You are on page 1of 1

Refleksi Aktiviti dan Refleksi Umum

Kekuatan
Banyak kekuatan pelaksanaan BIG 2021 ini walaupun dijalankan secara dalam talian.
Antaranya banyak pengetahuan yang telah saya perolehi iaitu cara-cara untuk mengikat
seat harness, cara menyelamatkan mangsa lemas di air, etiket protokol dan sosial semasa
persediaan majlis dan semasa majlis penutupan. Melalui slot Amalan Pemakanan Sihat
saya telah mendapat banyak info baharu tentang pemakanan iaitu pelabelan makanan,
malnutrisi, langkah pencegahan, piramid makanan dan keracunan makan. Antaranya ialah
perubahan yang dilakukan dalam piramid makanan Malaysia di mana vitamin diubah ke
kategori yang paling bawah dalam piramid iaitu perlu diambil secukupnya dalam setiap
hidangan. Saya sedar bahawa kita perlu menjaga pemakanan kita seperti yang dikatakan
oleh Puan Atiqah iaitu jangan makan yang kita mahu tetapi makan yang kita perlu. Selain
itu, kerjasama di dalam kumpulan kami semasa melaksanakan tugasan juga sangat baik
walaupun perbincangan hanya dilakukan dalam group WhatsApp.

Kelemahan
Namun begitu, terdapat juga kekurangan yang tidak dapat dielakkan di mana terdapat ahli
kumpulan yang mempunyai masalah internet dan sedikit menyukarkan kami untuk membuat
pembentangan. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan bantuan ahli kumpulan
yang mempunyai rangkaian internet yang baik. Gajet yang saya gunakan hampir tidak dapat
“survive” dan saya mencas gajet saya dalam 3-5 kali sehari kerana penggunaan aplikasi
yang tinggi semasa pelaksanaan perkhemahan. Namun begitu saya bersyukur bahawa saya
dapat jalani dan ikuti semua sesi dengan baik hasil daripada penggunaan gajet. Bagi ajk
yang saya pegang, terdapat arahan yang tidak jelas sehingga menyebabkan salah faham.

Cadangan Penambahbaikan
Menggunakan aplikasi Zoom untuk meminimakan penggunaan internet.
Alatan-alatan yang digunakan perlulah dimaklumkan awal agar peserta dapat
menyediakannya lebih awal.

You might also like