You are on page 1of 4

Minggu 4 Bahan bercetak

Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah


Terdapat beberapa jenis sumber pdp yang boleh membantu guru
dalam proses pengajaran.
Kita dapat mengklasifikasikan jenis sumber tersebut kepada tiga
iaitu bahan bercetak, bahan elektronik dan bahan maujud.
Semua jenis sumber ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi
bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan
semua murid memahami isi pelajaran dan mencapai objektif
pembelajaran.
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
Definisi bahan sumber:
Peralatan atau perkakasan danbahan perisian media yang telah
dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan
mengendalikan sendiri proses pdp. (Yusof:1992)
Apa-apa penerbitan,bahan, gambar, perkakas, model, carta, objek
alat radas yang berperanan untuk menyebarkan atau
meningkatkan proses pdp.
Bahan bercetak
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang
mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal.
Bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus.
Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan tersebut mestilah
dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan
mana-mana individu.
Kebiasaanya, bahan bercetak akan disimpan dalam rak yang
terdapat di perpustakaan mahupun di arkib.

Contoh bahan bercetak: jurnal, nota edaran, risalah, modul


pembelajaran, buku teks, surat khabar, buku rujukan.
Contoh bahan tidak bercetak: bahan visual bukan tayang, bahan
visual tayang 2D, bahan audio, bahan audio visual, bahan
komputer, bahan 3D, bahan permainan, simulasi bahan maujud.
Kepentingan bahan sumber
Mengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pengajar.
Memperkayakan pengalaman pelajar
Pembelajaran menjadi lebih seronok
Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru
Memperjelaskan penyampaian mesej bahan pengajaran
Mengatasi batasan ruang waktu dan pancaindera pelajar (bawa
masuk situasi sebenar ke dalam bilik darjah melalui tayangan video
dan sebagainya)
Melibatkan murid secara aktif dalam pdp
Memperoleh pengalaman dan persepsi yang sama
Prinsip penggunaan bahan sumber
Ketahanan: boleh dipakai dalam jangka masa panjang
Kos yang murah dan sesuai dengan kedudukan kewangan guru
Kesesuaian dari sudut teknikal
Ketetapan maklumat
Kelebihan bahan bercetak
Dalam konteks pendidikan, bahan bercetak ini telah digunakan
secara meluas dalam sumber pdp.
Guru-guru dan murid sendiri menggunakan buku teks sebagai
rujukan utama mereka. Hal ini berkaitan dengan kriteria yang
terdapat pada bahan bercetak itu sendiri.

Kos untuk membeli bahan bercetak ini murah dan mudah didapati
di mana-mana.
Bahan bercetak senang dirujuk pada bila-bila masa sahaja.
Kekurangan bahan bercetak
Bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal
contohnya buku teks. Kekurangan ini menyukarkan bahan bercetak
tersebut untuk dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting.
Kadangkala peredaran zaman turut menyebabkan isi kandungan
buku tersebut tidak terkini dan ketinggalan. Hal ini kerana buku
selalunya disunting terlebih dahulu kemudian dicetak dan
seterusnya diedar yang mana mengambil masa lama untuk
mengikut peredaran zaman. Seiring dengan perubahan ini, maka
wujudkan penggunaan bahan elektronik bagi memperkembangkan
lagi kotak pemikiran anak murid.
Penghasilan dan penggunaan bahan bercetak untuk mata
pelajaran sejarah
4.1 persediaan sebelum penggunaan bahan bercetak
Kesesuaian dan kesediaan
Tempat penyimpanan bahan bercetak yang dibuat
Punca sumber tenaga
Kaedah pelabelan (memudahkan untuk rujukan)
Diuji kebolehgunaan (tulisan terang dan jelas, saiz tulisan tidak
terlalu kecil, gambar mesti jelas)
5.9 Prinsip Pemilihan dan Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran
1. Sesuai bagi mencapai objektif PdP (sesuai dengan tajuk dan
kurikulum)
2. Praktikal untuk digunakan. (mudah dibawa, disimpan, dikeluarkan)
3. Menumpukan perhatian pelajar kepada proses PdP.

4. Mempunyai ciri-ciri keberkesanan kos (mudah bina, tahan lama,


murah)
5. Lebih baik jika maujud, konkrit dan konstektual.
6. Bersifat interaktif
7. Kepelbagaian (elak jemu dan bosan)
8. Jumlah yang mencukupi (elak perebutan)
9. Selaras dengan nilai dan budaya yang ada (elak konkrit)
5.10 Proses Penilaian Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
1. Sesuai dengan objektif pelajaran dan dapat mebantu guru
menyampaikan isi pelajaran di samping sesuaidengan tahap
pemahaman dan perkembangan kognitif pelajar.
2. Interaksi secara langsung dapat galakkan proses Pdp antara guru
dan murid.
3. Sumber Pdp dapat menarik minat murid dan perhatian pelajar di
samping dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajaran
dengan sumber tersebut.
4. Sumber PdP perlu mudah diguna, dibawa dan disimpan.
5. Sumber PdP berkualiti. (tahan lasak, menepati sukatan)
6. Kos penghasilan dan kos penyelenggaraan berpatutan. (murah)
7.

You might also like