You are on page 1of 59

Tajuk: Ke Mana Hala Tuju Perpaduan?

Tahap Hubungan Etnik dalam kalangan guru pelatih di

Intistut Pendidikan Guru Kampus Ipoh


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1 Abstrak 1
2 Pengenalan 2
3 Kajian Literatur 4
- Konflik Perpaduan Kaum
- Peranan keluarga dalam membentuk
Hubungan kukuh
- Kajian-kajian terhadap Mahasiswa
Tentang Perpaduan
4 Pernyataan Masalah 8
5 Objektif Kajian 8
6 Metodologi 9
- Pembinaan soal selidik
- Pengedaran secara online
- Pengedaran secara manual
- Temu bual
- Analisis temu bual & soal selidik
7 Hasil Kajian 12
- Pengenalan
- Bahagian A (Demografi)
- Bahagian B (Interaksi berlainan kaum)
- Bahagian B (Interaksi sama kaum)
- Bahagian B (Hormat akan kaum lain)
- Bahagian C (Titik persamaan)
- Temu bual
8 Perbincangan 47
- Interaksi sesama/lain kaum
- Ulasan
- Titik persamaan
9 Kesimpulan 51
10 Rujukan 51
ABSTRAK

Perpaduan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh secara keseluruhan di tahap memuaskan
yang menggambarkan model kesepaduan sosial masih stabil. Namun begitu, terdapat banyak
kelompongan hubungan antara rakan berlainan etnik dalam kalangan guru pelatih dalam
kebanyakan aktiviti seharian. Justeru, kajian ini dilihat bertujuan untuk melihat tahap hubungan
etnik dari sudut kehidupan seharian, kokurikulum dan pelajaran serta melihat aktiviti mana
yang menjadi titik persamaan dalam pertemukan mahasiswa berlainan etnik. Dengan itu,
pengedaran soal selidik berteraskan tiga objektif untuk melihat titik persamaan dan tahap
hubungan etnik dari sudut kehidupan seharian diberi kepada 100 responden. Selain itu, temu
bual juga dibuat ke atas Dr Shan pensyarah kanan di unit kajian sosial jabatan sains sosial di
IPGKI. Kajian mendapati IPGKI mempunyai model kesepaduan sosial stabil dan ada wujud
interaksi pergaulan antara mahasiswa berlainan etnik dalam soal kerja, aktiviti program, sukan
dan lain-lain. Namun, dalam soal kehidupan harian biasa, ia menjadi perkara normal apabila
rakan hanya bersama sama etnik sahaja. Di situlah, aktiviti kesukanan, penggunaan Bahasa
Melayu dan kesukarelawan sahaja yang pertemukan integrasi mahasiswa berlainan etnik.
Kesimpulannya, masih terdapat kelompongan dengan tingkatkan lagi hubungan berlainan etnik
menerusi perbanyakan aktiviti bersifat titik pertemuan.

1.0 PENGENALAN

1
Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik,
ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum
Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,
Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum
Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli. Integrasi pula membawa maksud
penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza lalu
membentuk satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan
untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana
perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.

Polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi merupakan suatu masalah yang perlu diteliti dan
diberi perhatian yang serius. Masalah ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan perkembangan
yang sihat di kalangan pelajar-pelajar kita dan mungkin juga akan menggagalkan pencapaian
matlamat pendidikan kebangsaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatupadu.
Masalah polarisasi kaum ini juga harus dilihat sebagai suatu reaksi dan akibat dari sistem yang
wujud di negara ini. Oleh kerana golongan pelajar itu sebahagian dari masyarakat, maka
masalah pelajar itu juga adalah mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
seluruhnya (Sanusi 1989).

Kewujudan isbat sosial demikian telah menyebabkan sebahagian besar kegiatan pelajar
dilakukan mengikut garis etnik. Keadaan ini menjadi bertambah buruk lagi apabila sebahagian
besar daripada pelajar-pelajar ini tidak dapat melepaskan diri mereka daripada cengkaman
prasangka dan stereotaip. Ini telah menyebabkan kebanyakan pelajar yang telah diberikan
teman sebilik dari anggota kumpulan etnik lain pada kebiasaannya akan berusaha memilih dan
menukar semula teman-teman sebilik mereka itu dengan pelajar-pelajar dari anggota kumpulan
etnik yang sama. Prasangka dan stereotaip di kalangan mereka ini juga telah menyebabkan
sebahagian pelajar (apabila ditanya tentang sikap mereka berhubungan dengan pemilihan
teman sebilik ini) mengatakan bahawa mereka lebih suka mempunyai teman sebilik yang
terdiri daripada anggota kumpulan etnik mereka sendiri.

Pengenalan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) merupakan satu pukulan hebat kepada
pertumbuhan kematangan fikiran dan kesedaran golongan pelajar tentang tanggungjawabnya
terhadap masyarakat dan negaranya. Kebebasan mereka untuk bersuara dan berpersatuan untuk

2
melanjutkan perjuangan kebajikan dan solidariti pelajar telah dicabut dari golongan ini dengan
pengenalan Akta tersebut (Mohd Rizal Mohd Said & Thay Cheow Yin 2012).

Akta ini merupakan satu faktor yang mendorong kepada terjadinya polarisasi kaum di
institusi pengajian tinggi sekarang. Pengongkongan dan tekanan dari Akta ini telah memaksa
golongan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada isu-isu dalaman yang kurang
penting yang terdapat di kampus masing-masing untuk dijadikan sasaran kritikan dan matlamat
perjuangan mereka. Akhirnya mereka bercakaran sama sendiri sedangkan tugas mereka
sebenar sebagai bakal golongan cerdik pandai di negara ini yang seharusnya mempunyai visi
yang luas, pemikiran yang mendalam, dan perlibatan kepada masyarakat tidak boleh dicapai
dan dipelajari. Dalam hal ini Akta Universiti dan Kolej tetap menghalang perkembangan
kematangan, kepimpinan dan perkembangan yang sihat di kalangan pelajar. Namun, dengan
pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia untuk meminda
akta AUKU untuk membenarkan mahasiswa berpolitik (Berita Kampus USM 2012), ia
membuka minda sedikit mahasiswa dalam meneruskan perjuangan mereka ke arah sepatutnya
tetapi ia sebenanya terlambat kerana setelah berpuluh-puluh tahun akta ini ada, baru dibuat
pindaan.

Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) sendiri, secara rambangnya walaupun
tahap interaksi guru pelatih antara berlainan etnik wujud dan boleh berorganisasi atau bekerja
bersama-sama, tetapi bonding hubungan masih belum kuat kerana masih ahli kumpulan yang
sama etnik, buat apa aktiviti sekalipun masih dalam kumpulan etnik yang sama. Justeru,
kelompongan perpaduan di IPGKI masih ada banyak. Walau bagaimanapun, tahap perpaduan
di IPGKI antara berlainan etnik jika dibandingkan dengan masyarakat luar IPTA yang jauh
bagai langit dengan bumi yang mana di sana lebih teruk.

Di IPGKI sendiri, kewujudan Kelab Rukun Negara, penubuhan Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar (JPP) mahupun kelab-kelab fakulti atau jabatan pengajian wujud yang bertujuan untuk
mencari titik persamaan dalam menyatukan perpaduan antara etnik di IPGKI. Program
"Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang
budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama.
Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat
diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah
hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara (Kamarulzaman
2007).

3
Justeru, perpaduan antara mahasiswa di IPGKI adalah perlu dikaji untuk membuktikan ke
mana hala tuju perpaduan di IPG ini sendiri dan ia juga perlu untuk mengkaji di mana titik
persamaan di mata guru pelatih yang menjadi penyatuan sebenar antara hubungan berlainan
etnik di IPGKI. Oleh itu, temu bual bersama seorang profesor di IPGKI berkenaan masalah,
solusi dan pandangan beliau tentang perpaduan berlainan etnik guru pelatih di IPGKI. Ia
berlanjutan dengan soal selidik untuk mengenalpasti tahap hubungan etnik dalam kalangan
guru pelatih IPGKI berdasarkan pandangan akiviti yang menjadi titik persamaan dan situasi
kehidupan seharian dari aspek kehidupan seharian, kokurikulum dan kegiatan pembelajaran.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 KONFLIK PERPADUAN KAUM

Kajian artikel yang telah dilakukan oleh (Siti Khadijah & Fadzil Adam 2015) yang bertajuk
‘Konflik Perpaduan Kaum dalam Ketamadunan Masyarakat Malaysia’ mengenal pasti
persoalan tentang konflik perpaduan kaum dalam ketamadunan masyarakat Melayu Malaysia.
Penimbulan isu yang sensitif dan pergaduhan berbaur kaum dan agama merupakan antara
konflik dalam masyarakat. Konflik perpaduan kaum yang berlaku dalam negara bukan sahaja
datang dari pihak orang bukan Islam kepada orang Islam, malah ada juga konflik yang
berpunca dari orang Islam kepada orang bukan Islam.

Hasilnya daripada kajian tersebut, pelbagai konflik yang dilemparkan kepada agama Islam
sehingga membawa kepada sensitiviti agama dan kemarahan umat Islam pada bangsa lain.
Begitu juga dengan sesetengah bangsa lain yang menyerang umat Islam dengan isu sensitif.
Sebagai contoh, timbulnya satu kes dua rakyat Malaysia berbangsa Cina, iaitu Alvin Tan dan
Vivian Lee yang telah menyiarkan gambar dan video bogel mereka di blog (Karmini 2013).
Namun, blogger yang penuh kontroversi Alvin Tan telah sekali lagi bertindak biadab dengan
menghina umat Islam dengan merakam lagu azan “Muslim Call to Prayer-Azan” yang dimuat
turun dalam akaun facebooknya sehingga mendatangkan kemarahan dari kalangan Islam dan
bukan Islam (Sinar Harian 2015). Perbuatan yang sedemikian merupakan satu tindakan yang

4
menyinggung sensitiviti umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam masyarakat di
Malaysia.

Menurut (Azian Aziz 2009) terdapat isu pembinaan Kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam
yang telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Islam di kawasan berkenaan. Kes ini
bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan
mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40 penganut Hindu. Menurut
beliau lagi, ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu,
kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat bagi
menyuarakan bantahan tersebut. Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh serta kontroversi
apabila ada kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika
berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tindakan ini menimbulkan
kemarahan penganut agama Hindu, mereka merasa terhina dengan tindakan tersebut. Kesan
daripada masalah ini telah mengakibatkan hubungan penganut Islam dengan penganut India
menjadi tegang.

2.2 PERANAN KELUARGA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN KUKUH

Kajian ilimah artikel seterusnya adalah berdasarkan tajuk ‘Peranan Keluarga Dalam
Membentuk Perpaduan Yang Kukuh’. Menurut (Arshat, Zarinah & Rozumah 2001), kanak-
kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktiviti seperti
bermain dan permainan yang mereka sukai. Oleh itu, katanya kanak-kanak dilihat lebih
bersatu, walaupun pada hakikatnya penyatuan itu berlaku kerana mereka mempunyai minat
yang sama. Beliau menjelaskan kanak-kanak adalah naif dan tidak memihak kepada mana-
mana kumpulan atau adil, malah membuat penilaian tidak berdasarkan nilai dan persepsi
seperti orang dewasa.

Pengaruh sistem makro untuk pembentuk peribadi sangat kuat dan ia juga mempengaruhi
bagaimana sistem mikro perlu bertindak. Tabika Perpaduan dan sekolah campur adalah elemen
dalam sistem makro yang dijangka mampu memupuk semangat perpaduan dan penerimaan
kepelbagaian cara hidup warga Malaysia. Di peringkat kanak-kanak, jika semangat perpaduan
itu dipupuk dan disemai oleh ibu bapa dan guru, maka lebih mudah untuk membentuk mereka
menjadi insan yang mudah menjalinkan kerjasama serta bersatu dengan orang lain.

5
Sebenarnya, tanpa pengajaran formal sekalipun, kanak-kanak dapat menterjemahkan
perpaduan itumenerusi perilaku dan kelakuan yang mereka lihat daripada orang dewasa.
Contohnya, jika kita berjiran dengan bangsa lain, ibu bapa tidak memusuhi jiran, saling hormat-
menghormati dan mengambil berat hal ehwal tetangga, perkara ini akan diikuti oleh generasi
muda.

Sementara itu, beliau berkesempatan menghabiskan masa bersama kanak-kanak di Tabika


Perpaduan Happy Garden, Jalan Kuchai Lama meraikan kempen kibar Jalur Gemilang.
Uniknya, tabika ini mengumpulkan anak-anak daripada pelbagai kaum, Melayu, Cina, India,
Iban dan Bidayuh. Malah ada beberapa kanak-kanak daripada perkahwinan campur, bapanya
Cina dan ibunya India, bapa Melayu dan ibunya Cina. Guru yang mengajar kanak-kanak di situ
adalah orang Melayu manakala pembantunya Cina manakala majoriti jawatankuasa Tabika itu
adalah masyarakat Cina. Perpaduan kaum juga jelas dilihat apabila ibu bapa dan beberapa ahli
jawatankuasa Tabika turut hadir memeriahkan kempen kibarkan Jalur Gemilang. Seramai 34
kanak-kanak mengambil bahagian dan apabila ditanya mengenai perpaduan, kebanyakannya
tidak mengerti walaupun hakikatnya mereka memang bersatu padu dan bekerjasama
menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang itu.

2.3 KAJIAN-KAJIAN TERHADAP MAHASISWA DALAM SOAL PERPADUAN

Kajian yang dibuat oleh (Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Prof.
Madya Datin Hajah Salma Ishak 2004) dalam penulisan mereka yang bertajuk ‘Kajian
Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara
Malaysia’ mendapati kecenderungan suasana/iklim interaksi yang lebih positif menunjukkan
peratusan yang lebih tinggi. Dari aspek tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara
kaum di kalangan pelajar di dalam kampus, ia berada dalam keadaan yang sederhana. Pelajar
menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang positif terhadap hubungan
antara kaum dalam persekitaran kampus.

Melihat dari sudut untuk menguji sifat suasana/iklim interaksi antara kaum di dalam
kampus, item-item seperti kecenderungan untuk bergaul dengan kelompok etnik/kaum sendiri,

6
pelajar dari kelompok etnik/kaum yang berbeza merasa tidak mudah untuk menjadi ahli
kelompok kepada etnik/kaum yang lain dan item pengalaman pelajar sepanjang berada di
kampus semakin bertambah dengan adanya interaksi dengan kelompok/kaum yang lain
menunjukkan kecenderungan bersetuju dengan penyataan tersebut. Ini bermakna responden
lebih cenderung memperlihatkan suasana/iklim interaksi dengan bergaul sesama kelompok
etnik/kaum mereka sendiri. Responden juga menyatakan bahawa adalah tidak mudah untuk
menjadi ahli kelompok kepada etnik/kaum yang berlainan daripada etnik/kaum mereka sendiri.

Kajian (Razli Ahmad, Hanum Hassan & Azuddin Bahari 2013) yang bertajuk ‘Persepsi
Mahasiswa Terhadap Isu-Isu Perpaduan: Kajian ke Atas Pelajar-pelajar Rangkaian Universiti
Teknikal Malaysia (MTUN)’ mendapati perkara yang berkaitan dengan perpaduan kaum bukan
sesuatu yang boleh diperjudikan. Ini dibuktikan bersandarkan respon mereka terhadap soalan
“kerapuhan hubungan kaum akan mengundang ancaman kepada negara”, hampir 74% atau 400
orang responden telah meletakkan status kategori ‘bersetuju’ terhadap kenyataan tersebut. Ini
menandakan kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya perpaduan kaum.

Akhir sekali, hasil dapatan kajian (Mohsin 1991) mengenai masalah hubungan etnik di
kalangan mahasiswa universiti di Malaysia mendapati bahawa kadar interaksi di kalangan
responden di IPGKI dan UM adalah seragam dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan
responden di UTM. Selain itu, dalam kajiannya juga mendapati bahawa pelajar universiti tidak
menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh universiti dengan sepenuhnya untuk
berinteraksi dengan kaum lain walaupun kehidupan di kampus yang banyak memberi ruang
dan peluang yang begitu luas untuk para pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi dan
seterusnya boleh membentuk integrasi. Di antara pelajar-pelajar yang berbeza etnik, mereka
masih lagi terus dengan sikap prasangka dan stereotaip yang lama. Keadaan ini secara tidak
langsung menggambarkan kewujudan sikap bermusuhan di kalangan mereka dan akhirnya
hubungan di antara mereka menjadi renggang.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

7
Perpaduan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini masih belum tercemar dengan rupa
sebenar perpaduan di luar kampus. Mereka masih bergaul dan berorganisasi sesama etnik lain
jika perlu dan sebagainya. Namun begitu, ada sesetengah guru pelatih apabila berkumpulan
atau menjalani kehidupan seharian, maka mereka berada dalam kelompok mereka sahaja.

Oleh itu, dalam melihat ke mana hala tuju perpaduan IPGKI sebagai wakil negara, maka
dipersoal adakah pandangan guru pelatih IPGKI terhadap aktiviti atau perkara yang menjadi
titik persamaan kepada perpaduan di IPGKI? Bagaimanakah tahap hubungan etnik dalam
mahasiswa IPGKI dalam kehidupan seharian mereka? Apakah solusi dan pandangan
perpaduan etnik di universiti penyelidikan ini?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menilai pandangan guru pelatih IPGKI terhadap aktiviti atau perkara yang menjadi titik
persamaan kepada perpaduan antara etnik di IPGKI.

2. Mengukur tahap hubungan etnik dalam kalangan guru pelatih IPGKI melalui aktiviti
kehidupan seharian, kokurikulum dan kegiatan pembelajaran.

3. Menganalisis solusi dan pandangan berkenaan ke mana hala tuju perpaduan etnik dalam
kalangan guru pelatih IPGKI menerusi temu bual ilmiah.

5.0 METODOLOGI

8
5.1 PEMBINAAN SOAL SELIDIK (LAMPIRAN 1)

Dalam mendapatkan maklumat mengenai penilaian kelakuan dan persepsi guru pelatih IPGKI
dalam soal ke mana hala tuju perpaduan negara, kami telah berbincang soalan-soalan yang
ingin ditanya kepada guru pelatih (responden) tersebut. Soalan yang dibuat berteraskan dua
objektif utama yang ingin dicapai. Soalan bagi Bahagian B diambil daripada set soal selidik
pelajar Universiti Teknologi Malaysia (Rizal Said & Cheow Yin 2012) yang membuat tajuk
yang sama dengan tajuk ini cuma dalam situasi berbeza, yakni ke atas guru pelatih IPGKI
secara umumnya. Contoh soal selidik akan dilampirkan di akhir metodologi nanti. Soal selidik
yang dibuat dibahagikan kepada dua bahagian dengan 35 soalan untuk Bahagian B dan 5 lagi
soalan untuk Bahagian C:

A: Demografi (fakulti, kaum, agama, umur & jantina).

B: Tahap hubungan etnik dalam kehidupan seharian, kokurikulum dan pelajaran.

C: Perkara titik persamaan dalam kalangan guru pelatih IPGKI.

Untuk bahagian B, soalan adalah berbentuk skala daripada tidak setuju hingga sangat setuju
manakala bahagian C berbentuk ‘ya’ atau ‘tidak.

5.2 PENGEDARAN SOAL SELIDIK ONLINE

Soal selidik yang telah dibuat akan dimasukkan ke satu perisian online, iaitu google doc.
Perisian online ini adalah percuma dan perlu ada akaun google yang sedia ada sahaja, kami
memanfaatkan sepenuhnya dalam menyiapkan soal selidik online. Ia akan diedarkan dan
disebarkan ke mana-mana media sosial yang ada dengan sertakan link termasuk whatapps.
Sesiapa sahaja yang berwarga IPGKI boleh menjawab soal selidik ini dan masanya adalah
bebas sehingga satu ketetapan untuk hentikan masa soal selidik online ini. Kemudian, pasukan
kami akan menapis jawapan-jawapan soal selidik yang dirasakan perlu dibuang, misalnya
demografi atau pilihan jawapan yang tidak sesuai.

5.3 PENGEDARAN SOAL SELIDIK MANUAL

9
Set soal selidik yang siapkan diedarkan kepada 80 orang responden secara rawak namun
mengira semua jantina, tahun pengajian dan fakulti. Ia diedarkan secara manual oleh
sebahagian ahli kumpulan di mana secara rawak. Responden menjawab dan memulangkan
semula kepada ahli kumpulan kami.

5.4 TEMU BUAL (LAMPIRAN 2)

Kaedah yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini ialah kaedah menemu bual Dr
Shan pensyarah kanan di unit kajian sosial jabatan sains sosial IPGKI (KITA). Beliau adalah
antara pensyarah dipilih kerana beliau banyak membuat kajian menerusi institut tersebut dalam
soal perpaduan dan agak senang bertemu.

Dalam temu bual ini, soalan akan kemukakan lebih kepada keadaan perpaduan di IPGKI
secara lanjut. Kemudian, soalan akan diteruskan dengan bertanyakan solusi dan pandangan
beliau dalam menyelesaikan lompang-lompang perpaduan di IPGKI walaupun tahap
perpaduan itu ada dalam kebanyakan mahasiswa IPGKI. Rakaman daripada telefon bimbit
canggih juga digunakan bagi tujuan merakam temu bual ini. Dalam masa yang sama, buku nota
juga digunakan bagi mencatat maklumat penting daripada jawapan responden yang dipilih
untuk dianalisis.

5.5 ANALISIS DATA SOAL SELIDIK

Kaedah ini akan menggunakan kaedah analisis kuantitatif menggunakan perisian SPSS 2.0
(Social Package of Social Science). Di sini, demografi setiap responden dimasukkan ke dalam
data tersebut. Untuk bahagian B & C, jawapan skala (Bahagian B) dan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’
(Bahagian C & D) direkodkan ke dalam data yang sama sehingga habis responden.

Seterusnya, bagi bahagian A, kaedah ‘frequency’ di bawah ‘tab – code report’ digunakan
bagi setiap komponen demografi untuk melihat jumlah responden yang terlibat dalam kajian
ini mengikut fakulti, jantina, tahun pengajian dan umur. Kemudian, dapatan dalam bentuk

10
jadual yang telah ‘run’ ditukarkan dalam bentuk carta pai. Semua rajah setiap demografi
tersebut dibuat laporan akhir.

Akhir sekali, kaedah cross-tab dipilih berdasarkan pasangan komponen kaum dengan setiap
soalan/situasi dan perkara titik persamaan pada bahagian B & C. Hanya kaum sahaja adalah
antara komponen demografi difokuskan bagi tujuan laporan. Setelah itu, laporan dibuat dengan
menghuraikan reaksi jawapan guru pelatih terhadap aktiviti/tindakan atau mana-mana
komponen ke arah perpaduan di IPGKI bagi setiap situasi/persoalan yang diberikan. Selepas
itu, jadual tersebut diringkaskan kepada tidak setuju dan setuju sahaja dengan jumlahkan
kedua-dua skala masing-masing dan melampirkannya pada hasil kajian. Ia akan terbahagi
kepada 3 kategori bagi bahagian B.

5.6 ANALISIS TEMU BUAL

Data-data yang diperoleh daripada jawapan-jawapan pensyarah tersebut akan dianalisa.


Caranya adalah dengan memasang semula rakaman telefon bimbit daripada jawapan
responden. Di samping itu, nota-nota yang telah dicatat juga dianalisa berserta rakaman dan
dibandingkan melalui perbincangan sesama ahli kumpulan. Setiap jawapan telah dikategori
mengikut kategori jawapan responden itu sendiri. Hasilnya disertakan pada perbincangan hasil
keputusan temu bual tersebut.

6.0 HASIL KAJIAN

11
6.1 PENGENALAN

Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui soal
selidik dari responden dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Dapatan
kajian bagi faktor demografi dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan mengikut kaum.
Analisis data dibuat dan disusun mengikut objektif dan persoalan kajian. Hasil kajian terbahagi
4, iaitu:

1. Kategori hubungan antara berlainan kaum.

2. Hubungan sesama kaum.

3. Hormat akan kebudayaan kaum lain.

4. Signifikan titik persamaan menyatukan perpaduan kaum.

6.2 DEMOGRAFI (BAHAGIAN A)

Borang selidik telah diedarkan kepada 100 orang responden di mana edaran dibuat secara
online atau manual yang merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Soal
selidik ini dijalankan mengikut beberapa kategori tertentu termasuklah mengikut peringkat
umur, fakulti, kaum, jantina dan juga agama.

Umur Jumlah Peratus

19-20 tahun 30 30.0

21-22 tahun 55 55.0

23 tahun ke atas 15 15.0

Jumlah 100 100.0

Berdasarkan jadual di atas, bilangan responden yang paling tinggi adalah 55 orang yang
terdiri daripada pelajar yang berusia antara 21 dan 22 tahun manakala responden yang berusia
23 tahun dan ke atas adalah yang paling rendah iaitu sebanyak 15 orang. Bagi pelajar yang

12
berusia antara 19 hingga 20 tahun adalah seramai 30 orang menjadikan jumlah keseluruhan
responden 100 orang.

Fakulti Jumlah Peratus

FSSK 39 39.0

FST 13 13.0

FPI 14 14.0

FKAB 16 16.0

FUU 4 4.0

FTSM 12 12.0

FEP 2 2.0

Jumlah 100 100.0

Keseluruhan fakulti yang terdapat di IPGKI adalah sebanyak tujuh fakulti dan daripada
jumlah ini, bilangan responden yang paling ramai adalah daripada Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK) iaitu sebanyak 39 orang manakala bilangan responden yang paling
rendah ialah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) sebanyak 2 orang responden dan
Fakulti Undang-Undang (FUU) berjumlah 4 responden manakala Fakulti Sains & Teknologi
(FST), Fakulti Pendidikan Islam (FPI), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan
Fakulti Teknologi Sains & Maklumat (FTSM) masing-masing berjumlah 13, 14, 16 & 12.

Kaum Jumlah Peratus

Melayu 74 74.0

13
Cina 14 14.0

India 8 8.0

Lain-lain 4 4.0

Jumlah
100 100.0

Bilangan responden turut dilihat dari kategori kaum yang dibahagikan kepada empat iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Bilangan responden yang paling tinggi adalah kaum
Melayu iaitu sebanyak 74 orang melebihi separuh bilangan responden. Bagi kaum India dan
cina, masing-masing sebanyak lapan dan 14 orang responden manakala lain-lain kaum
mencatat jumlah yang paling rendah iaitu sebanyak 4 orang responden.

Jantina Jumlah Peratus

Lelaki 66 66.0

Perempuan 34 34.0

Jumlah 100 100.0

Soal selidik turut dijalankan berdasarkan jantina. Kebanyakan responden terdiri daripada
lelaki iaitu sebanyak 66 orang manakala hanya 34 orang responden bagi perempuan.

Agama Jumlah Peratus

Islam 78 78.0

14
Buddha 12 12.0

Hindu 8 8.0

Lain-lain 2 2.0

Jumlah 100 100.0

Berdasarkan jadual di atas pelajar yang menganut agama Islam merupakan bilangan responden
yang paling tinggi iaitu sebanyak 78 orang responden diikuti responden yang beragama Buddha
iaitu sebanyak 12 orang responden. Manakala responden yang beragama Hindu dan lain-lain
agama masing-masing mencatatkan bilangan responden sebanyak lapan dan dua orang
responden.

6.3 BAHAGIAN B: TAHAP HUBUNGAN ETNIK (KATEGORI INTERAKSI


BERLAINAN KAUM)

Soalan 1: Bersalaman Dengan Rakan Lain Yang Berlainan Bangsa

bersalaman_rakan_lain_bangsa

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 13 61 74

Cina 4 10 14

India 0 8 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 18 82 100

Jadual di atas menunjukkan seramai 6 orang responden memilih sangat tidak setuju bersalaman
dengan rakan lain bangsa. Manakala, 12 orang responden memilih tidak setuju bersalaman
dengan rakan lain bangsa. Responden yang memilih setuju adalah seramai 51 orang, manakala

15
responden yang memilih sangat setuju adalah seramai 31 orang. Jumlah keseluruhan responden
adalah seramai 100 orang.

Kaum Melayu yang memilih sangat tidak setuju adalah seramai 5 orang responden.
Manakala responden kaum Melayu yang memilih tidak setuju adalah seramai 8 orang. Kaum
Melayu yang memilih setuju adalah seramai 38 orang responden. Manakala yang memilih
sangat setuju adalah seramai 23 orang responden. Jumlah responden Melayu adalah seramai
74 orang responden. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang memilih setuju adalah lebih
ramai berbanding responden yang memilih sangat tidak setuju,tidak setuju dan sangat setuju.

Seramai 4 orang responden kaum Cina yang memilih tidak setuju bersalaman dengan rakan
lain bangsa. Manakala, 7 orang responden memilih setuju bersalaman dengan rakan lain
bangsa. Responden kaum Cina yang memilih sangat setuju adalah seramai 3 orang. Ini
menunjukkan responden kaum Cina yang memilih setuju adalah lebih ramai berbanding
responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Responden kaum India yang memilih setuju adalah seramai 4 orang. Manakala responden
yang memilih sangat setuju adalah seramai 4 orang. Jumlah responden kaum India adalah
seramai 8 orang. Ini menunjukkan jumlah responden kaum India yang memilih setuju dan
sangat setuju bersalaman dengan rakan lain bangsa adalah sama.

Lain-lain responden yang memilih sangat tidak bersetuju bersalaman dengan rakan lain
bangsa adalah seramai seorang. Manakala yang memilih setuju adalah seramai 2 orang
responden. Seramai seorang responden yang memilih sangat bersetuju bersalaman dengan
rakan lain bangsa. Ini menunjukkan responden yang memilih setuju adalah lebih ramai
berbanding responden yang memilih sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden yang bersetuju memilih bersalaman dengan rakan lain bangsa adalah lebih
ramai berbanding responden yang memilih sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan sangat
setuju bersalaman dengan rakan lain bangsa. Hal ini menunjukkan bersalaman dengan rakan
lain bangsa dapat mengeratkan hubungan antara kaum sekaligus dapat mengurangkan jurang
antara kaum.

Soalan 2: Selesa Untuk Menziarahi Rumah Rakan Lain Yang Berlainan Bangsa

16
selesa_ziarahi_rumah_rakan_lain_bangsa

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 17 57 74

Cina 4 10 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Jadual di atas menunjukkan seramai 2 orang responden memilih sangat tidak setuju bagi soalan
tersebut. Manakala seramai 21 orang responden memilih tidak setuju. Jumlah responden yang
memilih setuju adalah seramai 46 orang. Seramai 31 orang responden memilih sangat setuju
bagi soalan tersebut. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 100 orang.

Kaum Melayu yang memilih sangat tidak setuju adalah seramai 2 orang responden.
Manakala seramai 17 orang responden memilih tidak setuju untuk selesa untuk menziarahi
rumah rakan lain bangsa.Seterusnya, seramai 36 orang respondan memilih setuju selesa ziarahi
rumah rakan lain bangsa. Manakala seramai 19 orang responden memilih sangat setuju selesa
untuk menziarahi rumah rakan lain bangsa. Jumlah respondan Melayu adalah seramai 74 orang.
Hal ini menunjukkan jumlah respondan yang memilih jawapan setuju bagi soalan tersebut
adalah lebih ramai berbanding responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan
sangat setuju.

Responden kaum Cina yang memilih jawapan tidak setuju untuk soalan tersebut adalah
seramai 3 orang. Manakala jumlah responden yang memilih setuju adalah seramai 3 orang.
Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa
adalah seramai 8 orang. Jumlah responden kaum Cina adalah seramai 14 orang. Ini
menunjukkan responden yang memilih sangat setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa
aalah lebih ramai berbanding jumlah yang memilih responden yang memilih sangat tidak
setuju, tidak setuju dan setuju.

Jumlah responden kaum India yang memilih setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa
adalah seramai 5 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih sangat setuju adalah

17
seramai 3 orang. Jumlah responden kaum India adalah seramai 8 orang. Hal ini menunjukkan
responden yang memilih setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa adalah lebih ramai
berbanding responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Lain-lain responden yang memilih tidak setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa adalah
seramai seorang. Manakala jumlah responden yang memilih setuju adalah seramai 2 orang.
Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju adalah seramai seorang. Jumlah lain-
lain responden adalah seramai 4 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang memilih
setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak
setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden yang memilih setuju selesa ziarahi rumah rakan lain bangsa adalah lebih
ramai berbanding jumlah responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat
setuju. Hal ini menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kaum tanpa mengira agama,
tempat tinggal dan sebagainya.

Soalan 3: Melayani Rakan Yang Mengunjungi Rumah Berlainan Bangsa

melayan_rakan_yang_kunjungi_lainan_bangsa
Jumlah
Tidak setuju Setuju
Kaum Melayu 6 68 74

Cina 6 8 14

India 1 7 8

Lain-lain 0 4 4

Jumlah 13 87 100

Jadual di atas menunjukkan jumlah responden yang menjawab soalan melayan rakan yang
kunjungi lainan bangsa. Seramai 2 orang responden yang memilih sangat tidak setuju melayan
rakan yang kunjungi lainan bangsa. Manakala seramai 11 orang responden yang memilih tidak
setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa. Selain itu, seramai 52 orang respondan
memilih setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa. Seterusnya,seramai 35 orang

18
responden memilih sangat setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa. Jumlah
keseluruhan responden adalah seramai 100 orang.

Jumlah responden kaum Melayu yang memilih sangat tidak setuju melayan rakan yang
kunjungi lainan bangsa adalah seramai 2 orang. Manakala jumlah responden yang memilih
tidak setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah seramai 4 orang. Seterusnya,
jumlah responden yang memilih setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah
seramai 40 orang. Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju melayan rakan yang
kunjungi lainan bangsa adalah seramai 28 orang. Jumlah keseluruhan responden kaum Melayu
adalah seramai 74 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah lebih
ramai berbanding jumlah responden yang memilih sangat tidak setuju,tidak setuju dan sangat
setuju.

Jumlah responden kaum Cina yang memilih tidak setuju melayan rakan yang kunjungi lainan
bangsa adalah seramai 6 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih setuju melayan
rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah seramai 4 orang. Selain itu, jumlah responden yang
memilih sangat setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah seramai 4 orang.
Jumlah keseluruhan respondan kaum Cina adalah seramai 14 orang. Hal ini menunjukkan
jumlah responden yang tidak setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden yang
memilih sangat tidak setuju, setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden kaum India yang memilih tidak setuju melayan rakan yang kunjungi
lainan bangsa adalah seramai 1 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih setuju
melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah seramai 5 orang. Selain itu, jumlah
responden yang memilih sangat setuju melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah
seramai 2 orang. Jumlah keseluruhan responden kaum India adalah seramai 8 orang. Hal ini
menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden
yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden lain-lain kaum yang memilih setuju melayan rakan yang kunjungi lainan
bangsa adalah seramai 3 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih sangat setuju
melayan rakan yang kunjungi lainan bangsa adalah seramai seorang. Hal ini menunjukkan
jumlah responden yang setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden yang memilih
sangat tidak setuju, tidak setuju setuju dan sangat setuju.

19
Jumlah responden yang memilih setuju melayan rakan yang kunjungi. lainan bangsa adalah
lebih ramai berbanding jumlah yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju. Hal ini
menunjukkan ramai responden yang suka bergaul tanpa mengira bangsa dan agama.

Soalan 6: Minat Untuk Mempelajari Bahasa Etnik Lain

minat_pelajari_bahasa_etnik_lain Jumlah

Tidak setuju Sangat setuju


Kaum Melayu 17 57 74

Cina 4 10 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Jadual di atas menunjukkan jumlah responden yang menjawab soalan minat pelajari bahasa
etnik lain. Seramai 3 orang responden yang memilih sangat tidak setuju berminat pelajari
bahasa etnik lain. Manakala seramai 20 orang responden yang memilih tidak setuju berminat
pelajari bahasa etnik lain. Selain itu, seramai 44 orang responden memilih setuju berminat
pelajari bahasa etnik lain. Seterusnya, seramai 33 orang responden memilih sangat setuju
berminat pelajari bahasa etnik lain.Jumlah keseluruhan respondan adalah seramai 100 orang.

Jumlah responden kaum Melayu yang memilih sangat tidak setuju berminat pelajari
bahasa etnik lain adalah seramai 2 orang. Manakala jumlah responden yang memilih tidak
setuju berminat pelajari bahasa etnik lain adalah seramai 15 orang. Seterusnya, jumlah
responden yang memilih setuju berminat pelajari bahasa etnik lain adalah seramai 32 orang.
Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju berminat pelajari bahasa etnik lain
adalah seramai 25 orang. Jumlah keseluruhan respondan kaum Melayu adalah seramai 74
orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah lebih ramai berbanding
jumlah responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

20
Jumlah responden kaum Cina yang memilih tidak setuju berminat pelajari bahasa etnik lain
adalah seramai 4 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih setuju berminat pelajari
bahasa etnik lain adalah seramai 3 orang. Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat
setuju berminat pelajari bahasa etnik lain adalah seramai 7 orang. Jumlah keseluruhan
responden kaum Cina adalah seramai 14 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang
sangat setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden yang memilih sangat tidak
setuju, tidak setuju dan setuju.

Jumlah responden kaum India yang memilih tidak setuju berminat pelajari bahasa etnik lain
adalah seramai seorang. Manakala jumlah responden yang memilih setuju berminat pelajari
bahasa etnik lain adalah seramai 6 orang. Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat
berminat pelajari bahasa etnik lain adalah seramai seorang. Jumlah keseluruhan respondan
kaum india adalah seramai 8 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah
lebih ramai berbanding jumlah respondan yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan
sangat setuju.

Jumlah responden lain-lain kaum yang memilih sanagat tidak setuju berminat pelajari
bahasa etnik lain adalah seramai seorang. Manakala, jumlah responden yang memilih setuju
berminat pelajari bahasa etnik lain adalah seramai 3 orang. Hal ini menunjukkan jumlah
responden yang setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah respondan yang memilih sangat
tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden yang setuju berminat pelajari bahasa etnik lain adalah lebih ramai
berbanding jumlah responden sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju. Hal ini
menunjukkan wujudnya sikap sesebuah bangsa untuk mengetahui bahasa kaum lain.

Soalan 9: Menziarahi Rumah Rakan Lain Bangsa Semasa Perayaan Mereka

21
ziarahi_rumah_rakan_lain_bangsa_semasa_perayaan_ Jumlah

mereka

Tidak setuju Sangat setuju


Kaum Melayu 22 52 74

Cina 5 9 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 29 `71 100

Jadual di atas menunjukkan jumlah responden yang menjawab soalan ziarahi rumah rakan lain
bangsa semasa perayaan mereka. Seramai 5 orang responden yang memilih sangat tidak setuju
ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka. Manakala seramai 24 orang
responden yang memilih tidak setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka.
Selain itu, seramai 47 orang respondan memilih setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa
perayaan mereka. Seterusnya, seramai 24 orang responden memilih sangat setuju ziarahi rumah
rakan lain bangsa semasa perayaan mereka. Jumlah keseluruhan respondan adalah seramai 100
orang.

Jumlah responden kaum Melayu yang memilih sangat tidak setuju ziarahi rumah rakan lain
bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai 4 orang. Manakala, jumlah responden yang
memilih tidak setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai
18 orang. Seterusnya, jumlah responden yang memilih setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa
semasa perayaan mereka adalah seramai 36 orang. Selain itu, jumlah responden yang memilih
sangat setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai 16
orang. Jumlah keseluruhan responden kaum Melayu adalah seramai 74 orang. Hal ini
menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah responden
yang memilih sangat tidak setuju,tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden kaum Cina yang memilih tidak setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa
semasa perayaan mereka adalah seramai 5 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih
setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai 6 orang. Selain

22
itu,jumlah respondan yang memilih sangat setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa
perayaan mereka adalah seramai 3 orang. Jumlah keseluruhan respondan kaum Cina adalah
seramai 14 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang setuju adalah lebih ramai
berbanding jumlah responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden kaum India yang memilih tidak setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa
semasa perayaan mereka adalah seramai 1 orang. Manakala, jumlah responden yang memilih
setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai 3 orang. Selain
itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa
perayaan mereka adalah seramai 4 orang. Jumlah keseluruhan respondan kaum India adalah
seramai 8 orang. Hal ini menunjukkan jumlah responden yang sangat setuju adalah lebih ramai
berbanding jumlah respondan yang memilih sangat tidak setuju,tidak setuju dan setuju.

Jumlah responden lain-lain kaum yang memilih sangat tidak setuju ziarahi rumah rakan lain
bangsa smasa perayaan mereka adalah seramai seorang. Manakala, jumlah responden yang
memilih setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai 2
orang. Selain itu, jumlah responden yang memilih sangat setuju ziarahi rumah rakan lain
bangsa semasa perayaan mereka adalah seramai seorang. Hal ini menunjukkan jumlah
respondan yang setuju adalah lebih ramai berbanding jumlah respondan yang memilih sangat
tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju.

Jumlah responden yang memilih setuju ziarahi rumah rakan lain bangsa semasa perayaan
mereka adalah lebih ramai berbanding jumlah yang memilih sangat tidak setuju,tidak setuju
dan sangat setuju. Hal ini menunjukkan setiap bangsa tanpa mengira kaum dapat menyambut
perayaan yang disambut oleh kaum lain tanpa ada jurang antara kaum.

6.4 BAHAGIAN B: TAHAP HUBUNGAN ETNIK (KATEGORI INTERAKSI ANTARA


SAMA KAUM)

23
Soalan 4: Saya lebih suka berkawan dengan rakan yang sama keturunan dan
agama.

kawan_rakan_sama_keturunan

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 20 54 74

Cina 4 10 14

India 4 4 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 29 71 100

Jadual di atas menunjukkan maklumat frekuensi kecenderungan responden di Institut


Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) untuk berkawan dengan rakan dari latar belakang etnik
yang sama dengan diri sendiri. Bagi item 4 ini, didapati seramai 71 (71%) orang responden
bersetuju bahawa mereka lebih suka berkawan dengan rakan dari kalangan kaum sendiri.
Namun demikian, hanya terdapat 29 (29%) orang responden tidak berpendapat demikian.
Maklumat ini boleh dikatakan seimbang antara mana-mana kaum dalam kalangan mahasiswa.
Angka ini melihatkan bahawa mahasiswa, tidak kira dari etnik mana, lebih selesa untuk berada
dalam lingkungan sosial yang kecil dan selari.

Mereka lebih memilih untuk berada di dalam zon selesa serta mungkin menolak peluang
menjelajahi rangkaian budaya baru daripada etnik lain. Ini berkemungkinan disebabkan
kekangan unsur budaya atau agama yang sering disalah tafsir, membuatkan mahasiswa
memilih untuk mengekalkan rentak sosial yang selamat, jauh daripada sebarang pertelagahan.
Selain itu, hasil dapatan ini juga mungkin disebabkan faktor demografi responden yang berasal
dari komuniti masyarakat yang sama latar belakang agama dan budaya sejak kecil. Ia
menyebabkan polar pemikiran mereka menjadi sempit, hanya tertumpu kepada ruang lingkup
sosial yang dibataskan tradisi hidup sehingga menjadi tabiat dalam kehidupan masing
walaupun di peringkat pengajian tinggi.

24
Soalan 5: Saya lebih suka makan makanan etnik sendiri.

suka_makan_makanan_etnik_sendiri

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 22 52 74

Cina 2 12 14

India 0 8 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 25 75 100

Jadual di atas memaparkan maklumat mengenai kecenderungan mahasiswa di IPGKI untuk


memilih makan makanan etnik sendiri. Bagi item 5 ini, didapati seramai 75 (75%) orang
responden sangat bersetuju bahawa mereka lebih suka makan makanan kaum sendiri. Namun
demikian, hanya terdapat 25 (25%) orang responden tidak berpendapat demikian. Maklumat
ini boleh dikatakan seimbang antara mana-mana kaum dalam kalangan mahasiswa. Dapatan
daripada item ini adalah sudah dijangka, memandangkan faktor kebiasaan untuk memilih menu
makanan dari etnik sendiri merupakan norma hidup yang dilalui sejak dari fasa awal kehidupan
mereka. Hasilnya, mahasiswa di universiti khususnya IPGKI lebih memilih untuk makan menu
etnik sendiri.

Faktor ini boleh membawa kepada pembatasan aktiviti sosial mahasiswa yang mana
mereka tidak akan makan bersama memandangkan kebanyakan kafeteria di dalam kampus
tidak menyediakan pilihan menu dari pelbagai etnik. Hal yang sedemikian akan mengalirkan
mahasiswa ke haluan masing-masing yang lama-kelamaan membawa kepada segregasi cara
baru. Ia memerlukan langkah pemulihan daripada pihak pengurusan dalam menyediakan
suasana kafeteria yang lebih mesra untuk pelbagai kaum, kepekaan dalam menghidangkan
menu yang lebih menarik pelbagai kaum pasti akan mewujudkan pesekitaran yang harmoni.

Soalan 7: Saya lebih suka bersiar-siar bersama dengan rakan yang sama bangsa
dan agama

25
bersiar_siar_rakan_sama_bangsa

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 21 53 74

Cina 1 13 14

India 0 8 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 24 76 100

Jadual di atas menunjukkan bilangan mahasiswa apabila ditanya mengenai kecenderungan


mereka untuk bersiar-siar dengan rakan yang sama etnik dengan mereka. Bagi item 7 ini,
didapati seramai 76 (76%) orang responden bersetuju bahawa mereka lebih suka bersiar-siar
dengan rakan yang sama kaum. Namun demikian, hanya terdapat 24 (24%) orang responden
tidak berpendapat demikian. Maklumat ini boleh dikatakan seimbang antara mana-mana kaum
dalam kalangan mahasiswa.

Hasil kajian juga mendapati bahawa kebanyakan responden mengakui bahawa mereka
lebih suka bersiar-siar dengan rakan yang sama keturunan dan agama. Ini mungkin juga kerana
kebanyakan rakan rapat mereka adalah terdiri daripada rakan yang sama keturunan dan agama,
jadi mereka lebih suka berada dalam kelompok rakan rapat mereka sendiri sekaligus
mengesahkan hasil dapatan dari item 4 di atas. Hal ini juga disebabkan sikap mereka sendiri
yang enggan membina rangkaian sosial baru untuk rakan dari etnik lain memandangkan
mereka telah selesa dengan rakan yang sedia ada.

Soalan 8: Saya lebih suka makan semeja dengan rakan yang sama bangsa dan
agama

26
makan_semeja_rakan_sama_bangsa

Tak setuju Sangat setuju Jumlah

Kaum Melayu 19 55 74

Cina 2 12 14

India 2 6 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 25 75 100

Jadual di atas memaparkan maklumat mengenai kecenderungan mahasiswa di IPGKI untuk


makan semeja dengan rakan dari kalangan etnik sendiri. Bagi item 8 ini, didapati seramai 75
(75%) orang responden bersetuju bahawa mereka lebih suka makan bersama dengan rakan
yang sama etnik dengan diri mereka. Namun demikian, hanya terdapat 25 (25%) orang
responden tidak berpendapat demikian. Maklumat ini boleh dikatakan seimbang antara mana-
mana kaum dalam kalangan mahasiswa.

Ini jelas menunjukkan tahap keselesaan mahasiswa untuk duduk semeja serta berbual
dengan rakan dari etnik lain masih lagi rendah. Hal ini mungkin disebabkan kurang
kesefahaman dari perspektif budaya dan agama antara satu sama lain, menjadikan mereka
terpaksa lebih berhati-hati dalam pergaulan sama ada dari aspek perbuatan mahupun
percakapan supaya tidak menyinggung rakan yang berlainan etnik tersebut. Unsur-unsur
politik juga mungkin membataskan sikap keterbukaan mereka dalam menyuarakan pendapat
kerana takut berlaku percanggahan yang akan menimbulkan ketidakselesaan, justeru
membuatkan mereka untuk tidak langsung membincangkannya. Kongkongan ini, lama-
kelamaan akan menjadikan faktor penolak bagi mereka untuk terus bergaul dengan rakan yang
berlainan etnik.

Soalan 10: Saya lebih selesa untuk tinggal sebilik dengan rakan yang sama bangsa
dan agama

27
selesa_tinggal_sebilik_rakan_sama_

bangsa

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 15 59 74

Cina 1 13 14

India 1 7 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 19 81 100

Jadual Soalan 10 menunjukkan taburan bilangan responden yang selesa tinggal sebilik dengan
rakan yang sama bangsa mengikut kaum. Keseluruhan bilangan responden bagi tidak bersetuju
adalah 19 orang dan 81 orang bersetuju. Bagi kaum Melayu selaku responden paling ramai (74
orang), 15 orang mengatakan tidak setuju dan 59 mengatakan setuju. Bagi kaum Cina (14
orang) dan India (8 orang), kedua-kedua kaum hanya seorang yang mengatakan tidak bersetuju
dengan kenyataan itu. Kaum lain-lain mempunyai taburan yang sama iaitu dua orang
mengatakan tidak bersetuju dan dua orang lagi tidak bersetuju.

Soalan 11: Saya lebih suka tinggal berjiran dengan jiran yang sama bangsa dan
agama.

28
selesa_berjiran_sama_bangsa

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 13 61 74

Cina 3 11 14

India 3 5 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 21 79 100

Jadual Soalan 11 adalah berkenaan keselesaan responden berjiran sama bangsa dengan mereka.
Jumlah bagi yang bersetuju adalah seramai 79 orang dan 21 orang bagi tidak bersetuju. Kaum
Melayu mempunyai seramai 61 orang daripada 74 mengatakan mereka bersetuju, kaum Cina
(14 orang) seramai 11 orang dan India (8 orang) seramai 5 orang. Kaum lain-lain mempunyai
pola yang sama iaitu dua orang bersetuju dan dua orang tidak bersetuju.

Soalan 12: Saya lebih suka tinggal di kawasan yang majoriti penduduknya sama
bangsa dan agama dengan saya.

29
suka_tinggal_di_kawasan_penduduk_sama_

etnik

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 9 65 74

Cina 2 11 14

India 3 6 8

Lain-lain 0 4 4

Jumlah 14 86 100

Jadual Soalan 12 menunjukkan taburan responden yang suka tinggal di kawasan penduduk
sama etnik. Rata-ratanya, jumlah majoriti bersetuju dengan seramai 86 orang daripada 100
mengatakan sedemikian. Kaum Melayu merangkumi seramai 65 orang daripada jumlah
tersebut. Bagi kaum Cina dan India, masing-masing yang bersetuju adalah seramai 11 orang
dan 6 orang. Kesemua responden daripada kaum lain-lain bersetuju dengan soalan tersebut.

Soalan 15: Saya lebih suka meminta pertolongan daripada rakan yang sama
keturunan dan agama.

30
suka_minta_tolong_rakan_sama_etnik

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 13 61 74

Cina 1 13 14

India 5 7 8

Lain-lain 0 4 4

Jumlah 15 85 100

Jadual Soalan 1 menunjukkan taburan bilangan responden yang suka minta tolong rakan sama
etnik. Sejumlah 85 orang bersetuju dengan soalan tersebut dan 15 orang tidak bersetuju. 61
orang dari kaum Melayu bersetuju manakala dari kaum Cina seramai 13 orang dan India 7
orang. Kaum lain-lain seramai 4 orang kesemuanya bersetuju dengan soalan tersebut.

Soalan 16: Saya lebih suka membantu rakan-rakan yang sama keturunan dan
agama.

suka_bantu_rakan_sama_etnik

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 14 60 74

Cina 2 12 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 18 82 100

Jadual di atas menunjukkan respon daripada responden terhadap minat untuk membantu rakan
yang sama bangsa dan agama. Responden yang tidak setuju terhadap minat untuk membantu
rakan yang sama bangsa dan agama adalah sebanyak 18 orang iaitu kaum Melayu seramai 14

31
orang, kaum Cina seramai 2 orang, kaum India dan lain-lain kaum adalah seramai seorang
setiap satu. Manakala responden yang setuju terhadap minat untuk membantu rakan yang sama
bangsa dan agama adalah seramai 82 orang iaitu kaum Melayu adalah seramai 80 orang, kaum
Cina adalah seramai 12 orang, kaum India seramai 7 orang dan lain-lain kaum adalah seramai
3 orang. Jumlah responden yang menjawab soalan ini adalah sebanyak 100 orang iaitu kaum
Melayu mewakili 74 orang, kaum Cina mewakili 14 orang, kaum India mewakili 8 orang dan
lain-lain kaum mewakili 4 orang.

Soalan 17: Saya lebih suka bersenda gurau dengan rakan-rakan yang sama
keturunan dan agama.

suka_gurau_senda_rakan_sama_etnik

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 14 60 74

Cina 1 13 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 17 83 100

Jadual di atas menunjukkan respon daripada responden terhadap kerap bergurau senda dengan
rakan yang sama budaya dan agama. Responden yang tidak setuju terhadap kerap bergurau
senda dengan rakan yang sama budaya dan agama adalah sebanyak 17 orang iaitu kaum
Melayu seramai 14 orang, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum adalah seramai seorang
setiap satu. Manakala responden yang setuju terhadap kerap bergurau senda dengan rakan yang
sama budaya dan agama adalah seramai 83 orang iaitu kaum Melayu adalah seramai 60 orang,
kaum Cina adalah seramai 13 orang, kaum India seramai 7 orang dan lain-lain kaum adalah
seramai 3 orang. Jumlah responden yang menjawab soalan ini adalah sebanyak 100 orang iaitu
kaum Melayu mewakili 74 orang, kaum Cina mewakili 14 orang, kaum India mewakili 8 orang
dan lain-lain kaum mewakili 4 orang.

32
Soalan 18: Saya lebih suka membincangkan masalah saya dengan rakan-rakan yang
sama keturunan dan agama.

selalu bincang masalah dengan rakan yang sama agama


dan budaya

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 12 62 74

Cina 0 14 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 14 86 100

Jadual di atas menunjukkan respon daripada responden terhadap sesetengah kelompok selalu
bincang masalah dengan rakan yang sama agama dan budaya. Responden yang tidak setuju
terhadap sesetengah kelompok selalu bincang masalah dengan rakan yang sama agama dan
budaya adalah sebanyak 14 orang iaitu kaum Melayu seramai 12 orang, kaum Cina tidak ada
yang tidak bersetuju terhadap persoalan ini, kaum India dan lain-lain kaum adalah seramai
seorang setiap satu. Manakala responden yang setuju terhadap sesetengah kelompok selalu
bincang masalah dengan rakan yang sama agama dan budaya adalah seramai 86 orang iaitu
kaum Melayu adalah seramai 62 orang, kaum Cina adalah seramai 14 orang, kaum India
seramai 7 orang dan lain-lain kaum adalah seramai 3 orang. Jumlah responden yang menjawab
soalan ini adalah sebanyak 100 orang iaitu kaum Melayu mewakili 74 orang, kaum Cina
mewakili 14 orang, kaum India mewakili 8 orang dan lain-lain kaum mewakili 4 orang.

Soalan 19: Saya lebih suka menonton wayang bersama dengan rakan yang sama
keturunan dan agama.

33
suka tengok wayang dengan rakan yang sama bangsa
dan agama

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 17 57 74

Cina 1 13 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 20 80 100

Jadual di atas menunjukkan respon daripada responden terhadap suka tengok wayang dengan
rakan yang sama bangsa dan agama. Responden yang tidak setuju terhadap kerap suka tengok
wayang dengan rakan yang sama bangsa dan agama adalah sebanyak 20 orang iaitu kaum
Melayu seramai 17 orang, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum adalah seramai seorang
setiap satu. Manakala responden yang setuju terhadap suka tengok wayang dengan rakan yang
sama bangsa dan agama adalah seramai 80 orang iaitu kaum Melayu adalah seramai 57 orang,
kaum Cina adalah seramai 13 orang, kaum India seramai 7 orang dan lain-lain kaum adalah
seramai 3 orang. Jumlah responden yang menjawab soalan ini adalah sebanyak 100 orang iaitu
kaum Melayu mewakili 74 orang, kaum Cina mewakili 14 orang, kaum India mewakili 8 orang
dan lain-lain kaum mewakili 4 orang.

Soalan 20: Saya jarang mengunjungi bilik rakan dari kumpulan etnik lain

34
Jarang berkunjung ke bilik rakan
berlainan etnik

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 19 55 74

Cina 4 10 14

India 3 5 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 28 72 100

Jadual Soalan 1 menunjukkan taburan bilangan responden yang jarang berkunjung ke bilik
rakan berlainan etnik. Keseluruhan bilangan responden bagi tidak bersetuju adalah 28 orang
dan 72 orang bersetuju. Bagi kaum Melayu selaku responden paling ramai (74 orang), 19 orang
mengatakan tidak setuju dan 55 mengatakan setuju. Bagi kaum Cina (14 orang), 4 orang
responden tidak bersetuju dan hanya 10 orang yang bersetuju dengan pernyataan ini. Kaum
India pula (8 orang) 3 orang tidak bersetuju dan 5 orang yang bersetuju dengan pernyataan ini,
Kaum lain-lain mempunyai taburan yang sama iaitu dua orang mengatakan tidak bersetuju dan
dua orang lagi tidak bersetuju.

Soalan 21: Selesa membuat kerja (assignment) dengan rakan sama etnik

35
Selesa membuat kerja dengan rakan
sama etnik

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 20 54 74

Cina 1 13 14

India 2 6 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 25 75 100

Jadual Soalan 2 adalah berkenaan keselesaan responden melakukan kerja dengan rakan dari
etnik yang sama. Jumlah bagi yang bersetuju adalah seramai 75 orang dan 25 orang bagi tidak
bersetuju. Kaum Melayu mempunyai seramai 54 orang daripada 74 orang mengatakan mereka
bersetuju, kaum Cina (14 orang) seramai 13 orang bersetuju dan India (8 orang) seramai 6
orang. Kaum lain-lain mempunyai pola yang sama iaitu dua orang bersetuju dan dua orang
tidak bersetuju.

Soalan 22: Saya rasa selesa membuat kerja amali dengan rakan sama etnik

selesa membuat kerja amali dengan


rakan sama etnik Jumlah

36
Tidak setuju Setuju

Kaum Melayu 18 56 74

Cina 2 12 14

India 3 5 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 25 75 100

Jadual Soalan 3 menunjukkan taburan responden yang selesa membuat kerja amali dengan
rakan dari etnik yang sama Rata-ratanya, jumlah majoriti bersetuju dengan seramai 75 orang
daripada 100 mengatakan sedemikian. Kaum Melayu merangkumi seramai 56 orang daripada
jumlah tersebut. Bagi kaum Cina dan India, masing-masing yang bersetuju adalah seramai 12
orang dan 5 orang. Kesemua responden daripada kaum lain-lain memiliki jumlah yang sama
bagi bersetuju dan tidak bersetuju dengan soalan tersebut.

Soalan 23: Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan yang sama
keturunan dan agama.

Suka mengulangkaji dengan rakan dari


etnik yang sama

Tidak setuju setuju Jumlah

Kaum Melayu 18 56 74

Cina 4 10 14

India 2 6 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 22 78 100

Jadual Soalan 4 menunjukkan taburan bilangan responden yang suka dengan rakan dari etnik
yang sama. Sejumlah 78 orang bersetuju dengan soalan tersebut dan 22 orang tidak bersetuju.

37
56 orang dari kaum Melayu bersetuju manakala dari kaum Cina seramai 10 orang dan India
seramai 6 orang. Kaum lain-lain seramai 3 orang bersetuju dengan soalan tersebut.

Soalan 24: Saya lebih selesa untuk duduk bersama dengan rakan yang sama bangsa
dan agama semasa di dalam kelas dan bengkel.

selesa_duduk_dengan_rakan_sama_etnik_di_kelas

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 18 56 74

Cina 2 12 14

India 2 6 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Soalan 24 menunjukkan pernyataan jumlah dan persetujuan mengikut responden yang


berbilang kaum. Jumlah bilangan responden ialah 100 orang. Dari jumlah ini seramai 74 orang
adalah kaum Melayu dan 14 orang adalah kaum Cina. Manakala kaum India adalah 8 orang
dan lain-lain adalah 4 orang. Di samping itu, 23 orang tidak bersetuju dengan pernyataan di
atas iaitu 18 orang kaum Melayu, 2 orang kaum Cina, 2 orang kaum India dan seorang kaum
lain-lain. Manakala seramai 77 orang setuju dengan pernyataan di atas. Dari jumlah ini 56
orang kaum Melayu, 12 orang kaum Cina, 6 orang kaum India dan 3 orang kaum lain-lain yang
bersetuju.

Soalan 25: Saya selalu pergi ke kelas bersama-sama dengan rakan yang sama bangsa
dan agama.

38
selalu_ke_kelas_dengan_rakan_sama_etnik

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 13 61 74

Cina 0 14 14

India 1 7 8

Lain-lain 2 2 4

Jumlah 16 84 100

Soalan 25 menunjukkan persetujuan dengan responden yang pergi ke kelas dengan rakan yang
sama etnik. Seramai 100 responden telah terlibat dan 74 orang kaum Melayu, 14 orang kaum
Cina, 8 orang kaum India dan 4 orang kaum lain-lain. Seramai 13 orang kaum Melayu, seorang
kaum India dan 2 orang kaum lain-lain yang tidak bersetuju dengan pernyataan di atas.
Manakala 61 orang kaum Melayu, 14 orang kaum Cina, 7 orang kaum India dan 2 orang kaum
lain-lain yang bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Soalan 26: Saya selalu pergi ke perpustakaan bersama-sama dengan rakan yang
sama bangsa dan agama.

selalu_ke_perpustakaan_dengan_rakan_sama_etnik

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 17 67 74

Cina 2 12 14

India 3 5 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Soalan 26 menunjukkan bilangan orang yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan
di atas. Kaum Melayu mendapat bilangan paling tinggi bersetuju dengan pernyataan di atas
iaitu 67 orang daripada 74 orang. Manakala kaum Cina seramai 12 orang, 5 orang kaum India

39
dan 3 orang kaum lain-lain yang bersetuju. Di samping itu, seramai 17 orang kaum Melayu, 2
orang kaum Cina, 3 orang kaum India dan seorang kaum lain-lain tidak bersetuju.

Soalan 27: Saya lebih suka menyertai kelab dan persatuan yang kebanyakan ahlinya
adalah sama keturunan dan agama dengan saya.

Soalan 27 menunjukkan bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan ‘Adakah


pelajar menyertai kelab yang mempunyai ahli yang sama etnik?’. Seramai 60 orang kaum
Melayu, 13 orang kaum Cina, 7 orang kaum India dan 3 orang kaum lain-lain yang bersetuju.

suka_sertai_kelab_yg_ahlinya_sama_etnik

Tak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 14 60 74

Cina 1 13 14

India 1 7 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 17 83 100

Manakala 14 orang kaum Melayu dan seorang dari kaum Cina dan India tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut.

Soalan 28: Saya lebih suka menyertai aktiviti rekreasi bersama kawan-kawan yang
sama keturunan dan agama.

40
suka_sertai_aktiviti_rekreasi_dengan_rakan_sama_ Jumlah

etnik

Tidak setuju Sangat setuju


Kaum Melayu 19 55 74

Cina 2 12 14

India 2 6 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 24 76 100

Berdasarkan jadual di atas, untuk penyataan lebih suka untuk menyertai aktiviti rekreasi dengan
etnik yang sama, daripada 100 orang responden, seramai 28 orang responden telah memilih
untuk sangat setuju. 48 responden memilih untuk setuju terhadap soalan tersebut, sementara 18
responden dan 6 responden masing-masing memilih untuk tidak bersetuju dan sangat tidak
bersetuju. Daripada jumlah yang memilih sangat setuju, seramai 20 orang terdiri daripada kaum
Melayu, 5 orang terdiri daripada kaum Cina dan 3 responden daripada kaum India. Manakala
jumlah responden yang memilih setuju terdiri daripada 35 orang Melayu, 7 orang Cina dan
masing-masing 3 daripada responden berbangsa India dan lain-lain kaum. Bagi jawapan tidak
setuju pula, seramai 14 responden terdiri daripada kaum Melayu, 2 daripada kaum Cina, dan
masing-masing seorang daripada kaum India dan lain-lain kaum. Seramai 5 responden yang
terdiri daripada kaum Melayu memilih untuk sangat tidak bersetuju terhadap soalan tersebut
dan hanya seorang responden daripada kaum India memilih jawapan tersebut.

Soalan 29: Saya lebih suka menyertai aktiviti-aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh
kaum sendiri.

41
suka_sertai_aktiviti_budaya_oleh_kaum_sendiri Jumlah

Tidak setuju Sangat setuju

Kaum Melayu 18 56 74

Cina 2 12 14

India 2 6 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Berdasarkan jadual di atas, untuk soalan lebih suka untuk menyertai aktiviti kebudayaan
dengan kaum sendiri, daripada 100 orang responden, seramai 20 orang responden telah
memilih untuk sangat setuju. 57 responden memilih untuk setuju terhadap soalan tersebut,
sementara 18 responden dan 5 responden masing-masing memilih untuk tidak bersetuju dan
sangat tidak bersetuju. Daripada jumlah yang memilih sangat setuju, seramai 12 orang terdiri
daripada kaum Melayu, 5 responden daripada kaum Cina dan 3 orang daripada kaum India.
Manakala jumlah responden yang memilih setuju terdiri daripada 44 kaum Melayu, 7 orang
responden daripada kaum Cina dan masing-masing 3 daripada responden berbangsa India dan
lain-lain kaum. Bagi jawapan tidak setuju pula, seramai 14 responden terdiri daripada kaum
Melayu, 2 orang daripada kaum cina, dan masing-masing seorang daripada kaum india dan
lain-lain kaum. Seramai 4 responden yang terdiri daripada kaum Melayu memilih untuk sangat
tidak bersetuju terhadap soalan tersebut, dan hanya seorang responden daripada kaum India
memilih jawapan tersebut.

Soalan 30: Saya lebih suka menyertai permainan yang kebanyakan ahlinya adalah
sama keturunan dan agama dengan saya.

42
suka_sertai_permainan_yang_ahlinya_sama_etnik Jumlah

Tidak setuju Sangat setuju


Kaum Melayu 18 56 74

Cina 2 12 14

India 2 6 8

Lain-lain 1 3 4

Jumlah 23 77 100

Berdasarkan jadual di atas, untuk soalan lebih suka untuk menyertai aktiviti dengan kaum
sendiri, daripada 100 orang responden, seramai 39 orang responden telah memilih untuk sangat
setuju. 38 responden memilih untuk setuju terhadap soalan tersebut, sementara 16 responden
dan 7 responden masing-masing memilih untuk tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.
Daripada jumlah yang memilih sangat setuju, seramai 25 orang terdiri daripada kaum melayu,
8 orang daripada kaum Cina, 4 orang daripada kaum India dan lain-lain kaum seramai 2 orang
responden. Manakala jumlah responden yang memilih setuju terdiri daripada 31 orang Melayu,
4 responden Cina, 2 daripada responden berbangsa India dan hanya terdapat seorang responden
bagi lain-lain kaum. Bagi jawapan tidak setuju pula, seramai 12 responden terdiri daripada
kaum Melayu, 2 responden berbangsa Cina, dan masing-masing seorang responden daripada
kaum India dan lain-lain kaum. Seramai 6 responden yang terdiri daripada kaum Melayu
memilih untuk sangat tidak bersetuju terhadap soalan, dan hanya seorang responden daripada
kaum India memilih jawapan tersebut.

6.5 BAHAGIAN B (KATEGORI HORMAT AKAN BUDAYA LAIN)

43
Soalan 13: Saya menghormati cara makan etnik lain yang berbeza daripada saya.

hormat_cara_makan_etnik_lain

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 2 72 74

Cina 0 14 14

India 0 8 8

Lain-lain 0 4 4

Jumlah 2 98 100

Jadual Soalan 13 menunjukkan taburan bilangan responden yang hormat cara makan etnik
lainmengikut kaum. Keseluruhan bilangan responden yang tidak bersetuju adalah 2 orang dan
98 orang bersetuju. Bagi kaum Melayu selaku responden paling ramai (74 orang), 2 orang
mengatakan tidak setuju dan 72 mengatakan setuju. Bagi kaum Cina (14 orang) dan India (8
orang), kedua-kedua kaum bersetuju dengan kenyataan itu. Kaum lain-lain pula juga bersetuju
dengan kenyataan yang diberikan iaitu seramai 4 orang.

Soalan 14: Saya menghormati cara berpakaian kaum lain.

hormat_cara_pakaian_kaum_lain

Tidak setuju Setuju Jumlah

Kaum Melayu 2 72 74

Cina 0 14 14

India 0 8 8

Lain-lain 0 4 4

Jumlah 2 98 100

Jadual Soalan 14 adalah berkenaan hormat cara pakaian kaum lain. Jumlah bagi yang bersetuju
adalah seramai 98 orang dan 2 orang lagi tidak bersetuju daripada 100 orang responden. Kaum

44
Melayu mempunyai seramai 72 orang daripada 74 mengatakan mereka bersetuju, kaum Cina
dan kaum india kesemua responden bersetuju dengan kenyataan yang diberikan iaitu sebanyak
14 orang bagi kaum cina dan 8 orang bagi kaum india. Kaum lain-lain juga bersetuju secara
keseluruhannya iaitu sebanyak 4 orang.

6.6 BAHAGIAN C

Antara soalan yang dikemukakan kepada responden telah dianalisis dan hasil kajian telah
dipaparkan dalam bentuk jadual seperti di bawah. Ini adalah pengiraan kajian daripada hasil
kutipan soal selidik antara pelbagai kaum di kawasan ini. Kajian yang diselidik adalah untuk
mengetahui titik persamaan antara etnik yang pelbagai. Antara aspek titik persamaan telah
dijadualkan seperti dalam jadual di bawah.

Bil Soal Kaji Selidik (titik persamaan) Min Signifikan


.
1 Aktiviti Kesukanan .300 .000
2 Aktiviti Kesukarelawanan .260 .003
3 Penggunaan Bahasa Melayu di kampus .330 .000
4 Kem bina semangat .150 .075
5 Dalam majlis atau keraian .140 .145

Aktiviti kesukanan merupakan sebuah aktiviti yang dijalankan hanya berdasarkan


penglibatan seseorang terhadap kecergasan. Oleh itu, penglibatan pelbagai etnik wujud dalam
situasi sebegini. Kaji selidik ini menunjukkan data yang signifikan bahawa setiap responden
berasa penglibatan pelbagai etnik adalah sesuatu yang digalakkan dalam sukan.

Aktiviti kesukarelawanan adalah sebuah aktiviti hanya berdasarkan sikap ihsan dan
kemanusiaan seseorang sahaja. Aktiviti ini menyebabkan para responden berpandangan
bahawa kerjasama antara semua etnik adalah lebih baik dan bermanfaat bagi menjayakan
aktiviti seperti ini. Namun, ada juga responden yang berpendapat sebaliknya. Dapatan kajian
adalah signifikan.

Penggunaan Bahasa Melayu di kampus adalah sebuah kaji selidik yang agak jelas walaupun
di luar kampus. Semua etnik perlu berhubung, namun semua orang tidak tahu berhubung antara

45
satu sama lain melalui bahasa yang berbeza-beza. Oleh itu, penggunaan satu bahasa umum
boleh membantu perhubungan antara pelbagai kaum serta para responden juga memberi suapan
balik bahawa kaji selidik ini adalah sangat signifikan.

Kem bina semangat merupakan salah satu inisiatif dalam membawa pelajar pelbagai etnik
bawah satu aktiviti. Namun aktiviti ini menurut dari pihak responden adalah kurang signifikan
kerana mereka berpendapat bahawa kem bina semangat lebih kepada membangunkan jati diri
daripada memfokuskan kepada merapatkan jurang kaum.

Kaji selidik dalam majlis atau keraian ini pula merupakan sesuatu yang tidak signifikan,
berdasarkan responden mengatakan bahawa usaha ini tidak membawa kepada pencapaian
kerana selalunya membawa kepada ketidakselesaan apabila seseorang dikehendaki berkongsi
hari keraian bangsa lain selalunya juga berkongsi amalan dan budaya dalam keagamaan.

6.7 TEMU BUAL

Perpaduan secara umumnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh khususnya tidak boleh
dicapai. Menurut Prof Ulung Prof Madya Dr Shamsul Amri, Felo Institut Kajian Hubungan
Etnik (KITA) IPGKI, kesepaduan sosial adalah relevan dan telah pun tercapai di mana setiap
etnik mahasiswa mengamalkan cara hidup masing-masing dalam kelompok dan juga mereka
tetap berkomunikasi dan berborak dalam banyak hal sesama berlainan etnik. Ia dikenali sebagai
proses ‘reconsilation’.

Konsep penyatuan dalam diversiti bermaksud walaupun ada perbezaan tetapi masih ada
unsur kesepaduan dan integrasi. IPGKI mewakili keadaan luar yang mana masih tiada berlaku
konflik dan penerimaan budaya yang menjadi kebiasaan, misalnya kaum bukan Melayu
memakai baju kurung dan makanan pun sehinggakan orang Melayu makan yong tau fau.
‘Moment of Unity and Diversity’ adalah paling penting kerana ia merupakan pertemuan antara
etnik dan sub-etnik (Kadazan Dusun dan sebagainya).

Konsep kelakuan kelompok mengambil kira perbezaan kaum atau tidak, paling penting
adalah konsep integrasi antara mahasiswa berlainan etnik. Sistem ini masih dikekalkan oleh
pihak pentadbiran IPGKI. Jawatan Exco Integrasi & Perpaduan dalam kebanyakan organisasi

46
kepimpinan pelajar adalah perlu dan biasanya diberikan kepada kaum bukan Melayu sebagai
ejen 1Malaysia di IPGKI. Akhir sekali, perpaduan dari sudut kesepaduan sosial masih harmoni
tanpa prejudis sesama mahasiswa. Komunikasi berjalan lancar antara mereka.

7.0 PERBINCANGAN

7.1 BAHAGIAN B: PERGAULAN SAMA/LAINAN ETNIK

Untuk bahagian B, ia terbahagi kepada tiga kategori soalan untuk dibincangkan dalam laporan
ini. Bahagian pertama berkenaan hormat akan cara hidup lain. Majoriti mahasiswa/responden
bersetuju dan memang hormat cara pakaian dan makanan orang lain. Di Malaysia terdapat
pelbagai kaum yang mengamalkan budaya hidup masing-masing dan perlu hormat demi
menjaga keharmonian negara dan kampus itu sendiri. Kita melihat di mana-mana ada sahaja
berlainan etnik ada cara hidup tersendiri namun tiada apa-apa isu.

Seterusnya, kategori kedua berkenaan interaksi atau pergaulan berlainan etnik.


Kebanyakan daripada mereka bersetuju dalam semua hal daripada hal menziarahi rumah
berlainan kaum untuk perayaan mahupun urusan kerja. Namun begitu, jumlah yang menjawab
setuju apabila ditanya soalan-soalan menziarahi rumah rakan kaum lain semakin berkurangan.
Hal ini menunjukkan mahasiswa IPGKI masih ada yang berasa tidak selesa jika melawat rumah
rakan berbilang bangsa walaupun tidaklah seramai. Unjuran ini menjawab sebab kemungkinan
senarionya sebegitu.

Namun, jika menerima ziarah atau kedatangan rakan daripada berlainan kaum, semakin
ramai responden bersetuju untuk menerimanya. Hal ini menjadi kebiasaan supaya rakan
mereka tidak terasa hati jika enggan menerima kunjungan melainkan jika ada isu-isu tertentu
melibatkan mereka. Namun, untuk sukarela hadirkan diri ke rumah rakan lain adalah mungkin
berat atau ringan hati.

Berkenaan belajar subjek bahasa ibunda kaum lain yang mana mahasiswa majoritinya
setuju dan ingin belajar. Hal ini tidak lain bukan kerana kebanyakan mahasiswa yang ingin
belajar bahasa ibunda lain adalah untuk mendapat ilmu tambahan dan ia penting jika pergi ke

47
negara lain yang tidak tahu berbahasa Inggeris, misalnya Jepun. Belajar bahasa lain justeru
akan menguatkan perpaduan dan kefahaman akan bangsa lain.

Dari sudut kelakuan mengikut kaum pula, orang Melayu dan India dan kaum lain-lain,
majoritinya bersetuju untuk berinteraksi atau menerima dan menziarahi rakan berbilang kaum,
akan tetapi orang Cina jumlahnya sama pasif atau boleh berbuat demikian. Hal ini
sememangnya begitu. Jika diukur pergaulan secara rambang di IPGKI dan Malaysia, Melayu
dengan India lebih akrab berbanding Melayu dengan Cina.

Akhir sekali akan diulas mengenai soalan-soalan interaksi antara sama kaum. Pertama
sekali, secara keseluruhannya dan mengikut kaum, semua etnik memang cenderung untuk
bersama dengan rakan sama etnik dalam apa jua aktiviti seharian termasuk berkumpulan
membuat projek khususnya di IPGKI. Di universiti luar pun hal ini sama berlaku dan ia perkara
biasa kerana secara psikologinya memang akan rasa kurang selesa membuat aktiviti seharian
atau seronok bersama rakan berlainan fahaman. Hal ini dapat dilihat dalam hasil kajian
berbentuk jadual di mana mahasiswa kebanyakannya setuju apabila ditanya soalan-soalan
sebegini.

Namun begitu, kita dapati terdapat jumlah yang agak tinggi dan signifikan yang mana
kebanyakan mereka tidak setuju dalam hal-hal tertentu berkenaan pergaulan sesama kaum.
Antaranya ialah; duduk dengan rakan dalam kelas, pergi ke perpustakaan, berkawan sesama
keturunan, suka makan makanan etnik sendiri, bersiar-siar dan jarang berkunjung ke bilik rakan
etnik. Semua perkara disebutkan di atas adalah hal kecil dan bukannya melibatkan perkongsian
bersama dan bersifat umum. Justeru, walaupun mahasiswa lebih cenderung berbuat aktiviti
seharian mereka dengan rakan sama etnik tetapi sekurang-kurangnya mereka ada rasa
keperluan di mana boleh sahaja berkongsi apa-apa hal dengan lainan etnik.

Oleh sebab itu, hal ziarah/datang, bersama dalam kelas dan kerja dan makanan adalah hal
kecil dan bukan melibatkan pertukaran atau perkongsian budaya. Justeru, mahasiswa IPGKI
masih mempertimbangkan hal-hal sebegini. Namun, jika melibatkan perlu tukar budaya atau
melibatkan keselesaan, maka semakin ramai yang tidak mahu berlainan etnik seperti sebilik,
sertai aktiviti kebudayaan dan yang berunsur etnik tersebut.

7.2 ULASAN

48
Kesimpulan dalam perbincangan ini jelaslah bahawa isu ‘ke mana hala tuju perpaduan negara
atau universiti’ bukan menjadi satu persoalan namun ia tercapai. Itu menjadi perkara biasa jika
inginkan keselesaan bergaul dalam hal berkongsi budaya dan duduk dalam tempoh lama
dengan sama etnik. Oleh itu, dapat dikatakan hala tuju perpaduan di kampus yang mewakili
model Malaysia adalah bersifat kesepaduan sosial dan mencari titik persamaan dan ia telah
ditemui, yakni aktiviti kesukarelawanan, aktiviti berprogram, SUKEM (sukan universiti)
adalah kata kunci utama penyatuan yang berimpak antara berbilang kaum. Lain-lain majlis atau
aktiviti lebih bersifat kecenderungan individu, bukan kaum. Tahap hubungan etnik keseluruhan
di IPGKI adalah di tahap memuaskan atau bagus. Hal ini kerana mereka masih bercampur gaul
dengan rakan lainan etnik terutama rakan sekolej atau rakan sama kursus dan menerima
kebudayaan masing-masing tanpa menimbulkan masalah.

Akan tetapi masih terdapat kelompongan pengekalan keharmonian pergaulan sesama


lainan etnik kerana masih selesa akan akomodasi, iaitu konsep setiap kaum buat hal sendiri dan
cara hidup mereka. Percampurannya hanya boleh dicapai melalui hal kerja, hal kelas dan
program besar yang tidak melibatkan kebudayaan. Dengan ini, IPGKI sebagai institut
penyelidikan menjadi model kampus terbaik mewakili Malaysia dengan model kesepaduan
sosial yang menyatukan pergaulan sesama berlainan etnik dalam perkara bukan aktiviti
seharian.

7.3 BAHAGIAN C (TITIK PERSAMAAN)

Berkenaan hasil kajian soal selidik bahagian C mendapati terdapat beberapa perkara atau
aktiviti di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang sedia ada adalah titik persamaan kepada
penyatuan campur gaul antara berlainan etnik di sini bagi mahasiswa IPGKI. Kajian
menunjukkan aktiviti kesukanan dan penggunaan bahasa Melayu di kampus paling signifikan,
diikuti aktiviti kesukarelawanan.

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan memang terbukti aktiviti kesukanan dan
kesukarelawanan menyebabkan semua mahasiswa berbilang kaum yang sertai kedua-dua atau
salah satu aktiviti bertemu dan berbuat kerja atau bersukan/satu pasukan perlawanan bersama.
Penganjuran kesukarelawanan yang biasanya dibuat oleh pentadbiran dan kepimpinan pelajar

49
kolej kediaman masing-masing dan memang ia memerlukan ramai penyertaan termasuk bukan
Melayu. Apabila sampai masa membuat kerja atau bersukan, memang akan dibuat bersama
dan ketika ini tidak ada kepuakan lagi dalam pergaulan.

Seterusnya, penggunaan bahasa Melayu di kampus sudah tentu membuatkan semua


mahasiswa bergaul dalam bahasa Melayu apabila bertemu sesama rakan sendiri. Dari sekolah
rendah hingga kampus mahupun peringkat alam pekerjaan di mana bahasa menjadi penyatuan
sama ada Melayu atau Inggeris. Hal ini menjadi kebiasaan apabila Melayu bergaul dengan
bukan Melayu, dan walaupun Cina dengan India kebanyakan pergaulan berbentuk bahasa
Inggeris tetapi sekurang-kurangnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. Sudah
termaktub dalam perlembagaan soal bahasa yang memang menjadi penyatuan dan titik
persamaan.

Manakala kem bina semangat dan majlis tidak menjadi titik persamaan dalam menyatukan
mahasiswa berlainan etnik. Hal ini kerana kem hanya sekadar aktiviti lasak dan ceramah serta
tidak menyeluruh. Apabila habis kem sahaja, terasa diri ada perubahan hanya sementara. Majlis
juga bukanlah menjadi titik penyatuan kerana mereka akan makan semeja antara sama etnik,
bukan tiba-tiba duduk dengan yang berlainan etnik dengan tidak selesa.

8.0 KESIMPULAN

Jelaslah model kesepaduan sosial di Malaysia dan IPGKI yang telah tercapai perlu
mengekalkan keharmonian daripada membuat onar akan kaum lain untuk elak kitaran konflik

50
kaum berlaku sehingga menggugat kestabilan ekonomi negara. Walau bagaimanpun,
keharmonian tersebut perlu dijaga bagi mengekalkan kestabilan universiti yang tercinta sebagai
pusat menimba ilmu dan pengalaman serta bakat soft skill.

Memang jadi kebiasaan dalam aktiviti seharian rakyat Malaysia, mereka akan bersama kaum
mereka kerana faktor inginkan keselesaan. Sebab itu keputusan soal selidik telah membuktikan
pernyataan tersebut. Orang Cina dilihat lebih pasif dalam campur gaul etnik lain berbanding
Melayu, India dan kaum-kaum lain. Hal ini dilihat lebih kepada faktor akomodasi yang telah
berjalan sekian lama berdasarkan kontrak sosial.

Akan tetapi, ‘Moment of Unity and Diversity’ adalah paling penting kerana ia merupakan
titik pertemuan dan persamaan antara etnik dan sub-etnik. Perkara yang menjadi titik
persamaan ialah aktiviti kesukanan, kesukarelawanan dan penggunaan Bahasa Melayu di
kampus kerana itulah yang mencampurgaulkan hubungan dan pergaulan lebih berinteraksi
sesama mahasiswa.

9.0 RUJUKAN

51
Arshat, Zarinah & Rozumah Badarudin 2001. Kualiti persekitaran sosial keluarga dan
pencapaian akademik anak. Jurnal Pembangunan Sosial (2): 161-184.

Azian Aziz 2009. Selesaikan isu kuil. Utusan Malaysia, 3 Februari: 16.

Karmini, A.N. 2013. Framing Moral Panic: A Comparative Analysis of the Alvin & Vivien
Blog Coverage by The Star and MalaysiaKini. Persidangan Asian Media Information and
Communication 2013. Singapura, 4-6 November 2013.

Kamarulzaman Askandar 2007. Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Mohsin Bin Peraman @ Parman 1991. Masalah Hubungan Etnik Di Kalangan Mahasiswa
Universiti Di Malaysia. Bangi: Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Razli Ahmad, Hanum Hassan & Azuddin Bahari 2013. Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu-Isu
Perpaduan: Kajian ke Atas Pelajar-pelajar Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 15-24.

Rizal Said & Cheow Yin 2012. Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang
Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi
Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of
Technical, Vocational & Engineering Education 6 (2012): 59-72.

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak 2004. Kajian
hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004) Hotel City
Bayview Langkawi: 4-6 September.

Sinar Harian 2015. 21 April.

Siti Khadijah & Fadzil Adam 2015. Konflik Perpaduan Kaum dalam Ketamadunan Masyarakat
Malaysia. Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic
Civilization in the 21st Century. Terengganu, 6-7 September.

10.0 LAMPIRAN

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI

52
Arahan: Bulatkan setiap maklumat anda.

Umur 19 – 20 tahun
21 - 22 tahun
23 tahun ke atas
Fakulti Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Fakulti Sains & Teknologi
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Teknologi Sains & Maklumat
Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Fakulti Pendidikan
Kaum Melayu
Cina
India
Lain-lain (nyatakan)
Jantina Lelaki
Perempuan
Agama Islam
Buddha
Hindu
Lain-lain (nyatakan)

BAHAGIAN B (TAHAP HUBUNGAN ETNIK KE ATAS KEHIDUPAN SEHARIAN,


KOKURIKULUM & PELAJARAN)

53
Arahan: Sila bulatkan pada angka 1, 2, 3 atau 4.

SANGAT TIDAK SETUJU

SANGAT SETUJU
TIDAK SETUJU

SETUJU
BIL PERKARA

Saya sedia untuk bersalaman dengan


1. rakan yang berlainan bangsa dan anutan 1 2 3 4
agama.
Saya selesa untuk menziarahi rumah rakan
2. yang berlainan bangsa dan agama. 1 2 3 4
Saya selesa melayan rakan yang
3. mengunjungi tanpa mengira keturunan dan 1 2 3 4
agama
Saya lebih suka berkawan dengan rakan
4. yang sama keturunan dan agama. 1 2 3 4
Saya lebih suka makan makanan etnik
5 sendiri. 1 2 3 4
6 Saya berminat mempelajari bahasa
kumpulan etnik lain. 1 2 3 4
7 Saya lebih suka bersiar-siar bersama
dengan rakan yang sama bangsa dan 1 2 3 4
agama
8 Saya lebih suka makan semeja dengan
rakan yang sama bangsa dan agama 1 2 3 4
9 Saya menziarahi rumah rakan yang
berlainan agama semasa sambutan 1 2 3 4
perayaan mereka.
10 Saya lebih selesa untuk tinggal sebilik
dengan rakan yang sama bangsa dan 1 2 3 4
agama
11 Saya lebih suka tinggal berjiran dengan
jiran yang sama bangsa dan agama. 1 2 3 4
12 Saya lebih suka tinggal di kawasan yang
majoriti penduduknya sama bangsa dan 1 2 3 4
agama dengan saya.

54
13 Saya menghormati cara makan etnik lain
yang berbeza daripada saya. 1 2 3 4
14 Saya menghormati cara berpakaian kaum
lain. 1 2 3 4
15 Saya lebih suka meminta pertolongan
daripada rakan yang sama keturunan dan 1 2 3 4
agama.
16 Saya lebih suka membantu rakan-rakan
yang sama keturunan dan agama. 1 2 3 4
17 Saya lebih suka bersenda gurau dengan
rakan-rakan yang sama keturunan dan 1 2 3 4
agama
18 Saya lebih suka membincangkan masalah
saya dengan rakan-rakan yang sama 1 2 3 4
keturunan dan agama.
19 Saya lebih suka menonton wayang
bersama dengan rakan yang sama 1 2 3 4
keturunan dan agama.
20 Saya jarang mengunjungi bilik rakan dari
kumpulan etnik lain. 1 2 3 4
21 Saya lebih selesa untuk
membuat assignment dengan 1 2 3 4
rakan yang sama bangsa dan agama
22 Saya lebih selesa untuk
membuat kerja amali bersama dengan 1 2 3 4
rakan yang sama bangsa dan agama.
23 Saya lebih suka mengulangkaji
pelajaran bersama kawan-kawan 1 2 3 4
yang sama keturunan dan agama.
24 Saya lebih selesa untuk duduk
bersama dengan rakan yang sama 1 2 3 4
bangsa dan agama semasa di dalam
kelas dan bengkel.
25 Saya selalu pergi ke kelas
bersama-sama dengan rakan yang 1 2 3 4
sama bangsa dan agama.
26 Saya selalu pergi ke
perpustakaan bersama-sama dengan 1 2 3 4
rakan yang sama bangsa dan agama.
27 Saya lebih suka menyertai kelab
dan persatuan yang kebanyakan ahlinya 1 2 3 4
adalah sama keturunan dan agama dengan
saya.
28 Saya lebih suka menyertai aktiviti rekreasi
bersama kawan-kawan yang sama 1 2 3 4
keturunan dan agama.
29 Saya lebih suka menyertai
aktiviti-aktiviti kebudayaan yang 1 2 3 4

55
dianjurkan oleh kaum sendiri.
30 Saya lebih suka menyertai permainan
yang kebanyakan ahlinya adalah sama 1 2 3 4
keturunan dan agama dengan saya.

BAHAGIAN C (PERKARA/AKTIVITI YANG MERUPAKAN TITIK PERSAMAAN)

Arahan: Sila bulatkan pada ‘YA’ atau ‘TIDAK’.

Aktiviti kesukanan YA TIDAK


1.

Penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan YA TIDAK


2.
Penggunaan bahasa Melayu di kampus YA TIDAK
3.
Penglibatan dalam Kem Bina Semangat YA TIDAK
4.
Penyertaan dalam sesuatu majlis atau YA TIDAK
5. keraian

56

You might also like