You are on page 1of 5

1.2.

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dari Aspek Kurikulum Tersirat Kita sedia maklum bahawa kurikulum terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurikulum nyata

dan kurikulum tersirat. Kurikulum nyata (manifest curriculum) merujuk kepada kurikulum formal atau kurikulum rasmi, manakala kurikulum tersirat (latent curriculum) merupakan kurikulum tak formal yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap, dan interaksi sosial yang positif melalui peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya. Mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa, kepelbagaian murid di sekolah memberi implikasi yang besar kepada guru. kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai (Tun Abdullah Ahmad Badawi,Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 m/s 38) Justeru itu, dapatlah kami ringkaskan bahawa Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia, tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi pelajar semasa belajar. Inilah yang dimaksudkan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat dilihat mampu menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah, mampu membentuk kendiri murid, mampu membuatkan murid belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan, mampu mendisiplinkan murid dan juga mampu menggalakkan penggunaan bahasa standard. Melalui kerja kursus ini, kami akan bincangkan tiga sahaja implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek kurikulum tersirat. Kupasan kami akan lebih memperincikan bagaimana kepelbagaian sosio-budaya ini mampu menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah, mampu membentuk kendiri murid dan mampu membuatkan murid belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan di dalam bilik darjah dari aspek kurikulum tersirat.

1.2.4.1 Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Murid-murid perlu bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Selain itu juga, perlu adanya interaksi yang berkualiti antara guru dan murid. Ini bagi mengelakkan murid-murid daripada rasa ada tembok pemisah antara mereka dan guru mereka. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti, guru perlu selalu menggunakan kaedah pembelajaran secara kooperatif, dan susunan kedudukan murid-murid di dalam kelas perlulah disusun tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan budaya. Ini secara tidak langsung menggalakkan lagi interaksi yang berkualiti di dalam bilik darjah. Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah. 1.2.4.2 Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak. Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mempertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan dan sekaligus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Kita sedia maklum bahawa guru adalah suri teladan bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah perkara yang mampu mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid dan sekaligus mampu membentuk kendiri murid. Selain itu juga, guru boleh membentuk kendiri murid melalui amalan di bilik darjah. Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan empowerment .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194, menyatakan empowerment ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya dan ini sekaligus mampu membentuk kendiri murid. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan dan pengukuhan positif terhadap hasil tugas murid dan ini merupakan salah satu cara bagi mengekalkan dan menggalakkan pembentukan kendiri murid yang positif. Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 108, ialah suatu kemahiran yang digunakan oleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat empat bentuk peneguhan yang digariskan oleh Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan iaitu dengan galakan secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru

bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah. Pembentukan kendiri murid juga dilakukan melalui penyerapan nilai-nilai dalam diri murid-murid menerusi pengajaran afektif. ...Sepertimana kualiti kognitif dan psikomotor, kualiti afektif juga perlu ditekankan oleh guru dalam pengajarannya dengan cara menerapkan perubahan sikap ke atas pelajar melalui gerak kerja dan aktiviti yang dikelolakan dalam bilik darjah (Ahmad Rafaai Ayudin, Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru, halaman:193) Pernyataan oleh Ahmad Rafaai Ayudin membuktikan bahawa penerapan nilai menerusi pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan perubahan sikap murid yang negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekaligus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum. 1.2.4.3 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk

melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak membantu guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, objektif akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Selain itu juga, bagi memastikan murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan, guru perlulah pandai memilih sumber pengajaran. Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). BBM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. BBM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pelajaran dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu BBM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin dapat mendatangkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang konkrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria. 1.2.4.4 Perbandingan implikasi

You might also like