You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA KADAZANDUSUN PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS

SEMESTER 1 TAHUN 2
SESI OGOS– DISEMBER 2020

: MOHD HARIZ ARIP BIN JUHANIN


NAMA PELAJAR
: 000524-12-1939
NO KAD PENGENALAN
: 2019062340014
ANGKA GILIRAN
: PISMP BKD AMBILAN JUN 2019
KUMPULAN/UNIT
: OGOS-DISEMBER 2020
SESI/TAHUN
: SJHK3073 – SUMBER PENGAJARAN DAN
KOD/NAMA KURSUS
PEMBELAJARAN SEJARAH

TUGASAN
TAJUK TUGASAN
Tugasan 1: Penulisan Refleksi

TARIKH MULA 12/10/2020

TARIKH HANTAR 13/11/2020

NAMA PENSYARAH: Pn. Roryna binti A.B Komon

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa
saya telah menerima maklum balas
dari pensyarah kerja kursus ini dan
saya telah merujuk dan memahaminya.

1
PENULISAN REFLEKSI

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, saya mendapati


bahawa penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah di
sekolah adalah sangat efektif dan menarik. Hal ini kerana, saya mendapati bahawa
semasa proses PdP Sejarah berlangsung, guru Sejarah tidak hanya menggunakan
buku teks semata-mata untuk menerangkan dan menceritakan sesuatu tajuk
Sejarah. Hal ini demikian kerana, sebagai seorang murid, motivasi untuk belajar
masih lagi rendah menyebabkan PdP yang bersifat biasa akan menyebabkan
kebosanan. Penggunaan pelbagai sumber Sejarah dapat menarik minat murid untuk
mempelajari dan memahami subjek Sejarah dengan lebih mudah. Sebagai seorang
guru, kaedah pengajaran hendaklah dipelbagaikan agar PdP menjadi lebih interaktif
(Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman 2019). Di samping itu, guru
dapat mengatasi masalah murid yang tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
Sebagai contoh, guru Sejarah di sekolah saya telah menggunakan bahan bercetak,
bahan elektronik dan juga bahan maujud untuk dijadikan sebagai sumber PdP
Sejarah. Apabila guru menggunakan pelbagai sumber maka pembelajaran menjadi
lebih berkesan dan bermakna kerana murid dapat memahami sesuatu tajuk yang
diajar dengan mudah dan jelas (Janggil Apak 2018). Pelajar kebanyakan mempunyai
minat untuk belajar sekiranya guru memainkan peranan yang penting dalam
sesebuah kelas. Seperti yang sedia tahu, mata pelajaran Sejarah memerlukan
penerangan yang jelas dan berkesan dari guru agar para pelajar dapat memahami
fakta yang disampaikan.
Sehubungan dengan itu, semasa di sekolah saya mendapati bahawa
penggunaan sumber bahan bercetak merupakan sumber yang terbanyak di sekolah.
Sumber ini merupakan sumber yang penting dan berkesan kerana murid-murid dapat
melihat, menyentuh dan membaca secara langsung bagi mengetahui sesuatu
maklumat yang dinyatakan. Bahan bercetak yang diletakkan di sudut-sudut kelas
dapati mampu memberikan impak yang berkesan kerana ia juga dapat meningkatkan
tahap ingatan murid-murid. Hal ini kerana, ia dapat mewujudkan persekitaran
pembeajaran yang kondusif. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat
murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran (Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak 2010). Apabila murid
sentiasa melihat dan membaca maklumat yang terdapat di dinding kelas maka ia
akan membantu murid untuk memahami sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih
jelas. Sehubungan dengan itu, ia juga tidak membebankan pihak guru kerana kos
penyediaanya tidak begitu tinggi.

2
Selain itu, penggunaan sumber bahan maujud juga merupakan sumber yang
sangat bernilai dan berkesan. Hal ini demikian kerana, sumber bahan maujud ini
mampu membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah,
tepat, dan menarik. Sebagai contoh, pengajaran Zaman Prasejarah yang merupakan
satu tajuk bersifat abstrak dan sukar untuk murid memahaminya tanpa
menggunakan sebarang sumber. Oleh itu, saya mendapati bahawa sumber bahan
maujud yang terdapat di sekolah sangat membantu murid untuk lebih memahami
pengajaran dengan lebih jelas. Tambahan pula, dengan adanya bahan maujud ini, ia
dapat merangsang deria murid apabila melihat serta menyentuh contoh-contoh
peralatan yang digunakan semasa PdP. Oleh itu, penggunaan bahan maujud ini
secara tidak langsung membantu murid untuk menghayati dan menghargai peralatan
pada zaman dahulu. Justeru itu, saya amat menyokong dan bersetuju bahawa bahan
maujud di sekolah ini amat berkesan bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancang.
Seterusnya, saya mendapati bahawa penggunaan bahan elektronik juga sangat
memberi kesan yang positif kepada proses PdP. Hal ini demikian kerana, bahan
elektronik ini merupakan bahan yang terkenal pada zaman kini dan dekat dengan
murid-murid. Dengan itu, guru boleh menggunakan pelbagai media interaktif seperti
penggunaan video, audio dan banyak lagi. Penggunaan bahan ini dapat membantu
murid agar tidak merasakan subjek Sejarah sebagai subjek yang bosan dan tidak
menarik. Sebagai contoh, saya telah melihat guru mengajar tajuk Kerajaan Melayu
Awal dan pengajarannya berkesan kerana murid memahami video yang ditayangkan
dan dapat menjawab soalan yang diberikan denag tepat. Oleh itu, penggunaan
bahan elektronik perlu dipergiatkan di sekolah kerana ia sangat membantu dan
memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun, masih terdapat dalam kalangan guru yang kurang mahir
dalam penggunaan sumber bahan ini (Shazana Binti Muhamed Sa'ad 2017). Guru
hendaklah serius dalam mendalami dan mahir dalam penyelangaraan dan
penggunaan bahan elektronik kerana ia telah menjadi bahan yang sagnifikan dalam
PdP pada masa kini.
Walaupun setiap sumber yang digunakan di sekolah tersebut berkesan namun
terdapat penambahbaikan yang perlu dilaksanakan agar sumber PdP lebih
diperkukuhkan. Oleh itu, penambahbaikan yang perlu dilaksanakan menurut
pemerhatian ialah sekolah hendaklah menyediakan kemudahan internet yang lebih
baik kepada gurudan murid di sekolah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya
kemudahan internet yang baik dan pantas maka ia akan memudahkan pengajaran.
Apabila adanya kemudahan internet maka guru dapat memberi contoh dan mengajar

3
menggunakan komputer dengan lebih mudah. Pihak sekolah juga boleh
menyediakan bilik komputer yang lengkap dan kondusif. Hal ini kerana, ia akan
memudahkan murid untuk mencari maklumat tambahan dan menjalankan aktiviti
yang diberikan dengan menggunakan bahan elektronik secara berkesan.
Berikutnya, pihak sekolah juga perlu menyediakan satu tempat yang dikenali
sebagai Bilik Sejarah yang mana bilik tersebut diibaratkan seperti mini muzium. Bilik
Sejarah atau mini muzium ini mempunyai pelbagai jenis maklumat dan bahan yang
berkaitan dengan Sejarah. Mini muzium ini juga akan membantu murid dan guru
dalam pengaksesan bahan bantu PdP. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang
menelan kos perbelanjaan tinggi akan dapat diminimumkan dengan adanya mini
muzium tersebut. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan mini muziium di sekolah
agar murid mendapat maklumat yang diingini dalam masa yang pantas kerana setiap
maklumat ada di dalam mini muzium tersebut. Ia juga boleh dikategorikan sebagai
bahan maujud di mana setiap maklumat yang terdapat dalam mini muzium tersebut
bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk dalam matapelajaran Sejarah.
Kesimpulannya, PdP Sejarah sangat bergantung pada sumber bahan PdP bagi
mencapai hasil yang maksimum. Oleh itu, sebagai seorang guru Sejarah,
pengaplikasian sumber bahan PdP adalah wajib untuk dihayati dan dijadikan tiang
kepada proses PdP yang dijalankan. Ia juga menjadi pemangkin kepada semangat
murid untuk meminati subjek Sejarah secara berterusan. Dengan ini, isi kandungan
dalam pembelajaran serta elemen kewarganegaraan dapat diterapkan dan dihayati
oleh murid-murid bermula daripada bangku sekolah.

4
RUJUKAN

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik
Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB).JurnalPendidikanMalaysia44(1)(2019):21-27doI:http://dx.doi.org/10.175
76/JPEN-2019-44.01-03.

Janggil Apak. (2018). Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah
Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
Volume 3, Issue 4, (page 6-22), 2018.

Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said & Chandrathevy Kuppusamy (2012). Hubungan
sikap (komitmen, emosi, berwawasan) dengan pencapaian akademik pelajar
PKPG (SPT, SPN, SPH) tahun akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Journal
of Educational, 6, 74–91.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak, (2010), Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti
menghasilkan
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia,
35(2), 61-69.

Shazana Binti Muhamed Sa'ad (2017). Amalan Komunikasi Guru-Murid di dalam


Bilik Darjah: Satu Kajian Kes didapati pada 29 Oktober 2020 daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/AmalanKomunikasi.htm

You might also like