You are on page 1of 2

3.

0 TUJUAN KAJIAN

       

      Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal guru
mengenai cara untuk menguruskan bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini demikian kerana
pengurusan bilik darjah merupakan elemen penting dalam mempengaruhi  keberkesanan
penyampaian ilmu oleh seseorang guru. Selain itu, kajian ini turut dilaksanakan bagi mendapatkan
pengetahuan dan mengambil kira sudut pandang pelajar dan juga guru berkenaan pengurusan bilik
darjah mesra budaya. Melalui  kajian ini, konsep serta langkah-langkah pengurusan bilik darjah
mesra budaya dapat difahami. Seterusnya, kelebihan serta kekurangan pengurusan bilik darjah pada
ketika ini dapat ditelusuri dengan lebih mendalam . Di samping itu juga, kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan penerangan tentang pengendalian bilik darjah yang berkesan dan mesra budaya.
Malah, kajian ini turut menjadi medium persediaan bagi setiap ahli kumpulan dengan memberi
peluang dan pengalaman yang kelak akan digunakan untuk menempuh alam pekerjaan kelak sebagai
seorang guru yang berfikiran jauh, positif, aktif, progresif serta cekap dalam pengurusan
pembelajaran murid di sekolah .
7.0 RUMUSAN

     Secara rumusannya, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya memerlukan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Pengurusan pengajaran yang berkesan akan
mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan. Dalam hal ini,
konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada pewujudan
persekitaran fizikalnya sahaja, malahan turut melibatkan penyediaan persekitaran emosi, sosial dan
sosiolinguistik. Berikutan hal ini, pengurusan persekitaran sosial dan emosi murid akan
mempengaruhi persekitaran kehidupan persekitaran mereka selain pengurusan sosiolinguistik yang
baik akan dapat memberi nilai kesefahaman antara etnik yang berbeza . Oleh itu, pemahaman guru
terhadap perhubungan kelompok etnik serta peranan guru sendiri sebagai agen perpaduan mampu
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya . dalam hal ini, sebagai seorang bakal
guru, langkah pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlu diketengahkan bagi
membentuk kemenjadian anak bangsa lebih baik. 

    Di sini dapat dilihat bahawa guru merupakan insan yang akan menggerakkan sebarang perubahan
ke arah jati diri yang lebih baik kepada pelajar. Guru juga perlulah sentiasa memastikan segala ruang
dan elemen negatif yang boleh mencetuskan perasaan cemburu, ketidakpuasan hati dan sebagainya
perlu ditegah dari awal sebelum berlakunya pecahan kumpulan pelajar di dalam bilik darjah. Dasar
kepada kejayaan pembentukan bilik darjah yang mesra budaya adalah keseimbangan diri dalam
segenap aspek dan sifat berlapang dada serta saling membantu. Ini kerana, peribadi yang unggul
akan melahirkan personaliti yang menarik dan hubungan yang utuh antara pelajar.

    Secara keseluruhan, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru dalam usaha untuk
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya pada abad ke-21. Bilik darjah yang mesra budaya
adalah penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi
fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Bilik darjah mesra
budaya dilihat sebagai medium yang efektif dalam menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia tersebut. Hal ini demikian kerana, bilik darjah mesra budaya menggalakkan
murid untuk mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripada latar belakang yang berbeza. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat menanamkan
semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Oleh yang demikian, bilik darjah
mesra budaya seharusnya dipraktikan oleh guru dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid.

You might also like