menikmati segala
kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain. Menurut Mohd Najib, 2006,
Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam
kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

2.0 Konsep Pendidikan Inklusif

Konsep PPI adalah ruang murid kelainan supaya murid yang lain belajar dalam kelas yang sama.
PPI juga merujuk kepada Pendidikan yang diberikan kepada MBK dengan melibatkan murid
berkeperluan khas yang belajar di dalam kelas biasa bersama dengan murid normal dalam kelas
arus perdana. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada murid berkeperluan khas bagi
membolehkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya.

3.0 Matlamat Pendidikan Inklusif

Matlamat PPI adalah untuk memberi peluang kepada MBK untuk belajar di sekolah-sekolah
normal dan menyertai aktiviti-aktiviti. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari
awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan
golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan. Tambahan pula, PPI juga memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan menerima bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. Matlamat PPI juga
adalah melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran sejajar
dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi
satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

4.0 Dasar Pendidikan Inklusif

DASAR KEBANGSAAN

•Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi


kanak-kanak kurang upaya juga termaktub dalam
Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah
Seksyen 28(1), yang menyatakan :
•"orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan
Akta Orang Kurang Upaya daripada sistem pendidikan umum atas asas
2008 ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya
tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas
asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak
upaya, termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat"

•"Pendidikan Khas" ertinya pendidikan bagi murid


berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah
Peraturan-peraturan
yang menjalankan Program Pendidikan Khas
Pendidikan (Pendidikan Khas)
Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada
2013
peringkat pendidikan prasekolah, rendah,
menengah, dan lepas menengah.

•"Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai


MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan
meningkatkan kualiti penyediaannya secara
Pelan Pembangunan keseluruhan"
Pendidikan Malaysia 2013-
2025 •Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2012-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam
memperkasa pelaksanaan program pendidikan
inklusif secara terancang dan berfokus.

•Pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua


kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan
Dasar Pendidikan Wajib 2002 khas adalah wajib di negara Malaysia.
•Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur
persekolah peringkat rendah boleh didakwa.
DASAR ANTARABANGSA

•"Regular schools with an inclusive orientation are


the most effective means of combating
discriminatory attitudes, creating welcoming
communities building an inclusive society and
achieving education for all....."
•Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip
Pendidikan Unut Semua (EFA) yang menyokong
Salamanca Statement and
bahawa kanak-kanak berkeperluan khas
Framework for Action on
mempunyai hak mendapat pendidikan yang sama
Spedial Needs Education
rata dengan rakan-rakan mereka dalam
(UNESO 1994)
Pendidikan Inklusif.
•Dengan kata lain, semua kanak-kanak, sama ada
mempunyai keperluan khas atau tidak,
sepatutnya belajar bersama di dalam kelas yang
sama. Program pendidikan inklusif juga
merupakan kaedah terbaik dalam menentang
sikap diskriminasi.

•"Education system must be incusive, actively


Dakar World Education Forum seeking out children who are enrolled, and
(2000) responding flexibly to the circumstances and needs
learners".

•"Persons with disabilities have the right to


Convention on the Rights of
undiscriminatory education adn equal opportunity
Persons with Disabilities (UN,
to inclusive education at every level of learning and
2006)
long life learning".
5.0 Peranan dan Tanggungjawab Pihak

•Pengerusi Jawatankuasa program Pendidikan Inklusif Sekolah


•Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas
Pengetua/ PPI
Guru •Ketua Pembimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan PPI di
Besar sekolah

•Naib Pengerusi Jawatankuasa PPI di sekolah


•Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas PPI
Guru Penolong
Kanan •Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program PPI
Pendidikan di sekolah
Khas

•Menjadi ahli jawatankuasa PPI


•Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa
Guru Kelas •Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas

•Menjadi ahli jawatankuasa PPI


•Merancang dan menyediakan rancangan pelajaran semasa bersama guru mata
Guru pelajaran
Pendidikan •Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra
Khas inklusif

•Memberi sokongan moral terhadap MBK


•Memberi motivasi kepada MBK
Ibu Bapa •Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah

6.0 Isu dan Cabaran

6.1 Faktor Murid

Menurut Hallahan, Kauffman & Pullen, 2014, salah satu ciri murid hiperaktif ialah sikap mereka
yang suka mengusik orang lain tanpa sebab dan menghadapi kesukaran untuk mengikuti aktiviti
pembelajaran senyap untuk masa yang lama dan akan menganggu proses pembelajaran
seharian. Isu-isu ini wujud kerana ketidakmampuan dalam diri murid-murid berkeperluan khas
untuk mengikut proses pembelajaran. Selain itu, murid normal juga bertanggapan bahawa murid
bermasalah pembelajaran mempunyai emosi yang sensitive dan sukar unguk didekati manakala
murid normal kurang pengetahuan tentang masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh MBK.

6.2 Faktor Pentadbir dan Guru

Cabaran utama PPI ialah sikap dan padangan negatif guru besar terhadap perlaksanaan program
di sekolah serta beranggapan bahawa PPI hanya membebankan pihak sekolah dan tidak
membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kegagalan PPI juga sebab tahap pengetahuan
dan pemahaman gologan ini tentang falsafah yang berkaitan dengan PPI.

Selain itu, cabaran PPI juga adalah sebab guru-guru yang mempunyai sikap atau
padangan yang negatif terhadap MBK serta sukar untuk menerima kehadiran MBK ke dalam
kelas kerana mereka berpendapat bahawa murid-murid khas mempunyai keperluan
pembelajaran yang berbeza dengan murid normal. Hal ini akan menggangu proses pengajaran
dalam usaha guru untuk menyempurnakan sukatan pelajaran serta melambatkan proses
pembelajaran kelas biasa dan boleh mengakibatkan kemerosotan pencapaian murid normal.

6.3 Faktor Ibu Bapa dan Masyarakat

Pada zaman dahulu, pengaruh masyarakat telah memberikan impak ngeatif yang sangat
mendalam bukan sahaja terhadap peluang Pendidikan golongan berkeperluan khas, malahan
kehidupan seharian mereka yang terseksa dan terabai disebabkan oleh pandangan seorang
masyarakat. (Haniz Ibrahim, 1998) Salah satu isu adalah kurangnya sokongan daripada ibu bapa
MBK berpunca daripada perasaan kurang yakin terhadap kemahiran guru kelas biasa dalam
mengendalikan keperluan khas anak mereka serta ibu bapa juga bimbang anak mereka dilayan
dengan kasar oleh murid-murid yang lain. Ibu bapa beranggapan guru tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap anak mereka di dalam kelas yang turut MBK. Ibu bapa juga khuatir
anak mereka akan diganggu oleh murid berkeperluan khas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.

7.0 Cadangan Langkah-Langkah Bagi Menangani Isu dan Cabaran

Cadangan langkah-langkah untuk menangani isu dan cabaran adalah menggunakan pendekatan
pengajaran yang berasaskan bahan bantu mengajar menggalakkan penglibatan yang maksimum.
Sebagai contoh, peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan perisian yang sesuai,
bahan manipulative, peralatan main luar dan peralatan audio visual dapat membantu guru untuk
menarik perhatian MBK.

Selain itu, pihak sekolah mestilah berusaha mendapatkan peralatan asas seperti meja
dan kerusi kerana ia bukan sahaja bahan keperluan murid normal malah bahan keperluan MBK
juga.Tambahan pula, ketinggian kerusi dan meja mesti diubah suai mengikut kesusaian MBK
yang berkerusi roda atau mempunyai kekurangan fizikal lain.

Di samping itu, infrastruktur dan prasarana yang lengkap dan sesuai merupakan aspek
yang penting dalam memastikan keberkesanan PPI di sekolah. Antara kemudahan-kemudahan
yang dimaksudkan adalah seperti susur landau (ramp), susur tangan (railing), tandas OKU dan
longkang bertutup. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Salah satu faktor pengurusan yang
penting dalam kelas adalah susun atur kemudahan fizikal kelas tersebut, termasuklah
penyusunan perabot kelas dan stesen-stesen pembelajaran.

8.0 Penutup

Konklusinya, pihak sekolah dan pentadbir tidak mengetahui maklumat tentang Pendidikan Inklusif.
Pentadbir atau Guru Besar pernah diberikan kursus tentang PPI tetapi Program tersebut tidak
diaplikasikan dan ketinggalan. Pentadbir berupaya menyediakan ruang dan peluang untuk
masyarakat setempat dan warga sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan
matlamat PPI serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan budaya inklusif
(Graham & Spandagou, 2011). Bagi memastikan kejayaan PPI pembaharuan perlu dibuat dan
mengubah sikap untuk menerima Pendidikan inklusif dan bukan setakat untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Bagi menjayakan PPI, pihak sekolah serta pentadbir
atau guru besar perlu diberikan kursus atau ceramah mengenai PPI di sekolah. Sebagai contoh,
guru kelas dan guru Pendidikan khas perlu memberi penekaan terhadap komunikasi semasa
guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala
masalah dan peranan yang timbul. Oleh itu, kita mesti berganding bahu dalam menjayakan PPI
kerana ia memberi peluang kea rah pemantapan sistem Pendidikan untuk golongan bekeperluan
khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat Pendidikan Malaysia dipersada dunia.
9.0 Rujukan

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan
Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education

Hallahan, D. P., Kauffman, J.M., Pullen, P.C. (2011). Execptional learners: an introduction to
special education. Boston: Pearson Education

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Garis panduan program Pendidikan inklusif murid
berkeperluan khas: Edisi percubaan. Dicapai daripada http://www.ibe.unesco.org/fileadmin
/user_upload/Publications/WDE /2010/pdf-versions/Malaysia.pdf

Graham, J.L., & Spandagou, I. (2011). From vision to reality: views of primary school principals
on inclusive education in New South Wales, Australia. Disability and Society, 26(2, 223-237.

Haniz Ibrahim (1998). Inclusive education in Malaysia: Teachers’ attitudes to change.


Unpublished doctoral dissertation, University of Exceter, United Kingdom.

You might also like