You are on page 1of 19

Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Mata
Pelajaran Sejarah
SJHK3063
Ahli Kumpulan : Chang Shing Ying
Goh Yong Yi
Soalan
M6 :
Kenal pasti filem dan video ringkas yang berkaitan
dengan sejarah sekolah rendah. Jelaskan
kelebihan menggunakan video dan filem sebagai
sumber PdP.
Filem
Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada
wayang tersebut ataupun industri perfileman secara
umum.
Perkataan filem datangnya dari filem fotografi yang
merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak,
dipanggil pita filem.
Filem adalah karya cipta seni dan budaya yang
merupakan salah satu media komunikasi massa
audio visual yang dibuat berdasarkan asas
sinematografi yang dirakam pada pita seluloid, pita
video, cakera video atau bahan hasil penemuan
teknologi lain.
Filem adalah dalam segala bentuk, jenis dan saiz
melalui proses kimia, proses elektronik, atau proses
lain, dengan atau tanpa suara, yang boleh
ditunjukkan atau ditayangkan dengan sistem unjuran
mekanik, elektronik, dan sistem lain.
Video
Sejenis media bergerak.
Boleh menghasilkan imej yang realistik dan
sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu
mesej kepada penonton.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
media ini mempunyai beberapa keistimewaan
yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia
boleh mempergunakannya dalam bilik darjah.
Video berupaya merakam imej dekat dan jauh.
Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang.
Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui
animasi.
Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi
menghasilkan pergerakan yang biasanya akan
menjadi tarikan kepada minat murid terhadap
pelajaran.
Sumber Elektronik : Filem
Sejarah Tahun 5
Tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara
Standard Kandungan:
7.3 Sejarah Kemerdekaan 1957
Standard Pembelajaran:
7.3.4 Menyatakan detik-detik pengisytiharkan
kemerdekaan
Peringkat: Pengukuhan
Sumber Elektronik : Video
Sejarah Tahun 4
Tajuk 5: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Standard Kandungan:
5.2 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Standard Pembelajaran:
5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.
5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai
sumber.
Peringkat: Set Induksi
ih a Makluma

b
t lebih
Menjimat
le kan masa,
realistik Mampu

Ke
merangs
tenaga
ang
dan
pelbagai
perbelanj
n aan
deria

Mampu Kelebiha
n Memudah
meraih
kan
emosi penggun proses
dan aan pengulan
menguba video & gan
h sikap filem

Menginter
-pretasi Keserono
maklumat kan dalam
daripada pembelaja
peristiwa Meningkat ran
sejarah kan
keberkesa
nan proses
pdp
1) Maklumat lebih realistik
Video dan filem mampu mempersembahkan sesuatu
mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau
menyerupai keadaan yang sebenar.
Ini mampu memberikan perasaan kepada pelajar yang
mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau
keadaan yang sebenar.
Contohnya, guru hendak menerangkan kehidupan
manusia prasejarah. (Lokasi, kegiatan masyarakat
prasejarah, alatan dan kepercayaan)
Maka penggunaan video adalah sesuai kerana ianya
menyerupai keadaan sebenar yang telah disunting agar
sistematik dan mudah difahami.
2) Mampu merangsang pelbagai
deria
Video dan filem merupakan satu media dinamik hasil
jalinan pelbagai media yang lain seperti audio, grafik
dan sebagainya.
Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi
keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej
kerana video bersifat dinamik dan mampu
merangsang pelbagai deria seperti pendengaran dan
penglihatan.
3) Memudahkan proses
pengulangan
Menerusi penggunaan video dan filem, sesuatu
penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang
boleh dilakukan dengan lebih mudah.
Sebagai contoh, pengulangan boleh dibuat agar murid
dapat memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan
lebih baik.
4) Keseronokan dalam pembelajaran
Penggunaan video dan filem dalam pembelajaran boleh
menimbulkan keseronokan murid untuk belajar.
Melalui video dan filem dapat mengekalkan perhatian
murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran
yang hendak disampaikan.
Hal ini kerana video dan filem yang mempunyai audio,
gambar, dan pergerakan dapat menarik minat murid
5) Meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan
pembelajaran
Video dan filem mampu menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana
ianya mampu meningkatkan kefahaman murid.
Perkara ini berlaku sedemikian kerana video dan filem
mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam
keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan
yang sebenar.
Contohnya tayangan video peperangan yang realistik
memudahkan murid-murid lebih mengetahui suasana
semasa perang.
6) Menginterpretasi maklumat
daripada peristiwa sejarah
Menurut Noresah (2005), interpretasi merujuk kepada
tafsiran. Jadi, interpretasi disini adalah menafsir atau
menganalisis maklumat daripada sumber sejarah.
Tafsiran banyak membantu murid dalam meneroka bukti
dan membentuk perasaan empati mereka terhadap
sesuatu peristiwa bersejarah.
Penggunaan sumber bahan elektronik seperti tayangan
video semasa mengajar tajuk berkaitan dengan
Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu
Melaka. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang
sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang
Cabang fasa kemahiran kreatif dan inovatif iaitu fasa
imaginasi turut dapat dicapai apabila murid berfikir di
luar konteks buku teks.
Ini kerana mereka mendapat maklumat yang lebih
lengkap lagi melalui tayangan video tadi berbanding
penggunaan bahan bercetak iaitu buku teks
mengenai pengembaraan Parameswara dari
Palembang, Temasik, Muar dan akhirnya Melaka.
7) Mampu meraih emosi dan
mengubah sikap
Peranan video yang bersifat realistik mampu meraih
emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding
penggunaan imej yang bersifat statik.
Contohnya tayangan video tentang perjuangan tokoh
tempatan menentang British yang realistik lebih cepat
menyentuh perasaan murid sekaligus mengubah sikap
mereka.
8) Menjimatkan masa, tenaga dan
perbelanjaan
Penggunaan video menjimatkan masa, tenaga dan
perbelanjaan kerana lazimnya video pendidikan ada
disediakan dalam laman sesawang dan guru-guru hanya
perlu memuat turun serta mengeditnya mengikut
kesesuaian pembelajaran.
Proses pengajaran di dalam kelas juga menjadi lebih
mudah kerana tayangan video boleh disertakan dengan
elemen-elemen imej, muzik dan suara latar untuk
menarik perhatian dan memberi penerangan kepada
murid.
Sekian, Terima
Kasih

You might also like